ISU PEMBALAKAN DI ULU MUDA MENGANCAM BEKALAN AIR DI PULAU PINANG(m/c)

11 Julai 2016

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Barat
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia

YAB Dato’ Seri,


ISU PEMBALAKAN DI ULU MUDA MENGANCAM BEKALAN AIR DUA JUTA PENDUDUK DAN BERIBU-RIBU PERNIAGAAN, SERTA KEPERLUAN PENGAIRAN DI PULAU PINANG DAN SELATAN KEDAH

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2 Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon jasa baik dan bantuan daripada YAB Dato’ Seri untuk menghentikan semua aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda, seperti yang dilaporkan di muka hadapan The Star semalam (16/5/2016).

3. Hutan Simpan Ulu Muda menjadi kawasan tadahan air untuk Sungai Muda, sumber air mentah utama bagi Pulau Pinang dan Selatan Kedah.

4. Jika hutan simpan itu dirosakkan atau dimusnahkan lagi, sudah tentu kesannya adalah kekurangan air mentah dari sungai berkenaan. Jika kualiti air mentah dari Sungai Muda terjejas, ia juga akan mengancam kualiti air terawat yang dibekalkan di Pulau Pinang dan Selatan Kedah.

5. Dalam kontek sini, pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda akan mengancam:

1) Bekalan air untuk lebih 2 juta penduduk di Selatan Kedah dan Pulau Pinang.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mengabstrak 80% daripada air mentah Pulau Pinang, iaitu melebihi
1bilion liter, dari Sungai Muda setiap hari. 14 loji rawatan air Kedah turut mengabstrak air dari Sungai Muda.

Keseluruhannya, Pulau Pinang dan Kedah mengabstrak lebih kurang 1.56 bilion liter dari Sungai Muda setiap hari. Tanpa air mentah ini, akan berlaku krisis bekalan air yang besar di Pulau Pinang dan Kedah Selatan.

2) Bekalan air untuk beribu-ribu perniagaan, termasuk syarikat-syarika pembuatan berteknologi tinggi yang beroperasi di Kulim High Tech-Park dan taman-taman perindustrian di Pulau Pinang.

Pada tahun 2014, Pulau Pinang menyumbang 6.5% (RM88 bilion) manakala Kedah menyumbang 3.4% (RM47 bilion) kepada KDNK Malaysia yang berjumlah USD$338 bilion (RM1365.4 bilion). *Ini bermakna, sumbangan kedua-dua negeri jika digabungkan, adalah 9.9% atau lebih kurang USD$33.5 bilion (RM135.3 bilion) pada tahun 2014.

Kesemua perniagaan yang beroperasi di Pulau Pinang dan Selatan Kedah bergantung kepada bekalan air yang baik dan berterusan, 24 jam sehari.

Jika berlaku krisis bekalan air, kerugian yang dicatatkan mencecah berbilion-bilion ringgit. Selain itu, reputasi Pulau Pinang, Kedah dan Malaysia sebagai hab antarabangsa bagi sektor pembuatan (khususnya elektronik dan elektrikal), perkhidmatan, pelancongan dan pembangunan harta akan teruk terjejas untuk tahun-tahun akan datang.

Sektor E&E yang merupakan sektor yang paling menarik, telah menyumbang 24.5% atau RM229.37 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2012. Ia menyumbang 32.9% atau RM231.03 bilion kepada keseluruhan eksport pembuatan. Pada tahun 2015, eksport barangan E&E berjumlah RM277.9 bilion dan menyumbang kepada 44.4% jumlah keseluruhan barangan perkilangan. Sebahagian besar nilai tersebut datangnya daripada Pulau Pinang dan Kedah.

3) Pengairan untuk pesawah di Kedah Selatan Dan Pulau Pinang

Semua pesawah di Selatan Kedah dan Pulau Pinang bergantung kepada air mentah yang diambil oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dari Sungai Muda untuk pengairan.

Terdapat enam muka sauk pengairan di Kedah dan dua muka sauk pengairan di Pulau Pinang dalam sistem Sungai Muda. Purata abstraksi harian air dari sungai ketika musim penanaman padi biasa berjumlah kira-kira 2.59 bilion liter, iaitu 1.5 kali lebih daripada abstraksi bekalan air.

Jika tiada air yang mencukupi untuk diabstrak dari Sungai Muda pada masa hadapan, punca pendapatan beribu-ribu petani padi akan terjejas.

ULU MUDA PERLU DILINDUNGI OLEH UNDANG-UNDANG

6. Pulau Pinang berharap Kerajaan Persekutuan akan bertindak untuk melindungi dan memelihara Hutan Simpan Ulu Muda serta-merta.

7. Oleh kerana “nilai yang begitu berharga” sebagai tadahan air, kawasan warisan semulajadi dan potensi destinasi pelancongan pengembaraan di Wilayah Utara Malaysia, Hutan Simpan Ulu Muda mesti dilindungi oleh undang-undang.

8. Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011 – 2015), Kerajaan Persekutuan telah menyatakan bahawa ia akan “mengambil inisiatif untuk menggalakkan negeri-negeri mewartakan hutan terutamanya kawasan tadahan air sebagai kawasan yang dilindungi.”

9. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan perlu mewartakan Hutan Simpan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air dan kawasan yang dilindungi sepenuhnya.

