Usul Tergempar Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Adun Air Putih dalam DUN

Yang di-Pertua YB Dato’ Speaker,

USUL TERGEMPAR OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG DAN ADUN AIR PUTIH DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG PADA JAM 9.30 PAGI, KHAMIS, 22 MEI 2014

Bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang membuat ketetapan di bawah Peraturan 34(viii) seperti berikut:

1. Bahawa DUN Pulau Pinang mengulangi kecaman ke atas tindakan sekumpulan perusuh dan samseng yang mengakui diri UMNO telah bertindak dengan liar, biadab dan ganas semasa mencerobohi ke dalam Dewan yang mulia ini pada jam 2.15 petang, 21 Mei 2014 dengan menjatuhkan dan cuba merosakkan bendera Malaysia dan Negeri Pulau Pinang; merosakkan harta benda Dewan serta mengugut keselamatan dan nyawa Ahli-Ahli Dewan, serta pegawai-pegawai dan yang hadir pada masa itu;

2. Bahawa DUN Pulau Pinang mengecam dengan sekeras-kerasnya UMNO Pulau Pinang kerana bertindak tidak bertanggungjawab dengan memimpin kumpulan perusuh dan samseng UMNO ini yang menghina kemuliaan institusi DUN yang terunggul dalam Perlembagaan Negeri serta kedaulatan Malaysia dan Negeri Pulau Pinang. Demi membuktikan bahawa UMNO bukanlah perosak negara, maka YB Ketua Pembangkang seharusnya memohon maaf kepada Dewan yang mulia ini.

3. Bahawa DUN Pulau Pinang ini menyuarakan kekesalan bahawa titik hitam tercemar ini adalah satu serangan jahat ke atas sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan di Negeri Pulau Pinang dan Malaysia, termasuk nyawa ADUN Seri Delima diancam oleh kumpulan samseng UMNO.

4. Bahawa DUN Pulau Pinang ini mengarahkan Ketua Polis Negeri dan pihak-pihak berkuasa keselamatan untuk mengambilalih kerja keselamatan di luar dan dalam perkarangan DUN, tertakluk kepada arahan Yang di Pertua DUN, serta menghadap kumpulan samseng UMNO yang disabitkan dalam kesalahan jenayah ini kepada mahkamah supaya kemuliaan Dewan ini dapat ditegakkan.

5. Bahawa DUN Pulau Pinang menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua DUN dengan ahli-ahlinya yang terdiri daripada Timbalan Yang di Pertua, YB Padang Kota, YB Permatang Pasir dan YB Ketua Pembangkang untuk mengeluarkan satu Laporan Khas yang akan melaporkan kepada DUN asal-usul kejadian hitam ini, mengenal pasti pihak yang terlibat dan juga tindakan yang boleh diambil ke atas mereka serta langkah pencegahan untuk memastikan ia tidak berulang lagi.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

==================================
槟城州首席部长兼阿逸布迭州议员于2014年5月22日早上9时30分在槟城州议会的临时动议。

根据槟城州议会议会常规第34条(viii)动议如下:
1. 槟城州议会要再次重复谴责一群自称是巫统的流氓以粗暴、暴力的行为在2014年5月21日2时15分闯进槟州议会,并在议会厅里弄倒及尝试破坏国旗及州旗、破坏议会厅内的公物、威胁州议员以及官员和当时在议会内在场者的安全与生命。

槟城州议会也强烈谴责槟州巫统,因为对于这群滋事的巫统流氓玷污州宪法下神圣的州议会的恶行,还有玷污大马及槟州主权的恶行,不肯负起责任。这证明了巫统不只是国家的破坏者,同时反对党领袖必须在这神圣的议会殿堂中道歉。

3. 槟州议会谨此对是次的污点表示遗憾,因为这是对槟州及马来西亚议会民主和君主立宪制的恶意攻击,包括斯里德里玛区州议员雷尔的生命安全受到巫统流氓的威胁。

4. 槟州立法议会谨此在议长指示下,由槟州总警长及安全部队,接管槟州立法议会厅内外的保安,并将涉及的巫统流氓们控上法庭,以归还议会尊严。

5. 槟州议会也将成立一个由议长为首的特别委员会,成员包括副议长、巴当哥打区州议员、峇当巴锡州议员及反对党领袖,以为这起事件的始末,提呈一份完整的报告予议会,确认滋事者,并建议可采取的行动,以及提出为确保类似事件不再重演,可做的防范措施。

谢谢!

林冠英
槟城州首席部长