Datuk Abdul Rahman Dahlan Is So Desperate To Chicken Out Of His Own Debate Challenge, That He Wants Me To Sue Him For Defamation So That He Can Use The Excuse Of Sub-Judice As The Reason For Not Debating Me.(e/m/c)

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Penang On 25.4.2016.

Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Datuk Abdul Rahman Dahlan is so desperate to chicken out of his own debate challenge, that he is now issuing a new challenge me to sue him in court for defamation. Rahman knows that if I sue him for defamation then he can easily use the excuse of sub-judice as the reason for not debating me.

We cannot forget that the RM2.6 billion donation scandal of the Prime Minister was declared sub judice merely because of a judicial review filed in court by the Bar Council. As a result of the RM2.6 billion donation scandal was declared sub-judice by the Parliamentary Speaker and no questions were allowed to be raised in Parliament.

Rahman is trying again to run away from his own debate challenge on the sale of government land in Taman Manggis because he knows that if I sue him for defamation, then the whole matter would be sub judice and not open for debate. Clearly the same rules will apply and the whole drama and sandiwara will be replayed where he will take advice not to proceed with a debate as the matter is now in court and will only debate me after the defamation suit is dealt with.

I will not fall into the same trap. Let us debate first to clarify the truth and prove who is lying, before talking about defamation suits in court. We have more than sufficient time to decide whether to sue after the open public debate that Rahman is so desperate to chicken out from.

Rahman must not forget that he was the one who issued the debate challenge to me on 6 April, which I immediately accepted on 7 April. He then ran away overseas for a week promising to debate with me on his return. When TV3 and RTM offered a live telecast of the debate, I had thought he will not chicken out of the debate. Then he again ran away from the debate, relying on both Malaysian Anti-Corruption Commission(MACC) and the Inspector-General of Police(IGP) to save him on the excuse that the debate will prejudice investigations.

How can an open debate prejudice MACC’s investigations when TV3 has been condemning me every night for 15 minutes on TV3 Bulletin Utama’s news? Yesterday night I was even a headline news even though TV3 was just regurgitating old news.

I am astounded at Rahman’s ridiculous suggestion that I should thankful to the IGP for helping me not to proceed with the debate. How has the IGP helped me when I want to debate and not chicken out like Rahman? When has the IGP ever helped me? Even when death threats were made against me or when scandalous lies were hurled against my son that he sexually molested his female classmate when the girl identified was from Hong Kong who had never been to Penang, no arrests were made by the IGP against the perpetrators!

Rahman likes to make personal attacks and talk of decorum of a Minister or Chief Minister to divert attention that he chickened out of the debate. If Rahman is so committed to decorum why has he not listened to the advice of Parliament Speaker Tan Sri Amin Pandikar to withdraw the unparliamentary word that he used against me in Parliament?

Unlike Rahman, I have never run away because I have nothing to hide. Unlike Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the RM50 billion 1MDB scandal and the RM2.6 billion donation scandal, I am willing to face my accusers in an open debate because of my belief that truth will prevail. By chickening out of his own debate challenge, Rahman has proven who is running away from the truth.

Rahman is visibly upset that he is now seen as a coward by the public and a Minister that has miserably failed to live up to expectations for chickening out of his own debate challenge. This only proves what I said that “an honest man or woman dies but once, whereas a coward dies a thousand deaths.”

LIM GUAN ENG

Kenyataan media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 25 April 2016

Begitu terdesak sekali Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu lari dari cabaran debatnya sendiri, sehingga beliau mahu saya membuat saman fitnah terhadapnya, supaya beliau boleh menggunakan alasan sub-judice untuk mengelak daripada berdebat dengan saya.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan nampaknya begitu terdesak sekali mahu lari dari cabaran debatnya sendiri, sehingga beliau mencabar saya membuat saman fitnah terhadapnya di mahkamah. Rahman tahu bahawa jika saya menyamannya, beliau dengan mudah boleh menggunakan alasan sub-judice untuk mengelak daripada berdebat dengan saya.

