Ucapan Ketua Menteri Sempena Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan(m/c)

UCAPAN YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG

1. Dengan penuh hormat dan takzimnya, saya bagi pihak Kerajaan Negeri, Pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam serta seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Tun yang ke-78 pada hari ini. Kami mendoakan semoga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta keluarga dilanjutkan usia, dilimpahkan rahmat dan sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera untuk memimpin dan mengetuai Negeri Pulau Pinang ini.

Tuan Yang Terutama Tun,
2. Di majlis yang mulia pada hari ini, saya bersama-sama anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri, anggota Perkhidmatan Awam di Negeri Pulau Pinang dan rakyat Negeri Pulau Pinang ingin memperbaharui ikrar dan taat setia kami yang tidak berbelah bahagi kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Tuan Yang Terutama Tun,

[Perkembangan Ekonomi Negeri]

3. Dasar ekonomi Kerajaan Negeri ialah untuk mencapai Pertumbuhan Berteraskan Ekuiti Sosial (Growth with Social Equity) dipacu berpandukan kepada 6 matlamat menyeluruh seperti berikut:

i) mewujudkan persekitaran yang kukuh untuk inovasi;

ii) mempelbagaikan ekonomi masa kini dengan memanfaatkan kelompok industri teras;

iii) menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan penyertaan sektor swasta dan ekosistem sokongan;

iv) mengembang dan mengekalkan bakat-bakat dalam sektor-sektor industri berkenaan;

v) memanfaatkan rangkaian perdagangan serantau; dan

vi) memastikan limpahan sosio-ekonomi kepada rakyat.

Tuan Yang Terutama Tun,

4. Kebelakangan ini terdapat kebimbangan mengenai berlakunya penutupan kilang-kilang di negeri ini. Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa fenomena tersebut berlaku berikutan penstrukturan semula industri elektronik sejagat. Di sebalik perkembangan tersebut, permintaan untuk pembukaan kilang baharu masih rancak di Negeri Pulau Pinang. Ini membuka peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat dan seterusnya menjadikan Pulau Pinang negeri yang mencatatkan kadar pengangguran terendah di Malaysia, iaitu 1.5% sahaja.

5. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan usaha untuk mentransformasikan Pulau Pinang kepada negeri bertaraf antarabangsa dan pintar, yang merupakan lokasi pilihan bagi pelabur, destinasi pilihan bagi pelancong dan habitat pilihan untuk didiami kepada mereka yang mahukan kehidupan yang mampan. Pulau Pinang telah merekodkan pelaburan sebanyak RM8.2 bilion pada 2014, peningkatan sebanyak 110% berbanding RM3.9 bilion pada 2013. Bagi tempoh 8 tahun di antara 2008 – 2015, Pulau Pinang mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM55 bilion, peningkatan sebanyak 90% berbanding tempoh 8 tahun di antara 2000 – 2007 iaitu sebanyak RM29 bilion.

6. Pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Pakatan Harapan akan memberi fokus untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai model urus tadbir yang baik dan kepimpinan yang bersih untuk membangunkan Pulau Pinang agar menjadi sebuah negeri keusahawanan dan berkebajikan yang bersih, cekap, akauntabel dan telus.

7. Walaupun Pulau Pinang tidak mempunyai sumber semula jadi dan ketandusan peruntukan sewajarnya dari Kerajaan Persekutuan, Pulau Pinang telah berjaya mencapai pembangunan yang menyerlah dengan bergantung kepada urus tadbir yang baik, membina bakat sumber manusia serta bersandarkan kepada sektor swasta dan masyarakat madani dalam rangka kerja Perkongsian Kerjasama Awam-Swasta atau Public-Private Partnership (PPP). Dengan peruntukan wang modal atau pembiayaan penuh projek/inisiatif oleh Kerajaan Negeri, kita mengalu-alukan sektor swasta melaburkan dana atau kepakaran dalam projek berkepentingan awam yang boleh menjanakan pembangunan mampan.

