BANTAHAN TERHADAP SYOR KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU UNTUK KESELURUHAN NEGERI PULAU PINANG(m/c)

BANTAHAN-BANTAHAN AWALAN
Bantahan-bantahan yang difailkan tertakluk kepada dan tanpa menjejaskan hak kami untuk bergantung kepada isu-isu berikut yang hendaklah ditentukan dalam forum yang betul kerana boleh menjejaskan bidang kuasa (jurisdiction) Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menjalankan siasatan tempatan di bawah seksyen 4, 5 dan 6 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu Pihak kami ingin membuat bantahan-bantahan awalan berikut:-

Bahawa dalam penyediaan syor-syor SPR bertarikh 15 September 2016 dan cadangan persempadanan semula tersebut adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, bertentangan dengan undang-undang dan bertentangan dengan perkara mandatori yang dinyatakan dalam perenggan 2(c) dan 2(d) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan yang tidak diambil kira dan/atau tidak diikuti sebelum diputuskan untuk membuat syor-syor ini di bawah Fasal (2) Perkara 113.

Bahawa syor-syor persempadanan semula untuk seluruh negeri Pulau Pinang melanggar peruntukan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan khususnya

sub-sekysen 2(c) yang berbunyi:

” bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya;

sub-seksyen 2(d) yang berbunyi

“perhatian patutlah diberikan kepada kesulitan yang akan timbul dengan perubahan bahagian-bahagian pilihan raya, dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan.”
(Pihak kami akan bergantung dan merujuk kepada laporan pakar-pakar relevan dan dokumen-dokumen berkenaan yang akan dikemukakan pada tarikh pendengaran bantahan awalan)

Bahawa notis bertarikh 15 September 2016 tidak menzahirkan kesan syor yang dicadangkan dan gagal untuk memberikan pendedahan penuh semua maklumat yang diperlukan bagi kami untuk membentangkan kes kami sepenuhnya dan secara berkesan. Cara maklumat disampaikan berkenaan kesan syor yang dicadangkan oleh SPR tidak munasabah dan tidak membolehkan mana-mana individu untuk memastikan bagaimana mereka terjejas.

Bahawa masa adalah tidak mencukupi bagi kami untuk menyediakan bantahan-bantahan kami dalam masa 30 hari kerana kekurangan maklumat dan kesukaran yang dihadapi untuk melayari laman web SPR iaitu www.spr.gov.my.

Bahawa terdapat kegagalan keadilan hak asasi.

Mana-mana isu penting yang lain yang mungkin timbul sebelum, pada atau selepas siasatan tempatan tersebut.
Berdasarkan bantahan-bantahan awalan di atas, kami berpendapat bahawa Pihak SPR dan/atau cadangan syor-syor SPR telah:-
bertindak secara ultra vires terhadap Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang;

tidak melaksanakan tugas seperti mana diwajibkan di bawah Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan;

bertindak secara tidak rasional dan tidak munasabah dalam pengertiaan prinsip-prinsip dalam kes Associated Provincial Picture Houses Limited v Wednesbury Corporation (1948) 1 KB 223;

telah gagal mengambil kira pertimbangan yang relevan; dan

telah gagal menjunjung hak asasi;

dan pihak kami menyatakan bahawa penyediaan syor-syor tidak dilaksanakan mengikut undang-undang dan proses bantahan syor-syor berdasarkan di bawah seksyen 4, 5 dan 6 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah dan sepatutnya dianggap batal. Pihak kami meminta bahawa suatu keputusan diberi untuk bantahan-bantahan awalan di atas sebelum pendengaran bantahan-bantahan.
Seterusnya, butir-butir bantahan awalan akan dihuraikan semasa pendengaran lisan.

BANTAHAN-BANTAHAN
Bantahan-bantahan awalan yang dinyatakan di atas secara am kini diterima pakai dan diulangi sini sebagai bantahan-bantahan utama. Tambahan itu, terdapat beberapa bantahan selanjutnya yang ingin dihuraikan bagi membantah syor-syor yang dicadangkan oleh SPR dan persempadanan semula tersebut berdasarkan prinsip yang dinyatakan dalam Sub-Seksyen 2(c) dan 2(d) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:-
2. Prinsip yang berikut hendaklah seboleh-bolehnya diambil kira dalam membahagikan mana-mana unit kajian semula kepada bahagian-bahagian pilihan raya menurut peruntukan Perkara 116 dan 117—

c. bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar Bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya;

d. perhatian patutlah diberikan kepada kesulitan yang akan timbul dengan perubahan bahagian-bahagian pilihan raya, dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan.

