Projek Pembesaran Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang Menaikkan Kapasiti Kepada 10 Juta Penumpang Setahun Harus Dilaksanakan Segera (m/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 4.8.2016.

Projek Pembesaran Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang Menaikkan Kapasiti Kepada 10 Juta Penumpang Setahun Harus Dilaksanakan Segera Kerana Kapasiti Maksima 6.5 Juta Penumpang Sudah Penuh Sekarang, 5 Tahun Lebih Awal.

Kerajaan negeri Pulau Pinang meminta Kerajaan Persekutuan diminta untuk memulakan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan segera untuk menaikkan kapasiti kepada 10 juta penumpang setahun kerana kapasiti maksima 6.5 juta penumpang sudah penuh sekarang iaitu 5 tahun leibh awal daripada tempoh yng dijangka pada 2020.

Mengikut jawapan bertulis kepada pertanyaan saya di Parlimen pada bulan Mei 2016,oleh Menteri Pengangkutan, cadangan pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang daripada 6.5 kepada 10 juta penumpang setahun telahpun dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, dan kini dipertimbangkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Kini Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang amat sesak sehingga ada yang menggelarkannya sebagai Pasar Malam Antarabangsa Pulau Pinang. Belum ada cadangan penaiktarafan Lapangan Terbang Pulau Pinang, kecuali projek letak kereta pada tahun depan. Adalah difahamkan satu bangunan 5 tingkat letak kereta sebanyak 3,300 tapak kereta akan dibina dalam dua fasa. Dijangka makan masa dua tahun setiap fasa, kos keseluruhan bangunan letak kereta 5-tingkat ini adalah RM80 juta.

Kegagalan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bukan sahaja akan menjejaskan aliran masuk pelancong luar negeri ke Pulau Pinang ,tetapi juga akan memberikan impak negative kepada pendapatan Malaysia Airports Bhd(MAB) kerana Pulau Pinang adalah lapangan terbang yang paling beruntung bagi MAB selepas KLIA dan KLIA2. Oleh itu adalah berkepentingan awam dan nasional agar projek pembesaran lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang disegerakan. Jawapan oleh YB Menteri Pengangkutan kepada soalan saya adalah seperti berikut:-

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BAGI JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN]
SOALAN : 168
Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah cadangan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan dilaksanakan serta berapa insiden bumbung jatuh dan bocor telah berlaku serta mangsa yang cedera.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk mekluman Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan sememangnya mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang supaya dapat menampung kapasiti sehingga 10 juta penumpang setahun berbanding kapasiti sedia ada yang hanya mampu menampung 6.5 juta penumpang setahun. Justeru, Kementerian ini telah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP2, RMKe-11) dan kini masih dalam proses pertimbangan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri .

Untuk pengetahuan Ahli Yang Barhormat, terdapat 2 insiden yang melibatkan kejatuhan siling bangunan dan dilaporkan seorang kakitangan KLAS telahh mengalami kecederaan. Walau bagaimapun, mangsa tersebut telah diberikan rawatan yang sewajarnya dan kini telah pun bekerja semula.

================================================
槟州首席部长林冠英于2016年8月4日在乔治市光大发表的文告

槟城国际机场提升到每年1000万乘客的扩建计划必须刻不容缓执行,因为槟城国际机场已经到达每年650万乘客量极限,比预期提早5年达到饱和的极限。

槟城州政府要求联邦政府需要刻不容缓开始进行槟城国际机场扩建计划,以将机场的乘客量提高至每年1000万乘客,因为原本预期2020年达至每年650万的乘客量,已经提早5年达至饱和。

根据我2016年5月国会提问所获得交通部的书面答案,将每年650万乘客量的槟城国际机场扩建成每年1000万乘客量的机场已经提呈在第11大马计划之下,目前正在首相署的经济规划单位进行评估。

槟城国际机场如今非常拥挤,甚至有人称此机场为槟城国际夜市场。截至目前仍然没有任何扩建计划,只有明年的停车场计划。据了解当局将建造一栋5层楼共3300个车位的多层停车场,分两期工程进行。预料每一期工程得耗2年施工期,这5层楼停车场施工成本是8000万令吉。

槟城国际机场无法扩建不只将会影响外国游客到访槟城,但是也将对大马机场公司(MAB)的营收带来负面冲击,因为除了KLIA及KLIA2之外,槟城国际机场是马机场公司最赚钱的机场。因此,为了公众及国家利益,槟城国际机场的扩建计划必须刻不容缓进行。交通部长回答我的问题如下:

国会下议院书面提问

提问者: 峇眼区国会议员林冠英
问题: 168

峇眼区国会议员林冠英要求交通部长回答,何时才会扩建槟城国际机场?截至目前为止,有关机场一共发生了多少宗天花板坍塌的事件?以及多少受害者牵涉其中?

答案:
槟城国际机场目前可负荷的乘客量上限为每年650万人,交通部有意扩建及提升槟城国际机场,以便将可负荷的乘客量增高至每年1千万。因此,交通部透过第11大马计划中的第二滚动计划下申请拨款。目前,有关申请仍在首相署经济规划单位手上,有待批准。

另一方面,槟城国际机场共发生2宗天花板坍塌事件,一名机场员工因此受伤。无论如何,该名员工已获得及时治疗,并已回到工作岗位。