8. Walaupun dibiayai secara awam, banyak projek/inisiatif ini dijalankan oleh sektor swasta atau masyarakat madani, tanpa campur tangan daripada Kerajaan Negeri. Di antara projeknya ialah Projek Penang Science Cafe yang bernilai RM20 juta untuk memberi kelas percuma kepada kanak-kanak dalam sains aplikasi dan robotik, Tech Dome Pulau Pinang yang bernilai RM28 juta untuk meningkatkan minat dalam sains dan teknologi, Skim Latihan Dual Vokasional Jerman bernilai RM6 juta yang menawarkan kursus diploma sepanjang 42 bulan di mana para pelajar boleh belajar sambil bekerja di kilang-kilang yang diiktiraf dalam negara dan Negara Jerman, Perpustakaan Digital Pulau Pinang bernilai RM3 juta yang baru dibina, dan juga Festival George Town secara tahunan yang menunjukkan kejayaan model Pulau Pinang sebagai negeri keusahawanan.

9. Sektor pelancongan menampakkan pertumbuhan yang menggalakkan sehingga kapasiti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) telahpun memenuhi kapasiti sebanyak 6.5 juta penumpang pada masa kini iaitu 5 tahun lebih awal daripada 2020 yang dijadualkan. Adalah diharapkan Kementerian Pengangkutan akan menyegerakan cadangan projek membesarkan LTAPP daripada 6.5 juta kepada 10 juta kapasiti penumpang. Di samping itu, bilangan pelawat ke Bukit Bendera juga meningkat sebanyak 5.23% berbanding 1.6 juta penumpang pada tahun 2015.
10. Pulau Pinang juga merupakan negeri berkebajikan yang tidak mengabaikan masyarakat miskin dan golongan kurang bernasib baik. Sejak 2008, lebih RM400 juta telah diperuntukkan untuk sekolah, pusat dialisis, warga emas, anak emas, ibu tunggal, orang kurang upaya, suri rumah, pemandu teksi, nelayan, penarik beca, serta pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti. Kami memperuntukkan 12% dari bajet tahunan untuk bantuan secara wang tunai.

11. Malah, demi menjamin pendapatan isi rumah bulanan minimum sebanyak RM790 dengan menambah pendapatan mereka yang kurang daripada RM790. Dalam erti kata lain, jika pendapatan isi rumah bulanan anda adalah RM600 sebulan, Kerajaan akan membayar RM190 setiap bulan. Mungkin inilah sebab mengapa pekali Gini tentang ketidaksamaan pendapatan di Pulau Pinang telah berkurang daripada 0.42 pada 2009 kepada 0.364 pada 2014, satu peningkatan lebih 13% dalam masa 5 tahun, jika dibandingkan dengan purata negara sebanyak 0.401.

12. Kerajaan Negeri juga melancarkan Tabung Perumahan Awam dan Mampu Milik sebanyak RM500 juta, yang paling besar dalam sejarah oleh mana-mana Kerajaan Negeri. Program perumahan awam dan mampu milik kita sebanyak 26,255 unit di semua daerah Pulau Pinang, telah menarik minat yang meluas termasuk juga skim sewa-beli yang melibatkan 155 unit di Seberang Perai Selatan. Kami merayu Kerajaan Persekutuan untuk menambahkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dirancang dibina setakat 2013, di mana daripada 20,054 unit yang dibina di seluruh negara, hanya 70 buah unit yang dibina di Pulau Pinang iaitu setakat 0.3% sahaja!

13. Negeri keusahawanan dan berkebajikan hanya dapat dicapai kerana kita merekodkan lebihan bajet tahunan melalui pentadbiran bersih. Malah, rizab aset kewangan kita meningkat daripada RM850 juta kepada hampir RM1.6 bilion dalam tempoh 8 tahun. Hutang negeri Pulau Pinang telah dikurangkan sebanyak 90% kepada hanya RM69 juta daripada RM16.8 bilion atau hanya 0.4% iaitu yang terendah di Malaysia. Malah, kadar pengangguran Pulau Pinang sebanyak 1.5% menunjukkan Pulau Pinang menawarkan banyak peluang pekerjaan.

14. Lebih banyak usaha akar umbi perlu dibuat supaya rakyat dimaklumkan dengan dasar-dasar baik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bekerja keras untuk kepentingan rakyat dan bukan memanfaatkan kroni.

