TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PERPUSTAKAAN DIGITAL PULAU PINANG

Hari ini adalah bersejarah untuk Pulau Pinang kerana kita menyaksikan perasmian Perpustakaan Digital Pulau Pinang ini iaitu perpustakaan digital yang pertama di Malaysia.

Benarkan saya mengimbas kembali sejarah penubuhan Perpustakaan Digital Pulau Pinang (Penang Digital Library) ini.

Pada bulan Jun 2016, Kerajaan Negeri telah mengumumkan penubuhan perpustakaan digital yang dikenali Perpustakaan Digital Pulau Pinang atau Penang Digital Library. Ianya bertujuan untuk mentransformasikan kaedah dan mekanisma perpustakaan tradisional di mana maklumat dan pengetahuan boleh diperolehi bukan sekadar buku-buku dan majalah sahaja tetapi menerusi dunia digital pada masa kini.

Kerajaan Negeri juga ingin meraikan suatu detik bersejarah yang sungguh unggul dan istimewa iaitu ulangtahun ke-200 sebuah sekolah British yang paling tua di Asia Tenggara – Penang Free School yang didirikan pada tahun 1816. Penang Free School terletak bersebelahan sahaja dan di kawasan berhampiran ada lebih 5 buah sekolah lagi.

Perpustakaan Digital Pulau Pinang merupakan satu inisiatif terbaru oleh Kerajaan Negeri dalam sektor pendidikan sains dan teknologi, yang mana sebelum ini telah diwujudkan Penang Science Cafe, Penang Tech Dome dan pendidikan vokasional Jerman (kerja sambil belajar) German Dual Vocational Training.

Bagi merealiasikan penubuhannya, Kerajaan Negeri meminta sumbangan tanggungjawab social korporat (corporate social responsibility) daripada E&O Berhad dan Keysight Technologies serta disokong oleh pembekal digital, TIME.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada E&O Berhad, Keysight Technologies dan TIME, di atas sokongan anda semua kepada projek pembangunan perpustakaan digital ini di Pulau Pinang.

E&O Berhad telah diberi mandat dari segi kerja-kerja pengubahsuaian dalaman dan luaran bangunan fizikal untuk perpustakaan ini. Pihak E&O juga telah memastikan bangunan warisan ini yang bertaraf warisan kategori 2 telah dibaiki dan dilindungi sewajarnya serta memastikan ianya mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh agensi kerajaan. E&O telah membiayai kos pembaikan dengan sumbangan sebanyak RM1 juta. Kerja-kerja pengubahsuaian ini hanya dimulakan pada 1 April 2016 dan siap dalam tempoh 6 bulan .

Manakala, pihak Keysight Technologies telah memberi sumbangan yang besar dari segi khidmat nasihat teknologi terkini dan terbaik memandangkan Keysight mempunyai kepakaran dari aspek teknikal dan sistem. Antara peranan utama Keysight ialah mengenalpasti jenis bahan bacaan e-book yang bersesuaian dalam pelbagai bidang dan membiayai kos penyediaan kelengkapan dan peralatan software serta lesen bahan bacaan. Ini adalah disebabkan Keysight telah menyediakan satu digital library tersendiri untuk kegunaan dalaman oleh kakitangan. Keysight telah menyumbang sebanyak RM350,000 untuk peralatan dan software serta kepakaran untuk melatih kakitangan perpustakaan yang bakal akan menguruskan Digital Library.

Selain itu, bagi memastikan kelancaran perpustakaan ini, pihak TIME dot com juga telah memberikan sumbangan dari segi penyediaan kemudahan jalur lebar yang pantas iaitu 100mbs yang dapat dinikmati oleh pengguna Digital Library dengan kos RM100,000.

