SUMBER AIR MENTAH: FIKIR DAN BERTINDAK SECARA “SERANTAU” DI BAHAGIAN UTARA, SEMENANJUNG(m/c)

TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PAKEJ 12, LOJI RAWATAN AIR SUNGAI DUA,SPU, PULAU PINANG

3 JUN 2016

SUMBER AIR MENTAH: FIKIR DAN BERTINDAK SECARA “SERANTAU” DI BAHAGIAN UTARA, SEMENANJUNG

Salam sejahtera dan Selamat Pagi,

1. Saya ingin mengucapkan terima kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, atau PBAPP, kerana menjemput saya untuk merasmikan pembukaan pakej 12 Loji Rawatan Air Sungai Dua, atau LRA Sungai Dua mengikut jadual.

2. Tahun ini, Super El Niño menyebabkan kekurangan air di seluruh Malaysia. Beberapa negari terpaksa melaksanakan catuan air di beberapa kawasan pada bulan April 2016. Pulau Pinang sebaliknya mengamalkan dasar ‘Tak Nak Catuan Air”, yang merupakan negeri tunggal yang tidak pernah menjalankan catuan air. Ini memaksa pihak pengurusan mencari sumber air alternatif dan tidak mencari jalan mudah untuk menjalankan catuan air sebaik musim kemarau tiba.

3. Berdasarkan perkara ini, saya memuji pasukan PBAPP untuk berjaya mengambil cabaran untuk “tiada catuan air” yang menjimatkan wang dan kesukaran bagi rakyat.

4. Dalam konteks ini, dengan siapnya pakej naik taraf yang terbaru di LRA Sungai Dua menandakan satu langkah ke hadapan yang penting dalam usaha untuk mengelakkan catuan pada masa hadapan.

5. Sehingga Disember 2015, nilai buku bersih LRA Sungai Dua adalah RM193.4 juta. Pada bulan Januari 2016, Pakej 12 telah disiapkan pada kos tambahan sebanyak RM45.9 juta.

6. Dalam nilai ringgit, pelaburan PBAPP di LRA Sungai Dua berjumlah hampir RM240 juta hari ini. Walau bagaimanapun, “nilai sebenar” loji ini adalah jauh lebih tinggi daripada ini.

Pada tahun 2015, LRA Sungai Dua mengeluarkan purata 812 juta liter air bersih setiap hari, atau 812 JLH. Jumlah air ini mewakili kira-kira 80% daripada 1014.5 JLH yang dibekalkan ke seluruh Negeri Pulau Pinang pada tahun 2015.

7. Air yang dirawat di sini dipam ke semua kawasan utama di Seberang Perai, dan juga banyak kawasan di Pulau Pinang, melalui dua saluran paip berkembar dasar laut.

Ringkasnya, LRA Sungai Dua adalah komponen terpenting dan amat diperlukan dalam infrastruktur Pulau Pinang. Ia adalah aset bekalan air utama yang telah membantu kita untuk mengelakkan catuan air dalam apa cara sekalipun.
8. Lebih penting lagi, sekurang-kurangnya 80% daripada 1.663 juta rakyat Pulau Pinang memerlukan bekalan air terawat dari Loji Rawatan Air Sungai Dua untuk minum, mandi, memasak, membasuh dan membersih setiap hari.

Ini adalah sebab-sebab utama kenapa LRA Sungai Dua telah dinaik-taraf secara berterusan sejak tahun 1973.
9. Dua perkataan merumuskan kepentingan LRA Sungai Dua: “Jaminan Air”.

Jaminan air merujuk kepada keseluruhan ketersediaan, kestabilan dan kemampanan bekalan air yang mencukupi untuk memenuhi keperluan masyarakat.

Tanpa jaminan air, kita tidak dapat menikmati gaya hidup di Pulau Pinang setiap hari, dan impian untuk muncul sebagai ekonomi berpendapatan tinggi akan hanya tinggal impian.

10. Perasmian Pakej 12 mempertingkatkan simpanan air rawatan kita kepada 36.3%. Ini mempertingkatkan jaminan bekalan air kita.