Tuan Yang Terutama Tun,

[Pengurusan alam sekitar yang mampan]

15. Dalam mengejar arus pembangunan, Kerajaan Negeri memandang serius akan kepentingan memelihara alam sekitar. Bermula 1 Jun 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca yang meliputi semua premis dalam negeri. Pelaksanaan dasar ini dilihat mampu membantu negeri ke arah mencapai matlamat menjadi sebuah bandaraya yang bersih dan hijau serta mampu menarik pelaburan dan bakat. Kerajaan Negeri akan terus meningkatkan lagi promosi dan pendidikan agar masyarakat dapat menyokong dan membudayakan dasar ini dalam kehidupan seharian mereka.

16. Dalam pada itu, di bawah transformasi dasar Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat, Kerajaan Negeri telah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi negeri yang mencatatkan kadar kitar semula tahunan tertinggi dalam negara, iaitu 28% bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan 34% bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Kadar tersebut jauh lebih baik daripada sasaran kitar semula kebangsaan secara purata, iaitu sebanyak 20 peratus. Kerajaan Negeri percaya bahawa Pulau Pinang mampu mencapai standard antarabangsa bagi negara-negara maju dengan mensasarkan kadar kitar semula 40 peratus menjelang tahun 2020.

17. Saya juga berharap rakyat negeri ini akan terus mengekalkan perpaduan serta menangani perbezaan pendapat dan fahaman politik dengan bijaksana demi kemajuan dan kesejahteraan negeri Pulau Pinang. Walaupun terdapat perbezaan, namun usaha gigih mestilah diteruskan untuk mencari satu titik penyelesaian kepada perbezaan pendapat itu boleh diatasi demi mengekalkan keharmonian, dan kesejahteraan di antara kaum di negeri ini.

18. Akhir kata, saya mewakili kepimpinan negeri, anggota Perkhidmatan Awam dan seluruh rakyat negeri Pulau Pinang sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Jadi Yang Ke-78 kepada Tuan Yang Terutama Tun. Kami berdoa mudah-mudahan Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan hendaknya di bawah naungan dan rahmat Tuhan Yang Maha Esa.

19. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji Aidil Adha kepada semua yang menunaikan fardhu haji dengan serangkap pantun:

Bulan Zulhijjah, bulan berharga
Adil ditegak, rakyat dijaga
Kerajaan rakyat, harapan bersinar
Amar maaruf, nahi mungkar

Sekian, terima kasih.

槟州首席部长林冠英讲词摘要

1. 我谨代表槟州政府、全体公务员及槟州人民,恭贺槟州元首78岁华诞之喜,并以至诚之意祝福元首、元首后及其家人健康平安,继续带领槟州。

2. 在这庄严肃穆的仪式上,我与槟州政府同仁、全体公务员以及槟州人民,谨此宣誓效忠州元首。

3. 槟州政府的经济政策在于让州内的经济成长之余,不失社会公平,让全民受惠。我们有六大目标,包括:

i)打造一个创意友善的大环境、

ii)促使经济多元化,惠及核心产业集群、

iii)鼓励并联合私人界一同发展经济,着重生态环境、

iv)培育及发展各行各业人才、

v)充分利用区域贸易网络,以及

vi)确保社会经济繁荣

4. 最近因为有些厂房关闭而引起了担忧,我欲在此解释,这现象是全球电子业重组所带来的结果,有人关,却也有人申请设立新厂,槟城就是如此。我们目前的失业率为1.5%,是全国最低,这意味着在我们这里仍然拥有超多的就业机会。

5. 槟州政府将继续努力为槟州推动转型致国际智慧城市,成为投资者、游客、及想要一处宜居者的首选。槟州在2014年共吸引了82亿令吉的外资,同比2013年的39亿令吉,成长了110%。在2008年至2015年期间,槟州获得的总投资额为550亿令吉,比起2000年至2007年的290亿令吉,多出了90%。

6. 槟州希望联盟的众领袖将会聚精会神,良善治理槟州,让这个州在廉洁领袖的善治之下,发展成为一个廉洁、有效率、问责及透明的企业与福利州。

7. 即便槟州没有天然资源,也没获得联邦政府的支援,但是,槟州仍然获得良好的发展,这乃是因为州政府的良善治理、培育并善待人才,以及与民间充分合作诸如推行公私合作伙伴关系(PPP)。我们不仅自己出钱投资,还鼓励私人界投资公共领域,以便创造一个良好及宜居的城市。

