UCAPAN PENGGULUNGAN YAB KETUA MENTERI TUAN LIM GUAN ENG PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS (BM/CN)

UCAPAN PENGGULUNGAN
YAB KETUA MENTERI TUAN LIM GUAN ENG
PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat

PENGENALAN

1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana telah turut serta mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet Negeri 2015.

2. Menyentuh statistik yang telah saya bentangkan dalam Bajet 2015, Pulau Pinang terus menjadi destinasi pilihan pelabur. Walaupun pelbagai tohmahan dikeluarkan, jelas sepanjang 2008 – Julai 2014 data yang diberikan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) membuktikan kemampuan Kerajaan Negeri menarik pelaburan. Statistik MIDA menunjukkan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) pada 2002-2007 ke Pulau Pinang adalah RM5,669.61 juta manakala setelah Kerajaan Negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat, DDI 2008-2013 adalah RM12,995.47 juta. Peningkatan sebanyak 129.21% dicatat dalam tempoh enam (6) tahun pentadbiran. Selain itu, peningkatan 75.38% dalam Pelaburan Langsung Asing (FDI) juga telah dicapai dalam tempoh yang sama. Bagi 2002-2007, FDI adalah RM15,426.13 juta dan semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat 2008-2013, jumlah FDI yang dicapai adalah RM27,054.94 juta. Dalam tempoh pemerintahan Kerajaan BN dari 2002-2007 keseluruhan pelaburan berjumlah RM21,095.74 juta manakala dalam tempoh pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat dari 2008-2013 keseluruhan pelaburan yang berjaya diperolehi berjumlah RM40,050.41 juta, iaitu peningkatan sebanyak 90%. Sekiranya Kerajaan Negeri mendapat kerjasama penuh daripada Kerajaan Persekutuan, nescaya jumlah pelaburan ini akan meningkat lagi.

3. Kerajaan Negeri amat positif pelaburan dan pelancongan akan berlipat kali ganda sekiranya Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan permohonan bagi penambahbaikan
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang termasuklah runway kedua, Maintenance Repair and Overhaul (MRO) dan ”integrated” hab kargo udara. Harganya hanya 1/3 daripada kos pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru. Sekiranya kos pembinaan baru adalah RM3.9 bilion seperti anggaran kos
Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, maka kos penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalah RM1.3 bilion sahaja.

4. Membina modal insan dan mengadakan sistem pendidikan yang bermutu merupakan cabaran untuk mengekalkan kemasukan pelaburan. Oleh itu, Kerajaan Negeri berusaha memperkenalkan pendidikan berasaskan pengetahuan dan kepakaran yang berkualiti seperti sistem vokasional Negara Jerman yang terbaik di dunia. Kerajaan Negeri dalam usaha membawa sistem pendidikan vokasional Jerman ke Pulau Pinang yang melibatkan sistem persekolahan di industri atau ”dalam kilang”, akan mengikuti sistem di Jerman yang melatih kepakaran tertentu mengikut kehendak pasaran semasa. Perbincangan sedang dijalankan dan jika perancangan ini berjaya, sistem perintis ini akan menjadi yang pertama di Malaysia dan diharap mengubah paradigma kepada memperkasakan ilmu pengetahuan Sains dan Matematik yang kini ketinggalan berbanding dengan negara jiran.

5. Umum mengetahui bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bertambah kukuh sejak enam (6) tahun yang lalu hasil daripada kawalan dalaman perbelanjaan, amalan perbelanjaan berhemah dan usaha berterusan dalam menambah hasil negeri. Kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam pengurusan kewangan negeri adalah tertera dalam Laporan Ketua Audit Negara. Kerapkali bajet defisit menjadi isu yang dibangkitkan pembangkang, namun berdasarkan kepada kecekapan pengurusan kewangan oleh Kerajaan Negeri dan kawalan-kawalan dalaman perbelanjaan yang dibuat telah terbukti apabila lebihan belanjawan dicatat setiap tahun sebanyak RM452,989,272.96 sejak 2008-2013. Sekiranya Yang Berhormat Ketua Pembangkang ada bukti bahawa lebihan ini dimanipulasikan, tolong kritik Ketua Audit Negara kerana penyata kewangan ini disahkan oleh beliau. Janganlah sebar fitnah jahat semata-mata untuk kepentingan politik.

PERSAMAAN MAKLUMAT PERBELANJAAN TAHUN 2014/2015
DI BUKU BAJET

6. Yang Berhormat Telok Ayer Tawar membangkitkan bahawa anggaran perbelanjaan di bawah Maksud Tanggungan T02 Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan dan T03 Jabatan Kewangan Negeri di muka surat 19 dan 20 buku Bajet 2015 adalah sama untuk dua (2) tahun 2014 dan 2015 berturut-turut dan mengandaikan terdapat kecuaian dan kesilapan dalam penyediaan bajet terlibat.

7. Sehubungan dengan ini, saya ingin menjelaskan bahawa tiada kecuaian mahupun kesilapan dalam penyediaan anggaran perbelanjaan tahun 2015 terlibat. Bajet di bawah Maksud Tanggungan T02 Pejabat KM & PSUK yang disediakan sebanyak RM231,600 untuk tahun 2014 dan 2015 ialah khusus untuk jawatan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, yang melibatkan pembayaran emolumen dan perbelanjaan pengurusan untuk
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Pembayaran emolumen dan bayaran pengurusan bagi Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri adalah tertakluk kepada Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980, Enakmen Bil. 2/80. Bagi tahun 2013, perbelanjaan sebenar di bawah T02 Pejabat KM & PSUK ialah berjumlah RM191,185.92.

8. Untuk kos pengurusan Pejabat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri amnya, yang melibatkan emolumen pegawai dan anggota dan kos perkhidmatan Pejabat DUN serta bayaran gaji dan elaun semua Yang Berhormat ADUN tidak disediakan di bawah Maksud Tanggungan T02, tetapi disediakan di bawah Maksud Bekalan B01 Pejabat KM & PSUK di bawah Aktiviti 034.

9. Berkaitan dengan anggaran perbelanjaan di bawah Maksud Tanggungan T03 JKN pula yang juga sama untuk dua tahun berturut-turut iaitu bagi Objek Sebagai (OS) 45000 Faedah, Dividen dan Lain-lain Kenaan Bayaran Hutang Negeri Yang Lain, Yang Berhormat Telok Air Tawar juga membuat kenyataan tentang kecuaian dan ketidakcekapan Ketua Menteri yang tidak serius membuat kerja. Sebenarnya Yang Berhormat Telok Air Tawar yang silap dalam membuat kenyataan yang melulu tanpa membuat penilaian lanjut kepada butiran-butiran perbelanjaan yang disediakan peruntukan di bawah Maksud Tanggungan T03 OS 45000 tersebut. Kod OS 45000 ialah untuk tujuan merekodkan bayaran faedah yang dibuat ke atas wang yang dipinjam termasuk kos pengeluaran dan perkhidmatan atas pinjaman dan bayaran balik pinjaman. Di bawah OS 45000 ini sememangnya telah diperuntukkan sejumlah RM2,505,200 masing-masing untuk dua (2) tahun 2014 dan 2015 berturut-turut bagi tujuan pembayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek Perumahan Awam Kos Rendah, dan RM640,000 untuk bayaran balik pinjaman yang diambil oleh PDC bagi Projek Indoor Archade & Seafood Centre Batu Kawan. Jumlah bayaran balik terlibat adalah setara mengikut tahun kerana ianya berdasarkan amaun anuiti yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut jadual bayaran balik pinjaman yang dimeteraikan. Misalnya, untuk jadual bayaran balik pinjaman Persekutuan RM6 juta untuk Projek Indoor Archade & Seafood Centre bagi tempoh 12 tahun, mengikut kadar faedah 4% setahun ialah RM639,313.04 setahun dari tahun pertama 2013 sehingga tahun 2023 dan untuk tahun ke-12 yang terakhir amaun pembayaran balik ialah RM639,312.98.

