Lim Guan Eng » Parliament

DAP Insists That Monitors Of Political Parties And Election Commission(EC) Must Be Present At Postal Or Advanced Voting To Ensure That There Is No Cheating(en/bm/cn).
Postal voting for military and police personnel has been redefined as advance voting and will be handled only by Election Commission (EC) officers in the next general election. EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said advance voting would be fully handled by specially designated assistant returning officers (ROs) instead of the personnel’s superior officers in military camps and district police headquarters.

Whilst abolishing postal voting, except for members of the national security forces operating overseas and at the borders, is welcome there is concern that there is no difference in ensuring a free, fair, neutral and independent elections if political parties still do not have full access during the voting process. DAP insists that monitors of political parties and EC must be present during the voting process to ensure that there is no manipulation or cheating.

All Malaysian law enforcement and armed forces personnel sacrifice their lives every day to protect our country and should also enjoy the same rights and privileges as everyone else. Therefore, voting should be made as easy and accessible as possible for them.

In the current practice, postal voting is virtually conducted by the armed forces or police themselves. Counting is then done separately, where you have the ballot in a sealed envelope and an accompanying form that carries the signature of the witness and other details. As a result, this obvious lack of transparency has given rise to suspicions that votes can be traced to the voter, which is unconstitutional.

The current proposal to do away with postal voting is therefore seen to be a remedy to the above problem. However, the big question is: how will it then be done? From media reports, it would appear that armed forces and police personnel would cast their votes two or three days earlier at polling stations. If that is true, the question also arises whether all the normal checks and balances will be adhered to, such as the availability of polling agents and so on.

Lastly, it would also be interesting to see whether these changes will be implemented in the upcoming General Election. It is up to Election Commission Chairman to prove that these changes are positive and would add safeguards that would prevent cheating instead of making easier for certain parties to cheat during postal or advanced voting.

DAP fully supports a more transparent polling process, and hope that the Election Commission will ensure that this principle is adhered to. In addition, if we can now provide normal polling opportunities for armed forces and police personnel, we should also do so for the one million Malaysians residing or working overseas. Singapore has been successfully providing for the rights of its citizens at its High Commissions and Embassies overseas, and India has now started as well. If India, with a far larger electorate is able to implement such a programme, then there is no reason why Malaysia is unable to accommodate for the rights of her citizens.

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 20 May 2011.

—— Malay Translation ————

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan, YAB Lim Guan Eng pada 20 Mei 2011 di Kuala Lumpur.

DAP mendesak agar pemantauan dari parti politik dan Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) dibenarkan ketika proses pengundian pos atau pengundian awal bagi memastikan tiada sebarang penipuan dilakukan.

Undi Pos untuk anggota tentera dan polis telah diberi penjenamaan semula dan dikenali sebagai pengundian awal dan hanya akan dikendalikan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang pilihan raya umum akan datang. Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Wan Omar berkata pungutan pengundian awal (advanced voting) akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai khas yang dilantik semula dan bukan lagi pegawai atasan di dalam kem askar mahupun ibu pejabat polis.

Sementara itu, penghapusan undi pos yang dikecualikan kepada kesemua anggota keselamatan yang bertugas di luar Negara dan di perbatasan adalah sangat- sangat dialukan berikutan wujud kebimbangan bahawa tiada perbezaan dalam mewujudkan pilihan raya yang bebas, adil dan berkecuali sekiranya parti politik masih tidak mempunyai hak untuk menjadi pemerhatian ketika proses pengundian dijalankan. DAP  menegaskan bahawa pemantauan dari parti politik dan SPR harus dilaksanakan ketika proses pengundian dillakukan bagi memastikan tiada ada manipulasi mahupun penipuan berlaku.

Semua penguatkuasaan undang- undang Malaysia dan anggota angkatan bersenjata mengorbankan hidup mereka setiap hari bagi melindungi Negara dan mereka seharusnya mempunyai hak dan keistimewaan yang sama seperti orang lain. Oleh itu, proses pengundian undi seharusnya dilakukan dengan semudah mungkin.

Dalam amalan sekarang, undi pos dilaksanakan kepada hampir semua angkatan bersenjata termasuk polis sendiri. Pengiraan undi kemudiannya dilakukan secara berasingan di mana kertas undi dimasukkan dalam sampul dan dikempilkan bersama dengan borang yang bertandatangan dan butiran lain. Akibatnya, proses begini jelas tidak telus dan boleh menimbulkan kecurigaan kepada semua undian yang dilakukan samada identiti pengundi boleh dikesan, ini dianggap tidak mengikut perlembagaan.

Kertas cadangan baru untuk menghapuskan undi pos dilihat menjadi pengubat kepada permasalahan di atas. Walau bagaimanapun, persoalan besar ialah bagaimana perkara ini boleh dilakukan? Dari laporan media, pasukan bersenjata dan anggota polis akan membuang undi dua atau tiga hari awal di tempat pengundi sebelum tarikh sebenar pilihan raya. Jika ini benar, timbul pertanyaan adakah proses undi akan dikawal rapi seperti Ejen Tempat Undi(Polling Agent) dibenarkan dan sebagainya?

Akhir sekali, perkara lebih menarik untuk dilihat ialah adakah perubahan tersebut akan dilaksanakan dalam pilihan raya akan datang. Terpulang kepada Pengarah SPR untuk membuktikan sama ada perubahan tersebut ke arah positif dan akan memberi pelindungan untuk mengelakkan berlakunya penipuan termasuk memudahkan pihak- pihak tertentu melakukan penipuan selama proses undi pos atau pengundian awal.

DAP menyokong sepenuhnya proses pengundian yang lebih telus dan berharap SPR akan memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi. Selain itu, jika kita dapat menyediakan peluang mengundi secara biasa kepada anggota bersenjata dan polis, kita juga harus memberi peluang yang sama kepada hampir 1 juta rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di luar Negara. Singapura telah berjaya memberikan hak- hak rakyat untuk mengundi di Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Besar di luar Negara dan India juga  telah melakukannya. Jika India yang mempunyai pengundi yang jauh lebih besar mampu melaksanakan program seperti ini, jadi tiada sebab mengapa Malaysia tidak mampu untuk mengembalikan hak mengundi kepada rakyatnya.

———— Chinese Translation ————-

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2011年5月20日在吉隆坡发表声明：

民主行动党坚持邮寄选票或预先投票进行时，政党代表与选委会必须在场监督，以确保投票过程没有作弊成分。

军人与警员的邮寄选票已经重新被定义为“预先投票（Advance Voting）”， 来届大选，将由选举委员会官员全权执行。选举委员会副主席拿督旺阿末说，预先投票将由特别委派的选举官执行，而不再是军营或县属警局的高级官员。

我们欢迎当局废除邮寄选票（在海外及边防服务的军人除外）的措施，但是，我们关注如果政党不能参与监督预先投票，那么，新的措施还是无法确保自由、公平、中立和独立的选举。行动党坚持，邮寄选票或预先投票进行时，政党代表与选委会必须在场监督，以确保投票过程没有被操纵或作弊成分。

全体马来西亚的执法人员、武装部队愿意牺牲自己的生命保家卫国，他们应该和其他公民一样，享有同等的权利和待遇。因此，我们必须让他们可以容易地、方便地投票。

目前，邮寄选举是由军队或警队本身执行。计票则是分开进行，选票将会连同一张表格被放入一个密封的信封，表格上有证人的签名和其它细节。因此，这样的程序明显地缺乏透明度，让人怀疑投票者的身份是否可被追查，而这是违宪的。

这项废除邮寄选票的新措施看来是要解决上述问题。但是，最大的问题是：当局要怎么做？从媒体的报道看来，军警人员将提早两、三天到投票站投票。如果这是真的，我们要问整个程序是否遵从普通的投票监督？ 例如，允许监票员在场监票等等。

最后，我们关注这些改变是否将在来届大选派上用场。唯有选委会主席自己可以证明这些改变是正面的、能够防范作弊，而不是让一些政党可以利用邮寄投票或预先投票进行时趁机作弊。

行动党完全支持更加透明的投票程序，并希望选委会能够确保各造恪守这个原则。再说，如果我们现在可以为军警人员提供正常的投票机会 ，我们也应该要为100万名在国外居住或工作的大马人提供投票机会。新加坡已经成功地让它的国民，在各国专员署或大使馆行使投票的权利，印度也已经开始进行。如果印度这样选民众多的人口大国可以让其国民在国外行使投票的权利，我实在看不出为什么马来西亚不能？

林冠英

Dewan Undangan Negeri di bawah pemerintahan PR adalah jauh lebih progressif, adil dan rasional
16hb Disember 2010 adalah satu hari yang sedih dalam sejarah Parlimen Malaysia. Seluruh dunia sedang menyaksikan bagaimana sebuah insitutisi perundangan yang pada satu ketika dahulu pernah dipandang sebagai teladan dan rujukan di rantau Asia dan di kalangan Negara-negara komenwel sedang menjunam kewibawaan dan kehortmatannya.

Sesiapa yang meneliti Laporan dan minit prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan mendapati keseluruhan prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebagaimana yang dipamerkan dalam Laporan dan minit prosiding mesyuarat jawatankuasa tersebut amat mengaib dan memalukan istitusi Parliamen sebagai badan perundangan tertinggi di negara ini yang seharusnya memaperkan teladan menjunjung nilai-nilai murni keadilan.

Bagaimana satu pendengaran atau perbicaraan boleh diterima sebagai adil sekiranya pihak yang dituduh atau yang akan dihukum tidak diberi peluang langsung untuk membela diri atau sekurang-kurangnya mengemukakan penjelasannya? Malah dalam Negara yang mana pemerintahannya dianggap berkuku besi sekalipun, orang yang dituduh tetap dihadapkan ke mahkamah untuk diberi peluang membela diri.

