Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan Bagai “Meludah Ke Langit, Terkena Muka Sendiri” Bila Mengakui Perdana Menteri Dan PR1MA Menetapkan Harga Jualan Maksima Untuk Rumah Mampu Milik Sebanyak RM400,000.(m/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 18.3.2016.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bagai “meludah ke langit, terkena muka sendiri” bila secara tidak langsung dalam kenyataannya semalam, mengakui Perdana Menteri dan PR1MA menetapkan harga jualan maksima untuk rumah mampu milik sebanyak RM400,000 pada Bajet 2013.

Pada 16 Mac 2016 di Parlimen, beliau mendakwa bahawa saya berbohong bila saya menyatakan Kerajaan Persekutuanlah yang menentukan harga maksima rumah mampu milik adalah RM400,000 dan bukannya oleh kerajaan negeri. Dalam kenyataannya semalam pada 17 MAC, 2016, Datuk Abdul Rahman Dahlan cuba menegaskan paras RM 400,000 harga maksima rumah mampu milik di Malaysia tidak pernah ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan, malah ia tertakluk dalam bidang kuasa mutlak kerajaan-kerajaan negeri.

Bagaimanapun beliau mengakui kenyataan balas saya bahawa Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Ucapan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri menetapkan harga jualan maksima rumah mampu milik pada paras RM400,000. Beliau terus mendakwa bahawa, walaupun PR1MA dibenarkan untuk menjual rumah di paras harga maksima RM400 ribu, namun, 84% unit rumah di bawah PR1MA tetap dijual di bawah RM300 ribu.

Apa gunanya terus menafikan kebenaran, fakta dan hakikat bila beliau sendiri membuka pekung di dada bahawa sememangnya Perdana Menteri dan PR1MA telah menetapkan harga rumah mampu milik pada RM400,000 seawal Bajet 2012 lagi.(lihat lampiran) Tambahan pula, beliau memukul mulut sendiri bila beliau terus menyatakan, “pada 18 Januari 2016, Jawatankuasa Kerja Pemantauan(JKPKM), yang turut dihadiri oleh YB EXCO Perancangan Bandar & Desa Dan Perumahan Negeri Pulau Pinang, memutuskan supaya semua Kerajaan Negeri memperhalusi enam (6) syor yang dibincangkan termasuk harga jualan rumah mampu milik. Pendek kata, Majlis Perumahan Negara belum lagi memutuskan had maksima harga rumah mampu milik untuk setiap negeri.”

Sekali lagi beliau mendakwa kerajaan negeri diberikan peluang hanya sekarang, pada 2016 untuk memperhalusi keputusan Bajet 2012 oleh kerajaan persekutuan yang dibuat empat tahun lepas, bahawa harga maksima rumah mampu milik adalah sebanyak RM400,000. Siapa yang bohong sekarang – biar rakyat tentukan!

LIM GUAN ENG

槟州首席部长林冠英于2016年3月18日在乔治市光大发表文告:

当城市和谐、房屋及地方政府部长拿督阿都拉曼达兰承认是首相及一马房屋计划(PRIMA)将可负担房屋的最高价订于40万令吉之际,此举宛如“仰天吐痰,还罪于己”。

城市和谐、房屋及地方政府部长拿督阿都拉曼达兰昨晚在发表言论时,已间接承认是首相及一马房屋计划在2013年年度财政预算案中,将可负担房屋的最高价订于40万令吉。此举宛如“仰天吐痰,还罪于己”,到最后无疑在自取其辱。

部长在2016年3月16日的国会当中,指控我说谎,原因是我在国会提及,制定可负担房屋的最高价位在40万令吉者,乃是联邦政府而非州政府。随着,部长还在2016年3月17日发表声明时,强调联邦政府不曾将可负担房屋的最高价位订在40万令吉,因为有关权限落在州政府手上。

无论如何,部长承认,由首相发布的2013年/2014年经济报告书及2013年年度财政预算案当中,确实将可负担房屋的最高价位订在40万令吉。惟他辩称,即便一马房屋计划被允许将最高价位订在40万令吉,可是,一马旗下的房屋当中,84%的价格是订在30万令吉以下的。

既然已经承认是首相及一马房屋计划早在2012年财政预算案(见表)就已制定可负担房屋的最高价位在40万令吉,部长为何还要强词夺理,继续乱作文章?更甚的是,部长还自己打脸,招认他们在2016年1月18日召开的会议当中,曾要求全部州政府确认六项事务,其中包括制定可负担房屋的价格。当时槟州城乡规划及房屋事务委员会主席佳日星也有列席。换句话来说,国家房屋理事会迄今还没有断定每个州属可负担房屋的最高价位。

一份联邦政府在2012年颁布的财政预算案,原本早就订定可负担房屋的最高价位是40万令吉,但是4年后的2016年,部长却再叫所有州政府去讨论议决其订价。到底谁在说谎?就让人民来决定吧?

林冠英