10. Oleh yang demikian, anggaran perbelanjaan yang disediakan untuk bayaran balik pinjaman Perumahan Awam Kos Rendah dan
Projek Indoor Archade & Seafood Centre adalah sama bukan sahaja untuk tahun 2014 dan 2015 berturut-turut, tetapi akan sama juga bagi tahun-tahun yang akan datang kerana masih dalam tempoh bayaran balik pinjaman mengikut amaun anuiti yang ditetapkan.

11. Untuk pengetahuan Yang Berhormat ADUN Telok Air Tawar juga, mengikut Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan, Perbelanjaan Tanggungan adalah perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan. Tidaklah perlu Perbelanjaan Tanggungan dibenarkan dengan undang-undang baru setiap tahun seperti mana bagi Perbelanjaan Bekalan untuk mengeluarkan wang yang diperlukan bagi menampung perbelanjaan perkhidmatan yang dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.

KEBERGANTUNGAN KEPADA HASIL CUKAI/HASIL BUKAN CUKAI SEBAGAI HASIL KERAJAAN NEGERI

12. Yang Berhormat Telok Air Tawar telah bertanya tentang sejauh manakah kebergantungan Kerajaan Negeri kepada Hasil Cukai Tanah dan Hasil Bukan Cukai berkaitan tanah sebagai hasil Kerajaan Negeri. (Hasil RM527.36 juta berbanding hasil keseluruhan RM833.71 juta)

PENINGKATAN PERBELANJAAN MENGURUS NEGERI

13. Yang Berhormat Telok Air Tawar juga telah membangkitkan tentang perbelanjaan Mengurus negeri yang telah meningkat dari tahun 2008 sehingga tahun 2013 iaitu jumlah perbelanjaan Mengurus sebanyak RM299.17 juta pada tahun 2008 meningkat hingga sebanyak RM832.42 juta pada tahun 2013, yang dinyatakan kenaikan hampir empat (4) kali ganda dan menakjubkan.

14. Memang tidak dinafikan bahawa perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri telah meningkat dari tahun 2008 kepada 2013 kerana hasil yang bertambah harus dibelanjakan untuk kebaikan rakyat dengan projek-pojek yang memanfaatkan.

i. Pertambahan pembiayaan untuk program sosial dan kesejahteraan rakyat yang bermula pada tahun 2008 dengan antara lain bantuan pendidikan, bantuan kebajikan, bantuan pelajar miskin dan wang ehsan melalui kredit bil air. Seterusnya pada tahun 2010, ditambah dengan pemberian untuk warga emas dan bantuan miskin tegar dan pada tahun-tahun berikutnya pemberian bantuan telah diperluaskan lagi kepada ibu tunggal, OKU, anak emas, ibu emas, pelajar emas bantuan ke IPTA, pemandu teksi, penari beca, nelayan, mikrokredit dan lain-lain lagi. Sejak 2008 hingga 12 November 2014, sejumlah RM287,138,545.51 telah dibelanjakan. Peruntukan yang disediakan bagi tujuan pembiayaan program bantuan sosial rakyat untuk tahun 2015 adalah RM116.94 juta.

ii. Caruman daripada akaun Hasil kepada Kumpulanwang Pembangunan Negeri untuk tujuan pembiayaan projek-projek Pembangunan Negeri adalah diperakaunkan sebagai perbelanjaan Mengurus berdasarkan piawaian perakaunan yang diluluskan. Jumlah pindahan kepada Kumpulanwang Pembangunan Negeri meningkat iaitu pada tahun 2009 sebanyak RM40 juta, tahun 2010 RM89 juta, tahun 2011 RM150 juta, tahun 2012 RM70 juta dan untuk tahun 2013 telah dibuat pindahan RM200 juta.

iii. Pembiayaan berjumlah RM500 juta untuk skim perumahan mampu milik mula yang diagihkan kepada PDC pada tahun 2012 sebanyak RM110.29 juta dan RM117.19 juta pada tahun 2013.

15. Dari tahun 2008 sehingga tahun 2013, Kerajaan Negeri telah mengakhiri tahun kewangan dengan lebihan. Dengan lebihan-lebihan tersebut, telah menyumbang kepada peningkatan dan pengukuhan Kumpulan Wang Disatukan Negeri yang pada akhir tahun 2008 berjumlah RM461.61 juta kepada RM826.58 juta pada tahun 2013.

PENJELASAN PENGURANGAN ANGGARAN HASIL 2015

16. Yang Berhormat Tanjung Bunga telah bertanya tentang penjenisan kod hasil 82000, 82372 dan 71817, dan memohon penjelasan tentang hasil sebenar dan anggaran yang berkurangan yang dibajetkan bagi kod-kod hasil terlibat.

17. Untuk makluman Yang Berhormat, kod hasil 82000 adalah atas tajuk umum Terimaan Daripada Agensi-Agensi Kerajaan, manakala kod hasil 82372 memperincikan Pelbagai Terimaan Dari Lain-lain Agensi Kerajaan dan termasuk Badan-badan Berkanun. Sememangnya pada tahun 2013 hasil sebanyak RM129.43 juta telah diperakaunkan di bawah kod hasil 82372, di mana RM125.64 juta merupakan terimaan oleh Kerajaan Negeri untuk bayaran pampasan pengambilan tanah bagi tujuan Penang Science Park. Bagi anggaran hasil tahun 2014 dan 2015 untuk kod 82372 dianggarkan terimaan sebanyak RM15 juta dan RM5 juta masing-masing, kerana tiada jangkaan terimaan dalam nilai yang besar daripada agensi kerajaan untuk kedua-dua tahun 2014 dan 2015.

18. Berkaitan kod hasil 71817 pula ialah untuk terimaan hasil daripada Permit Pengalihan Batu Batan Lain. Bagi tahun 2013, hasil sejumlah RM3.77 juta diperakaunkan di bawah kod 71817. Memandangkan dalam tahun semasa 2014 terdapat pengurangan dalam permohonan permit tersebut, maka anggaran hasil tahun 2015 bagi kod 71817 telah dikurangkan kepada RM2.7 juta berbanding anggaran hasil sebanyak RM4.6 juta pada tahun 2014. Malah, didapati projek-projek utama di Negeri Pulau Pinang yang memerlukan bekalan bahan berkenaan telah disiapkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

ISU PERBADANAN BUKIT BENDERA (PBB)

19. Beberapa isu telah dibangkit oleh Yang Berhormat Pulau Betong berkaitan Bukit Bendera. Dari isu pentadbiran sehingga penyelenggaraan telah disentuh.

20. Isu pengambilan kakitangan secara Contract For Service kerana
Yang Berhormat Pulau Betong menyatakan bahawa seseorang yang diambil secara Contract For Service adalah atas kepakarannya. Perbadanan Bukit Bendera (PBB) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Enakmen boleh melantik dan mengambil pekerja atas apa-apa terma dan syarat yang PBB dapati patut – Seksyen 28, Enakmen Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang, 2009. Oleh itu, sama ada seseorang mempunyai kepakaran yang diperlukan adalah atas pertimbangan PBB di bawah Seksyen 14 (1) yang memperuntukkan kuasa kepada PBB dalam melantik
Pengurus Besar mengikut gred jawatan yang difikirkan sesuai.

21. Persoalan seseorang yang berkelulusan SPM menjawat jawatan Gred N44 dan Gred N48, yang bergaji RM5,000 lebih dan RM6,000 lebih. Saya telah difahamkan bahawa tiada pegawai Gred N44 dan Gred N48 yang dikatakan berkelulusan SPM sahaja, namun kita akan membuat siasatan lanjut dan mengambil tindakan susulan sewajarnya.

