Fitnah Jahat BN Ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang Ialah Seperti Anjing Menyalak Bukit Dan Tidak Akan Menutup Skendal Rasuah Terbesar Di Dunia Sehingga Amerika Syarikat Bertindak Merampas USD1 Bilion Aset Mereka Yang Terlibat Dengan 1MDB.(m/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Pada 5.9.2016 Di Komtar, George Town.

Fitnah jahat BN ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang ialah seperti amjing menyalak bukit dan tidak akan menutup skendal rasuah terbesar di dunia, sehingga Amerika Syarikat bertindak merampas USD1 bilion aset mereka yang terlibat dengan 1MDB. UMNO memang berhak untuk mahu merampas balik kuasa Pulau Pinang dalam pilihanraya besar yang akan datang.

Tetapi janganlah ingat rakyat begitu bodoh sehingga percaya fitnah jahat BN bahawa BN adalah parti bersih sedangkan Pakatan dan DAP adalah yang korup. Dakwaan terbaru adalah kes yang melibatkan ayah kepada ADUN DAP Sungei Pinang Lim Siew Khim. BN tidak mahu menyebut bahawa pihak yang didakwa membayar “duit kopi” tidak berjaya diluluskan rumah kos sederhana rendah oleh kerajaan negeri kerana mereka tidak layak.

Ini membuktikan prosedur kerajaan Pulau Pinang berkesan untuk memastikan hanya yang layak akan berjaya mendapat rumah. Mana ada kes rasuah kerajaan negeri bila yang dakwa membayar “duit kopi” tidak dapat rumah? Yang ada kes jenayah ialah kes penipuan di antara individu perseorangan, yang membayar dan menerima wang. Macam mana ia melibatkan rasuah kerajaan negeri bila kerajaan negeri dan rakyat Pulau Pinang tidak rugi kerana rumah kos rendah tidak diberikan kepada mereka yang tidak layak atau yang membayar duit kopi?

Ini bukan macam kes “lembu dan kondo” Ketua Wanita UMNO kerana akhirnya suami beliau dapat kontrak ternak lembu ratusan juta, yang menyebabkan kerugian pulohan juta kepada rakyat. Di sini pihak yang mendakwa membayar duit kopi kepada ayah Lim Siew Khim tidak pula dapat rumah, dan pembayar duit kopi harus buat laporan polis ke atas mereka yang buat penipuan.

Satu lagi contoh ialah tindakan UMNO mempolitikkan agama Islam dengan mengecam pameran “United Buddy Bears” daripada Jerman yang sedang berlangsung sekarang di Padang Kota Lama. UMNO mendakwa kerajaan negeri tidak menghormati Islam kerana dua beruang ada tulisan Arab berkaitan dengan Islam. Akan tetapi beruang yang sama telah dipamerikan di Kuala Lumpur bila United Buddy Bears datang kali pertama di Malaysia pada 2011.

Mengapa UMNO tidak membantah dan mengecam kerajaan persekutuan kerana membenarkan pameran United Buddy Bears di Kuala Lumpur pada masa itu? Kedua-dua beruang berkaitan tidak dikeluarkan langsung, tidak seperti yang dilakukan oleh penganjur di Pulau Pinang yang mengeluarkan dua beruang terlibat demi mengelak mencetuskan kontroversi.

Sehingga sekarang UMNO masih belum meminta maaf kerana gagal membantah pameran yang sama di Kuala Lumpur pada 2011 ddan membenarkan dua beruang yang didakwa hina Islam terus dipamerkan, bukan macam di Pulau Pinang yang telahpun keluarkan dua beruang tersebut. Sikap hipokrit dan double-standard BN ini memang terserlah bila tindakan diambil ke atas Namewee, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas Ridhuan Tee kerana menghina masyarakat Cina dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik ataupun Ahli Parlimen UMNO Langkawi yang menghina DYMM Yang di Pertuan Agong.

