CADANGAN PENGAMBIL ALIHAN PERKHIDMATAN FERI PULAU PINANG OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG(m/c)

PSUKPP/21/0353/3 Klt. 2 (6)

13 April, 2016

Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Menteri Pengangkutan Malaysia
Kementerian Pengangkutan Malaysia
No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA

Yang Berhormat Dato’ Sri,

CADANGAN PENGAMBIL ALIHAN PERKHIDMATAN FERI PULAU PINANG OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Adalah saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh 30 Mac 2016 disahkan pada 6 April 2016.

2. Kerajaan Negeri telah meneliti semula cadangan untuk megambil alih pengurusan perkhidmatan feri daripada Penang Port Sdn. Bhd. Sehubungan dengan cadangan tersebut pada awalnya, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat termasuk dengan Kementerian Pengangkutan. Mesyuarat terakhir bagi membincangkan cadangan pengambilan tersebut telah diadakan pada 8 Januari 2016 yang di Pengerusikan oleh
YBhg. Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengangkutan. Susulan kepada mesyuarat tersebut Kerajaan Negeri juga telah meneliti beberapa dokumen tambahan yang diperolehi susulan dari mesyuarat tersebut untuk dipertimbangkan bagi cadangan pengambil alihan pengurusan perkhidmatan feri berkenaan.

3. Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri bimbang tentang pengurusan dan pengawal seliaan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yang mana akan menjejaskan pelaburan puluhan juta dalam perkhidmatan feri sekiranya berlaku campur tangan yang tidak berteraskan pengurusan perkhidmatan feri yang profesional. Adalah perlu SPPP dipimpin dan diuruskan secara profesional berdasarkan piawaian antarabangsa dan tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor atau unsur-unsur yang tidak relevan. Ini akan menghantui usaha pemulihan perkhidmatan feri dan hanya kembali semula ke mekanisma asal yang sudah gagal.

4. Setelah meneliti perkembangan semasa yang melibatkan pengurusan SPPP dan Penang Port Sdn. Bhd., Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menangguhkan cadangan pengambil alihan perkhidmatan feri tersebut ke satu tarikh yang akan diputuskan semula. Sehubungan dengan itu, bagi menentukan arah tuju cadangan pengambil alihan perkhidmatan feri tersebut, MMK bersetuju supaya perkara ini perlu dibincangkan terlebih dahulu di antara saya dengan YB Dato’ Sri. Perbincangan ini dicadangkan bagi membolehkan beberapa perkara utama yang berkaitan dengan peranan dan pengawal seliaan SPPP dapat diperjelaskan dan dihalusi bersama dengan YB Dato’ Sri.

5. Oleh itu selaras dengan keputusan MMKN berkenaan,
Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menangguh pengambil alihan perkhidmatan feri di Pulau Pinang dari Penang Port Sdn. Bhd. dan menunggu YB Dato’ Sri untuk mengaturkan tarikh mesyuarat dengan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang

s.k. :

[1] YB Dato’ Seri Farizan Bin Darus

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tingkat 25, KOMTAR

10502 PULAU PINANG

=========================================================

2016年4月13日

致马来西亚交通部长拿督斯里廖中莱

建议槟城州政府接管槟城渡轮事宜

针对上述事宜及志期206年3月30日槟州行政议会议决并在2016年4月6日核实。

2. 州政府再度审核从槟城港口公司接管渡轮服务的建议。因此,有鉴于较早前的建议,州政府与各造曾经展开了一系列的商讨会议,当中包括了交通部。最后一次的会议是在2016年1月8日举行,该会议是由交通部副秘书长拿督鲁海莎主持。该会议后,州政府审核了从这次会议所获得的文件作为建议接管渡轮服务的考量因素。

3. 然而,州政府忧虑槟城港务局届时会否以监督为名,不尊重专业地干预这项需要投资数千万令吉的渡轮服务。因此希望槟港务局能在国际准绳之下,获得专业的领导与管理,不受各种不相关的因素影响。否则将只会让重振渡轮服务意愿蒙上阴影,再次回到失败的经营方式。

4. 经过对槟城港务局及槟城港口公司管理的审核评估,州政府议决先展延接管渡轮服务的建议至另行通知日期为止。有鉴于此,行政议会同意为了确定州政府接管渡轮服务之建议的未来方向,我与拿督斯里您之间有必要事先会晤商讨。会议主要是与您商讨槟城港务局作为扮演监控单位角色之详细权责为何。

5. 因此,根据槟州行政议会议决,槟州将展延从槟城港口公司接管渡轮服务,并等待拿督斯里您另行再安排与我会晤的日期。

诚挚感谢。

槟城州首席部长

林冠英

附寄 槟城州政府秘书拿督斯里法力占

0 Responses to “CADANGAN PENGAMBIL ALIHAN PERKHIDMATAN FERI PULAU PINANG OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG(m/c)”


Comments are currently closed.