Bilakah Prasarana Malaysia Bhd Akan Mengambilalih Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Yang Perlukan Suntikan Kewangan Untuk Membeli Feri Baru Dan Menambahkan Kekerapan Trip Yang Kian Berkurangan?(m/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 2.8.2016.

Bilakah Prasarana Malaysia Bhd Akan Mengambilalih Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Yang Perlukan Suntikan Kewangan Untuk Membeli Feri Baru Dan Menambahkan Kekerapan Trip Yang Kian Berkurangan?

Kementerian Kewangan perlu jelaskan laporan pelbagai pihak, bahawa Prasarana akan mengambilalih perkhidmatan feri Pulau Pinang, dan sekiranya benar bila ia akan dilakukan. Perkhidmatan feri Pulau Pinang kini dalam keadaan yang uzur dan perlukan suntikan kewangan untuk memberi nafas dengan membeli feri baru dan menambahkan kekerapan trip yang kian berkurangan. Sejak 2008, kekerapan trip ulang-alik telah dikurangkan daripada 109 sehari pada 2008 kepada hanya 60 sehari sekarang.

Kerajaan negeri yakin perkhidmatan feri masih boleh diselamatkan dengan pengurusan yang professional dan suntikan kewangan, sungguhpun ia mengalami kerugian sebanyak RM252 juta sejak 2002. Itulah sebabnya kerajaan negeri sedia membeli semua asset feri dengan syarat tidak menanggung sebarang hutang atau liabiliti yang ditanggung, meresapi semua kakitangan tetapi tidak diwajibkan menerima pengurusan tertinggi, serta diberikan 30 lesen untuk feri/pengangkutan air baru.

Akhirnya cadangan ini tidak berjaya kerana kerajaan negeri tidak diberikan kuasa dan kebebasan untuk menjalankan operasi dan perkhidmatan feri tanpa campur tangan daripada SPPP. Kementerian Pengangkutan tetap mahu perkhidmatan feri terus kekal di bawah kuasa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang(SPPP). Perkhidmatan feri selama ini dipimpin oleh MCA, yang tidak pakar dalam perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi pakar main politik memburukkan-burukkan kerajaan negeri. Sudah sampai masanya kuasa pengawalan perkhidmatan feri tidak dipolitikkan tetapi dijalankan secara profesional.

Barulah dapat mengatasi masalah kekerapan trip dan jadual tempoh operasi harian dijangka akan dikurangkan pada tahun akan datang sepertimana jawapan bertulis oleh Menteri Pengangkutan kepada pertanyaan Parlimen saya pada Mei tahun ini di bawah.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BAGI JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN]
SOALAN : 169

SOALAN
Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah alasan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mengurangkan jumlah operasi feri mulai 1 Januari 2016 dan tempoh masa operasi harian. Berapakah kekerapan “trips” atau perjalanan oleh feri sehari sejak 2008. Apakah kerugian setiap tahun sejak ia mula operasi dan mengapakah bilangan feri tidak ditambah.

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pada Oktober 2015, Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) pernah mengemukakan cadangan permohonan kepada Surunhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk mengubah jadual operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang mulai 1 Januari 2016 bagi mengoptimakan operasi perkhidmatan dan kos operasi. Walau bagaimanapun, SPPP telah mengarahkan PPSB supaya mengekalkan jadual perkhidmatan feri yang sedia ada demi menjaga kepentingan pengguna.
Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan feri Pulau Pinang tidak mempunyai jadual pelayaran yang tetap memandangkan feri hanya akan berlayar apabila ia penuh dengan muatan kenderaan. Jadual purata kekerapan trip ulang-alik operasi feri sejak 2008 adalah seperti berikut:

feri2

Dari tahun 2002 hingga 2015, perkhidmatan feri Pulau Pinang tidak dapat ditambah kerana perkhidmatannya telah mengalami kerugian setiap tahun. Dalam tempoh ini, jumlah keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM251.8 juta, dengan jumlah kerugian purata setiap tahun adalah sebanyak RM17.99 juta. Kerugian ini adalah disebabkan oleh pengurangan trafik pengguna khususnya segmen kenderaan selepas pembukaan Jambatan Pulau Pinang pada tahun 1985 dan kos operasi feri yang semakin meningkat disebabkan kos penyelenggaraan serta harga bunker.

=============================================

槟城州首席部长林冠英于2016年8月2日在乔治市光大发表的文告:

大马国家基建公司Prasarana什么时候将接管槟城的渡轮服务?槟城的渡轮服务急需注入资金购买新渡轮及增加已经逐渐减少的渡轮航班。

财政部必须向各造说明国家基建公司将接管槟城渡轮服务一事,若这属实,得知道何时进行。槟城的渡轮服务如今委靡衰败必须要有资金注入以焕发一新,需要购入新的渡轮,并为已经逐渐减少的航班增加班次。自2008年起,槟城渡轮服务的航班已经从每天109班次减少至如今的每天60班次。

州政府坚信槟城渡轮服务透过专业的管理及注入资金还有得救,虽然自2002年起它已经共亏损了2亿5200万令吉。这也是为何之前槟州政府准备买下槟城渡轮服务的所有资产,但条件是不承担该公司的债务与负资产,当时我们献议吸收所有的员工,但不必要接受其高阶管理人员,同时必须发出30张渡轮新执照给我们。

最终,该收购献议未能成事,因为在无法免除港务局的干预之下,州政府根本无法获得充分权力及自由进行渡轮营运服务。交通部坚持要让渡轮服务仍旧隶属于港务局的权责范围。槟城渡轮服务长期由马华掌控,他们并不擅长于公共交通服务,但只擅长于玩弄政治抹黑州政府。槟城渡轮服务现在已经来到不该再玩弄政治而应该专业对待的存亡时刻。

如此才能解决渡轮航班未来将逐渐减少的困境,就如交通部在今年5月国会回答我的咨询时所道出的困境。国会答案如下:

峇眼区国会议员林冠英在国会下议院的书面提问:
林冠英要求交通部长说明,为什么槟州港务局自2016年1月1日起减少渡轮班次?每天多少班次?自2008年开始渡轮每天川行多少班次?自营运以来,每年亏损多少?为什么渡轮数量没有增加?

答案:
2015年10月,槟城港口有限公司曾经向槟州港务局提出申请,自2016年1月1日起,改变槟城渡轮服务的川行班次,以便优化服务及营运成本。无论如何,槟州港务局已经指示槟城港口有限公司保留现有渡轮服务,以照顾乘客的利益。

槟城渡轮服务没有固定的川行时间表,渡轮只在载满交通工具数量后启程。自2008年起渡轮往返的平均次数频率为如下:

feri1

从2002年至2015年,槟城的港口渡轮服务没有增加,这是因为有关服务每年面对亏损问题。在这段时期,总亏损额达2亿5180万令吉,平均来说,每年亏损达1799万令吉。这是因为槟城大桥在1985年启动之后,渡轮使用人数减少,特别是交通工具的使用部分,随着维修费及燃料费价格上涨,渡轮营运成本日益高涨。

0 Responses to “Bilakah Prasarana Malaysia Bhd Akan Mengambilalih Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Yang Perlukan Suntikan Kewangan Untuk Membeli Feri Baru Dan Menambahkan Kekerapan Trip Yang Kian Berkurangan?(m/c)”


Comments are currently closed.