Soalan Bertulis Y.B. DATUK ARIF SHAH BIN HAJI OMAR SHAH (Seberang Jaya): Apakah jenis-jenis tabung bantuan kebajikan dan bantuan perniagaan atau lain-lain dana yang diwujudkan. Sila nyatakan jumlah dana dan tujuan tabung-tabung tersebut diwujudkan dan melalui institusi manakah pembiayaan atau pinjaman itu dibuat.
Jawapan:
Jenis-jenis tabung bantuan kebajikan dan bantuan perniagaan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut :-
Continue reading ‘Jenis-jenis tabung bantuan kebajikan dan bantuan perniagaan’
Soalan bertulis YB. DATO’ HAJI JASMIN BIN MOHAMED(Sg Dua): Sehingga kini, berapa banyakkah rizab wang kerajaan negeri yang masih ada.
Jawapan : Rizab atau simpanan terkumpul negeri dikira pada akhir sesuatu tahun kewangan setelah komitmen perbelanjaan tahunan dijelaskan.
Sehingga 31 Disember 2008, rizab wang kerajaan negeri berjumlah RM461,610,225.06. Dengan mengambilkira perolehan hasil negeri yang telah menunjukkan peningkatan yang ketara setakat akhir Jun 2009 berbanding komitmen perbelanjaan, adalah dijangka pada akhir tahun kewangan 2009 nanti rizab negeri akan bertambah lagi.
Soalan Lisan YB S.N Rayer (Seri Delima): Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap penyelesaian isu Kampung Buah Pala?
Jawapna: Kerajaan Negeri telah mengadakan sebanyak lima (5) kali perbincangan dengan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala. Selepas beberapa kali rundingan dengan pihak pemaju, pihak pemaju telah menawarkan sebuah rumah teres bertingkat dua dengan keluasan tanah 1,200 kaki persegi dan keluasan kawasan binaan 1,400 kaki persegi untuk setiap rumah yang terlibat untuk dirobohkan.
Continue reading ‘Tindakan kerajaan negeri terhadap penyelesaian isu Kampung Buah Pala’
Soalan bertulis YB Teh Yee Cheu(Tanjung Bungah): Senaraikan dengan terperinci lokasi-lokasi hotspot untuk WIFI percuma di seluruh Pulau Pinang yang telah ditubuhkan. Nyatakan bakinya berapa dan bila akan habis ditubuhkan.
Jawapan Ketua Menteri: Lokasi-lokasi hotspot untuk WIFI percuma yang telah disediakan oleh Syarikat RedTone Telecomunications Sdn. Bhd. adalah seperti disenaraikan di bawah. Baki bilangan hotspot yang akan disediakan adalah sebanyak 649 hotspot sehingga akhir Disember 2010.
SENARAI LOKASI HOTSPOT YANG TELAH DISEDIAKAN
Continue reading ‘Baki bilangan hotspot yang akan disediakan adalah sebanyak 649 hotspot sehingga akhir Disember 2010.’
Soalan Bertulis Y.B. Teh Yee Cheu (Tanjung Bunga): Nyatakan status atau setakat manakah perkembangan menyediakan enakmen “Freedom OF Information Act” atau Akta Kebebasan Informasi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Jawapan: Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri masih lagi dalam peringkat perbincangan dan penilaian yang teliti dari semua aspek bagi tujuan penyediaan enakmen Freedom of Information Act. Continue reading ‘Perkembangan Akta Kebebasan Informasi’
TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG KE ATAS PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN BUKIT BENDERA 2009, DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG PADA 11.8.2009
PERBADANAN BUKIT BENDERA PERMULAAN BARU UNTUK SATU PERUBAHAN PERTAMA SELEPAS 18 TAHUN TERBEKU DALAM MASA(LOST IN TIME)
Salam sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat
Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, khususnya pandangan bernas dan membina ADUN kerajaan PR, yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Rang Undang-Undang Perbadanan Bukit Bendera 2009, Pulau Pinang.
Kepada Ahli Yang Berhormat daripada Sri Delima, Tanjung Bungah, Paya Terubong dan Bagan Dalam jelas sekali, mereka menyokong hasrat kerajaan negeri menubuhkan PERBADANAN BUKIT BENDERA sebagai permulaan baru untuk satu perubahan pertama selepas 18 tahun terbeku dalam masa (lost in time).
