P. Pinang penuhi permintaan Kerajaan Pusat kurangkan penggunaan air, tetapi projek SPRWS masih tersangkut(bm/cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Di Komtar, George Town Pada 1 Julai 2014

Pulau Pinang telahpun memenuhi permintaan kerajaan pusat untuk mengurangkan penggunaan air yang berlebihan atau tinggi dengan menaikkan kadar tarif air yang telahpun dihantarkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri (SPAW) untuk kelulusan. Pihak Kerajaan Pusat telah menyatakan adalah perlu penggunaan air yang tinggi harus dioptimumkan (dikurangkan) berbanding dengan projek RM2 billion SPRWS.

Kerajaan negeri telah memenuhi permintaan pihak Kerajaan Pusat dengan mengoptimumkan penggunaan air dengan menaikkan kadar tarif air tetapi projek SPRWS masih tersangkut seperti jawapan parlimen kepada saya di bawah.

NO SOALAN : 126

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB. TUAN LIM GUAN ENG (BAGAN)
TARIKH JAWAPAN : 17 JUN 2014 (SELASA)
DI DEWAN RAKYAT

SOALAN :
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan akan mempertimbangkan permohonan pelaksanaan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS) Pulau Pinang RM2 bilion bagi menjamin bekalan air mulai 2020. Sekiranya tidak, kenapa dan apakah langkah bagi mengelakkan bekalan air yang mencukupi menjelang 2020.

JAWAPAN :

Tuan Yang Dipertua,
Pada masa ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang berjumlah RM1.2 bilion. Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan ini dijangka siap menjelang tahun 2016 dan akan meningkatkan kapasiti takungan air mentah sedia ada dari 22 juta meter padu ke 73.5 juta meter padu iaitu peningkatan sebanyak 51.5 juta meter padu dan mampu membekalkan air mentah di seluruh negeri Pulau Pinang sehingga melepasi tahun 2020.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan operator bekalan air perlu mengoptimumkan penggunaan air Empangan Mengkuang dan pada masa yang sama mengutamakan usaha untuk mengawal penggunaan air per kapita kepada tahap yang munasabah. Sekiranya penggunaan air per kapita domestik bagi Pulau Pinang dapat dikawal sekurang-kurangnya pada paras 250 liter/kapita/hari bagi kawasan bandar dan 240 liter/kapita/hari bagi kawasan luar bandar, saya percaya bekalan air mentah sedia ada dijangka mencukupi sehingga tahun 2030.

Tuan Yang Dipertua,
Kerajaan Persekutuan berpandangan bahawa Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS) ke Pulau Pinang boleh dilaksanakan. Untuk itu, Kerajaan Pulau Pinang perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan Negeri Perak untuk membekalkan air mentah ke Pulau Pinang. Ini memandangkan sumber air adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Setelah persetujuan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak dicapai, maka cadangan tersebut bolehlah diangkat untuk pertimbangan Kerajaan Persekutuan.

—-
槟州首席部长林冠英于2014年7月1日在乔治市光大发表文告:
—————————————————————————————————————————
为配合中央政府的要求以促使槟州降低用水量,槟州政府已将提高水费建议书呈交予国家水务管理理事会 (SPAN)询求通过。中央政府已透露,相比实施20亿令吉从霹雳输水到槟城的生水供应计划 (SPRWS),槟州更需要将用水量降至最低。

槟州政府已配合中央政府的要求,以调高水费来降低用水量。但是,20亿令吉从霹雳输水到槟城的生水供应计划仍然搁置。以下为我在国会中所得到的回复:

国会问答:

要求能源、绿色工艺及水务部部长,政府是否有考虑进行20亿令吉从霹雳输水到槟城的生水供应的计划,以确保2020年后仍有足够的水源供应。若不考虑进行此计划 ,请告知缘由及中央政府有何对策,以确保槟州水供到了2020年拥有足够供应。

回复:1. 现阶段,联邦政府已批准12亿令吉的槟州孟光水垻扩充计划。有关计划全由联邦政府负责,预料将于2016年完工。 有关计划将能够提升原有生水储蓄量,从2200万立方米至7350万立方米,总共提升了5150万立方米储蓄量,直至2020年后都能够应付全槟的水供。

2. 槟州政府和水供管理员必须将孟光水垻的用水量降至最低。同时,也控制平均用水量至合理水平。如果槟州能够控制城市家庭用水量至至少每人每天平均250公升用水量,郊外家庭平均每人每天240公升用水量,我相信生水供应将足够应付至2030年。

3. 联邦政府认为霹雳输水到槟城的生水供应计划是可以进行的。在之前,槟州政府应取得霹雳州政府同意供应槟州生水的书面批准。水源管理是州政府的权力。一旦霹雳和槟州政府两者取得同意,联邦政府将考虑有关计划。