Archive for the 'State assembly' Category

Page 3 of 3

UCAPAN PENGGULUNGAN (Part 1)

Yang Berhormat Tuan Speaker

1. Saya bangun untuk menyampaikan ucapan penggulungan mengenai perbahasan ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang di atas perlanjutan pelantikan Yang Berbahagia Tun bagi tempoh satu tahun lagi. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Tuan Yang Terutama Tun memberikan ucapan di Persidangan Dewan Mesyuarat Yang Pertama bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri yang Kedua Belas pada 20 April 2009 lalu dan di atas naungan Tuan Yang Terutama Tun, negeri ini berada dalam keadaan aman makmur dan sejahtera.

2. Ucapan tahniah juga saya rakamkan kepada Dato’ Zainal Rahim Bin Seman di atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Yang Berhormat Tuan Speaker

Continue reading ‘UCAPAN PENGGULUNGAN (Part 1)’

Polisi-Polisi baru yang diperkenalkan oleh Semua Exco

Soalan Daripada YB. DATUK ARIF SHAH BIN HAJI OMAR SHAH (BN-Seberang Jaya)
Kerajaan negeri sekarang dilihat lemah terutamanya dengan masalah dalaman yang disebarkan melalui akhbar dan cerita-cerita mengenai ketidakcekapan anggota-anggota Exco tertentu menjalankan tugas. Apakah benar dakwaan ini? Jika tidak, sila senaraikan polisi-polisi baru yang diperkenalkan secara terperinci setiap portfolio yang dipegang oleh semua Exco termasuk YAB Ketua Menteri dan YB Timbalan Ketua Menteri.

Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang
Dakwaan Y.B. bahawa anggota-anggota Exco tidak cekap dalam menjalankan tugas mereka adalah tidak berasas sekali. Bagi tempoh setahun yang lalu, Kerajaan Negeri telah menggubal dasar pentadbiran yang baru di samping merombak sistem pentadbiran yang sedia ada. Dasar-dasar yang telah digariskan oleh semua Exco termasuk Y.A.B. Ketua Menteri dan Y.B. Timbalan Menteri adalah seperti yang dilampirkan.

YAB KETUA MENTERI
Portfolio : MMK Pembangunan Industri & Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah
SECARA KESELURUHAN

Continue reading ‘Polisi-Polisi baru yang diperkenalkan oleh Semua Exco’

Lawatan Ke Luar Negeri bagi tahun 2008

Soalan daripada JM – YB. DATO’ HAJI JASMIN BIN MOHAMED (Sg Dua)
Berapakah jumlah lawatan ke luar negara yang dibuat oleh kerajaan negeri bagi tahun 2008? Berapakah perbelanjaan setiap satu dan siapakah anggota rombongan lawatan-lawatan berkenaan?

Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri telah mengadakan sebanyak 16 lawatan rasmi ke luar negara bagi tujuan promosi dan galakan pelaburan dan juga pelancongan di sepanjang tahun 2008. Maklumat terperinci mengenainya adalah seperti di lampiran. Jumlah keseluruhan tahun 2008 sebanyak RM427,632 di bawah kerajaan Pakatan Rakyat adalah jauh lebih kecil daripada RM884,492 pada 2007 dan RM1,236,619 pada 2006 di bawah Barisan Nasional.

LAWATAN KE LUAR NEGARA (Lampiran)
Continue reading ‘Lawatan Ke Luar Negeri bagi tahun 2008′

Penukaran hak milik pajakan kepada hak milik kekal

Soalan daripada YB. YEOH SOON HIN (Paya Terubong)
Sila nyatakan jumlah permohonan penukaran hak milik pajakan kepada hak milik kekal yang telah diterima oleh kerajaan negeri dan berapa banyakkah permohonan yang telah diluluskan?

Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang

Sehingga 30.3.2009 sebanyak 123 permohonan telah diterima di semua daerah untuk penukaran hak milik kepada pegangan kekal seperti berikut:-

Continue reading ‘Penukaran hak milik pajakan kepada hak milik kekal’

Perkembangan WiFi dan WiMax

Soalan Bertulis oleh YB Koay Teng Hai(Pulau Tikus):
Program WIFI dan Wi-Max telah dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang pada tahun lepas.
(a) Bagaimanakah perkembangan terkini program tersebut?
(b) Bilakah penduduk KADUN Sungai Pinang dapat menikmati penggunaan WIFI dan Wi-Max ini?

Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang:
Continue reading ‘Perkembangan WiFi dan WiMax’

Kenyataan Media di DUN Pulau Pinang

Kerajaan Negeri sedia menerima pandangan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa masalah wanita tidak disebut di dalam ucapan TYT pada 20 April 2009.Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku, yang timbul ekoran masalah komunikasi di antara pegawai kerajaan yang mungkin disebabkan oleh beberapa jawatan kanan yang kosong.

Kerajaan Negeri kesal dengan kejadian ini dan ingin memberi jaminan kepada umum bahawa sememangnya isu wanita merupakan keutamaan kepada Kerajaan Negeri dan telah meminta Dato SUK yang baru untuk memastikan ianya tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, YB Lydia Ong Kok Fooi, Kerajaan Negeri telah memberi banyak sokongan termasuk mendirikan sebuah pusat perkhidmatan wanita yang pertama di kawasan Seberang Perai.

UCAPAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI PERTUA NEGERI PULAU PINANG SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT PERTAMA PENGGAL YANG KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

2. Di kesempatan ini, saya bagi pihak Kerajaan Negeri ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

3. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana berjaya menerajui sebuah Kerajaan Negeri yang telah berusia satu tahun dengan jayanya. Dedikasi, keikhlasan dan kejujuran Ahli-ahli Yang Berhormat dalam memikul tugas, tanggungjawab dan amanah berlandaskan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabiliti dan telus amat disanjung tinggi. Demi memastikan negeri yang kita sayangi ini maju ke hadapan, sewajarnya ketepikanlah unsur perbalahan sebaliknya memberi tumpuan kepada aspek pembangunan bagi kemakmuran negeri. Kita seharusnya menekankan kepada kesejahteraan Malaysia tanpa memperlihatkan perbezaan fahaman. Wawasan Kerajaan Negeri masih bertekad menyamakan transformasi yang boleh menjadikan Pulau Pinang dengan negeri bertaraf antarabangsa yang menjadi pilihan utama untuk pelabur pelancong serta habitat terpilih untuk penghuni yang mahukan pembangunan yang mampan.

EKONOMI

4. Suasana ekonomi dunia yang tidak menentu, merupakan satu cabaran utama Pulau Pinang. Kini, Pulau Pinang telah mula merasai impak kemerosotan permintaan dunia dengan adanya situasi penutupan beberapa buah kilang dan pemberhentian kerja yang semakin meningkat.

Continue reading ‘UCAPAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI PERTUA NEGERI PULAU PINANG SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT PERTAMA PENGGAL YANG KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG’

UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (PART 4)

60. Jadual di bawah adalah defisit sebenar MPSP dari tahun 2000 sehingga 2007. Keseluruhan difisit tersebut telah menyebabkan penyusutan Kumpulan Wang Majlis sebanyak RM228,852,412.00. Penambahan anggaran defisit bagi tahun 2008 ini pula akan menambahkan penyusutan Kumpulan Wang Majlis sebanyak RM248,395,316.00.

Continue reading ‘UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (PART 4)’

UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (PART 3)

37. Telah menjadi amalan penyediaan bajet di Negeri Pulau Pinang sejak dahulu lagi menyediakan Bajet Berdefisit kerana berasaskan kepada kedudukan ekonomi dan kewangan negeri. Penelitian ke atas penyediaan Bajet di Negeri Pulau Pinang sejak tahun 1990 mendapati bahawa tidak pernah Bajet Surplus disediakan di negeri ini walaupun dalam keadaan ekonomi negeri yang amat memberangsangkan di mana negeri ini pernah mencapai tahap pertumbuhan ekonomi tujuh tahun berturut-turut melebihi 7 peratus setahun.