Continue reading ‘TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN KE ATAS PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN BUKIT BENDERA 2009′
Soalan Bertulis YB. DATO’ HAJI JASMIN BIN MOHAMED(Sg Dua): Berapa banyakkah projek Kelas F yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam tahun 2009 ini sehingga 31hb. Julai, 2009. Berapakah nilai projek berkenaan serta berapa banyakkah kontraktor yang terlibat. Senaraikan projek berkaitan mengikut daerah di negeri ini.
Jawapan: Sehingga 31 Julai 2009, seramai 482 kontraktor Kelas F telah dilantik untuk melaksanakan projek-projek kerajaan negeri melalui jabatan-jabatan berkaitan. Jumlah projek yang terlibat adalah sebanyak 512 dengan nilai RM15,424,533.38. Butir-butir agensi terlibat dan nilai adalah seperti jadual berikut dan senarai penuh butiran projek, nama kontraktor dan nilai projek berkenaan adalah seperti berikut:-

TEKS UCAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG 2009
“Penubuhan Perbadanan Bukit Bendera dan Projek Naik Taraf Keretapi Bukit Bendera Akan Menjadi Pemangkin Dan Penggerak Bukit Bendera atau Penang Hill sebagai Destinasi Pelancongan Terpilih Antarabangsa”
Y.B. Dato’ Speaker,
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini yang bernama ”Suatu Enakmen Untuk Menubuhkan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang 2009’’ dibacakan kali kedua.
Rang Undang-undang ini adalah bertujuan untuk memberi kuasa kepada Perbadanan Bukit Bendera untuk membuat kontrak, memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hak milik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan dengan, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak kepada Perbadanan.
Continue reading ‘Penubuhan Perbadanan Bukit Bendera dan Projek Naik Taraf Keretapi Bukit Bendera’

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada pagi ini menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato’ Haji Mohd Hamdan bin Abd Rahman, ADUN Permatang Pasir yang kembali ke rahmahtullah pada pagi tadi jam 6.10 di Institut Jantung Negara
Ahli Exco Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada pagi ini yang dipengerusikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato’ Haji Mohd Hamdan bin Abd Rahman yang telah kembali ke rahmahtullah pada jam 6.10 pagi ini di Institut Jantung Negara.
Kerajaan Negeri juga bersimpati dengan ahli-ahli keluarga beliau dan akan membantu menguruskan urusan pengebumian jenazah beliau.
Continue reading ‘Salam takziah kepada keluarga Allahyarham YB Dato’ Haji Mohd Hamdan bin Abd Rahman’
Y.B. Tuan Speaker,
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini yang bernama “ Suatu Enakmen bagi menubuhkan Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang Tahun 2009” dibacakan kali kedua.
Rang Undang-undang ini adalah bertujuan untuk memberi kuasa kepada Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk bergiat dalam aktiviti pelaburan dan promosi pelaburan yang berpotensi untuk dimajukan demi menjana pertumbuhan ekonomi Negeri Pulau Pinang. Enakmen ini membolehkan Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk membuat kontrak, memperolehi, memasang dan menikmati apa-apa perihal harta alih dan tak alih, dan boleh menjual, menggadai janji atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih yang terletak hak pada Perbadanan.
Continue reading ‘TEKS UCAPAN MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG KETUA MENTERI PULAU PINANG (PEMERBADANAN) 2009′
RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN NEGERI PULAU PINANG ( PROJEK BANGUNAN ARKED DAN PUSAT MAKANAN LAUT BATU KAWAN )2009
Y.B. Tuan Speaker,
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini yang bernama “Suatu Enakmen bagi memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri meminjam wang tidak lebih daripada RM6 juta (Ringgit Malaysia : Enam Juta sahaja) daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Projek Bangunan Arked dan Pusat Makanan Laut di Batu Kawan, Pulau Pinang” dibacakan kali kedua.
Fasal (2) Perkara 111 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa sesuatu Negeri tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa Undang-undang Negeri. Rang Undang-undang ini adalah bertujuan untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk meminjam wang sebanyak RM6 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membiayai Projek Bangunan Arked dan Pusat Makanan Laut Batu Kawan, Pulau Pinang.