22. Isu Pengurus Besar PBB yang juga sebagai konsultan berlaku apabila beliau dilantik sebagai konsultan (mulai 1 Oktober 2012 dan tamat pada 30 September 2014) iaitu sebelum beliau dilantik sebagai Pengurus Besar yang bermula dari Ogos 2013. Pengurus Besar PBB telah tidak lagi menjalankan kerja-kerja sebagai konsultan dan apa-apa bayaran yang terlebih bayar akan dikembalikan.

23. Persoalan berkenaan Kawasan Pentadbiran Perbadanan Bukit Bendera belum diwartakan. Proses untuk menetapkan kawasan pentadbiran PBB telah dimulakan sejak tahun 2011. Cadangan Pelan Kawasan Pentadbiran telah disediakan tetapi atas nasihat Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, draf pelan bagi tujuan pewartaan perlu dipinda bagi memenuhi kehendak pewartaan. Aspek teknikal berhubung draf pelan sedang dimuktamadkan bagi membolehkan pewartaan selaras dengan Seksyen 6 Enakmen, dilaksanakan.

24. Berkenaan isu audit dan perakaunan, semakan dan penelitian kepada teguran-teguran ini sedang dijalankan dan tindakan-tindakan pembetulan akan dibuat sewajarnya. Pihak pentadbiran SUK juga sedang berusaha membantu pihak pengurusan PBB dengan mengadakan rundingan serta telah menghantar pasukan Audit Dalam, PSUK pada awal bulan Oktober lepas untuk membuat auditan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, sebenarnya tiada perbezaan mengenai isu baki bank dalam Penyata Kewangan PBB berbanding dengan Penyata Bank. Apa yang berlaku adalah semasa pemeriksaan Audit dijalankan, pengesahan bank belum lagi diperolehi. Pada masa ini pengesahan bank berkenaan telahpun diterima.

25. Berhubung dengan pencerobohan dengan tanah kerajaan di atas Bukit Bendera, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah, Timur Laut untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi perkara tersebut.

26. Turut dibangkit komponen selenggaraan menggunakan produk buatan Negara China. Tiada alat gantian yang dibeli dari
Negara China di bawah Pengurus Besar sekarang. Semua alat gantian adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mengikut kontrak penyelenggaraan. Perkara ini juga akan diperiksa dalam satu siasatan yang dijalankan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

ANCAMAN KEPADA KAMPUNG TRADISIONAL

27. Berkaitan dengan tindakan tuan tanah menggunakan perintah mahkamah mengusir penduduk, Kerajaan Negeri serius dalam perlindungan Kampung Tradisional dan membela nasib penduduk yang terlibat. Walaupun telah terdapat beberapa kes di mana Mahkamah Tinggi yang memihak kepada pemilik tanah, Kerajaan Negeri telahpun mengambil initiatif bagi membantu penduduk, antaranya Kerajaan Negeri telah menjadi perantara perundingan di antara pemilik tanah dan penduduk yang terlibat. Kerajaan Negeri juga telah memberi keutamaan kepada penduduk yang terlibat untuk dipertimbangkan tawaran rumah kos rendah/sederhana rendah dan rumah mampu milik yang di bawah kawalan Kerajaan Negeri.

28. Kerajaan Negeri telah melaksanakan dasar baru untuk pembangunan swasta dengan menolak sebarang permohonan kebenaran pembangunan (development order) yang diduduki oleh setinggan. Kerajaan BN sebelum ini menerusi MPPP dan MPSP, akan memberikan kebenaran pembangunan, sungguhpun masih ada setinggan dan masalah setinggan belum diselesaikan.

29. Perubahan ketara daripada dasar BN sebelum ini, berusaha menggalakkan pemaju mengadakan rundingan dan selesaikan secara baik satu formula munasabah dengan setinggan. Malangnya, beberapa pemaju dan tuan punya tanah yang ada kaitan dengan BN dan UMNO enggan mengadakan rundingan dengan setinggan dan sebaliknya menggunakan tindakan mahkamah untuk menghalau setinggan tanpa bayaran pampasan yang munasabah.

30. Untuk kes-kes pemaju yang “pro-BN atau UMNO” sedemikian, Kerajaan Negeri bukan sahaja mengaturkan peguam untuk membela setinggan tetapi juga tidak akan memberikan “development order” sekiranya si pemaju “pro-BN atau UMNO” ini berjaya dalam mahkamah.
31. Kebanyakan kes pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, hanya mengambil tanah untuk tujuan awam, termasuk buat kali pertama ambil tanah milikan bukan Melayu dan bukan Islam untuk tujuan perkuburan orang Islam. Isu warisan adalah dalam tangan Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri telah menulis banyak surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk mewartakan kampung tradisi Melayu sebagai kampung warisan tanpa mendapat balasan positif.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

PENGURANGAN TANAH MILIKAN KERAJAAN NEGERI

32. Mengenai isu pengurangan stok tanah kerajaan yang dikatakan telah berkurangan daripada 12% pada tahun 2008 kepada 6% pada tahun 2013 adalah tidak benar. Definisi tanah kerajaan ialah tanah-tanah yang tidak mempunyai hakmilik. Dalam tempoh 2008 – 2013
Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah-tanah kepada pihak individu dan agensi-agensi kerajaan termasuk agensi Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri telah meluluskan banyak lot-lot tanah kepada Kerajaan Persekutuan untuk tapak-tapak sekolah yang sedia ada. Sebelum ini, tapak-tapak tanah tersebut termasuk dalam senarai tanah kerajaan kerana tidak mempunyai hakmilik.

33. Tanah-tanah kerajaan yang tersenarai pada tahun 2008 termasuk juga tanah-tanah yang menjadi tanah kerajaan akibat proses pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Balik Tanah. Bagi tempoh 2008 – 2013, banyak daripada stok tanah-tanah tersebut yang dipegang oleh kerajaan sebagai custodian telah dilupuskan kepada agensi-agensi Kerajaan yang membiayai kos pengambilan tanah.

34. Ingin dijelaskan sekali lagi bahawa sejak tahun 2008 tidak ada pelupusan mana-mana tanah Kerajaan Negeri yang asal kepada pihak swasta dalam saiz yang besar. Pelupusan yang telah dibuat hanyalah melibatkan tanah-tanah terpencil dan tanah-tanah kediaman di perkampungan baru.

35. Kepada mereka yang mendakwa bahawa Kerajaan Negeri
Pulau Pinang hanya bergantung kepada penjualan tanah
untuk menjanakan hasil, ianya adalah tidak benar sama sekali. Di bawah pemerintahan Kerajaan BN dahulu, BN telah menjual 35 kali lebih tanah berbanding Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, namun hasil yang diterima adalah kurang. BN telah menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan memperolehi RM1.0586 bilion manakala Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat hanya menjual 103.1 ekar dan memperolehi hasil pulangan yang lebih tinggi iaitu RM1.1102 bilion. Keupayaan Kerajaan Negeri menerima pulangan yang lebih besar sungguhpun hanya seluas 103.1 ekar berbanding dengan 3,661 ekar oleh BN, jelas menunjukkan Kerajaan Negeri memang memakai sistem tender terbuka dan tidak bergantung kepada penjualan tanah Kerajaan Negeri. Perlu diingatkan wang ini digunakan untuk projek pembinaan rumah mampu milik.

