PERLUNYA KeTTHA MELAKSANAKAN SEGERA SKIM BEKALAN AIR MENTAH SEBANYAK RM 300 JUTA DARI SUNGAI PERAK,PERAK KE PULAU PINANG -SUNGAI PERAK RAW WATER SCHEME (SPRWS) DEMI MENJAMINKAN BEKALAN AIR YANG MENCUKUPI D MULAI 2020.(bm/cn)

Rujukan Kami : 1.02.04.00005.02
Rujukan Tuan : KeTTHA:BPA(S) 666/6/31(22)
Tarikh : 07 April 2014

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia
Aras 6, Blok E4/5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62668 Putrajaya

YB Datuk Seri Panglima

PERLUNYA KeTTHA MELAKSANAKAN SEGERA SKIM BEKALAN AIR MENTAH SEBANYAK RM 300 JUTA DARI SUNGAI PERAK,PERAK KE PULAU PINANG -SUNGAI PERAK RAW WATER SCHEME (SPRWS) DEMI MENJAMINKAN BEKALAN AIR YANG MENCUKUPI D MULAI 2020.
Dengan hormatnya kami merujuk kepada perbualan kami di ruang Parlimen minggu lepas berkaitan surat YB rujukan KeTTHA:BPA(S) 666/6/31(22) tanggal 18 September 2013 mengenai perkara di atas.

Kami ingin menegaskan bahawa dengan siap binanya projek pembesaran Empangan Mengkuang, bekalan sumber air mentah (total reliable yield) di Negeri Pulau Pinang tidak dapat memenuhi permintaan bekalan air menjelang 2020 dan bukannya 2026 atau 2030 seperti yang dimaklumkan dalam surat YB di atas. Malah permintaan air yang kian meningkat dengan pertambahan penduduk dan pembangunan yang pesat, bekalan air di Pulau Pinang mungkin tertekan mulai 2020.

Laporan Masterplan Study for Portable Water in Penang 2050 (MSPWPP)menunjukkan dengan siapnya projek pembesaran dan perluasan Empangan Mengkuang, jumlah air mentah yang terhasil untuk memenuhi permintaan air pada akan bertambah kepada keseluruhan 1,325 million litre per day (mld) pada tahun 2020 berbanding dengan 1,053 mld pada 2010. Pihak PBAPP telah melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut untuk mengujudkan kesedaran penggunaan air secara berhemah dan menguruskan bekalan air secara mampan.

Inisiatif 1 – Melaksanakan Pengurusan NRW secara Holistik.
Semenjak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang(PBAPP) dikorporatkan pada tahun 1999, PBAPP telah berusaha untuk mengurangkan kehilangan air terawat di Pulau Pinang dengan memantapkan program pengurusan air tidak berhasil (NRW). Hasilnya peratusan NRW di Pulau Pinang adalah yang terendah di Malaysia iaitu pada paras 17.6% untuk tahun 2012 berbanding dengan purata nasional sebanyak 36.4%. PBAPP akan terus berusaha untuk mengurangkan lagi NRW pada tahun-tahun yang akan datang di mana dalam Plan Rancangan Perniagaan 30 tahun disasarkan kepada 12%.

Initiatif 2 – Peningkatan Nilai Air melalui Surcaj Pemeliharaan Air (WCS) dan Tarif Air
Kami memang bersetuju dengan pandangan YB bahawa Program Pengurusan Permintaan Air (Water Demand Management) yang komprehensif juga perlu diberi tumpuan sebagai usaha untuk memastikan penggunaan bekalan air mentah yang berhemat di Negeri Pulau Pinang. Penggunaan air per kapita yang tinggi ini mendorong kepada pengabstrakan air mentah yang berlebihan untuk dirawat oleh operator air.

Dalam usaha untuk mengurangkan Penggunaan Domestik per kapita (PCD) iaitu 291 liter sehari per kapita (lcd) yang dicatatkan pada tahun 2010, pihak PBAPP telah memperkenalkan Surcaj Pemeliharaan Air (WCS) sebanyak RM 0.24 untuk setiap 1,000 liter bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan berkuatkuasa November 2010. Dengan pelaksanaan WCS ini, PCD telah menurun ke 285 lcd pada tahun 2011. Walau bagaimanapun PCD pada tahun 2013 telah meningkat semula ke 295 lcd dan setakat akhir Februari 2014 telah mencatat 311 lcd.

Untuk menangani peningkatan ini, berkuatkuasa November 2013, PBAPP telah meningkatkan kadar WCS ke RM0.48 daripada RM0.24 sebelum ini. Ternyata disini bahawa ianya tidak mudah untuk mengurangkan PCD. Oleh yang demikian kerajaan negeri telah membenarkan pihak pengurusan PBAPP menaikkan tarif air secara komprehensif.