Continue reading ‘TEKS UCAPAN MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN’
RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN (RANCANGAN UNTUK MEMBEKAL AIR BAGI NEGERI PULAU PINANG) (PINDAAN) 2009
Y.B Tuan Speaker,
Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bernama “Suatu Enakmen untuk memberi kuasa meminjam sejumlah wang yang tidak melebihi RM 1.6 billion (Ringgit Malaysia: Satu Billion dan Enam Ratus Juta sahaja) daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Rancangan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang dibacakan kali kedua.
Fasal (2) Perkara 111 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa sesuatu Negeri tidak boleh meminjam kecuali di bawah kuasa Undang-undang Negeri. Disamping itu Enakmen Pinjaman (Rancangan untuk Membekal Air bagi Negeri Pulau Pinang) 1997, di bawah Seksyen 3(1), memperuntukkan kepada Kerajaan Negeri kuasa meminjam daripada Kerajaan Persekutuan bagi maksud membiayai Rancangan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya suatu jumlah yang tidak melebihi RM600 juta (Ringgit Malaysia : Enam Ratus Juta sahaja).
Continue reading ‘TEKS UCAPAN MENGENAI RANG UNDANG-UNDANG PINJAMAN’
PENERANGAN
Yang Berhormat Tuan Speaker,
56. Untuk makluman Y.B ADUN Tanjung Bungah, perkara mengenai Freedom of Information Bill, kerajaan dinasihatkan oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri ia adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan dan bukan bidang kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun kerajaan negeri masih menerokai perihal perundangan dan juga menggariskan garis panduan yang tidak melanggari perlembagaan persekutuan dan kuasa kerajaan pusat. Satu jawatankuasa Kebebasan Maklumat CAT masih menjalankan kerja berkaitan dengan perkara ini yang dipimpin oleh ahli Exco YB Batu Maung.
Continue reading ‘UCAPAN PENGGULUNGAN (Part 4)’
PENGIKTIRAFAN GEORGE TOWN SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA OLEH UNESCO
Y.B. Tuan Speaker,
33. Y.B. ADUN Pengkalan Kota telah membangkitkan mengenai isu tuan tanah tidak mengetahui status tanah mereka yang dikenalpasti sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
34. Untuk makluman, Tapak Warisan Dunia George Town mempunyai keluasan 259.42 hektar, yang mana 109.38 hektar terletak dalam core zone dan 150.04 hektar lagi terletak di dalam kawasan buffer zone. Di dalam kawasan core zone sahaja terdapat sebanyak 1,715 bangunan dan 1,928 lagi terdapat di kawasan buffer zone. Angka ini tidak termasuk lot-lot kosong milik persendirian yang masih belum dimajukan. Dalam hal ini, pihak MPPP dan juga Kerajaan Negeri memang menyedari mungkin terdapat tuan-tuan tanah yang tidak mengetahui status tanah mereka yang sebenarnya telah termasuk dalam kawasan “Tapak Warisan Dunia”. Sebelum ini, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan MPPP bagi memberikan maklumat kepada masyarakat setempat mengenai status tersebut.
35. Hasil bancian, rundingan, dialog serta cadangan pengurusan Tapak Warisan Dunia ini akan didokumenkan dalam satu laporan yang dipanggil Integrated Management Plan For World Heritage Site – George Town, dan dijangka disiapkan pada penghujung tahun 2009. Continue reading ‘UCAPAN PENGGULUNGAN (Part 3)’
PELABURAN
Yang Berhormat Tuan Speaker,
15. Y.B. ADUN Kawasan Penaga telah bertanya mengenai perkembangan cadangan pelaburan daripada syarikat Korea berjumlah RM300 juta. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat syarikat pelabur tersebut pada masa kini sedang menjalankan kajian kemungkinan (feasibility study) dan laporan kajian dijangka siap dalam masa terdekat.
16. Seterusnya YB ADUN Teluk Bahang pula telah membangkitkan isu pengangguran di Pulau Pinang dan meminta penjelasan mengenai kaitannya dengan kemasukan pelaburan sebanyak RM10.2 bilion tahun lepas. Daripada jumlah tersebut, pelaburan dari bulan Januari hingga Februari 2008, pelaburan domestik adalah sebanyak RM3.1 bilion manakala pelaburan asing adalah sebanyak RM0.4 bilion. Manakala dari bulan Mac hingga Disember 2008, pelaburan domestik adalah sebanyak RM2 bilion dan pelaburan asing menjangkau ke angka RM4.7 bilion.

Continue reading ‘UCAPAN PENGGULUNGAN (Part 2)’