Kerajaan negeri Pulau Pinang harap KDN boleh percepatkan pemindahan keluar Depo Tahanan Imigresen dari Juru. (Bm/Cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 2 Julai 2014

Kerajaan negeri Pulau Pinang harap KDN atau Kementerian Dalam Negeri boleh percepatkan pemindahan keluar Depo Tahanan Imigresen daripada Juru agar memenuhi permintaan rakyat tempatan yang diganggu selama ini oleh perjalanan pusat tahan pendatang asing tanpa izin. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menjawab surat permohonan saya telah memberikan jaminan pemindahannya seperti berikut :

YAB TUAN LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang
Pejabat Ketua Menteri
10502 KOMTAR
Pulau Pinang, Malaysia

YAB,

CADANGAN PUSAT PENEMPATAN SEMULA TAHANAN DI PULAU PINANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat YAB Bil. PSUKPP/21/0352/58(1021/2014) bertarikh 25 April 2014 adalah berkaitan.

2. Untuk makluman YAB, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengambil perhatian mengenai keadaan depot tahanan di Juru yang tidak sesuai digunakan, penuh dan melebihi kapasiti. Sehubungan itu, KDN bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengenalpasti tapak yang sesuai untuk pembinaan depot tahanan yang baru ini iaitu di Lot 7370, Mukim 7, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

3. Lokasi tapak depot baru yang dicadangkan adalah bersesuaian dan jauh dari kediaman penduduk awam serta bersebelahan dengan Penjara Seberang Perai Selatan, Hospital Sungai Bakap dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan. Pada masa ini, urusan permohonan pengambilan tanah sedang giat dijalanlan dan IJM sedang mengumpul dokumen-dokumen yang berkaitan bagi urusan permohonan pengambilan tanah yang dimaksudkan.

4. Pihak Kementerian amat berbesar hati di atas keprihatinan YAB terhadap perkara ini.

Sekian, terima kasih

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

KERTAS MAKLUMAN

Y.Bhg.Dato’

STATUS CADANGAN PEMINDAHAN DEPOT TAHANAN IMIGRESEN JURU KE TAPAK DEPOT TAHANAN IMIGRESEN PULAU PINANG YANG BARU DI LOT 1348, MUKIM 7, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN (SPS) PULAU PINANG

1. LATAR BELAKANG

1.1 Depot Tahanan Imigresen Juru telah beroperasi pada 14 April 1991 di maa kapasiti sediada depot ini adalah seramai 550 orang iaitu 450 lelaki dan 100 wanita.

1.2 Depot ini sudah tidak dapat menampung kapasiti tahanan yang semakin ramai.

1.3 Tapak Depot Tahanan Juru sediada merupakan kawasan yang padat penduduk. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencadangkan supaya Depot ini dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai.

2. CADANGAN PENGAMBILAN TANAH BAGI PEMBINAAN DEPOT TAHANAN IMIGRESEN DI TAPAK BARU

2.1 Jabatan telah mengenalpasti tapak cadangan Depot Tahanan yang baru dan ia terletak di Mukim 7, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang. Tanah ini mempunyai keluasan lebih kurang 15 ekar. Tapak baru ini juga terletak bersebelahan dengan Penjara Seberang Prai. Agensi lain yang berdekatan dengan tapak cadangan ini termasuk Hospital Sg.Bakap (7km) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (5km).

2.2 Butiran tanah adalah seperti berikut :

Pemilik : Land Capacity Sdn.Bhd
Bandar / Pekan / Mukim : Mukim 07, Seberang Perai Selatan
Keluasan keseluruhan : 198.2 Hektar
Luas yang akan diambil alih : 15 Ekar (6.07 Hektar)

2.3 Anggaran bagi pengambilan tanah yang dimaksudkan adalah berjumah RM3 juta oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

2.4 Cadangan pengambilan tanah ini telah dimasukkan di dalam permohonan Projek Pembangunan Rolling Plan 4, RMK-10 dengan kos RM 4,000,000.00. Ia masih di dalam pertimbangan Unit Perancang Ekonomi untuk kelulusan.

2.5 Jabatan Imigresen telah mengemukakan semua dokumen yang berkaitan bagi permohonan tanah kepada KDN. Namun begitu, dokumen pelan pra-hitungan, baru sahaja diterima daripada Jurunilai swasta dan akan dikemukakan kepada KDN di dalammasa terdekat.

2.6 Permohonan bagi pembinaan depot tahanan baharu akan dikemukakan stelah urusan pengambilan tanah depot ini selesai. Permohonan bagi pembinaan depot tahanan bahari dijangkan akan dipohon di dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Sekian, terima kasih.

Unit Pembangunan, bahagian Kewangan
Jabatan Imigresen Malaysia

================================================================================================

槟州首席部长林冠英于2014年7月2日在乔治市发表的文告:

槟州政府希望内政部能够加速迁移柔府扣留营的行动,以符合在地人民的需求。内政部长拿督斯里阿末扎希在收到我的要求函后,做出以下答复:

槟州首席部长林冠英

尊敬的首长,

迁移槟城非法外劳扣留营的建议

谨此回覆您于2014年4月25日的信件。

2. 内政部一直关心柔府非法外劳扣留营已不合时宜、额满和超出容纳人数的状况,内政部与马来西亚移民厅已确定一处适合建设新扣留营的地点,就在槟城威南(Lot 7370, Mukim 7, Seberang Perai Selatan)。

3. 建议有关地点是因为此处远离民宅、与威南监狱、双溪峇甲医院和威南警区总部毗邻,有关申请征用土地正积极进行中,移民厅正收集相关文件。

4. 内政部很荣幸您对此事的关心。

谢谢。

阿末扎希

信息文件

建议将槟城非法外劳扣留营从柔府迁至威南(LOT 1348, MUKIN 7)新地点的状态

1. 背景

1.1 柔府扣留营从1991年4月14日开始启用,能容纳550人,分别450名男性和100名女性。

1.2 这个扣留营已经无法负荷日益增加的人数。

1.3 柔府移民扣留营位于人口密集的住宅区,因此槟州政府已建议将扣留营迁至更适合的地点。

2. 征用土地建造新扣留营的建议

2.1 移民厅已确定新扣留营的地点,这片土地15依格,坐落于威南巫金7,与威南监狱和一些政府部门毗邻,包括双溪峇甲医院(7公里)和威南警区总部(5公里)。

2.2 有关土地的资料如下:

地主: Land Capacity Sdn.Bhd
城镇: Mukim 07, Seberang Perai Selatan
面积: 198.2 公顷
将征用面积:15 依格 (6.07 公顷)

2.3 产业估价局预计征用土地费300万令吉。

2.4 此土地征用建议已纳入第十大马计划下第四滚动计划的申请,数额为400万令吉,有待经济策划单位的批准。

2.5 移民厅经向内政部呈交所有文件以申请土地,不过私人股价师刚呈上测量土地图测(pelan pra-hitungan),将尽速呈交予内政部。

2.6 建造扣留营的申请将在土地征用事务结束后展开,预计在第十一大马计划下申请。

财务部发展单位
马来西亚移民厅