• Penjualan Tanah Kerajaan Negeri
BN Saiz Tanah Lokasi RM skp Jumlah harga jualan
980 ekar Tanjong Tokong RM 1 skp RM 42.7 juta
325 ekar Lebuhraya Jelutong RM 20 skp RM 325 juta
750 ekar Batu Kawan (dijual kepada Abad Naluri) RM3.24 skp RM 106 juta
1606 ekar Butterworth (dijual kepada Rayston Consortium Sdn Bhd) RM 8.40 skp RM584.9 juta

3661 ekar (Jumlah) RM 1.0586 bilion

• Penjualan Tanah Kerajaan Negeri
PR Saiz Tanah Lokasi RM skp Jumlah harga jualan
1.1 ekar Jalan Zainal Abidin (atau Taman Manggis) RM 232 skp RM 10.2 juta
102 ekar Bayan Mutiara RM 240 skp RM 1.1 bilion

103.1 ekar (Jumlah) RM 1.1102 bilion

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

CADANGAN PEMBANGUNAN DI TANAH BERHAMPIRAN FLAT SRI SAUJANA, LEBUH MACCALLUM

36. Berkenaan cadangan Yang Berhormat Pengkalan Kota berkenaan pembangunan di tanah lapang/ kosong berhampiran Flat Sri Saujana, Lebuh Maccallum.

37. Cadangan asal di atas lot berkeluasan 1.8 ekar ini yang telah diluluskan adalah pembangunan 12 unit komersial 3 & 4 tingkat dengan hakmilik individu (individual titles). Projek ini walau bagaimanapun, telah dikaji semula sebagai pembangunan bercampur yang mengandungi unit-unit perumahan mampu milik dengan harga jualan tidak melebihi RM400,000 serta unit-unit komersial. Pelan Konsep dan Pelan Kebenaran Merancang untuk pembangunan ini sedang disediakan oleh pihak konsultan.

ENAKMEN WARISAN NEGERI PULAU PINANG 2011

38. Yang Berhormat Pulau Betong telah membangkitkan berkenaan penguatkuasaan Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 (Enakmen 14) dan menyuarakan kebimbangan berhubung pengauditan semula Tapak Warisan Dunia George Town (TWDGT) oleh UNESCO.

39. Untuk makluman Yang Berhormat, mesyuarat pra-penubuhan Ahli Jawatankuasa Majlis Warisan Negeri telahpun dilaksanakan dan bersetuju akan keahlian ahli majlis. Draf Kertas Kerja MMK bagi pewartaaan dokumen Rancangan Kawasan Khas TWDGT telah disediakan dan dikemukakan kepada GTWHI, MPPP dan Pejabat Penasihat Undang-undang untuk ulasan sebelum di bawa ke pertimbangan MMK. Tarikh penguatkuasaan akan diputuskan di peringkat Pihak Berkuasa Negeri nanti.

40. Ahli majlis yang dipersetujui adalah seperti berikut :

i) Seorang Pengerusi iaitu Ketua Menteri;
ii) Tiga (3) orang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
iii) Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya;
iv) Pegawai Kewangan Negeri atau wakilnya;
v) Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri atau wakilnya;
vi) Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau wakilnya;
vii) Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai atau wakilnya;
viii) Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang;
ix) Kurator Muzium & Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang atau wakilnya;
x) Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated atau wakilnya; dan
xi) Tidak kurang daripada lima (5) orang anggota lain yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

LAWATAN DELEGASI KERAJAAN NEGERI KE LUAR NEGARA

41. Yang Berhormat Teluk Bahang telah mempersoalkan berhubung outcome lawatan delegasi Kerajaan Negeri ke Negara Asia Timur terutamanya Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun.

42. Untuk makluman Yang Berhormat, lawatan ke Negara Asia Timur bukan sahaja untuk menarik pelaburan dari negara tersebut sahaja, tetapi juga daripada Multinational Corporation (MNCs) yang antara lain juga merupakan syarikat dari Negara Amerika yang bertapak di negara-negara itu.

43. Jika dilihat dari sudut kos lawatan, di antara tahun 2002-2007, Kerajaan BN telah membelanjakan sejumlah RM5,203,076.69 untuk lawatan ke luar negara berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya membelanjakan RM2,763,809.82 mulai 2008-2013. Namun begitu, jumlah pelaburan pada tempoh masa tersebut adalah 90% lebih tinggi untuk 2008-2013 sebanyak RM40 bilion berbanding dengan RM21 bilion untuk 2002-2007.

ISU KENAIKAN KOS SARA HIDUP

44. Yang Berhormat Telok Ayer Tawar juga membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup di Pulau Pinang.

45. Berdasarkan Kajian Pendapatan Isi Rumah pada 2012, purata pendapatan isi rumah di Pulau Pinang adalah RM5,050 sebulan atau RM60,660 setahun. Namun kajian Perbelanjaan Isi Rumah 2010 menunjukkan penggunaan di antara julat RM3,747.54 di
Seberang Perai dan RM5,827.23 bagi Pulau. Pihak Kerajaan Negeri mempertikaikan dakwaan oleh pihak pembangkang bahawa Pulau Pinang mempunyai kos sara hidup yang paling tinggi di Malaysia diikuti oleh Bintulu dan Kerteh. Sukar untuk dipercayai kajian yang menunjukkan ketiga-tiga tempat ini lebih mahal daripada Kuala Lumpur atau Johor Bharu. Berdasarkan kajian oleh laman web expatistan.com/cost-of-living/georgetown-penang, hakikatnya kos sara hidup di Pulau Pinang adalah 6% lebih rendah dari Kuala Lumpur dan 8% lebih rendah dari Kuala Terengganu. Kajian tersebut juga menyatakan kos makanan di Pulau Pinang adalah 6% lebih rendah dari Alor Star dan 23% lebih rendah dari Kuching.

46. Tidak dinafikan kos sara hidup meningkat bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan di seluruh Malaysia. Faktor permintaan dan penawaran merupakan di luar bidang kawalan Kerajaan Negeri. Dengan pengenalan GST pada April 2015 dijangka akan menyumbang secara terus kepada peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup. Inisiatif BR1M yang berjumlah RM37.50 ke RM54.20 sebulan tidak mampu menampung kesinambungan hidup golongan berpendapatan rendah. Tiada sebarang bentuk bantuan hidup diberikan kepada golongan pertengahan. Setelah pelaksanaan GST, keadaan akan bertambah buruk di mana dijangkakan setiap isi rumah terpaksa membelanjakan tambahan RM708 setahun akibat kenaikan harga barang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

CADANGAN PENAMBAHAN WANG BANTUAN UNTUK RAKYAT TERMASUK PENGANGKUTAN DAN PERUBATAN

47. Yang Berhormat Batu Uban, Yang Berhormat Paya Terubong, Yang Berhormat Air Itam, Yang Berhormat Bagan Dalam, Yang Berhormat Bukit Tengah, Yang Berhormat Jawi, Yang Berhormat Penanti dan Yang Berhormat Machang Bubok memohon penambahan wang bantuan untuk rakyat Pulau Pinang termasuk pengangkutan dan perubatan.

48. Kerajaan Negeri pada ketika ini tidak berkemampuan untuk menaikkan jumlah bantuan tersebut. Ini adalah kerana terdapat pelbagai bantuan “emas” yang lebih fokus kepada golongan sasar yang memerlukan. Di antara program ialah seperti warga emas, anak emas, bantuan IPT, pelajar emas serta bantuan kepada sekolah, para huffaz, Agenda Ekonomi Saksama (AES), bantuan pukat nelayan, pemandu teksi dan penarik beca yang telahpun mencecah perbelanjaan sebanyak RM287,138,545.51 sejak 2008. Bagi 2015, sebanyak RM116.94 juta telah diperuntukkan bagi bantuan yang sama. Peruntukan RM116.94 juta adalah satu jumlah yang besar. Sekiranya bantuan wang ditambah lagi, Kerajaan Negeri bukan sahaja akan mengalami belanjawan defisit yang banyak, malah mungkin bankrap.