Pihak kami akan merujuk kepada laporan pakar-pakar, dokumen-dokumen serta bukti-bukti yang lain bersama dengan pernyataan media yang relevan. Pihak kami jika perlu akan memanggil saksi-saksi yang relevan.

Percanggahan dengan Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan
SPR tidak menepati dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dibawah perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seperti berikut:-
(2) (i) Tertakluk kepada perenggan (ii), Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah, dari semasa ke semasa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang difikirkannya perlu supaya dipatuhi peruntukan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas; dan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan-Dewan Undangan hendaklah dijalankan pada masa yang sama dengan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan Rakyat.

(ii) Maka hendaklah ada lat tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu kajian semula, dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudiannya, di bawah Fasal ini.

(iii) Kajian semula di bawah perenggan (i) hendaklah disiapkan dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu.

Merujuk kepada perkara 113(2) tujuan menyempadankan bahagian-bahagian pilhan raya adalah untuk memperbetulkan apa-apa penyimpangan daripada pembahagian yang sekata dan berasakan hubungan tempatan dalam pilihan raya yang sebelum ini dan selaras dengan prinsip dalam perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna syor-syor yang dicadangkan sepatutnya mengurangkan pembahagian yang tidak sekata dan memelihara hubungan tempatan tetapi syor-syor yang dicadangkan oleh SPR telah membuat sebaliknya iaitu menambahburukkan pembahagian yang tidak sekata dan memutuskan hubungan tempatan.

Sila merujuk kepada “The Effects of the 2016 Delimitation Exercise on the State of Penang” yang disediakan oleh pengkaji-pengkaji di Penang Institute yakni Dr Wong Chin Huat, Yeong Pey Jung, Ooi Kok Hin dan Nidhal Mujahid. Pihak kami akan merujuk kepada laporan pakar-pakar, dokumen-dokumen serta bukti-bukti yang lain bersama dengan pernyataan media yang relevan. Pihak kami jika perlu akan memanggil saksi-saksi yang relevan.

Pembahagian yang Tidak Sekata (malapportionment)
Penyediaan syor-syor (SPR) dan persempadanan semula tersebut tidak menunjukkan pariti dalam kalangan pemilih. Perenggan 2(c) Jadual Tiga Belas Perlembagaan Persekutuan telah dengan jelas mengatakan bahawa pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya suatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak bagi setiap Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian Pilihan Raya Negeri.
Dengan merujuk kepada syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Pulau Pinang sebagaimana yang telah dikaji semula oleh SPR dalam tahun 2016 dan berbanding dengan daftar pemilih yang digunapakai untuk kajian semula persempadanan, ia adalah jelas bahawa terdapat Pembahagian Tidak Sekata (malapportionment) yang lebih teruk antara bilangan pemilih dalam syor-syor yang dicadangkan berbanding dengan bilangan pemilih semasa.
Sebagai contoh, semasa Pilihanraya Umum Ke-13, bahagian pilihanraya Persekutuan yang paling ramai pemilihnya iaitu P051 Bukit Gelugor mempunyai seramai 81,897 orang pemilih. Ini adalah 1.65 kali daripada jumlah pemilih di bahagian pilihanraya Persekutuan yang paling kurang pemilihnya, P053 Balik Pulau, yakni, 49,641. Jika syor-syor SPR diterima, maka bahagian pilihanraya Perseketuan yang paling ramai pemilihnya iaitu P051 Bukit Gelugor akan mempunyai seramai 84,755 ataupun 1.68 kali daripada jumlah bahagian pilihanraya Persekutuan yang paling kurang pemilihnya, P050 Tanjung, yakni 50,324.
Yang lebih tidak masuk akal ialah perbezaan bilangan pemilih di kalangan bahagian -bahagian pilihanraya Negeri. Bahagian yang paling ramai pemilih, iaitu N34 Paya Terubong mempunyai seramai 41,707 orang pemilih, ataupun 3.27 kali daripada jumlah pemilih daripada bahagian yang paling kurang pemilih, N23 Air Putih, 12,752. Apakah SPR menganggap bahawa 3.27 itu “lebih kurang sama banyak” dengan 1 dalam kes ini? Memandangkan kedua-dua bahagian ini bersebelahan, ketidakseimbangan ini boleh dikurangkan dengan mudah. Akan tetapi, SPR tidak berusaha untuk mengurangkan pembahagian tidak sekata ini malah menambahburukkan keadaan dengan memindah masuk pemilih ke N34 Paya Terubong dan memindah keluar pemilih dari N23 Air Putih.
Ingin ditekan di sini, P050 Tanjung dan N23 Air Putih tidak mempunyai keluasan kawasan yang besar untuk melayakkan perwakilan berlebihan (over-representation) di bawah sub-seksyen 2(c), Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan.
Kegagalan SPR untuk membetulkan pembahagian tidak sekata dalam syor-syor persempadanan semula menunjukkan SPR langsung tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan bertindak sewenang-wenangnya.
Sila merujuk kepada “The Effects of the 2016 Delimitation Exercise on the State of Penang” yang disediakan oleh pengkaji-pengkaji di Penang Institute yakni Dr Wong Chin Huat, Yeong Pey Jung, Nidhal Mujahid dan Ooi Kok Hin. Pihak kami akan merujuk kepada laporan pakar-pakar, dokumen-dokumen serta bukti-bukti yang lain bersama dengan pernyataan media yang relevan. Pihak kami jika perlu akan memanggil saksi-saksi yang relevan.
Penjejasan Pemeliharaan Hubungan Tempatan