8. 有些计划是由公家出资,却由私人界领导,政府并未予以干预。这些计划诸如耗资2000万令吉的槟州科学咖啡馆,提供免费课程启发学童对应用科学及机械人的兴趣;价值2800万令吉的槟州圆顶科技馆,让孩子对科学产生兴趣;耗资600万令吉的德国技职教育训练,提供长达42个月的训练,让学生可以一面学习,一面到工厂实习;300万令吉的数位图书馆,以及乔治市艺术节等,都是公私合作的成功例子,彰显槟州成为企业州的巨大进步。

9. 旅游业的蓬勃发展,导致槟州国际机场不胜负荷。原本预计2020年达到最高乘客负荷量,即650万人,但今天,我们的机场已提早5年达到650万的乘客流量。有鉴于此,我由衷希望交通部能够尽速提升槟州国际机场,让机场的乘客负荷人数可以去到1000万人。另外,升旗山的到访人数也在节节升高中,比起2015年的160万人,今年的成长率高达5.23%。

10. 槟州亦是一个福利州,从不忽视贫穷人士及弱势族群。自2008年起,超过4亿令吉的拨款用于学校、洗肾中心、乐龄人士、黄金宝贝、单亲妈妈、身心障碍者、家庭主妇、德士司机、渔夫、三轮车夫、小学生、中学生及大学生。我们每年都从州预算中拨出12%的经费,以现金援助上述单位及人士。

11. 除此之外,为了保证每户家庭收入至少790令吉,州政府对未达标的家庭进行补贴。换言之,若是一户家庭月入为600令吉,州政府将每月津贴190令吉。这也可能使槟州的基尼系数,即收入分配公平指数从2009年的0.42,达致2014年的0.364,5年内成功提高了13%。全国的平均数为0.401。

12. 州政府推行5亿令吉的公共房屋基金及可负担房屋计划,这是槟州史上之最。在这计划之下,我们在各县一共兴建了2万6255个单位房屋,吸引了多人的购买,其中包括在威南的155个先租后售单位。我们呼吁联邦政府增加在槟州的房屋计划,有关计划在2013年开始,已经在全国各地兴建了2万零54个单位,但在槟州,仅有70个单位,或只占全国的0.3%而已!

13. 我们因为廉洁及良善治理,让每年的财政都有盈余,才能一步一脚印地走向成为一个企业州、福利州。我们的储备金从8亿5000万,在8年内提升至16亿令吉,债务亦从169亿令吉骤减至6900万令吉,降幅达90%,是全国负债最少的州属。我们的失业率为1.5%,如此低的数据显示槟州提供了许多的就业机会。

14. 我们需要更积极努力,好让人民知道州政府勤奋工作,最终惠及的是广大的人民,而非一小撮的朋党。

15. 在发展之余,我们也十分看重环境保护。2016年6月1日期,槟州政府在州内实施了垃圾分类政策。这将有效帮助槟州迈向一座更干净及绿色的城市,吸引更多的外资及人才进驻。我们会持续教育及鼓励人民响应各种环保政策,让环保成为我们的生活方式。

16. 在转型至成为一个干净、绿意、安全及健康的城市之际,我们目前已经书写了记录,因为我们的回收率,即槟岛市政厅的28%及威省市政局的34%,已经联手让我们成为全国之最。现阶段,全国的平均回收率则是20%。我们相信,在2020年之际,我们将可以达到先进国的标准,即拥有高达40%的资源回收率。

17. 我也希望槟州人民能够团结一致,在面对不同的意见或政治看法时,能够理智以对,一切以槟州的福祉为上。尽管有时候我们会面对差异,但只要我们有心且愿意持之以恒,必能找到一个解决的方法,唯有如此,才能确保州内种族间的和谐共处,得以继续下去。

18. 最后,我再次代表槟州政府、全体公务员及人民,恭贺槟州元首华诞快乐,祈愿元首、元首后及家人幸福安康。