Challenge BN And Tan Sri Khalid Abu Bakar To Prove That They Do Not Practice Double-Standards (e/m)

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 13.1.2015.

Challenge BN And Tan Sri Khalid Abu Bakar To Prove That They Do Not Practice Double-Standards And Committed Towards Maintaining Harmony In Mult-racial Malaysia By Arresting Dr Mashitah Ibrahim For Lying That The Chinese Community In Kedah Had Burned The Quran In A Prayer Ritual And Ibrahim Ali For Threatening To Burn The Malay Or Iban Version Of The Bible.

DAP challenges BN and Inspector-General of Police(IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar to prove that they do not practice double-standards and committed towards maintaining harmony in mult-racial Malaysia, by arresting former Deputy Minister and Wanita UMNO leader Dr Mashitah Ibrahim for her inflammatory lies during the UMNO General Assembly that the Chinese community in Kedah had burned the Quran in a prayer ritual, and Perkasa President Ibrahim Ali for threatening to burn the Malay or Iban version of the Bible.

Inspector-general of police (IGP)Tan Sri Khalid had warned certain parties not to manipulate or “politicise” the sudden arrest last night of activist lawyer Eric Paulsen under the Sedition Act, which he claimed to be lawful based on a tweet Paulsen made last week. Khalid had said that Eric’s arrest is lawful, made to ensure harmony in this multiracial society.

If this is the case, can the IGP explain why were no such arrests made against both Dr Mashitah and Ibrahim Ali? By failing to act, both the IGP and
BN is giving the unfortunate impression that there is nothing unlawful and even harmonious to make such malicious and evil lies against the Chinese community in Kedah or call for the burning of the Malay or Iban version of the Bible?

What is most disturbing is Dr Mashitah Ibrahim’s lies raised in an inflammatory and provocative manner in falsely blaming the Chinese community in Kuala Kedah had burned the Quran, page by page during a prayer ritual, when the Kedah Menteri Besar had denied this in an earlier statement before her UMNO speech. The Kedah Menteri Besar had said that the Quran was not burnt but torn by a Malay Muslim who was mentally unbalanced and sent to hospital for treatment.

There was no plea of forgiveness by Mashitah for causing religious disharmony and racial discord in falsely blaming the Chinese community and neither was there any action taken by the police despite numerous reports being lodged against her. Can the IGP explain why Mashitah or even Ibrahim Ali can escape unpunished?

Clearly there are double-standards and abuse of power practiced by both BN and the IGP when it involves those who support BN against PR.

Their failure to act impartially and fairly gives rise to suspicion that BN is trying to distract attention from the failure of the Federal government to deal effectively with the recent national flood crisis and the numerous scandals such as 1MDB and trillions of ringgit lost from illicit funds and corruption.

——BM Version —-

Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 13 Januari 2015.

Mencabar BN dan Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan double-standard dan mempunyai komitmen penuh kepada usaha mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia dengan menahan Dr Mashitah Ibrahim kerana berbohong kononnya orang Cina di Kedah telah membakar Al-Quran dalam upacara sembahyang, dan juga Ibrahim Ali kerana mengugut mahu membakar Bible versi bahasa Melayu dan Iban.

DAP mencabar BN dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membuktikan bahawa mereka tidak mengamalkan double-standard dan mempunyai komitmen penuh kepada usaha mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia dengan menahan Dr Mashitah Ibrahim kerana berbohong kononnya orang Cina di Kedah telah membakar Al-Quran dalam upacara sembahyang, dan juga Ibrahim Ali kerana mengugut mahu membakar Bible versi bahasa Melayu dan Iban.

KPN telah memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu untuk tidak mempolitikkan penahan peguam dan aktivis Eric Paulsen secara tiba-tiba semalam di bawah Akta Hasutan, yang katanya adalah mengikut lunas undang-undang berikutan satu tweet Paulsen minggu lalu. Khalid berkata bahawa penahanan Paulsen adalah menepati undang-undang, demi menjamin keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Jika demikian halnya, bolehkah KPN menjelaskan kenapa penahanan sedemikian tidak dibuat terhadap kedua-dua Dr Mashitah dan Ibrahim Ali? Dengan kegagalan untuk bertindak, adakah kedua-dua KPN dan juga Barisan Nasional memberikan gambaran bahawa tidak ada salahnya, malah memang baik untuk membuat pembohongan yang begitu jahat terhadap komuniti Cina di Kedah ataupun mengugut mahu membakar Bible versi bahasa Melayu atau Iban?

Apa yang lebih merisaukan ialah pembohongan Dr Mashitah Ibrahim yang dibangkitkan secara begitu provokatif dengan menuduh komuniti Cina di Kuala Kedah telah membakar Al-Quran, helai demi helai sewaktu upacara sembahyang, padahal Menteri Besar Kedah sendiri telah menafikan hal tersebut sebelum ucapan Mashitah di perhimpunan agung Umno. Menteri Besar Kedah telah menyatakan bahawa Al-Quran tersebut tidak dibakar, tetapi dikoyakkan oleh seorang lelaki Melayu Islam yang tidak sihat akal dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Mashitah tidak pun memohon maaf setelah cuba menimbulkan ketidakharmonian kaum dan agama dengan memfitnah komuniti Cina, dan tidak ada sebarang tindakan pun diambil oleh pihak polis walaupun begitu banyak laporan polis dibuat terhadap beliau. Bolehkah KPN menjelaskan kenapa Mashitah dan Ibrahim Ali boleh terlepas bebas tanpa tindakan?

Jelas wujud amalan double-standard dan salah guna kuasa di pihak BN dan juga KPN apabila ia melibatkan mereka yang menyokong BN dan menentang Pakatan Rakyat. Kegagalan mereka untuk bertindak secara adil menimbulkan syak wasangka bahawa BN sedang cuba untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan Kerajaan Pusat untuk menangani bencana banjir baru-baru ini secara efektif serta beberapa skandal seperti 1MDB dan kerugian berbilion ringgit akibat dana haram dan rasuah.

LIM GUAN ENG