Ciri-ciri natural justice mengkehendaki, antara lain, yang pertamanya, semua prosiding dijalankan dengan adil kepada semua pihak sebagaimana yang diungkap dalam Bahasa Latin “audi alteram partem’ atau dalam Bahasa Inggeris “let the other side be heard” .

Keduanya, semua pihak dalam prosiding adalah berhak untuk bertanya soalan dan membidas keterangan atau evidence pihak berlawan.

Ini adalah nilai yang diterima universal. Melainkan kita tidak lagi menerima nilai universal ini, Laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ke atas YB Permatang Pauh, Bukit Glugor, Gombak dan Subang mencemarkan nama baik dan kewibawaan Dewan ini. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana sebuah jawatankuasa Dewan yang waras fikirannya sanggup mengesyorkan agar YB Permatang Pauh dihukum tanpa memberikan peluang langsung kepada beliau untuk membela diri.

Kesemua empat Ahli Parlimen sejak awal telah menyatakan niat beliau untuk membela diri. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan juga pada awal mesyuarat telah memutuskan agar YB Permatang Pauh dipanggil untuk membela diri. Tetapi pendirian majoriti Jawatankuasa ini bertukar 180 darjah pada akhir prosiding tanpa alasan yang kukuh dan menafikan hak pembelaan YB Permatang Pauh.

Tidak ada orang yang akan percaya bahawa tidak ada campur tangan daripada pihak ketiga dalam perubahan pendirian majoriti Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Tidak ada orang yang akan percaya bahawa tiada motif politik yang menebal dalam perubahan pendirian Jawatankuasa ini. Tidak ada orang yang akan percaya bahawa majoriti Jawatankuasa ini bertindak professional dan melampaui batasan politik dalam menjalankan tugas mereka. Tidak ada orang yang akan percaya bahawa Jawatankuasa ini adalah satu panel yang menimbangkan kes ini dengan adil dan rational. Tidak ada orang yang akan percaya bahawa Dewan ini adalah Dewan yang mulia dan berdaulat sebagai satu cabang kerajaan dalam system demokrasi berasaskan system Westminister.

Mengapa majoriti Jawatankuasa daripada BN sanggup terima bulat-bulat dan  menggadaikan reputasi mereka dengan menganggap kenyataan Perdana Menteri dan kandungan surat Apco sebagai hukum benar tanpa disoal siasat langsung? Maka jelaslah kepada seluruh dunia, bahawa majoriti Jawatankuasa ini menaruh lebih kepercayaan kepada Apco, sebuah syarikat Israel?

Jawatankuasa ini kelihatan kurang arif berbanding dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Dewan Negeri Selangor di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat di mana semua ahli yang dituduh melanggari hak dan kebebasan telah diberikan peluang sepenuhnya untuk membela diri.

Sebagai contohnya, kes YB Dato Azahar, ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, yang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengeluarkan kenyataan hasut di dalam Dewan telah diberi peluang untuk membela diri dalam prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ini mempamerkan kebijaksanaan dan kebesaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang jelas tidak kelihatan dalam Dewan ini dan Jawatankuasa yang mengendalikan YB Permatang Pauh.

Dalam prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor yang menjalankan siasatan ke atas Ketua Pembangkang Selangor YB Khir Toyo dan 4 orang Ahli Dewan Negeri yang lain, mereka masing-masing telah diwakili oleh 7 orang peguam semasa prosiding dan diberikan peluang mengambil bahagian secara aktif.

Jelas sekali, Dewan Undangan Negeri, khususnya Dewan Undangan Negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat adalah jauh lebih progressif, adil dan rasional daripada Dewan ini yang semakin hari semakin kehilangan kegemilangannya sebagai badan perundangan yang diteladani oleh Dewan Undangan Negeri di Malaysia.

Perlu Ada Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) Dan Landasan Kapalterbang Kedua(2nd Runway)
Perlu Ada Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) Dan Landasan Kapalterbang Kedua(2nd Runway) Selaras Dengan Sumbangan Oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Dengan pengutipan hasil Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sebanyak RM101.68 juta yang merangkumi 10% daripada jumlah hasil yang diperolehi oleh lapangan terbang-lapangan terbang lain di Malaysia, adalah perlu bagi Kementerian Pengangkutan untuk membina satu lagi LCCT dan landasan kapal terbang kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menampung keperluan yang meningkat serta mempertahankan angsa emas yang membawa hasil kepada negara. Adalah perlu kerajaan pusat bertindak adil kerana bukan sahaja Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menyumbangkan 10% daripada keseluruhan hasil, maka 10% daripada GDP negara Malaysia datangnya daripada Pulau Pinang.

Semasa sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat, saya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan prestasi kewangan LTAPP dan setiap lapangan terbang untuk tahun lepas, serta menyatakan kemajuan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebanyak RM250 juta sama ada tender terbuka dijalankan, kontraktor dipilih, tarikh mula dan siap.

Jawapan Lisan yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat dalam mesyuarat Dewan Rakyat kali ini ,beliau menyatakan bahawa：

“Bagi tahun 2009, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM101.68 juta. Manakala jumlah hasil yang diperolehi dari lapangan terbang-lapangan terbang lain pula adalah sebanyak RM1.15 billion.”

Dalam jawapan yang sama, Menteri Pengangkutan juga mengatakan bahawa pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang menguruskan proses Tender Terbuka yang dijangka akan selesai pada bulan April 2010 ini. Apabila urusan tersebut selesai, kerja-kerja pembinaan dijadualkan akan bermula pada Julai 2010 dan siap pada Disember 2011.

Malaysia Hanya Berjaya Menjadi Ekonomi Berpendapatan Tinggi Dengan Mendemokrasikan Ekonomi, Reformasikan Perkhidmatan Awam Dan Membebaskan Daya Kreativiti Dan Innovasi Sumber Manusia.
Ucapan Belanjawan Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Dewan Rakyat Pada 26.10.2009

Malaysia hanya boleh berjaya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi dengan mendemokrasikan ekonomi, reformasikan perkhidmatan awam dan membebaskan daya kreativiti dan innovasi sumber manusia. Syor-syor mendemokrasikan ekonomi telahpun dibukukan awal bulan ini oleh DAP dalam Belanjawan Alternatif DAP yang menggariskan strategi untuk menjana transformasi kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

Reformasi perkhidmatan awam adalah perlu dengan ratio 4.68% anggota perkhidmatan awam dengan penduduk paling tinggi berbanding dengan Jepun 3.23%, Thailand 2%, Korea Selatan 1.85%, Filipina 1.8% dan Indonesia 1.8%. Emolumen sebanyak RM 38 bilion pada tahun ini telah meningkat kepada RM 42 bilion tahun depan ataupun meningkat 23.7% kepada 30.5% perbelanjaan mengurus. Sekiranya pencen ditambah adalah RM 46 bilion pada tahun ini telahpun meningkat kepada RM 53 bilion ataupun meningkat daripda 28.8% kepada 38.3% keseluruhan perbelanjaan mengurus.

Emolumen dan pencen  merupakan komponen paling besar dalam perbelanjaan mengurus. Itu tidak menjadi masalah sekiranya kita dapat hasil atau imbuhan balik daripada perbelanjaan RM 53 bilion. Yang diharapkan ialah menjadi penggerak dan pemangkin ekonomi dan bukan sebaliknya. Di antara masalah ialah sikap acuh tak acuh, silo mentaliti yang menggagalkan etika kerja berpasukan, amalan kerja yang tidak sihat dan tidak berintegriti, fikiran jumud yang tidak mahu berubah serta juga menghalang penjawat kerajaan muda yang bermentaliti antarabangsa.

Bila proses penswastaan diperkenalkan pada tahun 80an telahpun dijanjikan bahawa ia akan membantu mengurangkan perbelanjaan emolumen dan bilangan anggota perkhidmatan awam pada masa itu 600,000 orang. Dua puluh lima tahun kemudian bilangan anggota perkhidmatan tidak kurang sebaliknya telah bertambah kepada 1.22 juta orang tahun ini.

Apakah langkah yang diambil oleh Pemudah dan Pemandu untuk mengatasi masalah ini? Apakah guna Pemudah sekiranya syor mereka tidak diambilkira. Contohnya Pemudah pernah dua tahun lepas nyatakan bahawa rasuah menyebabkan kerugian Malaysia sebanyak RM10 billion setahun atau 1% GDP. Keadaan bertambah buruk lagi bila hari ini di surat khabar The Star adalah dianggarkan bayaran lebih untuk perbekalan dan kontrak untuk semua keperluan kerajaan seperti terowong air, IT dan komputer menyebabkan kerajan pusat kehilangan RM 28 bilion setahun. Tidak menghairankan keadaan tidak bertambah baik bila kedudukan Malaysia di bawah Corruption Perception Index terus jatuh ke tangga 47.

Kegagalan pihak Ketua Peguam Negara mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal pita video V.K. Lingam sungguhpun Suruhanjaya di Raja telah menimbulkan beberapa seksyen dan akta yang terbabit amat mendukacitakan. Macam mana hendak jawab soalan rakyat biasa apakah perlunya bukti yang mencukupi bila sudah ada pita video yang merakamkan kesalahan terbabit?