.Oleh itu, jasa baik YAB Dato ‘ Seri adalah perlu untuk :

– Hentikan pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda sekarang ;

– Haramkan pembalakan di hutan simpan ini pada masa akan datang ; dan

– Memudah cara perlindungan undang-undang bagi Hutan Simpan Ulu Muda yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air untuk Sungai Muda, sumber utama air mentah bagi Pulau Pinang dan Selatan Kedah.

10. Melindungi Hutan Simpan Ulu Muda seterusnya akan mengurangkan risiko krisis air di Pulau Pinang dan Kedah Selatan jika berlaku satu lagi musim kemarau yang berpanjangan seperti musim kemarau lima bulan yang disebabkan oleh Super El Niño tahun ini. Lagipun ia akan menjaminkan sumbangan Pulau Pinang dan Kedah kepada KDNK terus mampan dan berkekalan.

11. Selain itu, melindungi hutan simpan itu juga akan dilihat secara positif oleh semua rakyat Malaysia, dan juga ahli alam sekitar di seluruh dunia, sebagai usaha yang benar-benar mesra alam oleh Kerajaan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

LIM GUAN ENG

Ketua Menteri Pulau Pinang

===========Mandarin Version ============================================

志期:2016年7月11日

致副首相拿督斯里阿末扎希

尊贵的副首相您好,

慕达河源头的伐木活动威胁200万居民及数以千计商业活动的水供,威胁着槟城及吉打南部的供水需求

仅此,州政府欲向副首相您上述事项。

2)槟城州政府请求副首相您协助停止一切在慕达河源头森林保留地的伐木活动。这些伐木活动是《星报》于2016年5月16日封面报道所揭发。

3)慕达河源头的森林保留地是慕达河的蓄水区,也是槟城及吉打南部的主要供水来源。

4)一旦森林保留地被破坏或摧毁,这将导致来自慕达河的生水来源短缺。而且如果来自慕达河的生水品质受影响,将威胁到槟城及吉南地带的用水品质。

5)在这课题上,在森林保留地伐木所带来的威胁如下:

1) 对吉南地带及槟城200万居民的水供造成威胁

槟州供水机构有限公司每天在本身的慕达河段抽取10亿公升的生水,占了槟城生水来源的80%。吉打州本身的14座滤水厂也是从其慕达河段抽取水源。

整体而言,槟城与吉打每天总共在慕达河各河段抽取15亿6千万公升生水。缺少此生水,槟城及吉打南部将爆发供水危机。

2) 对数以千计的商业活动,当中包括居林高科技园区众多生产高科技产品的公司及槟城的各工业园造成威胁。

在2014年,槟城及吉打在3380亿美元(1兆3654亿令吉)的国民生产总值中贡献了6.5%(880亿令吉)及3.4%(470亿令吉)。这意味着,两州共占了2014年国民生产总值的9.9%或335亿美元(1353亿令吉)。

槟城及吉打南部的所有商业活动端靠每天24小时不间断的水供。

若发生供水危机,将会是数十亿令吉的亏损。而且,槟城、吉打及马来西亚作为生产业(特别是电子与电气业)、服务业、旅游业及地产业等国际枢纽的形象将会在未来严重地受影响。

电子与电气产业是最吸引人的产业,在2012年的国民生产总值贡献了24.5%或2293亿7千万令吉。电子与电气产业在生产出口占了32.9%或2310亿3千万令吉。2015年电子与电气产品的出口是2779亿令吉或占了工业产品的44.4%,这当中很大一部分是来自槟城及吉打。

3) 对吉打南部及槟城的农业灌溉造成威胁

所有的吉南及槟城农夫是利用水利灌溉局(JPS)取自慕达河的生水灌溉。

吉打有六处抽水闸及槟城有两处抽水闸是在慕达河的系统内。种稻季节平均每天从河里抽取的灌溉水量通常在25亿9千万公升,是我们普通供水的1.5倍。

如果未来没有足够的慕达河水抽取,数以千计的农夫生计将会受到影响。

慕达河源头需受到法律保护

6)槟州希望联邦政府可以马上采取步骤保护慕达河源的森林保护区。

7)有鉴于,它是北马“非常珍贵”的集水区、自然遗产及潜在的旅游地,因此慕达河源的森林保留地必须受到法律保护。

8)在第十大马计划(2011年至2015年),联邦政府已经列明政府将“采取设施鼓励各州将森林尤其是在集水区列为保护区。

9)因此,联邦政府必需将慕达河源头的森林保留地列为集水区及完全被保护的地区。

因此,盼望副首长您能协助采取的行动如下:

-马上禁止在慕达河源头森林保留地的伐木活动;
-未来禁止在森林保留地进行伐木活动;
-简化保护慕达河源头森林保留地的法律,好让它能成为慕达河的集水区及槟城及吉南的生水来源。

10)如果再次发生今年因为超级厄尔尼诺所爆发长达5个月的旱季,借着保护慕达河源头的森林保留地,将可降低槟城及吉打发生供水危机的风险。再者,供水正常也将确保槟城及吉打能稳定及持续为全国生产总值作出贡献。

11)除此之外,保护森林保留地,将为马来西亚政府在国人面前乃至在全世界面前树立一个正面及认真保护大自然的形象。

林冠英

槟城州首席部长

0 Responses to “ISU PEMBALAKAN DI ULU MUDA MENGANCAM BEKALAN AIR DI PULAU PINANG(m/c)”


Comments are currently closed.