Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Bercakap Bohong (bm/cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 19.7.2013.

Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Bercakap Bohong Dan Bolehkah Beliau Memenuhi “Janji Ditepati” Dengan Memindahkan Depot Tahanan Imigresen Juru Dan Janji Pilihanraya Lain Untuk KADUN Bukit Tengah Dalam Belanjawan 2014 Akhir Tahun Ini?

Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap bohong dan bolehkah beliau memenuhi “janji ditepati” dengan memindahkan Depot Tahanan Imigresen Juru serta janji pilihanraya lain untuk KADUN Bukit Tengah dalam Belanjawan 2014 akhir tahun ini? Semasa berkempen menyokong Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow di KADUN Bukit Tengah pada 30 April 2013, Datuk Seri Najib berjanji memindahkan Depot Tahanan Imigresen Juru untuk pekerja haram asing serta melancarkan rumah mampu milik.

Akan tetapi semua ini tinggal janji kosong bila saya menerima jawapan bertulis Parlimen daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang secara terang-terang menyatakan janji ini tidak disenaraikan dalam 10 projek Aku Janji Pilihanraya 13 kerajaan. Kalau begitu, janji pilihanraya yang ditaburkan oleh Teng Chang Yeow untuk KADUN Bukit Tengah juga tinggal janji kosong seperti memberikan peruntukan RM 500,000 kepada sebuah tokong Cina “Hong San Kong”, menubuhkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, memperbaiki lif dan mengecat semula rumah pangsa.

Sebagai Perdana Menteri adalah perlu Datuk Seri Najib tidak harus bertingkah laku seperti Teng tetapi patut menjadi seorang pemimpin yang cakap serupa bikin. Oleh itu beliau harus menunaikan janji memindahkan Depoh
Tahanan Imigresen Juru dengan membetulkan jawapan Datuk Ahmad Zahid Hamidi seperti berikut:-

NO. SOALAN : 139

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG (BAGAN)

RUJUKAN : 5667

SOALAN :

Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Pusat Tahanan Imigresen di Juru, Pulau Pinang yang mendatangkan banyak masalah kepada penduduk tempatan akan dipindahkan seperti mana yang dijanjikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam pilihan raya 2013 dan di mana tempat baru, kos serta adakah tanah yang dikosongkan boleh digunakan untuk kegunaan sekolah.

JAWAPAN :

Cadangan projek perpindahan Depot Tahanan Imigresen Juru tidak disenaraikan di dalam 10 (sepuluh) projek Aku Janji PRU 13 kerajaan.

Walau bagaimanapun, Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri sedang mengenal pasti tapak lain untuk dijadikan Depot Tahanan Imigresen yang baru di Pulau Pinang. Permohonan projek akan dibuat setelah pengambilan tanah baru selesai.

============================================
槟城首席部长林冠英于2013年7月19日在乔治市光大发表的文告

首相是不是在说谎,就要看他是否能兑现“一诺千金”的宣言,履行他在大选的承诺,于年底的2014年预算案中落实搬迁武吉丁雅州选区的柔府移民扣留中心?

首相是不是在说慌,就要看他是否能兑现“一诺千金”的宣言,履行他在大选的承诺,于年底的2013年预算案中落实搬迁武吉丁雅州选区的柔府移民扣留中心?首相于2013年4月30日在武吉丁雅州选区为邓章耀站台的时候,曾经承诺将会搬迁作为扣留非法客工的柔府移民扣留中心,并且承诺建可负担房屋。

可是当我收到内政部长拿督斯里阿末扎希的国会书面答案之际,才发现一切都是空口说白话,因为答案直接了当告知这项承诺并没有纳入政府第13届大选承诺的10项计划中。既然如此,同样的邓章耀在大选期间在武吉丁雅的一切承诺将成为空头承诺,例如答应拨款给“洪山宫”的50万令吉、成立1马诊所、1马商店、维修电梯及油漆组屋,都将成空。

作为首相,拿督斯里纳吉不应该如邓章耀这般态度,反而应该成为讲到做到的领袖。因此,他应该兑现他答应要搬迁柔府移民扣留中心的承诺,以修正拿督斯里阿末扎希如下的答案:

林冠英峇眼国会议员的书面问题及答案

问题 :
要求内政部长证实何时落实首相在2013年大选期间答应搬迁柔府移民扣留中心的承诺。同时列出将搬迁何处及其费用,还有空置出来的地段是否可充作校地。

答案 :

搬迁移民扣留中心计划这项建议并没有纳入第13届大选承诺的10项计划中。

无论如何,大马移民厅及内政部正在确认其他地段作为新的槟城移民扣留中心。唯有完成征地,这项计划方能申请。