Malaysia tidak boleh bergantung lagi kepada sumber semulajadi dengan sumbangan 42% kepada hasil Negara untuk tahun 2009 dan 40% untuk 2010. Kita harus membebaskan potensi, daya kreativiti dan innovasi khususnya dalam sektor komputer, ICT dan berteknologi tinggi. Tembusan jalur lebar sebanyak 25% berbanding dengan Korea Selatan (95%) amat membimbangkan tetapi Malaysia boleh kejar dengan free wifi. Tidak perlu belanjakan RM 11.3 bilion untuk projek High Speed Broad Band, RM 6 bilion pun sudah cukup untuk buat free wifi dengan kerjasama sektor swasta.

Sudah sampai masanya kita memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu, Iban dan Kadazan untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa. Saya yakin mereka boleh menjadi ahli profesional dan syarikat perniagaan yang sama baik ataupun lebih baik tanpa dikongkong oleh mentaliti subsidi sekiranya kita pilih yang cemerlang tanpa kira kabel politik, bangsa agama dan latar belakang. Lihatlah YB Ketua Pembangkang anak Melayu jati, di mana kebolehan dan bakatnya diakui umum di peringkat antarabangsa bukan sahaja jaguh kampung menjadi jemputan rebutan persidangan antarabangsa sampai menjadi associate professor di universiti unggul Amerika Syarikat John Hopkins University. Kalau dasar berdasarkan warna kulit dan kabel politik ini diteruskan maka, yang mahu dibantu untuk diberikan manfaat akan terus terpinggir.

Kita boleh lihat pengalaman negeri Cina yang pada satu masa mengamalkan masyarakat sama-rata tanpa melihat kemampuan yang membunuh daya inisiatif. Ini merupakan punca utama Cina terus jadi mundur dan miskin sehingga dipersendakan sebagai Pesakit Ekonomi Asia pada tahun 60an dan 70an. Tetapi selepas dasar liberalisasi dan mementingkan sumber manusia diperkenalkan maka dalam satu generasi negeri Cina telah menjanakan transformasi yang membolehkan Cina menjadi ekonomi kedua besar di dunia pada 2010, melebihi Jepun. Perkembangan serupa pun wujud di India yang mempunyai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Apabila ekonomi dunia berada dalam prestasi mendatar, kerajaan perlu menjana permintaan dalaman serta meningkatkan daya saing. Namun begitu, di sebalik keperluan mendesak untuk kerajaan meningkatkan perbelanjaan, kerajaan BN terpaksa menerima hakikat kekurangan dana untuk berbelanja dan terpaksa berhempas-pulas membiayai kos pentadbiran kerajaan.

Apa yang lebih memburukkan keadaan ialah harga minyak menjunam ke paras bawah harga yang dianggarkan iaitu US$125 setong pada tahun 2009, bermakna kerajaan tiada tambahan pendapatan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan pada tahun 2010.

Sumbangan pendapatan minyak dan gas kepada Kerajaan telah meningkat daripada RM19 bilion pada 2004 kepada RM70 bilion tahun 2009 namun begitu, semua pendapatan itu telah dibelanjakan. Bukan sahaja kita tidak menyimpan untuk hari-hari gelap di masa hadapan, kerajaan meminjam secara meluas dalam tempoh itu sehingga menyebabkan negara menanggung defisit bajet 12 tahun berturut-turut, dan hutang persekutuan terus menimbun sehingga RM 363 bilion meningkat 18.3% tahun ini atau 52.4% KDNK berbanding dengan 41,5% tahun lepas tanpa mengira sama ada ekonomi tumbuh atau mengalami kegawatan.

Keadaan mungkin berlainan jika perolehan umpama durian runtuh ini dilabur atau dibelanjakan untuk projek pembangunan. Walau bagaimanapun, sebahagian besar lebihan pendapatan ini dibelanjakan untuk operasi kerajaan untuk menambah bilangan pegawai kerajaan, bayaran pembekalan dan penyelenggaraan perkhidmatan selain urusan luar biasa untuk pampasan kepada syarikat pemegang konsesi tol yang kaya-raya. Ini belum termasuk bayaran dalam pelaburan penuh skandal seperti RM12.5 bilion Port Klang Free Zone, jutaan ringgit yang lesap dalam anak syarikat Kementerian Pelancongan, Pempena dan harga tinggi dalam bayaran belian alat tulis dan barangan harian lain seperti pen, kamera digital dan kertas.

Antara tahun 2003 hingga 2009, perbelanjaan operasi kerajaan meningkat secara mendadak daripada RM53.4 bilion tahun 2000 kepada RM80.5 bilion apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri tahun 2004, kepada RM154.2 bilion tahun ini. Walau bagaimanapun, perbelanjaan pembangunan yang mempunyai kesan gandaan ekonomi paling berkesan hanya meningkat daripada RM29 bilion pada tahun 2004 kepada RM50.5 bilion tahun ini.

Pengurusan yang cuai Barisan Nasional dalam kekayaan negara dan lebih pendapatan sejak beberapa tahun lalu mengakibatkan ekonomi negara menjadi lemah berbanding negara serantau dan kelalaian ini mesti diperiksa bagi mengelakkannya berlaku lagi. Jika kerajaan terus mengumpulkan hutang untuk tujuan yang tidak berasas untuk jangka masa beberapa lama lagi, anak cucu kita akan terpaksa membayar kegagalan itu di masa depan.

Sebagai tambahan, pengalaman kita di peringkat kerajaan negeri selama lebih 18 bulan yang lalu memberi pemahaman yang lebih baik dalam isu praktikal melibatkan pembangunan ekonomi di Malaysia yang memerlukan peralihan besar dari segi dasar awam dan sistem pengurusan ekonomi negara. Perancangan dan pengurusan ekonomi telah menjadi berpusat sejak dua dekad yang lalu dan terlalu biroktatik sehingga menyebabkan ia menjadi tidak berkesan untuk melaksanakan inisiatif ekonomi.

Sebagai contoh, di Pulau Pinang dan Selangor, kami mendapati segala usaha disia-siakan ekoran kegagalan mengawal dana projek dan pembangunan yang disalurkan mengikut kepentingan dan pilih kasih kerajaan Persekutuan. Walaupun Selangor dan Pulau Pinang masing-masing menyumbang RM16 bilion dan RM3 bilion sebagai cukai pendapatan kepada kerajaan Persekutuan, dua negeri ini hanya menerima geran Persekutuan masing-masing sebanyak RM247  juta dan RM127 juta sahaja.

Oleh itu, dalam cadangan Bajet Alternatif, kami senaraikan dasar dan program bagi menimbal balik kelalaian dan salah pengurusan duit rakyat oleh kerajaan BN dengan pada masa yang sama, mengurangkan perancangan berpusat birokrasi dan seterusnya membenarkan kerajaan negeri membuat keputusan dan mengurus kewangan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pentadbiran kerajaan.

Tema bajet alternatif kami iaitu Merakyatkan Ekonomi Malaysia bukan sahaja untuk memenuhi keperluan politik untuk demokrasi yang lebih besar malah mahu menjamin perbelanjaan kerajaan mampu dinikmati oleh rakyat yang membayar cukai sambil mengekang dasar kerajaan yang memihak kepada mereka yang mempunyai kepentingan politik sahaja sedangkan rakyat biasa berhak menerima bahagian masing-masing sejajar dengan sumbangan mereka dalam ekonomi dan keperluan kewangan rakyat.

Kami percaya dengan merakyatkan ekonomi Malaysia, kami mampu bukan sahaja membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik malah menetapkan dasar dan institusi yang boleh menjamin hak ekonomi rakyat negara ini walaupun siapa juga kerajaan yang memerintah. Dengan Merakyatkan ekonomi Malaysia, kami menggalakkan pencapaian matlamat membina kerajaan yang Cekap, Amanah serta Telus (CAT).

Bajet alternatif Merakyatkan Ekonomi Malaysia bermatlamat memastikan dana awam dan pendapatan kerajaan disalurkan secara berkesan dan efektif bersandarkan kepada keperluan rakyat, memastikan projek awam disusun dan distrukturkan dalam mekanisma yang boleh menguntungkan rakyat berbanding pengendali yang mempunyai hubungan serta kaitan politik di samping membolehkan rakyat Malaysia menikmati lonjakan kebebasan ekonomi. Oleh itu, proses Merakyatkan ekonomi akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu :

1. Penyahpusatan fiskal

2. Penstrukturan dan pengagihan semula

3. Pembinaan kapasiti

# Teras I: Penyahpusatan fiskal

Ekonomi Malaysia sekian lama mengamalkan pendekatan pemerintahan birokrasi dan ditadbir secara keseluruhan oleh kerajaan pusat dengan peranan kerajaan negeri yang semakin berkurangan. Perolehan rakyat dan pendapatan cukai korporat dikutip oleh kerajaan pusat dan seterusnya pendapatan ini diagihkan kepada pelbagai kerajaan negeri menerusi geran per kapitan berasaskan perlembagaan serta pengagihan geran secara tertutup.

Malaysia ditubuhkan sebagai suatu Negara persekutuan yang menjamin hak-hak negeri bersekutu, tetapi, setelah 50 tahun berlalu, kita lihat kuasa politik dan kewangan semakin memusat di tahap kerajaan persekutuan. Dasar semasa telah mengakibatkan berlakunya ketidak seimbangan ketara antara bajet perbelanjaan kerajaan pusat berbanding kerajaan negeri. Sebagai contoh, pada tahun 1990, bajet perbelanjaan negeri yang digabungkan memberi tambahan sebanyak 25 peratus kepada perbelanjaan kerajaan pusat. Pecahan ini terus menurun dari tahun ke tahun selama lebih 20 tahun kepada 9 peratus pada tahun 2007.

