Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan sikap tidak profesional pihak Kementerian Pengangkutan yang cuba mengelak daripada bertanggungjawab ke atas skandal RM43 juta Tanjung City Marina dan kerja pemulihannya dengan menyalahkan Kerajaan Negeri(m/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 19.4.2016.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan sikap tidak profesional pihak Kementerian Pengangkutan yang cuba mengelak daripada bertanggungjawab ke atas skandal RM43 juta Tanjung City Marina dan kerja pemulihannya dengan menyalahkan Kerajaan Negeri.

Alasannya adalah masalah hak milik tanah dengan Kerajaan Negeri belum diselesaikan sungguhpun tapak Tanjung City Marina dimiliki sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan bukannya Kerajaan Negeri.

Tanjung City Marina telah tenggelam sepenuhnya di laut pada 2012 bersama dengan perbelanjaan RM43 juta juga hilang kerana perancangan yang cacat dan ketidaksediaan untuk membina “wave breaker” seperti yang dicadangkan.

Pihak SPPP dan Kementerian Pengangkutan telah berjanji untuk memulih dan membina semula Tanjung City Marina tetapi sehingga hari ini semuanya tinggal janji kosong. Kerajaan Negeri agak terkejut bahawa isu hak milik tanah Swettenham Pier Cruise Terminal kini digunakan sebagai alasan sungguhpun ia tidak menjadi masalah apabila Tanjung City Marina dibina buat kali pertama pada 2005.

Kerajaan Negeri enggan menjual tanah di Swettenham Pier Cruise Terminal kepada SPPP kerana tidak berpuas hati dengan pengurusannya dan ingin memegang hak milik tanah untuk tapak itu. SPPP telah mencabar keengganan Kerajaan Negeri memindah milik tanah di Mahkamah Tinggi tetapi telahpun kalah dan tidak meneruskan sebarang rayuan.

Lagipun tapak Tanjung City Marina adalah milikan penuh SPPP yang tidak pernah dipertikaikan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri tidak akan memberikan sebarang halangan kepada sebarang kerja pemulihan atau pembinaan semula. Sekiranya pihak Kementerian hendak mencari alasan baru tidak membina semula Tanjung City Marina, iaitu satu pembangunan bersepadu yang menyeluruh mesti dibuat terlebih dahulu yang merangkumi Tanjung City Marina, soalan ialah mengapa tender terbuka yang dipanggil oleh bekas Pengerusi SPPP Tan Sri Dr Chua Soi Lek mengenai rancangan serupa ini tidak disempurnakan.

Jelas sekali SPPP “pukul mulut sendiri” dan cuba menegakkan benang yang basah dengan menyalahkan Kerajaan Negeri dalam isu hak milik tanah di Swettenham Pier Cruise Terminal sebagai alasan mengapa Tanjung City Marina tidak dibina semula. Jawapan bertulis Parlimen oleh Menteri Pengangkutaan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada saya adalah seperti berikut:

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BAGI JAWAB BUKAN LISAN

DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN]

SOALAN : 185

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah hasil siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam skandal RM43 juta Tanjung City Marina. Apakah status tender terbuka yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang untuk membangunkan kawasan Waterfront Swettenham Pier ataupun rancangan membina semula Tanjung City Marina yang tenggelam ke dalam laut.

JAWAPAN

Ahli Yang Berhormat,

Tanjung City Marina telah berjalan dan beroperasi dengan lancar sejak tahun 2005. Walau bagaimanapun berlaku kerosakan pada sebahagian struktur cerucuk dan beberapan pontoon berikutan keadaan rebut yang luar biasa pada tahun 2007 dan 2012.

Pada awal 2013, pontoon-pontoon ini telah dibuka dan didaratkan bagi memastikan struktur yang rosak tersebut tidak hanyut dan membahayakan pelayaran kapal-kapal lain. Memandangkan kerosakan di Tanjung City Marina adalah disebabkan oleh keadaan ribut yang luar biasa, maka persoalan terhadap tindakan kepada kontraktor yang terlibat tidak timbul.