Kami mendapati terdapat hubungan tempatan telah dijejaskan oleh Syor-syor SPR dalam tiga keadaan.

Pertama, dalam kes N18 Bukit Tambun, N36 Pantai Jerejak dan N39 Pulau Betong, syor-syor SPR telah melanggari sempadan untuk daerah pentadbiran yang merupakan sebahagian daripada asas hubungan tempatan kerana banyak agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti Pendidikan, Kesihatan, Polis, Kerja Raya dan Kebajikan beroperasi dan diorganisasikan mengikut daerah daerah pentadbiran dan mencorakkan atau mencermini mutu kehidupan awam.

Kedua, dalam kes N34 Paya Terubong, N24 Kebun Bunga dan N14 Machang Bubuk sekurang-kurangnya, komuniti-komuniti tempatan yang tidak berkongsi kepentingan bersama termasuk yang terpisah oleh hutan dan bukit dimasukkan dalam bahagian pilihanraya yang sama.

Ketiga, dalam semua bahagian pilihanraya Negeri kecuali N09 Bagan Dalam dan N21 Sungai Acheh, didapati hubungan tempatan terjejas apabila komuniti tempatan dipisahkan oleh sempadan bahagian pilihanraya. Ini merumitkan perwakilan politik apabila jiran yang menghadapi masalah yang sama terpaksa mencari wakil perwakilan yang berlainan. Nyata sekali, SPR tidak mempertimbangkan masalah “kesulitan” seperti yang dikehendaki oleh sub-seksyen 2(d).

Sila merujuk kepada “The Effects of the 2016 Delimitation Exercise on the State of Penang” yang disediakan oleh pengkaji-pengkaji di Penang Institute yakni Dr Wong Chin Huat, Yeong Pey Jung, Nidhal Mujahid dan Ooi Kok Hin. Pihak kami akan merujuk kepada laporan pakar-pakar, dokumen-dokumen serta bukti-bukti yang lain bersama dengan pernyataan media yang relevan. Pihak kami jika perlu akan memanggil saksi-saksi yang relevan.

4. Cadangan Persempadanan Semula yang lebih memenuhi kehendak Perkara-Perkara Perlembagaan Persekutuan

Syor-syor yang dicadangkan oleh SPR adalah tidak munasabah memandangkan bahawa syor-syor yang lebih efektif dan yang mematuhi dan memenuhi kehendak Perkara-Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dan mudah dilaksanakan.

Dengan itu, kami di sini memohon untuk suatu pendengaran lisan untuk membolehkan kami menerangkan dan melanjutkan bantahan-bantahan kami di atas dan juga untuk memberi bukti bagi menyokong kepada yang sama dan untuk membuat mana-mana bantahan yang selanjutnya.

