PERMOHONAN UNTUK MENYEGERAKAN PEMBENIHAN AWAN SECARA BESAR-BESARAN UNTUK MENGELAK BENCANA KETIADAAN AIR BAGI 4 JUTA PENDUDUK UTARA MALAYSIA(m/c)

PSUKPP/21/0353/36 Klt.2 (2)

15 April 2016

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
Aras 6, Blok E4/5,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 PUTRAJAYA

[No. Faks: 03 – 8889 3712]

YB Datuk Seri Panglima,

PERMOHONAN UNTUK MENYEGERAKAN PEMBENIHAN AWAN SECARA BESAR-BESARAN UNTUK MENGELAK BENCANA KETIADAAN AIR BAGI 4 JUTA PENDUDUK UTARA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya kami ingin merujuk kepada permohonan segera di atas memandangkan kapasiti efektif Empangan Beris di Kedah kini telahpun turun ke paras 38.3% sehingga 14 April 2016 (ataupun memadai untuk 37 hari sahaja). Seperti yang sedia maklum, Empangan Beris adalah empangan utama untuk Lembangan Sungai Muda.

2. Ketika musim kemarau, air dilepaskan dari Empangan Beris untuk mengekalkan paras Sungai Muda agar Kedah dan Pulau Pinang boleh mengambil air dalam kuantiti yang mencukupi bagi memenuhi permintaan bekalan air yang meningkat. Lebih daripada 80% daripada air mentah Pulau Pinang diambil daripada sungai ini setiap hari. Tanpa hujan yang lebat, krisis ketiadaan air merupakan ancaman besar kepada rakyat di sini.

3. Berdasarkan kapasiti efektif semasa, Empangan Beris mempunyai air yang mencukupi untuk tempoh 37 hari. Ini bermakna air untuk diekstrak oleh Kedah dan Pulau Pinang hanya mencukupi sehingga minggu ketiga Mei 2016 sahaja. Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi menyatakan fenomena ‘Super El Nino’ akan terus berlaku hingga Jun 2016.

4. Kebiasaannya, kita akan menjangkakan hujan yang ketara pada bulan April, selepas musim kering pada Januari – Mac. Bagaimanapun, jumlah hujan April 2016, setakat ini kurang daripada 50% daripada purata yang pernah dicatatkan.

5. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan hujan yang direkodkan di empangan utama Pulau Pinang bagi tahun-tahun berikut:
air 1

6. Adalah jelas bahawa ‘Super El Nino’ menyebabkan perubahan drastik dalam corak taburan hujan di Pulau Pinang tahun ini. Senario hujan yang kurang juga berlaku di Perlis dan Kedah. Tanpa hujan yang lebat amatlah diperlukan usaha pembenihan awan dijalankan dengan serta-merta sekarang. Tanpa hujan lebat, penduduk di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mungkin menghadapi ketiadaan air sebelum berakhir musim ‘Super El Nino’.

7. Pembenihan awan besar-besaran ini akan turut memberi faedah kepada 4 juta penduduk bahagian Utara Malaysia, termasuk negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Kegagalan menjalankan pembenihan awan secara besar-besaran mengundang kemungkinan catuan air perlu dijalankan mulai bulan Mei di Perlis dan Kedah terlebih dahulu.

8. Kami berharap Kerajaan Persekutuan akan bertindak segera untuk mengelakkan krisis ketiadaan air secara besar-besaran di rantau ini dengan melaksanakan langkah-langkah berikut, sebagai tambahan kepada pembenihan awan:

Mengarahkan semua operator bekalan air untuk mengurangkan aliran keluar dan bekalan untuk ‘hanya mencukupi’ bagi memenuhi permintaan air.
Menggalakkan pengguna untuk jimat air dan menggunakan air secara berhemah.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang

===========Mandarin Version ========================

2016年4月15日

致能源、绿色科技与水源部部长拿督斯里麦西慕,

申请迅速大量进行人造云(造雨)以防止北马地区400万人面对缺水之灾。

有碍于吉打州的泊里斯水坝水位已经在2016年4月14日剧降至38.3%或只供37天使用,因此必须紧急作出上述申请。如媒体所报道,泊里斯水坝是慕达河上游主要的水坝。

2. 在旱季时刻,泊里斯水坝的水源释放出来维持慕达河的水位,以确保吉打及槟城能在各自河段截取足够的水源以应付据升的水供需求。槟城超过80%的生水是来自慕达河。缺乏大量降雨,缺水将成为人民极大的祸患。

3. 根据目前泊里斯水坝所能提供的37天水源,只能足够让吉打与槟城截取水源至2016年5月的第三个星期。但是气象局说过“超级厄尔尼诺”现象将持续到2016年6月。

4. 以往,我们在1月至3月的旱季之后,将在四月天迎来连绵大雨,但是2016年4月的雨量却不足以往平均记录的50%。

5. 以下列明往年4月槟城各水坝的降雨量
air2

6. 很明显“超级厄尔尼诺”现象严重改变了槟城今年的降雨气候活动。同样的情形也发生在吉打与玻璃市。在缺乏降雨的情形下,急需刻不容缓进行人造云以制造雨量,因为在缺乏大雨降临,玻璃市、吉打及槟城的人民可能在“超级厄尔尼诺”结束之前就得面对缺水问题。

7. 大量进行人造云将会惠及北马玻璃市、吉打及槟城三州子民。若再无法大量进行人造云,可能将导致玻璃市及吉打得率先制水。

8. 我们希望联邦政府能迅速行动,以避免在这区域发生大规模缺水危机,因此在制造人造云的同时希望联邦政府能采取以下步骤:

指示负责水供操作的官员减少水源流出,水供只能“量力而出”应付需求。督促使用者节省用水,不要浪费。

真诚,感谢。

槟城州首席部长
林冠英

0 Responses to “PERMOHONAN UNTUK MENYEGERAKAN PEMBENIHAN AWAN SECARA BESAR-BESARAN UNTUK MENGELAK BENCANA KETIADAAN AIR BAGI 4 JUTA PENDUDUK UTARA MALAYSIA(m/c)”


Comments are currently closed.