Memandangkan bagaimana pendapatan dan perbelanjaan kerajaan negeri keseluruhan adalah dijana dan dicarum dari 13 negeri kesemuanya, adalah jelas bahawa perbelanjaan am rakyat bergantung tinggi kepada kerajaan persekutuan. Kerajaan persekutuan mempunyai bajet lebih RM200 bilion dalam tahun 2009, walhal rangkaian bajet negeri adalah kurang dari RM200 juta (Perlis) dan tidak mencecah RM3 bilion untuk negeri Sabah.

Dasar pemusatan dan keputusan membuat dasar tertutup itu boleh juga menyebabkan ketidak seimbangan antara kerajaan negeri di Malaysia. Sebagai contoh, agihan kepada kerajaan negeri dibuat berdasarkan dasar pilih kasih kerajaan pusat mengakibatkan hanya beberapa kerajaan negeri menikmati pengagihan lebih besar manakala beberapa negeri lain mendapat bahagian yang tidak adil.

Akibatnya, pelaksanaan dasar kerajaan dan ekonomi menjadi kurang berkesan dan tidak cekap ekoran tabiat birokratik pemindahan dana oleh kerajaan pusat kepada pembangunan tempatan sebenar. Perancangan berpusat juga menunjukkan kelemahan ketara dalam pembuatan keputusan yang lemah ekoran kegagalan untuk memahami keperluan dan keadaan sebenar soal pembangunan tempatan. Sebagai contoh, Kementerian Pengangkutan yang mengamalkan dasar pemusatan berlebihan gagal untuk melaksanakan polisi pengangkutan awam yang berkesan lagi cekap di peringkat bandar dan daerah di seluruh negara.

Justeru, bagi memperbaiki sistem penyampaian kerajaan, keberkesanan dan kecekapan perbelanjaan, pelaksanaan dasar pembangunan dan ekonomi yang meluas perlu diserahkan kepada kerajaan negeri mengikut keutamaan, keperluan dan situasi unik masing-masing. Dengan itu, kerajaan negeri berada dalam kedudukan terbaik terbaik untuk menentu serta melaksanakan strategi sosio-ekonomi. Antara sektor yang mandapat manfaat daripada cadangan penyahpusatan dasar fiskal ialah pengangkutan serta keselamatan dalaman.

Dalam perkara ini, kami mencadang supaya perjanjian perkongsian cukai pendapatan dengan 20 peratus individu dan cukai perolehan korporat yang dikutip di negeri akan menjadi hak negeri. Bagi Selangor dan Pulau Pinang, perjanjian perkongsian pendapatan ini akan membolehkan masing-masing mandapat RM 3.2 bilion dan RM 600 juta.  Formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan faktor populasi, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insan dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

Negeri juga perlu diberikan hak untuk meminjam sehingga 50 peratus daripada pendapatan tahunan yang dijana daripada sumber sendiri, iaitu pendapatan yang diperolehi secara langsung oleh kerajaan negeri.

Cadangan kami untuk merakyatkan ekonomi menerusi penyahpusatan dasar fiskal boleh mendorong kepada perubahan teknikal dalam kerangka ekonomi Malaysia yang menjurus kepada lonjakan kecekapan ekonomi dan produktiviti menerusi peningkatan tahap kecekapan dalam perbelanjaan selain kesan gandaan yang meningkat hasil perbelanjaan kerajaan dalam ekonomi negara. Penyahpusatan fiskal juga akan memastikan pembangunan kawasan yang lebih seimbang berbanding Lembah Klang sahaja pada masa ini, sekali gus mencipta bandar sekunder yang produktif di seluruh negara.

Untuk menyediakan langkah permulaan ke arah pendemokrasian ekonomi menerusi penyahpusatan fiskal, kami menyeru supaya kerajaan pusat mula mengorak langkah kepada penganjuran sistem pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan menerusi pindaan perlembagaan persekutuan bagi membolehkan perkongsian kuasa fiskal yang lebih besar dengan kerajaan negeri. Ini akan memastikan pengagihan fiskal dan penggunaan oleh pihak berkuasa tempatan sementara kerajaan negeri akan terus bersikap telus dan bertanggungjawab sebagai oleh wakil yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat.

# Teras II: Penstrukturan dan pengagihan semula

Amalan dasar yang lemah dan hilang hala tuju serta salah guna kuasa oleh kerajaan semasa telah menyebabkan berlakunya agihan tidak betul dalam sumber negara yang terhad dengan menumpukan kepada pemberian manfaat kepada mereka yang mempunyai hubungan serta kaitan politik, sementara kebanyakan rakyat  yang lebih memerlukan terus diketepikan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berdekad lamanya diamalkan dengan tumpuan pengagihan ekonomi berdasarkan kaum sambil megenepikan aspek keperluan dan merit, telah menyebabkan kelemahan struktur utama dalam sistem ekonomi negara sehingga menghukum kebajikan rakyat dan kecekapan sistem ekonomi. Di sebalik itu, agihan tidak betul ini telah menjana kekayaan beberapa individu yang berjaya mengeksploitasi DEB. Justeru, suatu usaha perlu dilakukan untuk menstruktur dan mengagih semula ekonomi bagi memastikan pembangunan lebih seimbang antara golongan miskin dan kaya, selain menambah kecekapan dan keberkesanan ekonomi dan daya saing.

Dalam sebahagian daripada teras penstrukturan dan agihan semula, kami mahu usaha dilakukan ke arah pelaksanaan sistem kebajikan yang berkesan untuk memastikan rakyat yang lahir dalam keadaan miskin tidak terus terperangkap dalam kitaran tersebut. Kebajikan harus diberikan mengikut keperluan dan bukannya berdasarkan kaum seperti yang dizahirkan dalam DEB. Rakyat yang mempunyai kekuatan ekonomi yang lemah sepatutnya mendapat bantuan daripada kerajaan. Dalam pada itu, mereka yang telah mewarisi kekayaan dan menjana ekonomi yang produktif tidak layak untuk mendapatkan bantuan, tidak mengira kaum. Strategi DAP dan Pakatan Rakyat antaranya termasuklah pengagihan semula – bantuan secara langsung kepada miskin tegar dan warga emas – pembinaan kapasiti menerusi peningkatan tahap pendidikan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan bagi membantu individu bekerja untuk memajukan dirinya.

Dalam pengagihan pendapatan, Malaysia telah mencapai salah satu kedudukan yang paling teruk di Asia. Koefisien Gini Negara pada 0.441 berkedudukan nombor 99 daripada 126 tempat (lebih tingginya indeks Gini, maknanya lebihnya ketidaksamaan.) Ketidaksamaan pendapatan negara kita boleh dibandingkan dengan Negara-negara Afrika sub-Sahara seperti Cameroon (0.446) dan Nigeria (0.437). Negara-negara jiran kita, iaitu Thailand dan Indonesia, lebih berprestasi berbanding dengan Negara kita dari segi ini, walaupun mempunyai Indeks Pembangunan Insan yang lebih rendah.

Laporan UNHDP juga menunjukkan bahawa 10% rakyat Malaysia yang terkaya mengawal 38.4% pendapatan ekonomi berbanding dengan 10 peratus termiskin yang mengawal 1.7%. Ini cuma menunjukkan hakikat bahawa kekayaan negara semakin tertumpu di tangan golongan yang kaya. Malaysia mempunyai pusat pameran Ferrari yang terbesar di luar Italy sedangkan 45,000 keluarga miskin tegar masih hidup dengan pendapatan yang kurang daripada RM 500 sebulan.

Tambahan pula, kami berpendappat bahawa kita mestilah menaikkan Garis Kemiskinan Pendapatan untuk mencerminkan kesulitan sebenar rakyat supaya kami dapat membuat dasar yang betul. Lebih-lebih lagi, kita tidak harus terlampau asyik dengan mengendalikan perbezaan pendapatan antara kaum, tetapi harus memberi lebih perhatian dan membuat strategi untuk menangani perbezaan pendapatan antara kawasan dan perbezaan pendapatan sebenar. Dengan mengurangkan perbezaan pendapatan tanpa mengira kaum, isu perbezaan pendapatan antara kaum akan diselesaikan dengan sendirinya secara automatik.

Isu ketidaksamaan ini tidak akan diselesai melalui pendekatan perkauman seperti Dasar Ekonomi Baru. Koefisien Gini kita yang tinggi secara konsisten sejak dua dekad yang lalu menunjukkan bahawa dasar ini telah memperuncingkan isu ketidaksamaan kerana ia mengalihkan perhatian dan tenaga kita daripada masalah pokok isu ini. Pembincangan yang lazim tentang isu kemiskinan kini yang dipenuhi oleh retorik perkauman telah menggagalkan semua perbahasan dan penyiasatan yang rasional bagi mencari penyelesaian yang berkesan dan berlanjutan untuk membasmi kemiskinan.

Pendapatan garis kemiskinan, atau (PLI), dengan izin, didefinasikan sebagai “pendapatan yang cukup untuk membeli seperaga makanan minimum untuk mengekalkan ahli-ahli sekeluarga dalam keadaan sihat dan mendapatkan keperluan dasar seperti pakaian, sewa, bahanapi dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, perubatan, pendidikan dan rekreasi”. Definisi ini telah dirobah pada 2004 hanya dengan perubahan minima, untuk mengambil kira perbezaan harga antara kehidupan Bandar-luar Bandar, antara negeri dan dalam harga makanan dan lain-lain.

Purata PLI untuk tahun 2007 adalah RM720 di Semenanjung Malaysia , RM960 di Sabah dan RM830 di Sarawak. PLI tegar adalah RM430, RM540 dan RM520, mengikut rentetan. Set PLI yang berbeza digunakan untuk kawasan Bandar dan luar Bandar.