PERJAWATAN DI PEJABAT KETUA MENTERI

49. Menyentuh mengenai perkara penjawatan di Pejabat Ketua Menteri yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, jumlah keseluruhan pegawai tetap dan kontrak adalah sebanyak 41 orang sahaja iaitu 8 pegawai tetap dan 33 pegawai kontrak, bukannya 60 orang pegawai sepertimana yang didakwa oleh Yang Berhormat Telok Ayer Tawar.

50. Penambahan perjawatan baru di Pejabat Ketua Menteri adalah berikutan pelaksanaan pelbagai program Kerajaan Negeri yang memerlukan tenaga kerja yang berterusan. Penubuhan Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai seramai 21 orang kakitangan adalah sebagai teras dan peneraju utama berhubung pengurusan maklumat, perhubungan awam, pelopor agenda, penyebar berita serta maklumat kepada rakyat Pulau Pinang.

51. Bahagian Penerangan juga terlibat dalam penganjuran membabitkan program-program Kerajaan Negeri seperti berikut :

a) Program Bantuan Ibu Tunggal
b) Program Penghargaan Warga Emas
c) Skim Pelajar Emas
d) Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)
e) Bantuan kepada Suri Rumah, Penarik Beca, Nelayan, Pemandu Teksi
f) Bantuan Pelajar ke IPTA
g) Program Anak Emas

52. Kerajaan Negeri tidak boleh menggunakan agensi Persekutuan seperti Jabatan Penerangan sebagaimana semasa pemerintahan Kerajaan BN dahulu, kerana tidak mendapat kerjasama serta memegang prinsip yang berbeza dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

PERJAWATAN PUSAT WARISAN

53. Pusat Warisan Pulau Pinang (PWPP) mula ditubuhkan pada 7 Januari 1996, melibatkan seorang Pengurus dan seorang Pembantu Am Rendah yang dilantik secara kontrak oleh
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK). Pada tahun 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan perjawatan tetap untuk PWPP di bawah aktiviti Unit Perancang Ekonomi Negeri, melibatkan tiga (3) jawatan iaitu jawatan Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir (Pengurusan&Operasi) dan Pembantu Am Rendah. Dengan pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008, PWPP telah dinaiktaraf sebagai
Pejabat Warisan Dunia George Town pada 30 April 2009 dengan bilangan perjawatan seramai lapan (8) orang. Pada April 2010, George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah ditubuhkan sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri untuk mengurus, memantau dan mempromosi Tapak Warisan Dunia George Town (TWDGT). Pada Julai 2010, semua pegawai dan kakitangan lantikan PSUK yang berkhidmat di Pejabat Warisan Dunia George Town telah diserap ke GTWHI. Senarai penjawatan mengikut Carta Organisasi GTWHI adalah seperti berikut:

Perjawatan Bilangan Jawatan
Pengurus Besar 1
Pembantu Peribadi kepada Pengurus Besar 1
Timbalan Pengurus Besar 1
Pengurus Bahagian 6
Pegawai 13
Penolong Pegawai 6
Pembantu Tadbir 2
Pembantu Pejabat 2
Jumlah Perjawatan 32

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

ISU PENGUBAHSUAIAN DAN PENAIKTARAFAN KOMTAR

54. Berkaitan dengan Wet World Wild yang dihentikan operasi kerana kelengkapan rosak akibat pukulan angin dan ombak laut yang kuat, Kerajaan Negeri tidak mengalami sebarang kerugian. Sekali lagi ada fitnah yang menyatakan Kerajaan Negeri melabur RM300,000 atau RM3 juta.

55. Syarikat Only World Group Holdings Berhad (OWG) akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan penyenaraian rasmi ialah pada 18 Disember 2014. Pelaksanaan projek pengubahsuaian dan penaiktarafan KOMTAR adalah dijalankan melalui anak syarikat Kumpulan OWG iaitu Magnificent Empire Sdn. Bhd. (MESB) dengan pelaburan awal sebanyak RM40 juta. Tempoh 30 bulan diberikan untuk OWG menyiapkan keseluruhan komponen dalam projek ini dan tempoh tersebut juga merupakan rent-free period (berdasarkan timeline asal dalam Perjanjian, tempoh tersebut ialah dari 19 Disember 2012 sehingga 18 Jun 2015).

56. OWG mengemukakan cadangan untuk menambah satu lagi aras di atas helipad, iaitu sebagai Aras 66. Cadangan ini telah diluluskan oleh pihak PDC. Berdasarkan status terkini, Dewan Bankuet yang merupakan komponen Fasa 1 projek telah siap secara fizikal pada bulan Mei 2014. Kini kerja rekabentuk dalaman sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada Disember 2014.

PROJEK PEMBINAAN IKEA STORE DI BATU KAWAN

57. Mengikut Surat Perjanjian Utama (Purchase and Development Agreement) bertarikh 3 September 2014 yang ditandatangani antara PDC dengan Aspen Vision Land Sdn. Bhd., adalah jelas bahawa pembinaan Ikea Store dimulakan dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh surat perjanjian dan perlu disiapkan pembinaannya dalam tempoh 30 bulan (2 tahun 6 bulan). Dalam perjanjian berkenaan, Ikea Store perlu beroperasi dalam tempoh 12 bulan dari tarikh siap pembinaan. Walau bagaimanapun, Ikea Store layak diberi opsyen perlanjutan tempoh masa secara automatik selama dua (2) tahun sekiranya projek-projek catalyst lain seperti University of Hull, Projek Perumahan Mampu Milik PDC, Premier Shopping Outlet, KDU University dan Penang International Technology Park belum mencapai peringkat pembangunan yang munasabah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

JUALAN TANAH DI BAYAN MUTIARA

58. Yang Berhormat Telok Bahang bertanya tentang penjualan 102 ekar tanah di Bayan Mutiara kepada Ivory Group dengan harga RM240 sekaki persegi.

59. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah cerita lama yang telah berkali-kali dijawab. Penjualan tanah adalah dibuat secara tender terbuka dengan harga tawaran yang tertinggi. Perlu diingatkan bahawa harga RM240 sekaki persegi juga dikenakan ke atas tambakan laut seluas 35 ekar daripada keseluruhan 103 ekar yang ditambak dengan kos mereka sendiri. Sekiranya Yang Berhormat ada bukti, Yang Berhormat boleh membuat laporan kepada SPRM kerana ia dibuat secara telus dan akauntabel dengan diluluskan oleh EXCO.

60. Namun begitu, penetapan harga rizab oleh PDC adalah berasaskan kepada penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada November 2009, iaitu di antara RM65.00 hingga RM83.60 sekaki persegi untuk kegunaan pembangunan bercampur dan komersil atas pegangan kekal. Walaupun Request For Proposal (RFP) dipanggil pada 16 Ogos 2010, iaitu sembilan (9) bulan dari tarikh penilaian oleh JPPH, namun penetapan harga rizab adalah jauh melebihi kadar nilaian oleh JPPH, iaitu RM200 sekaki persegi. Sebagai agensi Kerajaan, PDC menggunakan penilaian JPPH sebagai asas penetapan bagi harga rizab RFP.

61. Berkenaan kaedah bayaran, pembida diminta mencadangkan terma bayaran semasa mengemukakan tawaran RFP. Setelah tarikh tutup, PDC telah menilai tawaran-tawaran dan akhirnya Lembaga PDC pada 11 Julai 2011 telah menerima tawaran Ivory Properties Group Berhad (IPGB) untuk membeli tanah seluas 102.56 ekar atas kadar RM240 sekaki persegi sebanyak RM1.07 bilion yang merupakan harga tertinggi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS)

62. Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh
Yang Berhormat Seri Delima, Kerajaan Negeri telah pun menghantar semua nama 9002 ahli PPS kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 8 September 2014 untuk semakan dan membantu siasatan pihak berkuasa demi membuktikan ahli-ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) tidak mempunyai rekod jenayah lampau seperti yang didakwa. Selain itu, pada 5 September 2014 Kerajaan Negeri telahpun berjumpa dan berbincang bersama Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Pulau Pinang dan turut hadir bersama Pegawai dari Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Kerajaan Negeri telah dimaklumkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan menyiasat tuduhan ini dan membuka kertas siasatan.