Kerajaan Negeri amat agresif dalam mempromosi dan membangunkan pengajaran serta pembelajaran dalam STEM (Science, Technology, Engineering dan Mathematics) agar menjadikan Pulau Pinang pusat kecemerlangan sains dan teknologi. Ini penting kerana Pulau Pinang harus menyertai Revolusi Industri 4.0 supaya kita tidak ketinggalan dalam industri “kilang pintar” yang akan menjadi teras teknologi masa depan. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Revolusi Industri yang pertama adalah dengan penciptaan enjin stim (the 1st Industrial Revolution happened with the invention of steam engines). Revolusi Industri yang kedua pula adalah dengan penemuan pengeluaran elektrik secara besar-besaran dan pengkhususan kerja (the 2nd Industrial Revolution with the discovery of electricity of mass production and specialisation of work). Revolusi Industri yang ketiga adalah penciptaan komputer dan internet (the 3rd Industrial Revolution with the invention of computers and internet) manakala Revolusi Industri yang keempat adalah yang berkisar tentang Big Data Analytics (BDA), Cloud Computing dan Internet of Things (IoT) (the 4th Industrial Revolution revolves around the Big Data Analystics (BDA), Cloud Computing and Internet of Things (IoT)).

Penubuhan perpustakaan ini diharapkan dapat merealisasikan dan mencapai objektif Kerajaan Negeri dalam 3 perkara utama iaitu:

1) Sebagai pemangkin utama kepada pembangunan STEM

2) Sebagai ruang perkembangan kreativiti dan inovasi melalui peralatan elektronik dan akses WiFi yang disediakan di dalam perpustakaan tersebut

3) Sebagai penghubung kepada masyarakat dengan dunia digital masa kini.

Pelajar-pelajar di Pulau Pinang sungguh bertuah kerana mendapat keistimewaan ini. Sebelum ini Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM20 juta untuk mendirikan Penang Science Cafe di Wisma Yeap Chor Ee, RM28 juta untuk mendirikan Penang Tech Dome dan RM6 juta untuk pembelajaran sistem Vokasional Jerman.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan RM1.5 juta untuk menubuhkan Perpustakaan Digital yang pertama di Pulau Pinang dengan anggaran kos keseluruhan yang berjumlah RM3 juta. Perpustakaan ini telah dibangunkan di atas Bangunan Warisan Kerajaan Negeri yang berkeluasan 4,000 kaki persegi. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang terkini dan peralatan pembelajaran secara elektronik serta lebih 3,000 bacaan elektronik (e-books).

Perpustakaan ini sesuai digunakan oleh kesemua peringkat umur. Untuk makluman juga, pengguna orang kurang upaya juga digalakkan untuk menggunakan Perpustakaan ini dan kemudahan khas dari segi tandas khas, tempat letak kereta khas dan laluan khas bagi memasuki bangunan telah disediakan di bangunan ini.

Kemudahan-kemudahan lain yang dapat digunakan adalah bilik-bilik perbincangan pelbagai guna (multi purpose rooms) dan ‘amphitheater’ yang mana boleh disewa khas oleh pengguna dengan kadar bayaran yang nominal serta sudut-sudut bacaan individu (nook area) yang selesa. Bangunan Perpustakaan Digital ini mampu memuatkan 50-80 orang dalam satu-satu masa.

Di samping itu, pengguna boleh mendapatkan minuman dan makanan (berasaskan pastri dan bakeri) dari kafe Love A Loaf di tingkat bawah Perpustakaan ini.

Seramai lima kakitangan akan ditempatkan di Perpustakaan Digital. Perpustakaan Digital Pulau Pinang akan memberikan perkhidmatan bagi 365 hari setahun iaitu beroperasi setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum, mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Pengguna digalakkan untuk membuat pendaftaran keahlian percuma dan meminjam/memuat turun ‘ebooks’ secara percuma bagi tempoh tiga bulan mulai hari ini iaitu 8 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2016. Walau bagaimanapun, mulai 1 Januari 2017 pengguna akan dikenakan yuran keahlian yang nominal bagi pinjaman bahan-bahan elektronik yang disediakan.

Sebagai langkah keselamatan, Perpustakaan Digital ini dilindungi oleh pengawal keselamatan bagi 24jam oleh syarikat penyedia Perkhidmatan Keselamatan bagi memastikan keselamatan pengguna dan harta benda yang terdapat di dalam bangunan ini.