YAB Lim Guan Eng
Ketua Menteri
Negeri Pulau Pinang

《针对西马选区重划草案槟州部分的抗议》

先决抗议

我方所提出的抗议,受制于以下事项,也不影响我们依赖以下事项的权益,有关事项攸关选举委员会在联邦宪法第十三附表之第四、五及六条款下召开地方性听证会的权限,需要适当机关聆听裁决。以下为我方欲表达的先决抗议事项:-

(a) 选举委员会在准备2016年9月15日提出的选区重划建议时,抵触《联邦宪法》、违背法律,并在决定是否根据联邦宪法第113条第(2)节提出有关建议前,违背了联邦宪法第十三附表第二条款(c)和(d)下所阐明的强制性事项,未曾考虑或依循有关事项。

有关槟州选区重划的建议抵触《联邦宪法》第十三附表的规定,特别是-

(i) 第2(c)条文所阐明者:

“州内每一选区之选民人数必须大致相等,除非因为顾及与乡区选民联系之更大难处,以及乡区选区所面对之其他不便,而必须对该类选区给予根据面积的加权措施”

(ii) 第2(d)条文所阐明者:

“必须顾及因选区更动而造成之不便,及维系地方纽带。”

(我方将诉诸与依据相关专家的报告与有关文件,并会在先决反对公听会当日提呈)

(b) 志期2016年9月15日发出的通告没有说明“选区划分建议的效应”,而且没有全面提供一切我们赖以全面与有效陈述案情的资讯。选委会在提供关于“选区划分建议的效应”的资讯的方式不合理,无法让任何个人定夺他们的权益如何受到影响。

(c) 因为资讯不足,而且选委会的官网即www.spr.gov.my难以登入,30天时间不足以让我们提出抗议。

(d) 相关建议不符基本人权的公平原则

(e) 任何在地方性听证会之前、之时、之后出现的其他重要事项

依据上述先决抗议,我们认为选委会与/或其所提出的建议已经:-

(a) 逾越《联邦宪法》及法律;

(b) 没有履行联邦宪法第113条第(2)节下所赋予的职责;

(c) 在Associated Provincial Picture Houses Limited v Wednesbury Corporation (1948) 1 KB 223案例中所提出的各种原则的意涵下,行事不理性与不合理;

(d) 没有做出相关的考量;以及

(e) 没有伸张基本人权;

我方认为有关建议并未依法提呈,而且,根据联邦宪法第十三附表第四、五及六条款,对该建议提出抗议的程序不合法,因此应该被撤消。我方要求,应在聆听各项抗议前,先就上述的先决抗议做出裁决。

有关先决抗议的证据,将会在听证会时作出详细解释。

抗议事项

前述先决抗议,普遍意义上如今实用并将重覆,作为主要抗议。此外,我们将就选区重划建议所做出的数项延伸的抗议提出陈述,依据《联邦宪法》第13附表第2(c)和第2(d)条文:

2. 在根据联邦宪法第116条和第117条把任何选区重划区域 [按:半岛、沙巴、砂拉越] 划分为选区时,必须尽可能考虑以下原则:

c. 州內每一选区之选民人数必须大致相等,除非因为顾及与乡区选民联系之更大难处及乡区选区所面对之其他不便,而必须对该类选区给予根据面积的加权措施。

d. 必须顾及因选区更动所造成之不便,及维系地方纽带。

我们将会提供其他相关的专家报告及文件,其他证据与媒体声明作为参考。若有需要,我们将会邀请相关证人作证。

1.抵触联邦宪法第113(2)条文
选举委员会没有根据以下的联邦宪法第113条第(2)节来执行任务:-

(2)(i) 受制于第(ii)段落, 选举委员会必须不时,在其认为有此需要时,重新检讨联邦和各州的选区划分,并提出任何更动的建议,以便符合第13附表的规定,而各州议会的选区重划,应与国会下议院的选区重划同时进行。

(ii) 每一次选区重划程序结束后,必须距离至少八年,才能在本节下,开始下一次选区重划程序。

(iii) 根据第(i)段落进行的选区重划程序,必须在该程序开始日的2年内完成。

根据第113条第(2)节,选区划分的目的是纠正任何有违平均与依据地方纽带的选区划落差,以符合联邦宪法第113条第(2)节的原则。这意味着所提出的建议应减少选区划分不均,并维系地方纽带,但是选举委员会提出的建议却背道而驰,反而恶化了选区划分不均和截断地方纽带。