Kita tidak lupa apabila skandal derma RM2.6 bilion Perdana Menteri diisytiharkan sub-judice hanya kerana semakan kehakiman yang difailkan di mahkamah oleh Majlis Peguam. Hasilnya skandal derma RM2.6 bilion diisytihar sub-judice oleh Speaker Parlimen dan tiada soalan boleh dibangkitkan di Parlimen.

Rahman sedang cuba untuk lari dari cabaran debatnya sendiri mengenai penjualan tanah kerajaan di Taman Manggis kerana dia tahu bahawa jika saya membuat saman fitnah terhadapnya, perkara itu akan menjadi sub-judice dan tidak boleh diperdebatkan. Jelas sekali peraturan yang sama turut terpakai dan seluruh drama serta sandiwara akan diulang tayang di mana beliau akan mengambil nasihat supaya tidak meneruskan debat kerana hal tersebut kini sudah menjadi urusan mahkamah dan hanya boleh berdebat dengan saya selepas saman fitnah itu selesai.

Saya tidak akan terjerumus dalam perangkap yang sama. Biarlah kami berdebat dahulu dan jelaskan apa yang benar dan buktikan siapa yang berbohong, sebelum bercakap mengenai saman fitnah di mahkamah. Kita mempunyai masa yang lebih dari cukup untuk memutuskan sama ada untuk saman selepas debat terbuka yang Rahman begitu terdesak mahu lari.

Rahman tidak harus lupa bahawa beliaulah yang melontarkan cabaran kepada saya pada 6 April, yang terus saya sahut pada 7 April. Beliau kemudian lari ke luar negara selama seminggu, dan berjanji untuk berdebat dengan saya sebaik sahaja beliau pulang. Apabil RTM dan TV3 menawarkan siaran langsung untuk debat tersebut, saya ingatkan beliau tidak akan lari dari debat itu. Tapi selepas itu beliau lari lagi, dan bergantung kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara (KPN) untuk menyelamatkannya atas alasan bahawa debat akan mengganggu siasatan.

Bagaimana sebuah debat terbuka boleh mengganggu siasatan SPRM sedangkan TV3 menyerang saya setiap malam selama 15 minit dalam siaran Buletin Utama? Semalam, saya masih menjadi tajuk berita utama walaupun TV3 hanya memuntahkan berita lama.

Saya terpana dengan cadangan mengarut Rahman bahawa saya patut berterima kasih kepada KPN kerana membantu untuk tidak meneruskan debat. Bagaimana KPN membantu saya sedangkan saya mahu berdebat dan bukan lari seperti Rahman? Bila masa KPN pernah membantu saya? Malah ketika ugutan bunuh dibuat terhadap saya atau apabila pembohongan dilemparkan terhadap anak saya kononnya dia mencabul kehormatan rakan sedarjahnya sedangkan gadis yang ditampilkan rupa-rupanya berasal dari Hong Kong dan tidak pernah menjejak Pulau Pinang, tiada tangkapan pun dibuat oleh KPN ke atas para pelaku.

Rahman gemar melakukan serangan peribadi dan bercakap tentang adab sopan seorang Menteri atau Ketua Menteri bagi mengalih perhatian apabila beliau lari dari debat. Jika Rahman betul-betul komited kepada adab sopan, kenapa beliau tidak mendengar nasihat Speaker Tan Sri Pandikar Amin untuk menarik balik perkataan yang tidak sesuai digunakan di parlimen terhadap saya?

Tidak seperti Rahman, saya tidak akan melarikan diri kerana saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Tidak seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal RM50 bilion 1MDB serta skandal derma RM2.6 bilion, saya berani berdepan dengan mereka yang membuat tuduhan dalam debat terbuka kerana saya percaya kebenaran akan menang. Dengan melarikan diri dari cabaran debatnya sendiri, Rahman telah membuktikan bahawa dialah yang lari dari kebenaran.