Saya amat-amat berharap khususnya rakyat, pelajar dan ibu bapa di Pulau Pinang dapat mengambil kesempatan menggunakan kemudahan yang disediakan ini dengan sepenuhnya. Ambillah manfaat sebaiknya agar menjadikan Pulau Pinang berstatus Bandar Masa Depan, berteknologi tinggi, berpengetahuan dan pintar.

Sekali lagi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada E&O Berhad atas derma RM1 juta, Keysight Technologies atas isi kandungan “software” dan pengurusan serta TIME, di atas sokongan anda semua kepada projek pembangunan perpustakaan digital.

Akhir kata, saya merasmikan Perpustakaan Digital Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

—-Mandarin —

槟州首长林冠英于2016年10月8日在槟城数码图书馆开幕礼上致辞

槟州政府在今年6月宣布成立槟城数码图书馆,以改革传统图书馆的阅读机制,在现今数码世界,资讯和知识并不再是只能通过书籍和杂志获取。

州政府也要庆祝今天历史性的一天,也就是东南亚最悠久的英校,成立于1816年的大英义学庆祝200周年纪念,大英义学与图书馆毗邻门附近还有5所学校。

槟城数码图书馆是槟州政府继成立槟城科学咖啡馆、槟城圆顶科学馆和德国双元制职教培训后,另一项为推广科学和科技做出的努力。
这是公私伙伴关系之下合作成果,感谢私人界伙伴东家集团(E&O)和德科技(Keysight Technologies),还有提供网速服务的高科技机构Time dotCom 的配合和支持。

东家集团负责这第二级古迹建筑物的装修和修复工程,以确保符合政府机构的条规,由东家集团承担1百万令吉的工程费,工程从今年6月1日开始,在6个月内完工。

德科技(Keysight Technologies)提供科技资讯,其中最重要任务是确保图书馆的电子书适合各领域,并承担器材、虚拟设施、网络设计和刊物版权费,因为德科技已拥有其员工专属的数码图书馆,德科技除了承担35万令吉费用,还为图书馆提供管理员专才训练课程。

此外,高科技机构Time dotCom同意提供为期两年的100mbps网速服务,作为它的企业社会公民责任贡献,总值10万令吉。

州政府积极推广科学、科技、工程及数学(STEM)的学习,发展槟城成为科学和科技的卓越中心,槟城必须赶上第四波工业革命才不会被“智能工厂”抛在后头。众所周知,第一波工业革命是蒸汽时代,第二波工业革命则是电气时代,电脑网络时代是第三波工业革命,如今大数据分析、云端运算和物联网带来了第四波工业革命。

州政府成立数码图书馆的3大宗旨
1)作为推广STEM的主要催化剂,数码图书馆惠及年轻族群通过借电子书、电子杂志等刊物阅读
2)通过图书馆的电子设备和网络,提供一个刺激创造力的空间
3)衔接起现今数码世界和社会的桥梁。
槟州学生很幸运得以享有这些设备。之前,州政府也投入了2千万令吉成立槟城科学咖啡馆、2千8百万令吉成立槟城圆顶科技园和6百万令吉推行德国双元制职教培训。

槟州首家数码图书馆总耗资3百万令吉,州政府投入了150万令吉。这座古迹建筑物有4千平方尺建筑空间,将收纳逾3千本各类电子书和电子刊物。数码图书馆适合各阶层读者使用,障碍友善空间也鼓励行动不便者使用,如厕所、停车场和特别走道。

图书馆也设有用途交流空间、视听室、阅览角落,能同时容纳50人至80人,楼下也设有咖啡馆。

槟城数码图书馆全年无休,包括假日和周末,从早上10时开放至晚上10时,共有5名员工。民众可从10月8日至12月31日享用3个月的免费借书优惠,不过明年1月起将收取会员费,图书馆也有24小时保安。

0 Responses to “TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PERPUSTAKAAN DIGITAL PULAU PINANG”


Comments are currently closed.