Sehingga kesemua persoalan yang disenaraikan di atas diambil kira dan diperjelaskan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah ke atas 234 tanah 1MDB di Air Itam(m/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 26.5.2016

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 20 Mei 2016 telah membuat keputusan bijaksana dengan meluluskan usul berikut: –

“Bahawa Dewan yang mulia ini prihatin tentang skandal 1MDB sebanyak RM50 bilion yang mencipta sejarah buat kali pertama mengakibatkan sebuah syarikat milikan Kerajaan Persekutuan Malaysia dan juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia gagal (default), atau tidak dapat melangsaikan bayaran faedah yang diwajibkan dibayar sebanyak dua kali, setiap kali melibatkan jumlah faedah sekurang-kurangnya USD50 juta.

Justeru itu, demi kepentingan awam adalah diputuskan bahawa semua urusan berkaitan dengan 1MDB di Pulau Pinang harus dibekukan sehingga satu penjelasan penuh diberikan olehnya tentang skandal ini dan impaknya kepada rakyat serta juga tentang urusan pembelian dan penjualan tanah, khususnya 234 ekar tanah di Air Itam yang dibeli dengan harga RM1.38 bilion sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 serta membabitikan hampir 3,000 keluarga dan pembangunan perumahan berskala besar.”

Kebijaksanaan meluluskan usul ini bukan sahaja mempertahankan hak dan kepentingan 3,000 keluarga yang duduk di atas tanah di Air Itam tetapi juga menjauhkan diri daripada sebuah syarikat yang terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sehingga bank 1MDB di Singapura baru-baru ditutup. Pihak Berkuasa Kewangan Singapura(MAS) telah mengarahkan BSI Bank daripada Switzerland, yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1MDB supaya ditutup dan menarik semula status bank saudagar.

Alasan-alasan yang diberikan termasuk “pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank.Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun. Bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseorangan, termasuk 1MDB.

MAS juga mengenakan denda ke atas BSI Bank sebanyak USD 13.3 juta untuk 41 kesalahan. Ini menimbulkan persoalan apakah nasib asset 1MDB yang dipegang dalam bentuk “unit” di BSI Bank sebanyak USD 940 juta atau RM3.8 bilion. Jelas sekali penutupan BSI akan memudaratkan pegangan 1MDB dalam bank saudagar itu.

Skandal RM50 bilion 1MDB tidak boleh ditutup melainkan Kerajaan Persekutuan tampil ke depan secara berani membersihkan nama mereka dengan:

1. Mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara secara umum berkenaan skandal terbabit

2. Mengira kos impak negatif kegagalan melangsaikan hutang buat kali pertama dalam sejarah oleh entiti kerajaan bulan lalu dan awal bulan ini dalam bentuk bayaran faedah berjumlah USD50 juta masing-masing, dan

3. Memberi justifikasi mengapa tiada tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas skandal yang begitu besar sedangkan tangkapan dan dakwaan telah dibuat oleh negara-negara asing terhadap mereka yang bertanggungjawab berhubung skandal ini

Apakah yang cuba disorok atau diselindungi oleh Kerajaan Malaysia apabila enggan mendedahkan laporan Ketua Audit Negara kepada umum?

Menyelamatkan 1MDB dengan memindahkan kesemua baki asetnya ke Kementerian Kewangan tidak akan menyelesaikan masalah kerana 30 juta rakyat Malaysia masih perlu menanggung beban hutang RM50 bilion. Akhirnya masih memerlukan kerajaan Malaysia untuk menyelamatkannya kerana 1MDB adalah syarikat hak milik kerajaan, dan Kerajaan Persekutuan turut menjamin beberapa hutang 1MDB.

Malah jenis serta nilai aset 1MDB yang dipindahkan kepada Kementerian Kewangan juga boleh dipertikaikan. Aset ketara 1MDB yang masih tinggal adalah tanah Tun Razak Exchange Bandar Malaysia di Kuala Lumpur (diberikan pada harga rendah tanpa tender terbuka dan dijual semula oleh 1MDB dengan keuntungan berlipat ganda), tanah seluas 234 ekar di Air Itam yang dibeli dengan harga RM1.08 bilion, tunai berjumlah RM2.3 bilion dan unit RM3.8 bilion di BSI Bank, yang nilainya diragui.

Disebabkan masih terdapat soalan-soalan 1MDB yang masih belum dijawab, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membekukan kesemua urusniaga tanah yang seluas 234 ekar di Air Itam yang dibeli oleh 1MDB sehingga wujud akauntabiliti dan ketelusan penuh untuk skandal ini. Perdana Menteri sendiri telah berjanji untuk membina 9,999 unit perumahan rakyat bagi menampung lebih 3,000 keluarga setinggan di sana. Terdapat kebimbangan awam sama ada janji-janji ini masih praktikal dan dapat dilaksanakan memandangkan kos yang besar telah dilaburkan serta tiada 100% milikan tanah.