Rahman jelas tertekan kerana beliau kini dilihat sebagai pengecut di mata orang ramai dan sebagai menteri yang telah sama sekali gagal untuk memenuhi jangkaan kerana melarikan diri dari cabaran debatnya sendiri. Ini membuktikan apa yang saya pernah sebut, ‘orang yang jujur hanya mati sekali, walhal pengecut mati seribu kali.’

LIM GUAN ENG

槟州首席部长林冠英于2016年4月25日在槟城发表声明:

拿督阿都拉曼达兰看来已迫不及待地想要逃离这场辩论挑战。他要我起诉他毁谤,以便他可以使用“此案正审讯中”作为理由,不和我辩论。

城市和谐、房屋及地方政府部长拿督阿都拉曼达兰看来已迫不及待地想要逃离这场辩论,他现在挑战我,要我起诉他毁谤,显然的他知道一旦我起诉他,他就可轻而易举地使用“此案正审讯中”作为理由,不和我辩论。

因为律师公会入禀法庭,要求重新审理首相的26亿令吉捐款丑闻,结果被国会议长使用“此案正审讯中”为由,拒绝国会议员针对此课题发出任何问题。这个前车之鉴历历在目,我们绝不会忘记。

现在,拉曼正想方设法地在逃离辩论,不要和我公开辩论有关山竹园政府土地买卖的课题。他清楚地知道,要是我起诉他毁谤,那他就能重演前述案件,籍着“此案正审讯中”为理由不宜做公开辩论,直至案件审判完成为止,他才能和我辩论。

当然,我绝不会掉入这个同样的陷阱,在谈论入禀法庭起诉他毁谤之前,请拉曼站出来与我辩论,不要再借故逃离,让我们一起找出事实的真相,以及究竟是谁谎话连篇。辩论过后,我们再来思考要不要“起诉”这个问题,反正还有很多时间。

拉曼应该清楚记得,当初他是在2016年4月6日向我下战书,挑战我和他一起辩论,而我也旋即于隔天即4月7日接受他的挑战。随后,他却突然跑到了海外去,并说一个礼拜后再来辩论。当RTM和TV3都已答应愿意为这场辩论提供直播,我还以为他必然会在辩论场上现身,殊不知,他又借故逃离了,而这次他使用的理由是反贪会及总警长都指出,有关辩论会影响调查。

如果这公开辩论能影响反贪会的调查,那TV3每晚在黄金新闻时段播出15分钟,尽对我做出攻击,又该怎么说?话说,昨晚我更是成为了头条,即便这新闻已经过了那么久。

拉曼指出,我应该感激总警长,因为是后者帮助我脱身,让我不必参与辩论。对于拉曼这个可笑的建议,我实在感到震惊,事缘我从头到底都要参与辩论,从未想过要像拉曼一样临阵退缩。还有,总警长的介入究竟帮了我什么?而且——他帮过我吗?当我接到死亡恐吓的时候,还有我的孩子被诬蔑非礼一名“不存在”的女同学的时候(该女生已被认出为香港人,从未来过槟城),请问总警长有做过什么吗?他逮捕了谁?

拉曼喜欢做出人身攻击、谈论部长或首长的礼仪之道,凡此种种志在转移视线,好让大家忘却他临阵退缩,不敢出来辩论。若拉曼真的是那么遵守礼仪之道,为何当初又没有听从国会议长丹斯里班迪卡的劝告,撤回对我做出不符合国会惯例的言辞?

有别于拉曼,我从不临阵退缩,因为我没有东西可隐藏。这也有别于首相拿督斯里纳吉,还有500亿1MDB及26亿捐款丑闻等事件,我愿意挺身而出面对指控我的人,并和他们公开辩论,因为我相信真理可以越辩越明。如今,拉曼选择了落跑,不敢与我辩论,这证明了到底是谁不敢面对真相。

拉曼如今应当很烦乱,因为他已被民众视为懦夫一名,在辩论面前临阵退缩,是一个没有担当的部长。此时此刻,我只想到这句谚语:“诚实的人只死一次,但懦夫却能死一千次”。

林冠英