Walau bagaimanapun, kita mesti sentiasa ingat bahawa air mentah yang dirawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua datangnya dari Sungai Muda.

11. Mengimbas kembali pada tahun 1973, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, telah merasmikan “Skim Air Sungai Muda” untuk manfaat Pulau Pinang.

“Skim Air Sungai Muda” Ini dibiayai oleh pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) yang diatur oleh Kerajaan Persekutuan. Salah satu daripada pra-syarat untuk kelulusan pinjaman adalah “Jaminan air”, dari Kedah, Pulau Pinang boleh mengabstrak air mentah dari Sungai Muda, dan ia tidak menyebut sebarang caj.

Sejak itu, Pulau Pinang telah mengabstrak air dari sungai itu dengan kos sendiri, menggunakan infrastruktur sendiri, tanpa sebarang kos kepada Kedah.

Dan, selama 43 tahun, air mentah yang diambil dari Sungai Muda telah dirawat di LRA Sungai Dua; dan loji ini telah dinaik taraf sewajarnya untuk memenuhi permintaan air yang semakin meningkat.

12. Kami berkongsi kebimbangan mengenai sumber air mentah yang mencukupi untuk keperluan pembangunan dan penggunaan di Pulau Pinang. 3 syor utama dikemukakan untuk menghadapi cabaran semasa, lebih-lebih lagi semasa zaman perubahan cuaca yang mengakibatkan musim kemarau yang teruk:-

Satu: Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak atau SPRWTS, untuk manfaat Perak dan Pulau Pinang.

SPRWTS ini merupakan satu penyelesaian untuk manfaat kedua-dua negeri. Ia akan membolehkan kedua-dua Perak dan Pulau Pinang meneroka sumber air mentah kedua sebesar Sungai Muda dan memenuhi permintaan air mentah sehingga 2050.

Dua: Kerajaan Persekutuan mesti menghentikan pembalakan di Ulu Muda dan meyakinkan Kedah untuk mewartakan kawasan tadahan air Ulu Muda serta-merta.

Selepas kawasan tadahan Ulu Muda diwartakan dan dilindungi, Kerajaan Persekutuan perlu membayar pampasan kepada Kedah bagi melindungi dan memelihara kawasan tadahan yang mengumpul air mentah untuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Tiga: Kerajaan Persekutuan perlu campur tangan untuk menguruskan sumber air mentah di Wilayah Utara di “peringkat serantau”.

13. Menurut Jabatan Perangkaan, gabungan output ekonomi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menyumbang 15.8% daripada KDNK kebangsaan pada tahun 2014.

Perjanjian yang ditandatangani bagi Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negara pada tahun 2011 menyatakan, Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan untuk memenuhi keperluan air mentah Pulau Pinang.

Kerajaan Persekutuan pula menggariskan, matlamat NCER adalah untuk menjadi sebuah wilayah ekonomi bertaraf dunia menjelang tahun 2025 dengan memanfaatkan kekuatan di rantau ini.

Kerajaan Persekutuan adalah satu-satunya pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk menguruskan sumber air mentah serantau di peringkat serantau.
Jadi, adakah Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan untuk menjamin bekalan air untuk semua di Wilayah Utara?

Dengan berbilion-bilion ringgit yang terbabit dan nasib 4 juta orang yang menjadi pertaruhan, kita berharap mereka akan bertindak pantas, dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Sekian, terima kasih.
===================================

槟城州首席部长于2016年6月3日在威北双溪赖第12配套滤水厂启动仪式的演讲稿。

生水来源:半岛北马地区必需有一致的“区域性”想法与行动。

1. 感谢槟州供水机构邀请我主持双溪赖第12项配套滤水厂的启动仪式。

2. 今年,超级厄尔尼诺肆虐导致全马缺水。数个州属的一些地区甚至被逼在2016年4月期间制水。槟城相反的坚持“不制水”政策,成为唯一不制水的州属。这逼迫管理层必须寻找替代水源而不是走捷径在旱季实施制水。