Keutamaan Kerajaan Negeri ialah untuk berdiri teguh bersama lebih 3,000 keluarga setinggan ini. Atas sebab itu, sehingga kesemua persoalan yang disenaraikan di atas diambil kira dan diperjelaskan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah ke atas 234 tanah 1MDB di Air Itam, sama ada permohonan tukar hakmilik tanah atau kebenaran gadaian, kecuali ia mendapat pengesahan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

LIM GUAN ENG

—-Mandarin —
槟州首席部长林冠英于2016年5月26日在光大乔治市发表声明:

槟州议会在2016年5月20日通过了下列动议:
“对于创下历史的500亿令吉一个马来西亚丑闻,此庄严的议会厅表示关注。这也是史上第一次导致一家由马来西亚联邦政府所拥有、并获得马来西亚联邦政府担保的公司,两度无法偿还每次至少5千万美元的利息。

因此,为了公众利益,我们议决,所有在槟城与一个马来西亚有限公司有关的一切交易必须被冻结,直至有关一马公司丑闻的疑团获得完整的解释为止,特别是位于亚依淡区、面积234英亩的地皮在2013年全国大选前以13亿8千万令吉被买下,共涉及约3000个家庭的大规模房屋发展对人民的影响。”

上述动议的通过,不仅仅捍卫了居住在亚依淡3000户家庭的权力和利益,同时也与一家涉及滥权舞弊的公司划清界线,甚至涉及1MDB事件的新加坡瑞意银行被下令关闭。新加坡金融管理局已经指示瑞士正接受关于1MDB调查的瑞意银行关闭,并吊销瑞意在新加坡的商业银行执照。

其理由是上述银行:严重违反的反洗黑钱规定、对银行业务管理糟糕、银行的一些职员“严重渎职”,这是新加坡过去32年来首次采取如此的措施。商业银行是处理商业公司业务的银行,而不是处理个人业务。

瑞意银行(BSI Bank)也因触犯金融管理局41项条例,而被罚款1330万美元。那么1MDB存放在瑞意银行的9亿4000万美元或38亿令吉资产究竟下落如何?很明显地,瑞意银行被令关闭将让1MDB在这家商业银行的股分贬值。

500亿令吉的一马丑闻无法因此被掩盖,除非联邦政府能够挺身而出,勇于作出下列举动以洗清他们的污名:
。 对外公布国家总稽查司就有关丑闻的报告
 。 计算政府机关上月及本月初,创下史上首次无法偿还各总值5千万美元利息的负面影响成本;以及
 当外国的执法单位纷纷对此丑闻展开调查,采取逮捕及起诉行动的当儿,马来西亚执法机关却毫无行动,针对此事,政府有必要说明。

到底马来西亚政府有什么试图隐瞒或掩盖,以致不愿意将国家总稽查司报告公诸于世?

将所有的剩余资产转去财政部,并无法拯救一个马来西亚有限公司,也无法解决问题,因为3000万的马来西亚公民,尚需要承担沉重的债务,即可能超过500亿令吉。最终还是需要马来西亚政府出手拯救—因为它是国有企业,以及联政府也已担保好几项与一马公司相关的债务。

转移至财政部的资产价值及种类也一样值得商权。目前一马公司仅存的有形资产就是位于吉隆坡敦拉萨国际贸易中心土地(也即是在没有经过公开招标的情况下以低价贱卖,然后由一个马来西亚有限公司以翻倍利润卖出);在亚依淡以10亿8000万令吉购入的面积234英亩地段;总值23亿令吉的现金以及瑞意银行价值38亿令吉的资产都令人怀疑。

因为相关一个马来西亚的种种疑团尚未获得厘清,槟州政府将会冻结一个马来西亚有限公司名下位于亚依淡234英亩之地段的一切土地交易,直至疑团获得解开为止。首相本身曾经承诺会兴建含9千999单位的公共房屋,让超过3千户人家可以安居于此。公众都担心上述承诺是否实际,以及需要投入大量资金,因为实际上1MDB并不是100%拥有上述地段。

州政府与这超过3千户的人家同在。职是之故, 除非上述所有问题皆得到解释,否则槟州政府将不会允许任何土地交易,不管是土地拥有权易名或征求同意制授权抵押,凡此种种都需获得槟州行政议会的批准。

林冠英