38. Jika dihalusi Bajet Mengurus Negeri yang disediakan, Ahli-ahli Yang Berhormat akan mendapati bahawa sebahagian daripada perbelanjaan pembangunan adalah dibiayai daripada Bajet Mengurus iaitu secara caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM40 juta yang diambil daripada B.16 40000 : Jabatan Kewangan Negeri – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Oleh itu dalam kegawatan ekonomi global sekarang ini yang dijangka akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negeri tidak lama lagi, Kerajaan Negeri perlu lebih berhati-hati dan dengan demikian anggaran Bajet Berdefisit perlu disediakan termasuklah menyediakan peruntukan dalam bentuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Kedudukan Bajet Kerajaan Negeri dari tahun 1990 hingga 2009 adalah seperti berikut:

Continue reading ‘UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (PART 3)’

UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (PART 2)

TERAS KEDUA :
MEWUJUDKAN PELUANG-PELUANG PEKERJAAN (PRO-JOBS);

Tuan Speaker,

18. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh YB Tanjung Bungah dan Teluk Bahang, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Tabung Pembangunan Latihan Semula Industri Negeri Pulau Pinang untuk membantu pekerja yang dijangka kehilangan pekerjaan ekoran daripada krisis ekonomi dunia menjalani latihan semula. Dijangkakan seramai 50,000 orang pekerja sektor swasta akan menghadapi risiko ini sekiranya keadaan ekonomi terus tidak menentu. Latihan dan kemahiran adalah amat penting bagi melahirkan guna tenaga yang berkebolehan terutamanya dalam sektor terkini seperti LED, bioteknologi dan kejuruteraan mahir supaya mereka ini masih employable dan memastikan tenaga mereka tidak akan disia-siakan. Kerajaan Negeri juga telah memohon peruntukan berjumlah RM 500 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan tersebut.
Continue reading ‘UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (PART 2)’

UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (PART 1)

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Ucapan Bajet 2009 Negeri Pulau Pinang yang telah saya bentangkan di dewan yang mulia ini pada 14 November 2008. Seperti yang semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, bajet 2009 telah menggariskan tiga teras utama iaitu :

Pertama : Merancakkan pertumbuhan ekonomi (Pro-Growth);

Kedua : Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan (Pro-Jobs); dan

Ketiga : Menjamin keadilan sosio-ekonomi (Pro-Poor).

TERAS PERTAMA: MERANCAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI

A. Pelaburan

1. YB Pulau Tikus dan Telok Bahang telah menyentuh mengenai garis panduan pelaburan di Pulau Pinang. Pada masa sekarang, garis panduan yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri adalah berdasarkan garis panduan MIDA. Garis panduan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelabur dan bersifat mesra-perniagaan. Kerajaan Negeri akan terus meneliti prosedur sedia ada dari semasa ke semasa supaya prosedur ini mengikut arus perkembangan. Berdasarkan kepada semua usaha-usaha di atas, pihak Kerajaan Negeri berharap agar Pulau Pinang akan terus menjadi lokasi utama pilihan bagi para pelabur.

Continue reading ‘UCAPAN PENGGULUNGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (PART 1)’

TEKS UCAPAN MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009

PENDAHULUAN

Y.B. Tuan Speaker,

1. Sebelum saya membentangkan Bajet Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2009 di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri yang amat prihatin terhadap kesejahteraan Negeri Pulau Pinang serta sentiasa memberi inspirasi kepada saya dan Kerajaan Negeri dalam menjalankan pentadbiran negeri ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang telah memberi kerjasama dan sokongan kepada kerajaan baru ini.

2. Ini adalah Bajet pertama Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sejak tsunami poltik pada 8hb Mac 2008 yang menumbangkan kerajaan BN selepas memerintah selama 30 tahun. Dengan sokongan hampir 60% pengundi sebanyak 319,757 rakyat Pulau Pinang, PR memperolehi majoriti 2/3 memenangi 29 kerusi berbanding dengan UMNO 11. Ini bukan sahaja menjaminkan kedudukan politik yang kukuh dan stabil tetapi mencerminkan hasrat rakyat yang mahukan perubahan berlandaskan urustadbir baik.

3. Urustadbir baik adalah berdasarkan sistem Cekap, Akauntabiliti dan Telus atau CAT. Kita berazam mendirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika yang bersatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, 5K: kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketaqwaan kepada Tuhan. Barulah boleh belajar dari pemimpin agung Islam Khalifah Sayidinia Umar Abdul Aziz; Maharaja Empayar Rom, Marcus Aurelius; atau Maharaja Cina, Kang Xi dan LiXiMin.

Wawasan Negeri Pulau Pinang & Prestasi Ekonomi Negeri Pulau Pinang
Continue reading ‘TEKS UCAPAN MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2009′