敬请参考由槟城研究院的黄进发博士、杨佩蓉、Nidhal Mujahid 及黄国兴所撰写的《2016年度选区重划对槟州的影响》。我们将会提供其他相关的专家报告及文件,其他证据与媒体声明作为参考。若有需要,我们将会邀请相关证人作证。

2. 选区划分不均

选委会所准备的建议及重划选区,无法反映出选民之间平等之原则。联邦宪法第13附表第2(c)条款已经清楚列明,每一个国会及州选区的选民人数必须大致相等。

然而,若把选举委员会在2016年度就槟州选区重划所提呈的国会及州议席选区划分建议,与选区重划所使用的选民册相比,选区重划建议其实恶化了选区划分不均的现象,昭然若揭。

举例,在第13届全国大选,州内拥有最多选民的国会选区为P051武吉牛汝莪,共有8万1千897名选民。这是槟州选民最少的国会选区P053浮罗山背4万9千641名选民的1.65倍。如果选委会的选区重划建议获得接纳,那州内拥有最多选民的P051武吉牛汝莪选区,选民人数将飙升至8万4千755人,是州内选民最少的P050丹绒国会选区的5万零324名选民的1.68倍。

州议席之间选民的分配不均更显不合理。拥有最多选民的N34垄尾州选区,有4万1千707名选民,是选民人数最少的N23亚逸布爹1万2千752名选民的3.27倍。难道选委会认为,在此个案上,3.27倍与1是“大致相等”的?既然这两个选区地理位置是毗邻,要减低不平衡的选民人数分配,其实轻而易举。但是,选委会不但没有致力于减少州选区之间的选民人数不均现象,反之,却增加N34垄尾选区的选民,并将原有N23亚逸布爹的一些选民移出选区,使选区划分不均之现象变本加厉。

谨此强调,P050丹绒国会选区及N23亚逸布爹州选区,并不属于大面积的选区,因此不符合《联邦宪法》13附表第2(c)条款下的“过度代表”(over-representation)条件。
一,
选委会提出选区重划却未能纠正选区划分不均现象,证明了选委会完全不遵守联邦宪法及任意行事。

敬请参考由槟城研究院的黄进发博士、杨佩蓉、Nidhal Mujahid及黄国兴所撰写的《2016年度选区重划对槟州的影响》。我们将会提供其他相关的专家报告及文件,其他证据与媒体声明作为参考。若有需要,我们将会邀请相关证人作证。

3.不利“维系地方纽带”

我们也发现到,选委会的选区重划建议,在3个情况下,损害了地方纽带。

第一,在N18武吉淡汶、N36班底惹雅及N39浮罗勿洞这三个选区,选委会的选区重划建议跨越了行政县份(威中与威南、东北与西南)的边界。行政县份乃地方纽带的基础之一,因为许多联邦及州政府的政府机构如教育局、卫生局、警察、工程局及福利局,都有县级单位动作,在在影响或反映民众的生活质量。

第二,至少在N34垄尾、N24植物园及N14玛章武莫这三个选区,被森林及山地隔开的不相关社区,现在却被纳入同一个州选区里。

第三,除了N09峇眼达南及N21双溪亚齐之外,所有州议席都出现邻里社区被选区边界切开以致地方纽带受撕裂的现象。这将使代议士的工作更加复杂:当邻里之间面对同一个问题,却被逼寻求不同代议士的协助。很明显的,选委会并没有考量到一如附录2(d)条款下选民可能面对的不便的问题。

敬请参考由槟城研究院的黄进发博士、杨佩蓉、Nidhal Mujahid 及黄国兴所撰写的《2016年度选区重划对槟州的影响》。我们将会提供其他相关的专家报告及文件,其他证据与媒体声明作为参考。若有需要,我们将会邀请相关证人作证。

4. 建议划分更符合联邦宪法需求的选区

选委会所提呈的建议是不合理的,因为其他更有效、更能遵守及更符合联邦宪法的建议可以轻而易举地落实。

因此,我们谨此要求一个听证会,以让我们说明及解释上述抗议,并提供一切相关的证据,以支持我们的论述,以及提出任何延伸的抗议。

槟州首席部长
林冠英