3. 有鉴于此,我要嘉许槟州供水机构团队众志成城面对“不制水”政策的挑战,不只节省金钱也减少人民的困扰。

4. 如今,随着双溪赖滤水厂启动,标志着避免未来可能制水又迈向重要的一大步。

5. 截至2015年12月,双溪赖滤水厂净耗费1亿9340万令吉。2016年1月,第12项配套竣工则额外增加了4590万令吉。

6. 至今,槟州供水机构共投资了2亿4000万令吉在双溪赖滤水厂。虽然如此,该滤水厂的真实成本还要更高。

双溪赖滤水厂在2015年共生产了平均8亿1200万公升的净水或称812 JLH,共占了2015年全槟所有10亿1450公升净水的80%。

7. 这里的过滤水被输送到威省各主要地区,同时透过两条海底大水管输送到槟岛多个地区。

简而言之,双溪赖滤水厂是槟城最重要及最不可或缺的基础设施。它是协助我们无论在任何情况下免于制水的供水资产。
8. 更重要的是,槟城166万3000人口中,至少有80%的人口是靠着双溪赖滤水厂提供过滤的干净水源才能每天有水喝、冲凉、煮食、清理洗刷。
这也是为何双溪赖滤水厂设施自1973年以来不断提升的原因。
9. 两字可以概括双溪赖滤水厂何其重要,那就是“水安”。

“水安”是水的安全保障,指的是万全的准备、稳定及永续的水供,保障足够的水供满足社会的需求。

缺乏水安,我们在槟城将无法享有原本的生活方式,而成为高收入经济州的梦想将变成南柯一梦。

10. 第12配套将让过滤水储存量提升36.3%,我们水供的保障将获得提升。

然而,我们必须谨记双溪赖过滤长的生水来源乃来自慕达河。

11. 回溯1973年,已故的第二任首相敦拉萨,推介了“慕达河水计划”,让槟城受益。

当时,”慕达河水计划” 由联邦政府安排亚洲发展银行(ADB)贷款融资。其中一个批准贷款的前提条款就是“水安”,自吉打流经槟城的慕达河,槟城可以在慕达河抽取生水,并没有提到要征收任何费用。

自此,槟城就一直以自己的资金与自己的基础设施抽取慕达河水,不曾依赖吉打一分钱。

长达43年,来自慕达河的生水,都在双溪赖滤水厂过滤,这些年该滤水厂不断提升,以迎合不断提升的水供需求。

12. 我们共同承担了一项忧虑,那就是槟城是否足够生水提供槟城的发展与使用。我们提出了3项建议,以面对如今日渐严峻的挑战,特别是气候的变化导致的严重旱季:
建议一: 联邦政府必需推行“霹雳河生水输送计划”(SPRWTS)以利霹雳与槟城二州。

“霹雳河生水输送计划”是一项有利霹雳与槟城两州的解决方案。他将让霹雳及槟城能开发与慕达河等量齐观的新生水来源,确保应付生水需求至2050年。

建议二: 联邦政府必须停止慕达河源头的伐木活动,并立刻说服吉打州将慕达河源头划为集水区。

慕达河源头划为集水区并受到保护后,联邦政府必须赔偿给吉打州,作为吉打州保护及维护这个提供玻璃市、吉打及槟城三州集水区的费用。

建议三: 联邦政府必须介入,“区域性”地管理北马生水:

13. 根据统计局的数据,玻璃市、吉打、槟城及霹雳于2014年贡献了15.8%的国内生产总值。

2011年与联邦政府所签署的“国家水供产业重组”的协议中有列明联邦政府必须确保槟城的生水需求。

同时,联邦政府也已经规划北马经济走廊于2025年成为世界级的经济区,让该区域受惠。

联邦政府是唯一的权力单位有权管理区域性的生水来源。因此,联邦政府是否要采取行动确保北马区域的水供?

这将牵涉数十亿令吉的计划及400万人口的命运,我们希望联邦政府能快速行动,重民之福泽。