Pertama, banyak ketidakpastian timbul bahawa RM720, iaitu PLI,adalah perbezaan antara kelestarian dan kemiskinan untuk sebuah keluarga dengan 5 ahli. Tambahan pula, amat sukar membayangkan bahawa sekeluarga 5 orang boleh hidup dan makan cukup dengan hanya RM430 sebulan.

Kedua, tidak wujud perbezaan sebenar antara Bandar dan luar Bandar dari segi PLI ini. Sebagai contoh, untuk semenanjung Malaysia dalam tahun 2007, garis kemiskinan Bandar adalah RM740 dan luar Bandar RM700. Perebzaan RM40 adalah tidak mungkin dan tidak benar. Keluarga miskin di kawasan Bandar menghadapi kesukaran yang lebih kerana kos hidup tidak nampak di Bandar seperti tol, tambang bas, harga makanan yang lebih tinggi dan lain-lain yang tidak diambil kira dalam pengiraan PLI.

PLI yang rendah dan tidak realistik ini bermakna ramai keluarga miskin sedang menghadapi kesusahan yang teruk untuk hidup sempurna dan secara teknikal, mereka tidak layak mendapat bantuan kerana tidak didefinisikan sebagai ‘miskin’, contohnya, dengan pendapatan serendah RM800 sebulan untuk sekeluarga 6 orang. Ini memberikan ahli politik dan perangka polisi gambaran yang salah tentang masalah sebenar kemiskinn yang melanda rakyat Malaysia.

Berdasarkan pengiraan kami yang konservatif, nilai PLI dan PLI tegar harus dinaikkan sehingga RM1200 dan RM750 untuk Bandar, dan untuk luar Bandar pula, harus dinaikkan kepada RM800 dan RM550, secara berperingkat.

Sebagai tambahan, penggunaan elektrik luar Bandar di Sabah dan Sarawak hanya 74.7% dan 84.1% dalam tahun 2007, manakala penggunaan air luar Bandar pula hanya 65% di Sabah dan 92% di Sarawak. Pada masa yang sama, Sabah dan Sarawak adalah Negeri mempunyai kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia. Adalah sangat memeranjatkan bahawa rakyat Malaysia di situ tidak langsung mendapat kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Maka dengan itu, memperbaiki infrastruktur, selain daripada pembinaan dan pembaikpulih rumah di kawsan luar Bandar di Sabah dan Sarawak, bukan hanya patut dilakukan sejak lampau, malah adalah langkah yang sangat perlu untuk merendahkan jurang pendpatan antara Malaysia Timur dan Barat. Usaha kerajaan persekutuan kini serta kebertanggungjawaban politik untuk mengatur masalah ini adalah sangat diperlukan. Kami meminta dan memanggil kerajaan persekutuan untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya RM9 bilion untuk projek yang disebut selama 3 tahun.

Kami juga ingin menerapkan unsur-unsur kebertanggungjawaban dalam pengagihan kekayaan minyak negara.

Malaysia diberkati dengan kekayaan sumber asli. Kita terutamanya bersyukur kerana negara ini kaya dengan minyak dan gas yang telah melahirkan wakil tunggal Malaysia di dalam senarai Fortune 500, Petroliam Nasional Berhas (PETRONAS). Semenjak pensyarikatan kumpulan PETRONAS 35 tahun yang lalu, kumpulan tersebut telah menyumbangkan sebanyak RM471 bilion kepada Kerajaan di samping menanggung subsidi gas kumulatif sebanyak RM 97 bilion.

Malaysia telah menikmati sumber petroleum yang banyak dan menjana pendapatan kepada kerajaan Malaysia menerusi kutipan cukai pendapatan, royalti, dividen dan jenis cukai dan yuran selainnya. Walau bagaimanapun, di sebalik pulangan menguntungkan daripada industri minyak dan gas, rakyat masih tidak dapat menikmatinya dan negara pula menanggung hutang yang kian bertambah. Dalam jangka masa 12 tahun, di sebalik lonjakan harga minyak global, Malaysia tidak mempunyai rizab atau lebihan untuk dipamerkan sebagai hasil kekayaan minyak negara.

Kami mahu menstruktur dan mengagihkan semula kekayaan minyak negara bagi memastikan ia akan dilaburkan untuk mengekang masalah yang bakal timbul apabila simpanan minyak telah kering menerusi pelaburan strategik dalam pembangunan keupayaan baru seperti tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau serta pembangunan modal insan.

Tambahan lagi, sewaktu ditemuduga oleh Bernama dalam bulan Jun 2008, Tan Sri Hassan Marican, selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PETRONAS telah berkata “ kami akan meneruskan penghasilan selama lebih kurang 20 tahun yang akan datang”. Dalam erti kata yang lebih jelas, “ Malaysia akan menjadi Negara pengimpot ‘net’ apabila keperluan domestik, yang pertumbuhan kini adalah enam peratus setahun, akan melebihi penghasilan Negara dalam tahun 2011.”

Seterusnya, globalisasi yang semakin meningkat telah menambahkan daya saing di kalangan PETRONAS, pengeluar minyak mentah dan syarikat-syarikat  minyak Negara. Ini telah mendatangkan impak yang ketara kerana operasi antarabangsa merupakan penjana pendapatan utama kumpulan (PETRONAS) serta segmen yang paling tinggi pertumbuhannya dalam dua tahun kebelakangan. 42.1% hasil pendapatannya pada tahun fiskal 2009 adalah daripada operasi antarabangsa, berbanding kepada 35.4% dalam tahun fiscal 2005. Untuk mengekalkan daya saingnya sebagai pemain global di pasaran minyak, adalah sangat penting untuk kumpulan PETRONAS ini menyalurkan keuntungan dan pelaburan supaya jumlah simpanan minyak dan gas dikekalkan, menyerlahkan kadar pemulihan dan memperbaiki kebergantungan dan produktiviti infrastruktur.

Namun, kebolehan pelaburan kumpulan ini dan lestari jangka masa panjang mungkin berkurangan disebabkan penyusutan keuntungan untuk pelaburan semula dan pembayaran balik kepada kerajaan. Secara khusus, keuntungan sedia ada untuk pelaburan semula oleh PETRONAS jatuh dari 42.5% dalam tahun fiskal 2005 kepada hanya  21.1% dalam tahun fiskal 2009. Dalam kata nilai mutlak, agihan keuntungan kumpulan PETRONAS yang diperuntukkan untuk kerajaan persekutuan telah meningkat dari 44.1% ke 65.4% pada jangka masa yang sama.

Untuk mengolah kebergantungan kepada pendapatan hasil minyak dan gas, kami sarankan agar kumpulan PETRONAS meletakkan suatu target supaya bayaran tidak lebih 50% dari keuntungan sebelum cukai, serta duti dan royalty dibuat kepada kerajaan persekutuan bermula tahun 2012 dan seterusnya. Dengan pengekangan atas jumlah bayaran dari keuntungan kumpulan kepada kerajaan persekutuan, Negara kita akan dapat mengekalkan peratusan kekayaan minyak untuk pendapatan kerajaan persekutuan dalam lingkungan 35%, yang berkadar dan sejajar dengan tujuan strategik Negara kita untuk mempelbagaikan ekonomi dan sumber pendapatan.

Pengekangan ini tidak akan menjejaskan kekuatan fiskal untuk merangsang ekonomi Negara. Fakta menunjukkan bahawa Negara Norway meraih lebih kurang 30% dripada pendapatan Negara dari hasil industry minyaknya walaupun ia merupakan Negara pengeluar minyak ketiga besar di dunia memberikan gambaran jelas suatu contoh model yang boleh Negara kita ikuti.

Pengekangan ini juga bukan hanya akan merubah trend kebergantungan melampau Negara atas sumber tenaga minyak dan gas yang tidak boleh diperbaharui dan menjadi pemangkin pertumbuhan sector produktif Negara yang lain, malah akan membolehkan PETRONAS memperluaskan kadar pelaburan semula. Keuntungan disimpan oleh PETRONAS akan memberikan lebih fleksibiliti dan kapasiti untuknya meningkatkan keuntungan dari pelaburansemula sehingga 40%. Ini akan mengurangkan jurang pelaburan semula antara PETRONAS yang melabur semula 57.1% dari keuntungan purata tahun fiskal 2009, dan syarikat minyak yang lain yang menyalurkan purata 72.9% dari keuntungan purata mereka untuk tahun fiskal yang sama.

Bagi sumbangan hasil yang diterima daripada sektor minyak dan gas, kami menyeru supaya kerajaan memaktubkan penggunaan lebihan pendapatan minyak dan gas dengan

1. sekurang-kurangnya 20 peratus daripada lebihan bayaran disalurkan kepada Khazanah Nasional Berhad untuk tujuan kapasiti baru dan pembinaan keupayaan dalam sektor utama antaranya Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (RE&EE) dan Teknologi Hijau;

2. sekurang-kurangnya 20 peratus lebihan bayaran akan dimasukkan ke dalam Dana Stimulus Nasional yang bertujuan melonjakkan perbelanjaan fiscal dan menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat semasa kegawatan ekonomi di bawah skim baru, Malaysia Reversed Bonus dan Special Risk-sharing Initiative (SRI).  [Dalam tahun-tahun perkembangan ekonomi pesat dan pendapatan yang diperolehi secara ‘durian runtuh’, bayaran terlebih PETRONAS sepatutnya disimpan dalam Dana Rangsangan Negara, atang akan memfokuskan pelaburan risiko rendah yang mendatangkan kadar hasil yang mantap. Lngkah ini bukan sahaja akan menyediakan Negara kita sekiranya berlaku apa-apa keberangkalian yang tidak diingini dan ketidakpastian akan dating, tetapi juga mengelak dari senario inflasi melampau dan ‘over-heating’ sewaktu ekonomi berada dalam keadaan baik. Kami percaya pendapatan minyak ‘durian runtuh’ sepatutnya dikongsi bersama oleh semua rakyat untuk menanam sikap setia dan menghargai titik peluh semua rakyat. Perkongsian pendapatan ini paling dirasakan dengan sumber bantuan kewangan kepada rakyat terbanyak ketika berlaku krisis ekonomi malap yakni sewaktu rakyat paling memerlukan.

