DAP Ucap Takziah Kepada Mangsa Jenayah Keji, Menyeru Agar Hishamuddin Melakukan Sesuatu Untuk Menangani Dan Mencegah Jenayah-Jenayah Yang Makin Hari Makin Menjejaskan Semua Lapisan Masyarakat.(bm/cn)

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 5.11.2012

Rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan berita jenayah zalim apabila seorang bekas guru Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) telah meninggal dunia akibat lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal oleh dua orang perompak di rumah kedainya di Sungai Besar, Sabak Bernam pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Sadariah Tohbasar @ Ahmad, 65, dan bekerja sebagai tukang jahit dan pembuat kuih. Yang lebih menyayat hati, kejadian itu disaksikan oleh cucunya, Mohd Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok.

Menurut keterangan cucunya, dua lelaki memakai sarung muka dan bersarung tangan serta bersenjatakan dua bilah parang telah memecah masuk melalui pintu belakang. Cucunya tidak melawan dan mendiamkan diri tetapi mangsa telah menjerit meminta tolong menyebabkan suspek menumbuk dahinya dan bertindak menekup muka mangsa dengan bantal sehingga lemas.

Bagi cucu dan keluarga arwah Sabariah, statistik yang diuar-uarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membuktikan pengurangan jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jenayah tidak mampu menenangkan hati. Walaupun kadar jenayah dikatakan telah menurun, pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan seorang warga emas di rumahnya sendiri ini adalah bukti bahawa jenayah seperti ini bukan sahaja melibatkan golongan atasan tetapi golongan bawahan juga. Jika rakyat miskin pun tidak dikecualikan daripada jenayah rompak dan bunuh, maka seluruh rakyat Malaysia juga boleh menjadi mangsa.

Justeru, DAP ingin menyampaikan takziah kepada keluarga arwah mangsa dan mengecam kejadian ini sekeras-kerasnya. Dalam pada itu, kita juga menyeru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar melakukan sesuatu untuk menangani dan mencegah jenayah-jenayah yang makin hari makin menjejaskan semua lapisan masyarakat Malaysia.

DAP berharap bahawa pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan dan tidak hanya mengambil tindakan apabila seorang yang kaya dan bernama yang menjadi mangsa.

Lim Guan Eng

—– Mandarin Version —-

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2012年11月5日发表声明:

民主行动党向残暴罪案的受害者致哀,我们促请内政部长希山慕丁马上采取行动,防范及对付日益猖獗、影响社会各阶层的罪案。

全体人民对于又一宗残暴罪案感到惊讶, 一名社会福利局前任老师,昨晚在其位于沙白安南的商店内,遭两名劫匪用枕头盖面窒息而死。

死者是今年65岁的沙达利亚,他是一名裁缝及糕点师傅。更令人伤心的是,他的17岁孙子莫哈末哈菲祖目睹这起命案,当时他将在隔一天考取大马教育文凭。

根据他的孙子说,两名蒙面、戴手套、手持巴冷刀男子从后门破门而入,他的孙子没有反抗、保持安静,但是受害者大声求救,导致嫌犯殴打他的下巴,并用枕头压盖他的脸,直至他窒息而死。

对于已故沙达利亚的孙子及亲人,联邦政府通过国家关键指标公布、证明罪案下跌的数据根本无法让他们安心。虽然说罪案率已经下跌,但是乐龄人士在自己的家中遭残忍、不人道的杀害,证明这种罪案的受害者不只是上层人士、也包括普通老百姓。如果穷人也会被抢劫及谋杀,那些全体马来西亚人也会成为受害者。

因此,民主行动党向死者的家属致哀,并强烈谴责这种罪行。我们促请内政部长希山慕丁马上采取行动,防范及对付日益猖獗、影响社会各阶层的罪案。

行动党希望有关当局马上采取行动,并且不只是在有钱、有地位的人士受害时才采取行动。

林冠英

Leave a Comment