Contoh lain ialah bantahan terhadap pemuliharaan warisan di George Town yang ada suatu pejabat khusus bukan macam di Melaka yang sudahpun tutup jabatan warisan mereka. Dan juga membantah isu tambakan laut di Pulau Pinang sedangkan di negeri-negeri bawah BN, tambakan laut yang dirancangkan adalah tiga kali ganda lebih besar daripada Pulau Pinang.

Nescaya media massa BN akan terus siarkan fitnah untuk memburuk-burukkan DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Kami yakin bahawa permainan taktik kotor berdasarkan fitnah jahat, tidak berprinsip dan double-standard tidak akan memujuk rakyat Pulau Pinang sokong balik BN. Rakyat tahu semua menfaat yang mereka perolehi di bawah kerajaan negeri Pakatan akan hilang sebaik sahaja BN mengambil balik kuasa dengan sistem pentadbiran kroni dan rasuahnya.
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

LIM GUAN ENG

槟城首席部长林冠英于2016年9月5日 在槟城乔治市发表声明:

国阵对于槟城政府的恶意毁谤是徒劳无功的,它无法掩盖全世界最大宗的贪污丑闻,以致美国必须采取行动,充公那些涉及一马发展公司丑闻人士的10亿美元资产。

国阵对于槟城政府的恶意毁谤是徒劳无功的,它无法掩盖全世界最大宗的贪污丑闻,以致美国必须采取行动,充公那些涉及一马发展公司丑闻人士的10亿美元资产。巫统当然有权在来届大选夺回槟城的执政权。

但是,不要以为人民那样蠢,会相信国阵的恶意毁谤、还相信国阵是廉洁的政党、希联及行动党是贪污的。最新的指控就是针对涉及双溪槟榔区州议员林秀琴的父亲 。国阵刻意不提的是,那些支付“台底钱”的人士并没有获批得州政府批准中廉价屋,因为他们不符合资格。

这已经证明槟州政府的程序是有效的,也确保只有符合资格的才能拿到中廉价屋。当支付“台底钱”的人士拿不到廉价屋,州政府何来贪污?这是一宗涉及两个个人的欺骗犯罪行为,一个付款、一个收款。当州政府及人民都没有损失,它如何与州政府涉贪有关?州政府并没有把中廉价屋分配给那些不符合资格、支付台底钱的人士。

这与巫统妇女组主席“公寓养牛”的案件不同,她的丈夫最后获得数百万令吉的养牛合约,进而导致人民的亏损。在这里,支付台底钱给林秀琴父亲的人士并没有获得房屋,而支付“台底钱”的一方应该报警举报欺骗他们的人。

还有一个例子是巫统将伊斯兰政治化,抨击目前正在关仔角举行的德国“国际巴迪熊”展览。巫统诬指州政府不尊重伊斯兰,因为其中两只熊身上写着与伊斯兰有关的阿拉伯文。但是,同样的巴迪熊已经于2011年在吉隆坡展出,当时他们第一次来马来西亚。

为什么当国际巴迪熊在吉隆坡展出时,巫统不反对及指责联邦政府? 当时他们也没有移走两只熊,不像槟城的主办单位,必须移走两只被卷入纷争的熊,以避免引发争议。

直到现在,巫统都还没有道歉,因为在2011年吉隆坡的那场展览他们并没有反对,还允许所谓“污辱伊斯兰”的两只熊继续参展,槟城目前也已经移开了两只熊。国阵的虚伪及双重标准也是非常明显的,他们对付黄明志,却不对付蔑视华人社会及奥运银牌得主的郑全行,或蔑视最高元首的巫统浮罗交怡国会议员。

另一个例子是针对乔治市古迹保护的反对声,我们特设一个护迹办事处,不像马六甲连古迹局都已经关闭。针对反对槟州填海的声音,国阵州属所计划的填海范围甚至超过槟城三倍。

我们相信国阵的媒体将会继续毁谤、抹黑行动党及槟州政府。我们相信,这些恶意中伤、没有原则及双重标准的肮脏政治伎俩,并不会让槟州人民重新支持国阵。人民知道,要是国阵重新夺权、延续朋党及贪污的施政,他们将会丧失希联政府领导下的利民好处。

林冠英