3. dan sekurang-kurangnya 20% daripada lebihan bayaran akan dilaburkan dalam pembangunan sumber manusia, terutama dalam Pendidikan dan Latihan.

Pada masa yang sama, DAP mahu mensturktur semula semua konsesi yang tercetus dari dasar Malaysia Inc di bawah pemerintahan Dr. Mahathir semasa era 90an yang menyebabkan hanya beberapa kerat orang menjadi kaya-raya, melemahkan kewangan negara dan mengurangkan daya tahan serta daya saing untuk Malaysia bersaing di peringkat global. Kontrak seperti ini, terutama Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), lebuhraya bertol dan konsesi air tidak sepatutnya jatuh ke tangan pemegang konsesi yang mengaut kekayaan melampau hasil kerja dan usaha rakyat biasa.

Kami mencadangkan agar suatu Akta Perjanjian Awam Tidak Adil digubal dan suatu badan suruhanjaya bebas dikenali sebagai Suruhanjaya perjanjian Awam ditubuhkan untuk mengkaji konsesi yang berat sebelah yang dilihat sebagai bercanggah dengan hak kepentingan awam.

Akta seperti ini sepatutunya termaktub dalam rangka persekutuan seperti Akta Pengambilan Semula Tanah 1960(?)Land Acquisition Act 1960 yang membenarkan kerajaan mengambil alih sebarang tanah persendirian untuk tujuan awam, dengan syarat pampasan yang cukup diberi.

Akta sedemikian tidaklah asing, di mana kita lihat domain yang setara (Amerika Syarikat), pembelian wajib (UK, NZ, Ireland) penerusan dan pengambilan semula wajib (Australia) dan rampasan (system common law Afrika Selatan dan Kanada) adalah contoh jelas kuasa segenap negeri untuk mengambil tanah persendirian dengan syarat pampas an cukup dibayar. Adalah nyata bahawa pemilikan persendirian tidaklah mutlak dan tidak boleh dicabar, seperti juga konsesi lebuhraya dan utiliti.

Dengan itu, kami menyerukan kerajaan supaya memperuntukan sebanyak RM25 bilion secara “off-budget”, iaitu tanpa mengenakan tanggungan tambahan kepada kerajaan bagi membeli semula PLUS Expressways dan pemegang konsesi lebuhraya bertol yang mengaut keuntungan melampau dan tidak berpadanan dengan risiko dan modal yang dilaburkan. Pembelian semula itu akan dilakukan menerusi penggubalan Akta Kontrak Tidak Adil untuk memastikan ketelusan proses, di samping menilai semula konsesi lain seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) , konsesi air, perkhidmatan pengurusan hospital, penswastaan stor perubatan kerajaan dan ujian perubatan pekerja asing.

# Teras III: Pembinaan kapasiti

Akhir sekali, DAP sangat menitikberatkan pembangunan dan usaha menggalakkan bakat-bakat tempatan untuk membantu negara mencapai status negara maju. Sebagai tambahan, bagi meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan global, beberapa rangkaian pendekatan akan diambil dalam sektor pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkuran, kewangan, teknologi, keselamatan, tenaga dan alam sekitar untuk meningkatkan daya saing di peringkat serantau dan global.

Kelemahan daya saing negara kini sangat ketara. Sikap kerajaan yang terus mendabik dada dengan kejayaan lalu akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada ekonomi dan daya saing negara. Walau bagaimanapun, jika kita menerapkan unsur-unsur ketahanan dan peningkatan daya tahan, kerja keras dan inovasi, Malaysia akan mendapat kedudukan lebih baik untuk merebut peluang pertumbuhan ekonomi dunia. DAP mahu membangkitkan semula semangat daya saing kepada ekonomi negara menerusi penerapan daya juang lebih tinggi, lebih bertanggungjawab dan peningkatan tahap ketelusan.

Oleh itu kita harapkan Belanjawan boleh bantu hapuskan miskin tegar sama ada yang dilakukan di Pulau Pinang yang telah menjaminkan sekurang-kurangnya RM 500 setiap keluarga sebulan. Bantulah juga mereka yang perlukan kredit kad untuk “roll over” lebih baik daripada pinjam daripada Along. Sekiranya ingin kenakan caj bayaran, RM 50 terlalu tinggi ia harus dikurangkan kepada RM 10. Cukai keuntungan hartanah atau RPGT sebanyak 5 peratus yang dicadangkan juga harus dibatalkan.

Tuan Yang di Pertua,

Saya ingin bertanyakan bahagian Pulau Pinang dalam Bajet 2010 Kerajaan Persekutuan berjumlah RM191.5 bilion yang merangkumi RM138.3 bilion untuk perbelanjaan mengurus  manakala RM53.2 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan.  Saya harap pecahan terperinci ikut Kementerian dan sektor boleh diberikan. Adalah diharapkan unjuran ekonomi GDP mengikut sektor, kadar inflasi dan pendapatan isi rumah boleh diberikan.

Negeri Pulau Pinang adalah di antara negeri yang paling pesat membangun dan penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia. Kadar purata pertumbuhan tahunan KDNK sebenar yang dicatatkan dalam tempoh 1990-2000 ialah 8.2%. Adalah dijangkakan dalam tempoh 2001-2010 akan mencatatkan pertumbuhan KDNK melebihi 6.5%.  Bagaimanapun ekoran daripada kemelesetan ekonomi global telah memberi kesan ketara ke atas kadar pertumbuhan ekonomi negeri Pulau Pinang di mana anggaran KDNK bagi tahun 2009 menyusut sehingga -3 peratus berbanding 3.3 peratus pada tahun 2008.

Sebagai negeri yang bergantung kepada sumber manusia, kita perlu membangunkan insan kreatif, inovatif dan pintar. It has been said small minds discuss people, average minds discuss events and great minds discuss ideas. We want to grow great minds with new ideas that makes your dreams come true.

Pulau Pinang berhasrat untuk menjadi sebuah  negeri bertaraf antarabangsa yang menjadi pilihan utama para pelabur, pelancong dan mempunyai kehidupan yang mapan (sustainable living). Kita perlu pengiktirafan antarabangsa dan urus tadbir CAT – Competency, Acountability and Transparency. Cekap, Akauntable dan Telus telah berjaya memerangi rasuah dan penyelewengan serta menjimatkan wang sehingga mendapat pujian Transparency International dan Laporan Ketua Audit Negara. UNESCO pun telah memberikan pengiktirafan kepada George Town sebagai Tapak Warisan Dunia yang menjadikan Pulau Pinang suatu pilihan pelancongan utama.

Di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di mana Pulau Pinang dikenalpasti sebagai hub logistik. Oleh itu perlu peruntukan sebanyak RM800 juta bagi mewujudkan Integrated Cargo Terminal (Terminal Kargo Bersepadu) di Pulau Pinang bagi mengendalikan perkhidmatan kargo di bawah satu pengurusan kargo yang berkesan, pembinaan 2nd runway kedua dan LCCT di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri amat berharap agar siling peruntukan asal RMKe-9 sepertimana yang telah diluluskan untuk Projek Menaik Taraf  Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada Pulau Pinang  berjumlah RM128.0 juta dapat dipenuhi semula oleh Kerajaan Persekutuan. Sehingga kini, jumlah keseluruhan peruntukan yang diterima ialah RM71,797,000.  Tambahan peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM56.2 juta bagi menampung keperluan pelaksanaan projek di Kawasan Perusahaan Perai I, II, III, IV dan Zon Perindustrian Bebas Perai serta  Kawasan Perindustrian Bayan Lepas. Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan projek infrastruktur asas seperti perparitan dan jalan ban bagi mengatasi masalah banjir di kawasan ini.   Sekiranya dibiarkan berlarutan akan menjejaskan imej negeri Pulau Pinang terutamanya dalam usaha Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan asing ke negeri ini.

Penyenaraian George Town dan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008 merupakan suatu yang amat membanggakan rakyat dan negara Malaysia.  Pengumuman pemberian peruntukan sebanyak RM25 juta  oleh Kerajaan Persekutuan masing-masing kepada George Town dan Melaka bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan sehingga kini masih belum disalurkan kepada Negeri Pulau Pinang. Adalah tidak adil Melaka disalurkan RM 30 juta sedangkan tidak ada sesen pun diperuntukkan kepada George Town bila ia mengharumkan bukan sahaja Pulau Pinang tetapi juga Malaysia di pentas antarabangsa.

Kerajaan Negeri  sentiasa memberi komitmen dalam pembangunan perumahan terutamanya perumahan kos rendah dan sederhana rendah untuk golongan berpendapatan rendah. Usaha dan komitmen kerajaan ini telah membolehkan seramai 30,829 pemohon  ditawarkan rumah manakala 14,139 pemohon lagi masih dalam senarai menunggu untuk ditawarkan rumah.  Sehubungan itu, kerajaan Negeri amat berharap agar 3 buah tapak cadangan bagi pembangunan PPR Dimiliki yang telahpun dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan diberi pertimbangan sewajarnya.