Sememangnya terdapat perancangan bagi membangunkan semula kawasan sekitar Swettenham Pier Cruise Terminal yang merangkumi Tanjung City Marina dan gudang-gudang lama dalam satu pembangunan yang menyeluruh. Walau bagaimanapun, terdapat isu hakmilik tanah di Swettenham Pier Cruise Terminal yang masih belum diselesaikan antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. Sehubungan itu, rancangan pembangunan bersepadu tersebut ditangguhkan dahulu sehingga isu hak milik tanah berkenaan diselesaikan.

槟州首席部长林冠英于2016年4月19日在乔治市光大发表声明:

槟州政府感到遗憾,因为交通部不专业,企图推卸4千300万令吉丑闻槟城港口丹绒城市游艇俱乐部的责任和修复工程,并怪罪给予槟州政府。
交通部以尚未解决和槟州政府的土地问题为由,虽然丹绒城市游艇俱乐部的拥有者是槟城港口公司(SPPP)而非槟州政府。

丹绒城市游艇俱乐部在2012年沉入海底,连同4千300万令吉建造费也一同消失,丹绒城市游艇俱乐部设计结构有缺陷,也没建造如建议中的破浪提设备。

槟城港口公司和交通部已承诺修复和重建丹绒城市游艇俱乐部,但至今仍是空头承诺。对于交通部如今以瑞典咸码头土地拥有权课题作用藉口,槟州政府感到震惊,当2005年首次建造丹绒城市游艇俱乐部时却没有问题。

槟州政府不满槟城港口公司的管理和意图取得有关地段拥有权,因此拒绝卖瑞典咸码头土地给槟城港口公司。槟城港口公司也已通过高庭挑战槟州政府拒绝转让土地,但败诉后没有继续上诉。

丹绒城市游艇俱乐部地段全权属槟城港口公司,槟州政府不曾过问,也不会阻止任何修复和重建工程,如果交通部要找一个理由不重建丹绒城市游艇俱乐部,也就是曾提出的包括丹绒城市游艇俱乐部在内的全面性综合发展,为什么没有完成由前槟港务局主席丹斯里拿督斯里蔡细历领导下展开的类似计划公开招标工程。

槟城港口公司明显在自打嘴巴和强词夺理,企图通过瑞典咸码头土地拥有权课题怪罪予州政府,作为不重建丹绒城市游艇俱乐部的理由。针对我的提问,交通部长拿督斯里廖中莱在国会的答案如下:

国会下议院咨询回复

咨询 : 口头回答

咨询议员 : 林冠英[峇眼国会议员]

问题 : 第185道

峇眼国会议员林冠英要求交通部长说明丹绒城市游艇俱乐部的调查结果和涉及4千300万令吉丑闻有关人士的对付行动。由槟城港口公司招标的瑞典咸码头“水岸”区发展,或沉入海底的丹绒城市游艇俱乐部重建计划,如今进行到什么阶段?

答案:

丹绒城市游艇俱乐部自2005年成功顺利操作,虽然在2007年和2012年有出现一部分的桩和一些浮板被侵蚀的反常现象。

这些浮板经在2013年初被打开和移开,以确定损坏的结构不会危及其他游艇。丹绒城市游艇码头因不寻常的海浪受损,所以对付有关承包商的说法并不成立。

确实有一项全面性发展计划重建瑞典咸码头一带,包括丹绒城市游艇俱乐部和一些旧仓库,但是槟城港口公司和槟州政府的瑞典咸码头土地权问题还未解决,所以有关综合发展计划先被搁置,直到土地问题获解决。

0 Responses to “Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan sikap tidak profesional pihak Kementerian Pengangkutan yang cuba mengelak daripada bertanggungjawab ke atas skandal RM43 juta Tanjung City Marina dan kerja pemulihannya dengan menyalahkan Kerajaan Negeri(m/c)”


Comments are currently closed.