MESYUARAT TERGEMPAR MAJLIS SUMBER AIR NEGARA (MSAN) BERKAITAN KRISIS KEKURANGAN AIR YANG MENJEJASKAN EMPAT (4) NEGERI DAN EMPAT (4) JUTA PENDUDUK

PSUKPP/21/0352/68 Klt. 3 (45)

21 April, 2016

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Barat
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

[No. Faksimili: 03-8888 3430]

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,

Dengan penuh takzim, saya ingin meminta campur tangan YAB Dato’ Seri berkaitan perkara di atas agar dapat menyelamatkan empat (4) juta rakyat Malaysia dalam empat (4) buah negeri di saat genting ini.

2. Ketika ini, kira-kira empat (4) juta orang di empat (4) negeri di utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak menghadapi ancaman krisis kekurangan air yang teruk disebabkan oleh fenomena ‘Super El Nino’. Oleh itu, kami memohon campur tangan YAB Dato’ Seri, sebagai Pengerusi Majlis Sumber Air Negara (MSAN), bagi mengelak berlakunya krisis yang akan menyebabkan bebanan dan kesulitan kepada rakyat dalam kehidupan seharian dan perniagaan di kawasan ini.

3. Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang kami cadangkan dilaksanakan sehingga bulan Jun 2016:

i. Menangguhkan aktiviti pengairan di semua negeri, terutamanya di Selatan Kedah, sehingga hujan lebat tiba. Langkah ini akan mengoptimumkan simpanan empangan sehingga ketibaan hujan; dan

ii. Mempergiatkan operasi pembenihan awan di Wilayah Utara. Simpanan empangan kami, hanya akan ‘pulih’ jika terdapat hujan yang mencukupi.

4. Seperti yang diketahui, fenomena ‘Super El Nino’ telah melanjutkan musim kemarau melebihi tiga bulan. Hujan di kawasan ini bagi bulan April 2016 adalah amat kurang daripada jumlah yang dicatatkan pada tahun 2015 iaitu menurun sebanyak 70%. Oleh itu, simpanan air empangan di negeri-negeri utara kini turun dengan pantas dan mendekati tahap kritikal.

5. Pada masa yang sama, dilaporkan di dalam akhbar pada hari Selasa
(19 April 2016), simpanan air untuk musim kemarau yang terdapat di Empangan Muda dan Empangan Beris di Kedah, dijangka hanya bertahan selama 30 hari lagi. Maka, simpanan di Empangan Muda dan Empangan Beris hanya boleh bertahan sehingga minggu ketiga bulan Mei 2016. Sementara itu, Jabatan Meteorologi telah menyatakan bahawa fenomena ‘Super El Nino’ akan berterusan sehingga Jun 2016.

6. Pelepasan air harian dari Empangan Muda dan Empangan Beris amat penting bagi mengekalkan paras Sungai Muda agar Kedah dan Pulau Pinang boleh mengambil air mentah. Di Pulau Pinang, 84% daripada pengambilan air mentah untuk bekalan air seharian diperolehi daripada sungai ini. Jika tiada hujan, dan kedua-dua empangan tidak dapat melepaskan air yang mencukupi, tahap Sungai Muda akan jatuh ke satu tahap di bawah paras kritikal iaitu 1.5 meter. Dan apabila ini berlaku, Kedah dan Pulau Pinang tidak lagi akan dapat mengambil air mentah.

7. Akibat daripada senario itu, keadaan pembekalan air akan menjadi sangat serius bagi Kedah dan Pulau Pinang. Berjuta-juta rakyat akan terputus bekalan air dan pelbagai aktiviti perniagaan, termasuk sektor pembuatan berteknologi tinggi untuk pasaran antarabangsa, akan terhenti. Kerugian mungkin mencecah berbilion ringgit.

8. Sehubungan itu, kita tidak boleh menunggu untuk krisis berlaku sebelum mengambil tindakan pemulihan. Sebaliknya, kami mencadangkan MSAN bertindak selagi masih ada peluang ini untuk mengelakkan krisis air dengan melaksanakan langkah-langkah pencegahan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap MSAN akan bertindak seberapa segera untuk menangguhkan semua aktiviti pengairan dan mempergiatkan usaha pembenihan awan, demi kepentingan empat (4) juta rakyat Malaysia dan berpuluh ribu perniagaan.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

(LIM GUAN ENG)

Ketua Menteri Pulau Pinang

s.k. :

[1] YB Dato’ Seri Farizan Bin Darus

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tingkat 25, KOMTAR

10502 PULAU PINANG

[2] YBhg. Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa

Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)

Tingkat 32, KOMTAR

10502 PULAU PINANG

槟州首席部长林冠英于2016年4月22日在乔治市光大发表文告:

槟州首席部长林冠英于昨日(星期四,2016年4月21日)去函吁请副首相兼国家水源理事会主席拿督斯里阿末扎希,要求后者关切北马4州400万人口面对的水源危机,并采取行动应对。全文如下:

至尊贵的拿督斯里:

促请国家水源理事会针对缺水影响4州400万居民一事召开紧急会议

谨此虔敬地吁请拿督斯里阿末扎希针对上述事件作出干预,解救4州400万居民于缺水危机之中。

2. 在“超级厄尔尼诺”的影响之下,北马4州即玻璃市、吉打、槟城及北霹雳约400万居民目前正受缺水之苦。有鉴于此,我们吁请作为国家水源理事会主席的拿督斯里尽速找出解决之道,避免缺水问题进一步影响日常生活及生意营运,加重人民的负担。

3. 以下为我方建议实之解决步骤,希望能施至6月:

i. 停止所有州属的灌溉活动,特别是吉南地区,直至大雨来临为止。此步骤主要为确保水坝尽可能储存最多的水源;及

ii. 尽速在北马区布云造雨。我们的水坝只有在获得足够的雨水才能逐步“复原”。

4. 据悉,“超级厄尔尼诺”现象将持续带来超过3个月的干旱期。今年4月,这里所录得的雨量和去年同期相比,足足下跌了70%。基于此,北马州属的水坝储水量急速下降,并已接近紧急状态。

5. 根据周二(2016年4月19日)的报章报道显示,吉打州内的慕达水坝及柏里斯水坝目前仅能多撑30天,换句话来说,这些水仅能用到5月的第三个星期左右。与此同时,气象局也已经指出,“超级厄尔尼诺”现象将会一直持续至今年6月才会恢复正常。

6. 慕达水坝及柏里斯水坝的日常排水是极为重要的,因为它将能让慕达河保持一定的水平,好让吉打及槟城可以从此取得生水。在槟城,我们84%的生水乃从慕达河取得并转作水供予人民使用。倘若继续干旱不雨,上述两个水坝不再正常排水,那将导致慕达河水平不断下跌,甚至会掉到1.5米的危险水平线下。一旦有关河水水平下降到危险水平之下,吉打及槟城将不能在河里再取得生水。

7. 要是发生这样的事情,吉打和槟城的水供问题将变成极为严峻,数以百万的人民将为此受苦受难,包括无法经商,高科技产业也无法继续向国际市场出口,损失可能会突破数十亿令吉。

8. 职是之故,我们绝不能坐以待毙,必须采取一切可能的防范措施应对艰巨的挑战。我们吁请国家水源理事会趁事情尚未恶化之际马上亡羊补牢,采取补救措施。槟州政府恳切希望国家水源理事会能马上行动,暂停所有灌溉活动,并且布云造雨,让400万人民及各行各业得以保障。

感激不尽!

槟州首席部长林冠英上