Di dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai pula, Kerajaan Negeri harap peruntukan daripada dana RM 200 juta boleh diberikan kepada 8 buah projek terbengkalai rumah awam di Pulau Pinang bagi menjamin kepentingan pembeli-pembeli perumahan tersebut.

Di bawah Rancangan Bandar Selamat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membuat janji pada tahun 2007 untuk membekalkan 48 CCTV untuk di pasang di kawasan-kawasan hitam yang telah dikenalpasti oleh pihak Polis.  Tetapi sehingga kini pemasangan CCTV tersebut masih belum dilaksanakan. Memandangkan Kerajaan Negeri amat peka dengan isu keselamatan dan sebagai langkah untuk mencegah dan  membanteras jenayah, pihak MPPP telah memasang 31 unit CCTV dengan peruntukan sendiri untuk memastikan rakyat Pulau Pinang bukan sahaja selamat tetapi merasi selamat juga.

Dalam membantu usahawan kecil dan sederhana mempromosikan hasil keluaran mereka, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi  (MECD) ketika itu telah meluluskan peruntukan berjumlah RM9.0 juta. Peruntukan ini bertujuan menaik taraf Tapak Ekspo di Seberang Jaya yang telah berusia melebihi 10 tahun sebagai sebuah Pusat Pameran Perdagangan dan Pertanian di Pulau Pinang.  Namun begitu projek ini juga mengalami nasib yang sama kerana ditangguhkan pelaksanaannya oleh MECD.

Melalui Kempen “Malaysia Cergas’, rakyat di negeri ini digalakkan agar bergiat cergas di dalam bidang sukan dan rekreasi bagi mewujudkan komuniti masyarakat  yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdisplin. Kerajaan Negeri ingin merayu agar projek-projek yang telah ditarik balik kelulusannya dan ditangguhkan pelaksanaannya  oleh Kementerian Belia dan Sukan diaktifkan semula. Ini merangkumi Projek Pembinaan Dry Gym di Pusat Arena Sukan Antarbangsa Pulau Pinang (PISA) dan Projek Menaik Taraf Kompleks Sukan Bertam masing-masing diluluskan peruntukan berjumlah RM3.5 juta dan RM3.6 juta.

Penempatan semula pendudukan terlibat bertujuan memastikan Projek Menaik Taraf Sungai Pinang beratus juta di bawah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang dapat dilaksanakan dengan segera memandangkan masalah banjir kilat merupakan suatu fenomena yang tidak dapat dielakkan setiap kali hujan lebat, RM2.4 juta untuk tujuan pembaikan dan pembinaan rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin, RM 3 juta untuk menaik taraf persimpangan Jalan Jarak-Padang Menora di kawasan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri..

Sebuah kerajaan berjiwa rakyat  adalah berlandaskan prinsip 3P:-

- Perkasakan Rakyat dengan ilmu pengetahuan, pendidikan dan kepakaran yang memberikan peluang yang sama untuk mewujudkan kemakmuran;

- Perkuasakan Rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban yang membela martabat insane; dan

- Perkayakan Rakyat dengan berkongsikan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi

Adalah diharapkan tema Kemakmuran Bersama dalam Belanjawan ini boleh dilaksanakan dengan memastikan semua rakyat diberikan layanan yang sama sebagai warganegara yang bermaruah. Jangan hanya sebut RM 20 juta untuk skim Tekun bagi kaum India bila yang diharapkan ialah layanan yang adil kepada semua. Apa itu RM 20 juta berbanding dengan keseluruhan Belanjawan RM 191.5 bilion? Sepatutnya disebutkan berdasarkan keperluan bukanlah warna kulit.

Sekiranya 1 Malaysia yang didukung, mengapa cukai untuk knowledge workers di Iskandar dikurangkan kepada 15% bila di Malaysia masih dikekalkan 26%. Macam mana ini boleh selaras dengan semangat satu hati untuk satu Malaysia bila ada diskriminasi terhadap negeri selain daripada Johor. Saya harap semua negeri boleh menikmati insentif cukai 15% untuk mengelakkan gambaran Satu Negara, Dua Sistem!

Saya ingin akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun :

Malaysia Tercinta Negara Kita

Adil Ditegak Rakyat Dijaga

Anak Malaysia Harapan Bersinar

Amar Maaruf Nahi Mungkar

Why supplying LNG to Shangai Gas terminal ?
DAP demands a full explanation from Petronas on the Reuters news reports of supplying 3.03 million tones of LNG a year to the Shangai Gas Terminal for 25 years from 2009 when there is not enough gas supplies for domestic demand resulting in loss of tens of billions of ringgit in foreign direct investments to Malaysia. Malaysians have a right to know why Petronas continues to export gas when we have to import 19% of our gas needs from Indonesia.

According to Malaysia’s Energy Commission, Malaysia’s total supply of 2,180 mmscfd comprise of local production of 1,770 mmscfd and 410 mmscfd imported (MMSCFD stands for Million Standard Cubic Feet per Day of gas). The consumers comprise 26% to TNB, 35% to Independent Power Producers(IPP), 21% to Petronas customers, 12% to domestic consumers and 7% exported to Singapore.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had conceded that tens of billions of ringgit of foreign investments,  including at least RM 6 billion in Penang from solar-related investors, has been lost due to the gas shortage. Despite Tan Sri Muhyiddin correctly tracing the lack of gas supply to Petronas committing all its gas production till 2014, nothing has been done to resolve this gas shortage. What is most shocking is that despite the gas shortage, Petronas is still exporting critically needed gas and now to Shanghai.

Such decisions are highly irresponsible and against the national interest. It is a terrible waste of money of Petronas to spend RM 11.5 billion to build the Peninsular Gas Utility System (PGU System) pipeline to supply gas throughout the country when there is no gas flowing through the PGU pipeline. There is an urgent need to redirect supply, especially from the independent power producers (IPPs), to manufacturing and domestic use.

The National Gas Policy was supposed to reduce gas supplies to the power sector that consumes 61% of gas supplies to 40%. However no effort has been made to reduce dependence by IPP which consume 35% of much needed gas supplies. The Federal Government must have the will to restructure completely gas utilization to ensure that it serves the needs of 27 million Malaysians and not the few IPPs to allow them to generate and enjoy billions of ringgit of profits at the expense of Malaysians.

Perbahasan dalam Parlimen pada 11 Mac 2009
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/S11M_6RJgJc&hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/S11M_6RJgJc&hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

Hentikan serangan ketenteraannya ke atas Gaza
Sejak Israel mengiystiharkan kemerdekaannya kira-kira 60 tahun lalu, rantau Timur Tengah atau Asia barat tidak pernah sunyi dari konflik yang mengorbankan banyak nyawa. Permulaan berdarah pada tahun 1948 berlaku apabila negara-negara Arab telah menyerang Israel untuk membebaskan bumi Palestin dari taklukan kumpulan Zionis Israel.

Pada tahun 1948 itu, Jordan mengambil alih Tebing Barat manakala Mesir pula membawa Gaza di bawah penguasaannya. Namun, negara-negara Arab tewas dalam peperangan pertama mereka dengan Israel.

Pada 1967, negara-negara Arab sekali lagi cuba menyerang Israel tetapi masih gagal. Malah dalam masa enam hari, kuasa ketenteraan mereka dilumpuhkan oleh serangan balas Israel di mana Gaza turut ditawan.

Pada 1973, serangan mengejut negara-negara Arab yang dipimpin oleh Mesir terhadap Israel menggegarkan dunia. Walaupun kedua-dua pihak mengisytiharkan menang perang, ia membawa kembali kepada keadaan yang sama pada tahun 1967. Yang pasti, jumlah nyawa rakyat tidak berdosa yang terkorban telah meningkat.

Gaza dan Tebing Barat telah dijadikan kem untuk melatih gerila Palestin menyerang kubu-kubu tentera Israel. Rakyat Palestin yang lain melimpah sebagai pelarian di negara-negara Arab seperti Lubnan dan Syria.

Sejak itu juga, pemimpin-pemimpin Arab bermain politik demi kepentingan negara dan ideologi masing-masing. Yang terus menjadi mangsa adalah rakyat Palestin.

Pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, rakyat Palestin dibawa ke kiri ke arah sosialisme Arab. Setelah ideologi itu gagal menumpaskan Israel, rakyat Palestin dibawa ke arah agama pula selepas tahun 1980-an.

Rakyat Palestin sendiri yang sudah kecewa dengan kumpulan-kumpulan politik dan ideologi telah bangkit sendiri menentang kekerasan dan keganasan Israel. Bermula dengan gerakan akar umbi “intifadah” pada 1987, akhirnya ia membawa kepada usaha damai Oslo pada tahun 1993.

Rangka rancangan damai Oslo tidak memberikan hak milik sepenuhnya kepada rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, dan ini menyebabkan proses itu gagal dilaksanakan. Pada tahun 2000, tawaran untuk tambahan kawasan hak milik Palestin di Tebing Bara ditambah tetapi penguasaan politik dan ketenteraan tetap di tangan Israel. Dalam erti kata yang lain, walaupun negara Palestin “berdaulat” ia tetap dikuasai oleh Israel.

Keadaan ini sekali lagi membangkitkan intifadah di Palestin. Munculnya Hamas yang menolak rancangan “dua negara – satu untuk Israel dan satu untuk Palestin” juga membangkitkan semangat baru di kalangan rakyat Palestin yang sering dipermainkan oleh kuasa-kuasa besar serta sesetengah negara Arab sendiri.

Namun, di saat-saat genting untuk mencapai perpaduan, pertelingkahan sesama parti-parti politik di Palestin terutamanya di antara Hamas dan Fatah memburukan lagi keadaan di mana dunia melihat kegagalan dalam mencapai perpaduan Palestin.