63. Untuk memudahkan siasatan ini, pada 10 Oktober 2014,
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan semua maklumat berkaitan PPS sepertimana yang diminta oleh pihak ROS melalui persetujuan Mesyuarat Majlis Kerajaan melalui Kertas MMK 1036/2014. Sungguhpun PPS telah di label sebagai pertubuhan haram dan tidak dibenarkan beroperasi, Kerajaan Negeri tetap komited untuk memastikan keselamatan awam lebih selamat dan terjamin.

64. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi untuk membatalkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana bertindak dengan niat jahat dan secara mala fide dalam mengisytiharkan Unit PPS sebuah organisasi haram. PPS telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri
Pulau Pinang empat (4) tahun yang lalu dan telah bekerjasama dengan pihak polis selama empat tahun tanpa sebarang masalah.

65. Sejak 1 September 2014, semua anggota PPS telah menghentikan semua aktiviti yang berkaitan dengan kepolisan komuniti dan perkhidmatan menyelamat kecemasan.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

ISU KOLAM TERATAI

66. Akhir sekali, Yang Berhormat Bertam membangkitkan isu Kolam Teratai di Taman Botani yang tidak diselenggara dengan baik.

67. Untuk makluman Yang Berhormat, penyelenggaraan kolam di Dataran Teratai Taman Botani adalah diuruskan mengikut jadual oleh Jabatan Taman Botani. Penyelenggaraan terakhir adalah pada 20 Jun 2014. Di antara punca berlakunya kemerosotan tanaman teratai adalah kerana tindakan individu yang tidak bertanggungjawab melepaskan kura-kura ke dalam kolam dan menjejaskan tumbesaran pokok teratai tersebut. Lanjutan itu, pendekatan kesedaran orang awam dan pemasangan papan tanda larangan telah ditempatkan di kawasan kolam teratai.

68. Dalam pada itu, Jabatan Taman Botani telah membina kotak tanaman bagi setiap pokok teratai untuk tujuan penyesuaian persekitaran. Pembajaan secara slow release fertilizer dengan kekerapan dua (2) kali sebulan menggunakan baja organic, turut dilaksanakan.

PENUTUP

Yang Berhomat Dato’ Yang di-Pertua Dewan,

69. Akhirnya, Kerajaan Negeri faham bahawa sungguhpun pengurusan kewangan adalah baik dan bersih, ekonomi berkembang, kekurangan pekerja dan persekitaraan negeri yang kian hijau, bersih, selamat dan sihat, maka ia tidak mencukupi selagi cabaran-cabaran tersebut tidak diatasi. Kita masih perlu bekerja keras untuk mempertingkatkan lagi infrastruktur awam, pengawalseliaan serta kemampuan rakyat menerima perkhidmatan kerajaan yang baik, menikmati kemudahan rumah mampu milik dan pengangkutan awam. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan terus memperbanyakkan peluang perniagaan, pekerjaan dan pendidikan dengan memberikan kebebasan untuk setiap orang mencapai potensinya serta melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan.
70. Pendekatan urus tadbir akan berdasarkan objektif serampang dua (2) mata dengan bergantung kepada sektor swasta untuk menjadi penggerak ekonomi serta memberikan peluang yang sama kepada semua yang rela bersungguh-sungguh dengan bercorakkan “maximum governance, minimum government”.

71. Kerajaan Negeri sedar bahawa Pulau Pinang disekat oleh ketiadaan sumber asli dan terpaksa bergantung kepada sumber manusia. Oleh itu, tanpa sumber-sumber asli tersebut untuk menjadi pemangkin ekonomi dan kerjasama daripada Kerajaan Pusat yang kurang menentu, maka Kerajaan Negeri akan bersandarkan sektor swasta untuk menjadi jentera ekonomi Pulau Pinang. Pada masa yang sama, sektor pembuatan dan perkhidmatan memerlukan daya kreativiti, daya inovasi, daya kepakaran dan daya keusahawanan. Untuk menjaminkan segala “daya tenaga” dapat diwujudkan, maka sistem urus tadbir adalah penting. Dengan “maximum governance, minimum government”, Pulau Pinang dapat menjaminkan masa depan yang maju dan saksama kepada semua.
72. Saya ingin menarik perhatian lagi kepada acara Penang International Science Fair yang akan berlangsung di Stadium SPICE esok selama dua (2) hari yang menepati aspirasi Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandaraya bertaraf antarabangsa dan pintar. Pada masa yang sama, suatu usahasama di kalangan pelukis tempatan dan antarabangsa, termasuk Ernest Zacharevic, akan mempamerkan seni lukisan di Hin Bus Art Depot oleh
Urban Nation, suatu pusat seni yang berasal daripada Berlin. Sinaran sedemikian, semoga kita dapatlah “see the music, hear the dance” di Pulau Pinang.

73. Kerajaan Negeri mempercayai bahawa keutuhan struktur ini yang berteraskan penyampaian perkhidmatan dan suasana yang mengizinkan dapat mematahkan usaha ekstremis yang menggugat keselamatan masyarakat dan ketenteraman awam, samada dalam bentuk membakar Bible, menceroboh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, fitnah-memfitnah ataupun mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai anti-bukan Islam kerana menambahkan peruntukan kewangan untuk hal ehwal Islam.

74. Marilah rakyat Pulau Pinang yang budiman, kita berganding bahu untuk anak-anak kita, bersatu untuk masa depan mereka dan kita bertekad mengekalkan keamanan dan keharmonian agar mereka boleh hidup dengan bermaruah!

Sekian, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan, saya mohon menyokong.

Terima kasih.

— CN version —

槟州首席部长林冠英于2014年11月14日于
第13届第2季第2次槟州立法议会总结辩论(重点翻译)

2. 我在槟州2015年财政预算案的数据提及,槟城继续成为投资者的选择。虽然有人制造各种谎言,但是大马工业发展局(MIDA)2008年至2014年7月的数据证明了槟城的引资能力。大马工业发展局的统计数据指出,槟城2002年至2007年的本地直接投资为56亿6千961万令吉,然而,在民联州政府治理之下,2008年至2013年的本地直接投资是129亿9千547万令吉,6年的治理使本地投资增加129.21%。同时,外国直接投资也在同期内增加了75.38%,2002年至2007年的外国直接投资是 154亿2千613万令吉,在2008年至2013年民联治理之下,外国直接投资攀上270亿5千494万令吉。在国阵2002年至2007年的治理期间,所获得的总投资是210亿9千574万令吉,然而在民联治理的2008年至2013年所获得的总投资是400亿5041万令吉之钜,足足增加了90%。若州政府获得联邦政府全力合作,相信投资额将会更高。

3- 若联邦政府可以考虑槟州政府的申请,提升槟城国际机场,包括扩建第二跑道、一个航空维修、修理及检查(MRO)中心、以及拥有完整综合空运设施,州政府相信州内的投资和旅游业将会倍增。

机场提升成本只占建一座新机场的三分之一,若建造居林国际机场的估计成本是39亿令吉,那提升槟城国际机场只需要13亿令吉而已。

4. 若要吸引外资,培育人才及打造一个有素质的教育系统是当前的一大挑战。职是之故,州政府积极在州内推广德国式的技职教育系统,欲让这个世界最佳、且集知识与专业素质於一身的技职教育體系在槟州扎根。在此计划之下,学校将会设在工厂之内,并遵循德国的模式训练当前职场所需的各类专业技术人员。现阶段州政府正在商议落实此事,一旦成功落成,这个先驱计划将是马来西亚首创。期许有关典范将能增加学子在科学与数学的表现,拉近我们和邻国的距离。

