Kerajaan negeri menegur pihak pengurusan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd(PBAPP) kerana gagal mengatasi masalah kebocoran paip besar 900mm di Pantai Jerejak dengan segera serta gagal memberikan maklumat betul bilakah bekalan air akan disambung balik.(m/c)

Kenyataan media Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, pada 20.9.2016 di Komtar, George Town.

Kerajaan negeri menegur pihak pengurusan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd(PBAPP) kerana gagal mengatasi masalah kebocoran paip besar 900mm di Pantai Jerejak dengan segera serta gagal memberikan maklumat betul bilakah bekalan air akan disambung balik. Kerajaan negeri agak tidak puas hati tentang respons dan kerja pembaikan dan akan mengarahkan satu laporan penuh.

Kerajaan negeri akan meneliti laporan ini dan mengesyorkan langkah yang diambil untuk memperbaiki system sedia ada yang ketara gagal memenuhi keperluan semasa untuk membuat pembaikan secepat mungkin serta pemberian maklumat yang tepat kepada pengguna dan orang awam. PBAPP kena ingat bahawa ramai pengguna di seluruh Daerah Barat-Daya terjejas dengan kebocoran paip 900 mm ini serta kilang-kilang di kawasan FIZ.

Maklumat yang kurang tepat telah menyukarkan proses kerja kilang-kilang selain daripada menyusahkan pengguna-pengguna. Sungguhpun benar bahawa tempoh terputusnya bekalan air tidak melebihi 48 jam, sepertimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara(SPAN), tempoh masa pembaikan yang begitu panjang adalah sesuatu yang dikesali. PBAPP kena pertingkatkan prestasi mereka selaras dengan ekspectasi orang awam ke atas PBAPP sebagai pengusaha air yang terbaik dalam negara.

LIM GUAN ENG

槟州首席部长林冠英于2016年9月20日在槟城乔治市光大发表的声明:

槟州供水机构因未能即时解决班底惹雅900毫米巨型水管爆裂事故、及提供水供何时可以恢复的正确信息,而遭到槟州政府的责备。州政府对槟州供水机构的反应及抢修工作非常不满,并已指示当局就此事故提呈一个完整的报告。

州政府将会研究有关报告,并提出改进现有体系的措施。明显的,现有的体系是失败的,因为它无法满足当前的需求,也即是尽快抢修,更无法在第一时间内为民众及水供用户提供准确的资讯。槟州供水机构需要紧记:众多居住在西南区的用户受此次900毫米巨型水管爆裂事故影响,自由工业区也有许多工厂受到波及。

不精准的信息,导致受影响的方面除了民众之外,也干扰了工厂正常的工作流程安排。虽然断水的时段并没有超过水资源服务委员会(SPAN)所定下的48小时时限,但是维修时间如斯长确是让人感到遗憾的。槟州供水机构需要提升自身的表现,以附合民众对槟州供水机构作为国内最佳供水机构的期许。

林冠英