Pemimpin PLO Allahyarham Yasser Arafat selama berpuluh tahun telah membawa perjuangan gerila dan kemudiannya melalui diplomasi untuk mencapai perdamaian di Timur Tengah, dan kembali kepada strategi menyerang Israel – tidak membawa banyak perubahan.

Namun, pada awal dekad ini, usaha damai menunjukkan sedikit hasil. Wujud apa yang dikatakan sebagai Kerajaan Palestin. Tetapi pertentangan ideologi dan tatacara di antara Fatah, Hamas dan Jihad Islamiah menyebabkan usaha murni itu terbantut.

Pada tahun 2007, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dari kumpulan Fatah telah menyingkirkan Hamas dari kerajaan perpaduan Palestin untuk menubuhkan Kabinet baru di Tebing Barat berikutan penguasaan Gaza oleh kumpulan Hamas melalui pilihan raya.

Hamas menang pilihan raya itu di atas slogan enggan mengiktiraf kewujudan Israel dan enggan meletak senjata dan mahu terus menyerang Israel. Kedua-dua pihak bukan setakat berperang mulut, malah benar-benar terbabit dalam perang saudara di Palestin.

Tahun lalu, gencatan senjata semua pihak selama enam bulan mengurangkan ketegangan di rantau Asia Barat. Namun, Israel telah menuduh Hamas melancarkan serangan roket ke dalam negara itu yang menyebabkan orang awam terbunuh.

Bulan lalu, sewaktu umat Islam sedunia bersiap sedia menghadapi Tahun Baru Ma’al Hijrah, Israel telah melancarkan serangan udara secara besar-besaran terhadap Gaza.

Saudara kita – orang awam di bumi Palestin – telah sekali lagi menjadi mangsa. Serangan udara itu telah mengakibatkan lebih 300 orang terbunuh manakala beratus lagi cedera. Tidak lama selepas itu, Israel melancarkan pula seangan ketenteraan darat. Makin banyak nyawa melayang, hampir kesemuanya orang awam termasuk kanak-kanak.

Saya bagi pihak DAP mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap orang awam dan mendesak Israel supaya menghentikan tindakan ganas serta mencari jalan penyelesaian melalui usaha damai.

Bagi saya, walau apa pun alasannya atas dasar ketenteraan, tindakan ganas yang mengorbankan orang awam tidak akan dapat menyelesaikan masalah politik. Jalan terbaik ialah meneruskan usaha damai melalui rundingan dan tidak perlu ada pertumpahan darah ke arah mencapai kedamaian di Timur Tengah.

Saya telah pun meminta Kerajaan Malaysia supaya memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta-tuli Amerika kepada Israel. Jelas tindakan pengeboman yang tidak berperi kemanusiaan telah membunuh dan mencederakan orang awam termasuk kanak-kanak yang tak berdosa. Selain daripada menghentikan sokongan membabi buta kepada rejim Tel-A-Viv, kerajaan Malaysia harus mendesak Amerika Syarikat menggunakan pengaruh mengarahkan Israel menghentikan peperangan dan undur dari bumi Gaza.

Keengganan Amerika Syarikat sebaliknya sikap degil terus bekalkan senjata peperangan kepada rejim Israel untuk membunuh wanita dan kanak-kanak menjadikan kerajaan Amerika Syarikat di bawah pimpinan George Bush sama-sama bersalah dan tidak bertamadun yang perlu dibaling kasut.

Saya ingin menegaskan bahawa DAP tidak memusuhi rakyat Amerika Syarikat tetapi hanya kerajaan dan Presidennya George Bush. Rakyat Amerika Syarikat sendiri pun telah menolak parti George Bush bila memberikan kemenangan besar kepada Obama dan parti Demokratnya dalam pilihanraya Presiden tahun lepas. Kita harap bahawa Obama akan memenuhi aspirasi dunia untuk suatu dasar luar negara yang seimbang adil dan perikemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terpinggir, terlupa dan terhanyut oleh dunia antarabangsa selama ini.

Saya juga meminta Kerajaan Malaysia supaya mendesak kerajaan Amerika Syarikat untuk campur tangan bagi mendapatkan penyelesaian yang adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin.

Untuk itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana sudi menerima cadangan parti pembangkang mengadakan sidang khas di Dewan Rakyat hari ini untuk menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman yang berlaku di dumi Palestin.

Pada hari Jumaat yang lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB telah meluluskan resolusi menggesa dilaksanakan gencatan senjata secara serta-merta yang mesti dihormati oleh semua pihak. Resolusi itu juga mendesak Israel berundur dari Gaza dengan segera.

Saya bagi pihak DAP menyokong penuh Resolusi 1860 itu yang menggesa diadakan gencatan senjata segera, secara berpanjangan dan dipatuhi sepenuhnya, dan seterusnya membawa kepada pengunduran seluruh askar Israel dari Gaza.

Majlis Keselamatan PBB turut menggesa agar diambil langkah untuk menyekat penyeludupan senjata ke Gaza di samping membenarkan penghantaran masuk bantuan kemanusiaan untuk 750,000 penduduk di Gaza.

Sebanyak 14 anggota majlis menyokong resolusi berkenaan manakala Amerika Syarikat bersikap berkecuali. Setakat ini Israel dan Hamas tidak pula menunjukkan sikap positif terhadap resolusi itu.

Kita sedar terlalu banyak pihak yang berkepentingan dalam konflik Palestin ini di mana masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Masalah yang saya ingin kemukakan ialah siapa yang benar-benar memikirkan nasib dan masa depan rakyat Palestin?

Sudah banyak pihak mengemukakan cadangan bagi melaksanakan proses damai di Palestin dan semuanya tidak dapat bertahan lama. Namun saya berharap usaha damai perlu diteruskan atas dasar kemanusiaan.

Saya menyokong usaha PBB untuk mencari penyelesaian terhadap krisis yang semakin meruncing ini serta memastikan proses perdamaian jangka panjang demi membela nasib orang awam tanpa mengira di mana mereka berada.

Sebelum Resolusi 1860 yang menggesa gencatan senjata serta mendesak Israel keluar dari Gaza, Majlis Keselamatan PBB bulan lalu telah mengulangi ketetapan untuk menggalakkan usaha mewujudkan penyelesaian dua-negara bagi menamatkan konflik Israel-Palestin.

Saya menyokong usaha ini, seperti mana yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, bahawa keamanan yang berkekalan hanya boleh diwujudkan atas iltizam semua pihak untuk saling menghormati dan mengiktiraf kewujudan masing-masing, bebas dari keganasan dan kekejaman, dan penyelesaian dua-negara yang dibina atas janji-janji dan tanggungjawab sebelum ini.

Saya berharap Kerajaan Malaysia juga menyokong penuh usaha PBB melalui inisiatif “Quarter” bagi Asia Barat, iaitu PBB, Amerika Syarikat, Rusia dan Kesatuan Eropah (EU) di samping saluran-saluran lain yang mana matlamatnya adalah untuk memastikan wujudkan perdamaian di Timur Tengah serta memastikan tidak ada lagi nyawa orang awam menjadi korban konflik politik.

Walaupun kita sedar peranan Amerika dalam Quartet ini masih boleh dipertikaikan kerana terlalu berlembut dengan Israel, saya berharap setitik nila tidak akan menghancurkan usaha murni perdamaian.

Quartet ini telah pun menyuarakan iltizam untuk memastikan wujudnya sebuah negara Palestin yang berdaulat yang berjiran dengan Israel yang dapat hidup aman dan damai. Apa yang telah ditetapkan, dan boleh diubah suai mengikut keperluan, adalah “road map” untuk menamatkan konflik yang kejam dan berdarah ini.

Walaupun Hamas menolak usaha Quartet, saya berharap kita di Malaysia tidak akan berputus asa dan terus mencari jalan untuk memujuk Hamas menyertai proses usaha damai yang dapat memastikan berakhirnya pertumpahan darah serta tidak merugikan rakyat Palestin.

Saya juga ingin menegaskan bahawa ini bukan isu agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mendiskriminasi sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusiaan sejagat yang harus diselesaikan bersama tanpa sentimen tertentu.

Pendirian DAP adalah jelas – kami menolak sebarang tindakan keganasan, sama ada dilakukan oleh kumpulan pengganas atau mana-mana kerajaan. Selagi orang awam menjadi mangsa, selagi itulah kami menganggapnya tindakan keganasan.

Dengan itu, saya menyeru semua sahabat saya di Dewan yang mulia ini, agar sama-sama memberi sokongan penuh terhadap usul ini, sebagai membuktikan iltizam kita sebagai rakyat Malaysia yang menolak keganasan dan sebaliknya mencintai perdamaian dan keamanan.

LGE on Utusan/Chamil Wariya
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/j9VDwU_t4Lw&hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/j9VDwU_t4Lw&hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

LGE on BII scandal
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/GPuppfET5LI&hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/GPuppfET5LI&hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

LGE on Second Penang Bridge
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/DddFH3YRDWE&hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/DddFH3YRDWE&hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

LGE on Petronas
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/NiQWUbCg6V8&hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/NiQWUbCg6V8&hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

LGE on IPP windfalls & Khairy
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/lXA1dLs3cJg&hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/lXA1dLs3cJg&hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

LGE on Energy Prices
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/8I_sUSPzZKg&hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/8I_sUSPzZKg&hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

LGE on 2009 Budget proposals
<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/DBkDoGY6Y1Q&hl=en&fs=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/DBkDoGY6Y1Q&hl=en&fs=1" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>