Hapuskan undang-undang menyekat kebebasan media untuk jayakan usaha wujudkan Bangsa Malaysia

Sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini, saya ingin menyatakan bahawa jika Kerajaan Pusat bersungguh-sungguh melaksanakan reformasi dan demokrasi, ia perlu terlebih dahulu membebaskan akhbar dan media dari cengkaman pemerintah.

Tidak ada gunanya menjanjikan segala kebaikan untuk rakyat jika rakyat tidak dibenarkan bersuara dan berekspresi dengan bebas tanpa takut kepada undang-undang yang sering disalahgunakan.

Amalan buruk ini masih berlaku apabila Kerajaan Negeri Perak yang telah dirampas boleh Barisan Nasional membuat keputusan untuk menghalang akhbar berbahasa Cina serta media alternatif daripada membuat liputan pada sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei ini.

Tindakan ini jelas bertentangan dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu mengutamakan rakyat Malaysia; menonjolkan sekali lagi sikap tiada tolak ansur kerajaan BN terhadap demokrasi dan kebebasan media.

Lebih memalukan lagi, Malaysia terus jatuh kedudukan dalam Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia – di tangga ke-132 daripada 174 negara pada tahun 2008, sebagaimana yang dicatatkan oleh Reporters Sans Borders (RSF).

Malaysia jatuh dari kedudukan yang sudah pun buruk di tangga ke-124 pada tahun 2007. Sebelum ini pada tahun 2006, Malaysia berada di tangga ke-92.

Ini bermakna kebebasan akhbar dan media semakin hari semakin buruk. Ini juga bererti segala janji untuk pemulihan dan perubahan negara yang dijanjikan oleh Perdana Menteri hanyalah janji kosong belaka.

Sekali lagi saya sarankan supaya Kerajaan Persekutuan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan menghapuskan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang perlu digantikan dengan Akta Kebebasan Maklumat.

Saya juga berharap para wartawan dan pengarang, khususnya dari media arus perdana, supaya bertindak lebih adil dan profesional dalam menjalankan tugas.

Jangan hanya ghairah mencari kesalahan dan kesilapan dari Pakatan Rakyat (walau pun mungkin tidak ada apa-apa isu pun) tetapi diam seribu bahasa apabila penyelewengan dan salah guna kuasa Barisan Nasional jelas terpampang. Janganlah hanya nampak kuman di seberang laut tetapi gajah di depan mata pura-pura tak nampak.

Semoga Hari Kebebasan Media Sedunia ini sekali lagi memberi kita semua inspirasi untuk terus memperjuangkan kebebasan dan keadilan.

1 thought on “Hapuskan undang-undang menyekat kebebasan media untuk jayakan usaha wujudkan Bangsa Malaysia”

  1. 我国还是个民族国家吗?一个马来西亚?黑色的?
    气气气!5月7号这一天真的是777!
    辛好当天我没有穿黑色的衣服。。。
    不然一定被 Ikut Suka Aku 给抓走。。。
    大家一定奇怪为什么穿黑衣会被抓对吧?原因很简单,因为今天是5月7号。。。
    5月7号国阵最大的避忌就是黑色,所以通通穿黑衣的都被抓。。。
    你看回教党全国回青团团长沙拉胡汀、公正党安邦国会议员朱莱蒂、莲花苑区州议员李映霞、槟惹雅区州议员沈志勤、公正党积莪营区协调员陈家兴、行动党元老刘德琦等等,就是因为穿黑衣而被抓的。。。
    你说怪不怪?那么卖黑衣的衣商不就要关门大吉了吗?怪怪怪。。。
    5月7日起,我国的民主也正式结束咯!
    你看,5月7日民主结束,就在当天,“野蛮加暴力“马上就在州议会呈现出来。。。
    原来“跛脚青蛙“也可以当副议长,真是无奇不有啊。。。
    那么到底什么是民主?在民联的眼里是人民当家作主,可是在国阵呢?
    我想应该是你是人民,我来作主吧!
    卑鄙无耻的强盗行为竟然点起了霹雳火,烧进了霹雳走议会,你说是不是很厉害?
    另外,谁说308后我国更民主?事实证明308后,之前在朝的更霸道,更藐视人民!!!
    滥滥滥权!!!原来不用经过人民投票也可以当政府,只要有青蛙就可以了。。。
    哇!真的是Malaysia Boleh!看来我国并不会输给台湾嘛。。。。

Leave a Comment