Dengan menerima syor YB Menteri untuk mengurangkan penggunaan air, tidak ada halangan lagi untuk pihak Kementerian melaksanakan SPRWS, termasuk mengambil inisiatif berbincang dengan negeri Perak, di mana kerajaan Pulau Pinang sedia membayarkan kos air mentah kepada negeri Perak. Pihak Kementerian akan menanggung perbelanjaan SPRWS sebanyak RM300 juta sahaja sedangkan RM1.7 billion untuk pembinaan loji rawatan air ditanggung oleh PBAPP menerusi pinjaman dengan Perbadanan Aset Air Bhd(PAAB) serta PBAPP menanggung juga pembayaran kos air mentah kepada negeri Perak.

Inisiatif 3 – Meningkatkan Tahap Kesedaran dan Penglibatan Orang Awam
PBAPP akan meneruskan kempen publisiti untuk meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya memelihara air dengan mengurangkan penggunaan air. Pihak SPAN sedang dalam proses untuk memperkenal dan mempromosikan alat penjimatan air atau Water Saving Devices(WSDs) untuk mengurangkan penggunaan air melalui pelaksanaan Efficient Water Product Labeling. PBAPP telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membantu mempromosikan budaya penjimatan air kepada kampus USM Minden. Pihak PBAPP juga telah mengadakan sesi penerangan dan pameran untuk mempromosikan penggunaan WSDs dan membantu untuk menggalakkan budaya penjimatan air di sekolah-sekolah seluruh Pulau Pinang.

Inisiatif 4 – Pembangunan Sumber Air Tambahan
Dalam tahun 2012, Sungai Muda telah membekalkan lebih daripada 80% permintaan air mentah di Pulau Pinang dan sungai ini cuma boleh menampung penggunaan air di Pulau Pinang sehingga tahun 2020. Selepas itu penambahan sumber air mentah yang lain seperti SPRWS amat diperlukan.

Laporan MSPWPP telah mengenalpasti Skim Air Mentah Sungai Perak (SPRWS) sebagai sumber air mentah pada masa hadapan untuk Pulau Pinang. Kos projek pemindahan air mentah ini dijangka melibatkan kos RM300 juta yang akan dibiayai oleh Kerajaan Pusat seperti yang dinyatakan di dalam Water Services Industry Act 2006(WSIA).

Projek pemindahan air mentah yang melibatkan pembinaan terowong sepanjang 14.8 KM dijangka mengambil masa enam (6) tahun untuk disiapkan bermula dari peringkat kajian, pemeriksaan lokasi, rekabentuk dan pembinaan. Oleh yang demikian adalah amat penting bahawa projek pemindahan air ini perlu dimulakan serta-merta sebelum air mentah memenuhi kapasiti selepas 2020.

Walau bagaimanapun PBAPP perlu melabur sebanyak RM1,700 juta untuk membina Loji Rawatan Air, saluran paip, stesen pam dan tangki penyimpanan. Kerja-kerja pembinaan Loji rawatan ini akan dilaksanakan dalam empat (4) fasa untuk memenuhi permintaan air sehingga tahun 2050. Kami harap boleh mendapat pinjaman untuk jumlah ini daripada PAAB.

Anggaran kos untuk projek pemindahan air mentah yang dikendalikan dan dibiayai oleh Kerajaan Pusat ini adalah RM300 juta untuk membekal sejumlah 1,300 mld (RM0.27 setiap liter) untuk membekalkan air ke Pulau Pinang dan Perak Utara serta air untuk Skim Pengairan Kerian. Cadangan ini adalah kos efektif.

Pencemaran yang berlaku pada penghujung Ogos 2013 di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan besar bekalan air di Lembah Klang telah menunjukkan betapa lemah serta mudah terdedahnya sumber air mentah kepada pencemaran. Seperti yang kita sedia maklum empat (4) Loji Rawatan Air di Sungai Selangor telah ditutup yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada lebih kurang 50% pengguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pentadbiran ini ingin merujuk kepada surat SPAN rujukan SPAN/KPA-700-7/4 KLT 2(27) bertarikh 2 Ogos 2012(dilampirkan bersama) di mana pihak SPAN telah menyatakan persetujuan untuk melaksanakan SPRWS serta-merta. Demi mengelakkan kekurangan air minuman menjelang tahun 2020 bila bekalan air daripada Sungai Muda memenuhi kapasiti, projek SPRWS hendaklah dilaksanakan dengan segera sebelum terlambat.

Jika projek ini dilaksanakan sekarang, kos pembinaan dan kos pengambilan tanah yang pasti meningkat masa depan dapatlah dielakkan. Pelaksanaan SPRWS dengan serta merta akan menjadi satu keputusan yang bijak berhubung dengan penjimatan kos untuk mengelak peningkatan kos dan juga mengurangkan risiko krisis air di Pulau Pinang mulai tahun 2020.

Kesimpulanya kami memang menghargai jaminan YB yang berkomited untuk memastikan air yang cukup dan berkualiti dapat dibekalkan kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Untuk melaksanakannya, adalah perlu jaminan yang diberikan dalam Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Pulau Pinang yang telah dimeterai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2010 dapat ditegakkan.