5- 须知,槟城州政府的财政状况6年来愈加巩固,主要原因在于严格控制开销,并且继续开源节流。槟城州政府财政管理的成功皆有记载在国家稽察司报告中。反对党汲汲提起赤字预算案当课题,然而,2008年至2013年,年年合共4亿5千298万9千272令吉96仙的财政盈余,证明了州政府确实有效的财政管理及严格控制开销。如果州议会反对党领袖有证据指盈余是经操弄,拜托请质问国家稽察司,因为这是经他审核证实的财务事实。请别为了自己的政治利益胡乱散播谎言。

12.日落斗哇州议员询问州政府地税及非土地税务的收入各别为何,在此向议员汇报,地税的收入在8亿3千371万令吉的所有税收中占了5亿2千736万令吉。

行政开销的增加

13-日落斗哇议员也问及2008年至2013年行政开销,从2008年的2亿9千917万令吉行政开销增加至2013年的8亿3千242万令吉,并认为惊人的增加了4倍。

14.州政府不否认行政开销从2008年至2013年一直增加,因为所获得的盈余必须拨出以利民及有益的各种计划。

i.为了社会福祉的各种利民计划,从2008年就开始增加拨款,当中包括教育援助、福利援助、贫苦学生援助及水费援助。在2010年开始乐龄人士回馈计划及消灭赤贫计划,并再接下来将援助扩及推行单亲妈妈计划、残障人士援助、宝贝计划、快乐学生计划、公立大专援助计划、的士司机津贴、三轮车夫津贴、渔夫津贴及小商微型贷款等等。 从2008年至2014年11月12日,上述计划共拨款2亿8千713万8千545令吉51仙。 2015年的各种社会援助拨款是1亿1千694万令吉。

升旗山机构的课题

20- 针对浮罗勿洞州议员提及“服务合约”聘请职员是基于相关职员的专业一事,升旗山机构是州宪法下成立的法定机构,它可以根据2009年槟城升旗山机构法案第28条文,在任何条款及条件下,委任及聘请任何该机构认为适合的人选。因此,第14(1)条文授权给予升旗山机构考量某个人是否具备所需的专业,以依据适当的等级,委任该人选出任总经理一职。

21- 至于有大马教育文凭(SPM)程度者出任N44及N48等级并领取5千多令吉及6千多令吉一事,据我所了解N44及N48等级职员当中,并无仅获大马教育文凭程度的职员。无论如何,我们将展开进一步的调查,并采取适当的跟进行动。

22- 至于升旗山机构总经理兼任该机构顾问的问题,是发生在他出任总经理(2013年8月)之前,曾受委为升旗山机构的顾问引致(委任期从2012年10月有日至2014年9月30日为止)。升旗山机构总经理已经不再执行任何与顾问相关的工作,任何多缴付的费用,将会归还。

23- 针对升旗山机构的管理范围未被宪报一事– 确认升旗山机构管理范围之工作,自2011年起展开。我们已经准备了管理范围的建议图,但基于州法律顾问办公室的劝告,为宪报而设的草拟图有必要为宪报需求而作出更改。有关草拟图的技术层面正作最后敲定,以在法案第6条文下作出宪报。

24- 至于稽查及会计的课题,我们正展开审查及深入研究有关的告诫,也将相应地进行一切的修正措施。州秘书署也正努力透过会谈方式,协助升旗山机构管理层,并经于刚过的10月初,遣派内部稽查队展开内部稽查行动。谨此告知尊贵的,其实银行存款额与升旗山机构财务账目不吻合并不存在任何课题,因为当稽查工作进行时,我们尚未获得银行方面的余额确认。现阶段有关银行确认书已取得。

25- 至于升旗山的政府地遭人私闯一事,州政府已经指示土地局及东北县县署,采取相关行动以解决问题。

26- 事关升旗山机构使用中国制造的维修备件一事,在现任总经理管理下,并没有任何的维修零件或备件是从中国购入的。所有的维修备件, 是根据维修合约定下的规格。在即将展开的调查中,此事项也将纳入成为调查内容之一。

马来传统甘榜受到威胁

27- 州政府将严正看待地主使用庭令逼迁村民的事。州政府非常重视保护传统村落及捍卫相关村民的权益。虽然数个事件的地主已获高庭判胜诉,但州政府也主动给予村民援助,包括州政府介入地主和村民协商和谈判的工作。同时,州政府也将优先提供村民中廉价屋和州政府管辖下的可负担房屋。

28- 州政府已推出新政策,将拒绝发出发展准证予仍有居民居住的非法木屋区内之所有私人发展计划。在这之前,尽管还有一些非法木屋及非法木屋区的问题尚未解决,但国阵政府仍通过槟岛市政府及威省市政府,发出发展准证给发展商。

29. 我们与国阵之前的政策有着显著改变,我们积极鼓励发展商进行协商,以合理妥善地寻找方案,解决非法木屋的问题。不幸的是,数个发展商所拥有的土地与国阵和巫统有关,他们拒绝与非法木屋居民进行谈判,甚至通过法律行动,在没有给予合理的赔偿下,赶走非法木屋区的村民。

30- 即使“亲国阵或巫统”的发展商成功获得庭令驱赶居民,州政府除了会安排律师协助捍卫居民的权益之外,州政府也不会发出发展准证。

31- 民联政府征用的土地只是为了公共用途,包括首次征用非巫裔和非穆斯林土地作為穆斯林坟地。遗产课题為中央联邦政府而不是州政府的权限。州政府多次致函予联邦政府,希望联邦能鉴定马来传统甘榜为遗产,但始终没有得到正面的回复。

州政府所属土地日渐减少

32- 关于外传州政府拥有的土地不断缩减,从2008年的12%下降至2013年的6%,这纯属不实之说。所谓州政府的土地,乃指那些不属任何人拥有的土地。在2008-2013年之间,州政府确实把部分土地批予私人单位以及包括联邦政府在内的公家单位。另,州政府亦把许多土地交予联邦政府,作为建造学校之用。这些原本就预留的校地,亦算在州政府拥有的土地清单之内。

33- 在2008年的政府土地清单之内,一些在征地法令下索来的土地亦名列其中。2008年至2013年之间,上述由政府索来的土地,交由那些付费征地的政府机关处置。

34- 再次澄清,自2008年以来,州政府并未将本身的土地大规模地交予私人界。那些已交出的部分土地,多是偏远地区及新村内的住宅区土地。

35- 那些指控槟州政府依靠贩卖土地来增加收入者,你们的指控是错误及没有根据的。国阵时期售出的地皮,比民联多35 倍,可是收取的收益却更少。国阵出售了至少3,661 英亩的地皮,只获得10亿5860万令吉,相对的,民联仅出售103.1英亩就获取更高的11亿1020万令吉。这清楚表明,民联州政府确实是采用公开透明的招标系统,同时也没有依靠变卖土地来赚钱。必须提醒的是,这些钱终究是用来建造可负担房屋的。

国阵政府出售的地皮

土地面积 地点 每平方尺价格 总售价
980 英亩 丹绒道光 每平方尺1令吉 4270万吉
325 英亩 日落洞高速大道 每平方尺20 令吉 3亿2500万令吉
750 英亩 峆都交湾( 售给Abad Naluri) 每平方尺3.24令吉 1亿零600万令吉
1606 英亩 北海( 售给Rayston Consortium Sdn Bhd) 每平方尺 8.40 令吉 5亿8490 万令吉
3661英亩 (总额) 10亿5860 令吉

民联政府出售的地皮

土地面积 地点 每平方尺价格 总售价
1.1 英亩 再那亚比丁路 (或称山竹园) 每平方尺 232令吉 1020万令吉
102 英亩 峇央珍珠 每平方尺240 令吉 11 亿令吉
103.1 英亩 (总额) 11亿1020万令吉