Oleh itu besar harapan kami agar YB Dato’ dapat menimbang semula dan memastikan projek SPRWS ini dapat dilaksanakan dengan segera demi mengelakkan sebarang kekurangan air selepas 2020. Sekian, terima kasih.

—–Mandarin Version —-

Rujukan Kami : 1.02.04.00005.02
Rujukan Tuan : KeTTHA:BPA(S) 666/6/31(22)
Tarikh : 07 April 2014

致能源、绿色科技及水务部长马西目

能源、绿色科技及水务部必须马上执行3亿令吉从霹雳河输水到槟城的生水供应计划(SPRWS),以确保水供到了2020年能有足够的供应。

我针对我们上星期在国会走廊针对你志期2013年9月18日(KeTTHA:BPA(S) 666/6/31(22))来信的谈话内容,特此致函。

我们要强调,孟光水坝扩建计划竣工后,槟州的生水供应到了2020年还是无法满足需求,而不是您所说的2026年或2030年。由于居民人数增加,加上发展迅速,水需求也上升,槟州的水供到了2020年可能面对不足的问题。

2050年槟州水供大蓝图也显示,孟光水坝扩建之后,生水的供应将从2010年的每天1053百万公升,增加到2020年每天1325百万公升。槟州水供机构已经采取一系列措施以倡导节约用水,永续供水。

措施一:全方位执行无收益水(NRW)管理。
槟州供水机构在1999年成为机构以后,便致力于减少槟州的无收益水白白流失。槟州的无收益水是全马最低,在2012年达17.6%, 全国平均为36.4%。供水机构将会继续努力减少无收益水,经营大蓝图把未来30年的无收益水目标订为12%。

措施二:通过水源保护附加费及水费提高水的价值。
我们同意您的看法,我们需要全面的水需求管理,以确保槟州节约用水。每日人均用水量如此高,将导致需要汲取更多生水及处理。

在减少每日人均用水方面(2010年达291公升),供水机构在2010年11月开始,向那些每月用水超过3万5000公升的用户征收每1000公升24仙的水源保护附加费。之后,每日人均用水量曾经在2011年降到285公升。但是,2013年又再上升到295公开,到了2014年2月甚至飑高至311公升。

为了应对用水量不断上升的问题,供应机构在2013年11月将保护水源附加费增加至48仙。但是它还是无法有效减少每日人均用水。因此,州政府允许槟州水务机构更全面地提高水费。

我们听取你的意见减少用水,你的部门便不会反对执行SPRWS,包括与霹雳州商量,而槟州政府也准备缴付生水费给霹雳州。而你的部门将会承担3亿令吉的SPRWS生水输入成本,另外供水机构将自己通过向水资产机构(PAAB)贷款,承担兴建水处理厂的17亿令吉,同时承担需缴付给霹雳州政府的生水费。

措施3 – 提升公众醒觉及参与
供水机构将会继续教育公众,以提升公众关于保护水源及节约用水的醒觉。水服务理事会(SPAN)也正在推荐及推广节水配备(WSDs),以通过有效水产品标签减少用水。供水机构也与理大签署了谅解备忘录,以协助在理大Minden校园推广节水文化。供水机构主办各项说明会及展览,以推广节水配备,以在全槟学校推广 节水文化。

措施4 – 附加水源的发展

2012年,慕达河已经供应超过80%生水给槟城,这条河只能应付槟州水需求至2020年。之后我们需要SPRWS计划来增加生水供应。

槟州水供大蓝图也确认霹雳河生水输入计划将是槟城未来的生水来源。在2006年水服务工业法令下,这项3亿令吉的计划将由联邦政府承担。

生水输入计划涉及兴建14.8公里的隧道,预计需要6年的时间,进行研究、地点检查、设计及兴建。因此,我们需要尽快开展这项工作,以确保2020年之后供水仍然足够。

无论如何,供水机构也需要投资17亿令吉来兴建水处理厂、输水管、抽水机、储水库。上述处理水的设备将分四个阶段进行,以满足到2050年的需求。我们希望我们能够获取水资产机构的贷款。

上述联邦政府承担的3亿令吉生水输入计划估计能每天供应1300百万公升水(每公升27仙),从霹雳北部输水进入槟州,以以吉辇河灌溉计划。这项计划符合成本效益。

2013年8月雪兰莪河发生的污染事故,导致巴生河流域水供中断,也说明了生水是多么地容易被污染。污染事故导致雪兰莪四个滤水站被关闭,雪州及联邦直辖区近50%用户水供中断。

我们也要提及水服务供理事会志期2012年8月2日(SPAN/KPA-700-7/4 KLT 2(27))的来函。为了避免2020年饮用水减少,慕达河供不应求,SPRWS计划必须马上进行。

如果马上执行SPRWS,我们可以避免未来高昂的兴建费及土地收购费。这将是明智的决定,以节约成本,同时减少2020年槟州面对水荒的风险。

简而言之,我们非常珍惜你向我们保证槟州肯定拥有足够及有素质的供水。我们也需要你履行联邦政府及槟州政府在2010年所签署的槟州水供工业重组计划的条约。