州政府出国代表团

41- 直落巴巷州议员询问出国招商代表团事宜,尤其是到的东亚各国与地区如香港、台湾、韩国及日本有何成果。

42- 在此汇报,访问东亚各国与地区不只是吸引该国的投资者而已,更是要吸引在这些国家投资的其他跨国企业,如美国的投资者。

43- 若从出国访问的角度比较,2002年至2007年,国阵政府的出国开销是520万3076令吉69仙,然而,民联政府在2008年至2013年的出国开销则只是276万3809令吉82仙。即便如此,2008年至2013年所吸引到的400亿令吉投资还是比2002年至2007年的210亿令吉增加了90%。

生活成本上涨的问题
44- 直落斗哇州议员也提出槟城生活费上涨的问题。
45- 根据《2012年家庭收入调查报告》,槟城的家庭平均收入是每月5千50令吉或者每年6万660令吉,但《2010年家庭支出调查报告》显示,威省及槟岛的消费(或支出)为威省家庭3千747令吉54仙,槟岛则是5千827令吉23仙。反对党指槟州是继民都鲁和吉利地(Kerteh)后,全国生活费最高的地区。州政府认为这项指控存在争议,因为实在让人难以置信这3个地区的生活费会来得比吉隆坡或新山还高。根据expatistan.com/cost-of-living/georgetown-penang网站的调查报告显示,实际上槟城的生成活费比吉隆坡低6%,比瓜拉登嘉楼低8%。该调查也指槟城的食物比亚罗士打便宜6%,比古晋便宜23%。

46- 无可否认,槟城和全马的生活费都上涨,而需求和供给因素是在州政府的控制范围外。2015年4月将落实的消费税,预计将是造成通膨和生活费上涨的直接因素。一个大马援助基金从每月37令吉50仙增加至54令吉20仙不足以让低收入者应付持续上涨的生活费,中收入者则没获得任何援助。一旦落实消费税,情况将进一步恶化,预计物价上涨,将导致每个家庭将每年被迫额外承担708令吉支出。

增加人民援助金包括交通和医药的计划

48- 州政府目前没有能力增加有关援助金额,因为一些目标群体更需要援助金,包括乐龄人士回馈金、宝贝计划、大专新生援助金、快乐学生、古兰经背诵、平等经济议程(AES)、渔民渔网援助 、德士司机和三轮车夫等各类援助金,从2008年开始派发已达2亿8千7138万545令吉51仙 ,2015年则将派发1亿1694万令吉给予上述的各类援助金,1亿1694万令吉是一笔大数目,如果再增加援助金,州政府不只将面对更大的财政赤字,也可能破产。

光大摩天楼翻新和提升工程

54- 关于潮野海上冒险主题乐园(WWW)因大风浪破坏设备而被迫停止经营一事,槟州政府并没有蒙受任何亏损。再次有人诽谤指州政府投资30万或300万令吉。

55- Only World Group(OWG)控股集团将在于2014年12月18日,在吉隆坡股票交易所主板上市。光大摩天楼的翻新和提升工程,是由Only World Group(OWG)控股集团旗下的子公司Magnificent Empire Sdn. Bhd. (MESB) 所进行,该公司注资4000万令吉进行光大翻新和提升工程。工程将会在30个月内完成,有关期限为免租期(根据合约,有关的期限是2012年12月19日至2015年6月18日)

56- 另外,OWG建议在光大天楼的直升机停机坪上,添加一层楼,即成为第66层楼。这项建议已获得槟州发展机构的批准。根据目前的进展,首阶段工程,也即是宴会厅的工程早在今年5月已完成。目前正如火如荼进行内部装潢,并预料在2014年12月完成。

宜家进驻峇都交湾

57- 依据槟州发展机构及Aspen Vision Land有限公司在2014年9月3日签署的买卖及发展合约,清楚表明宜家将会在签署合约后的五年内开始建造工程,而有关工程必须在30个月(两年半)内完成。根据合约,一旦建筑工程竣工,宜家需在12个月内开始营业。无论如何,若宜家周边的催化项目如赫尔大学、由槟州发展机构负责的可负担房屋、优惠购物中心、伯乐大学、槟州国际工业园区等计划延宕,宜家则自动获准延后两年操作。

峇央珍珠售地事件

58- 直落巴巷区州议员询及有关政府以每平方尺240令吉的价格,售卖峇央珍珠102英亩土地予玮力集团。

59- 有关州议员发出的问题已属陈年旧事,我们亦多次予以答复。相关交易是在公开招标的情况下进行,土地最终由价高者得。必须提醒的是,以每平方尺240令吉价格得标的公司,在其103英亩的总面积当中,也付出同样的价格予需填海索地的35英亩的待填海地。填海费由得标公司承担。州行政议会在处理此事时,按公开透明以及课责的原则办理,假如有关州议员拥有证据,可以到反贪会报案。

60- 尽管如此,槟州发展机构做出的定价乃根据产业估价局在2009年11月的评估作为参考,即相关混合式商业发展的永久地契土地价格订在每平方尺65令吉至83.60令吉之间。槟州发展机构于2010年8月16日公开征求企划书,即在产业估价局评估后的9个月。其定价为每平方尺200令吉,这个价格远比产业股价局较早前的估价来得高。

志愿巡逻队 (PPS)

62- 关于斯里德里玛州议员的疑问,州政府在2014年9月8日,已经将所有9002名志愿巡逻队队员的名单,呈交给皇家警察检查,并协助执法单位调查,以证明志愿巡逻队PPS队员并没有一如所指控般有严重的犯罪记录。此外,在2014年9月5日,州政府也在马来西亚社团注册局(ROS)总部代表的的陪同下,与槟州分局主任会面讨论。州政府也被社团注册局告知,该局将会调查此指控,并将开档调查。

63- 为方便调查工作,州政府在2014年10月10日州的州行政议会上,一致通过 1036/2014编号的议案,即依据社团注册局的要求,将所有与志愿巡逻队PPS相关的资料提呈给社团注册局。虽然志愿巡逻队PPS已经被标签为非法组织,并不被允许运作,但是州政府依然承诺会确保州内的公共安全获得保障。

65- 自2014年9月1日起,州政府已经冻结一切志愿巡逻队PPS的活动,包括社区巡逻及紧急救援服务。

总结

70- 槟州行政管理应采取一箭双雕的方针,以依靠私人界作为经济推手,同时给予所有人同等的机会,附合“最佳的治理,最少的干涉”的原则。

71- 槟城在没有天然资源的情况下,唯有依赖人力资源。因此,在没有天然资源作为经济的催化剂、联邦政府不确定的合作,州政府唯有依赖私人界作槟州经济的启动器。与此同时,制造业和服务业需要创造丶革新能力丶专业知识和企业精神。为了 确保这一些“能力”都能够实践,因此行政管理系统是非常重要的。在“最佳的治理,最少的干涉”的原则下,槟州能够保证槟民拥有更繁荣和平等的未来。
72明天起一连2天在槟城国际会展中心举办的槟城国际科学展,是我们致力将槟城打造成国际及智能城市的活动之一。与此同时,国内外艺术家包括尔纳斯将与源自柏林的艺术中心Urban Nation合作,在兴巴士艺术中心展出艺术家作品,希望我们能在槟城“看见音乐,听见舞蹈”。

73- 州政府相信,以成果型服务的完整结构,能打击极端份子威胁公共安全和次序的行为,包括焚烧圣经、硬闯槟州议会和诽谤槟州政府反伊斯兰教,因为州政府增加伊斯兰教事务的拨款。
74- 明智的槟城人民,为了我们孩子的未来,让我们肩并肩团结一致,致力维护和平与和谐,让他们活得有尊严!