TPPA Ada Baik Buruknya, Tetapi Selagi BN Tidak Dapat Tunaikan Janji Bahawa GST Akan Bawa Kebaikan Dengan Menurunkan Kadar Harga Barangan, Macam Mana 30 Juta Rakyat Malaysia Boleh Diyakinkan Bahawa TPPA Menguntungkan Mereka?(m/e/c)

Ucapan Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dalam perbahasan khas sidang parlimen untuk Trans-Pacific Partnership Agreement(TPPA) Pada 26 Januari 2016.

1. Terlebih dahulu, saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industria, YB Jeli untuk mengaturkan persidangan khas Parlimen untuk perbahasan tentang penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pacific ataupun ‘Trans Pacific Partnership Agreement” (TPPA). Walaupun perjanjian ini tidak perlu mendapatkan kelulusan melalui parlimen Malaysia, YB Menteri telah membuat keputusan untuk mengadakan sidang khas pada hari ini dan esok, seperti yang dijanjikan pada tahun lepas, supaya rakyat boleh diberikan peluang untuk mendengar pandangan dan juga kritikan terhadap TPPA daripada perspektif-perspektif yang berlainan sama ada di sebelah pihak pembangkang ataupun di sebelah pihak Barisan Nasional.

2. Pada masa yang sama, saya juga mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Menteri dan Kementerian beliau untuk menganjurkan sesi taklimat terperinci kepada semua ahli parlimen dalam sesi yang sama untuk memberi penjelasan yang lebih lanjut tentang butiran TPPA terutamanya yang berkenaan dengan isu hangat seperti harga ubat, harta intelek dan perolehan kerajaan. Walaupun bukan semua jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh pihak Kementerian diterima oleh ahli parlimen yang menghadiri sesi ini, saya berpendapat bahawa langkah seperti ini patut diekori oleh Menteri dan Kementerian yang lain, terutamanya, apabila dasar yang berimpak besar dibentangkan. Alangkah baik sekiranya BN boleh juga membenarkan persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kedah untuk membahaskan usul undi tak percaya kepada Menteri Besar Kedah agar menghormati peruntukan dalam Perlembagaan Negeri yang memberikan ADUN kuasa untuk memilih Menteri Besar dan bukan ditentukan oleh hulubalang-hulubalang tertentu dalam UMNO.

3. Dalam membuat keputusan untuk menyokong ataupun menolak mana-mana dasar kerajaan, kita sebagai ahli parlimen patut menilai dasar itu secara objektif dan rasional. Kita tidak sepatutnya menolak mana-mana dasar atas sebab yang tidak munasabah ataupun tidak berasas. Sebagai satu contoh, kita tidak sepatutnya menolak TPPA oleh kerana kebimbangan bahawa negara kita akan didominasi oleh Amerika Syarikat. Pada hakikatnya, apa yang diperlukan ialah untuk memperkukuhkan hubungan perdagangan negara kita dengan semua negara dagangan utama kita. Ada setengah daripada negara ini yang terlibat dalam TPPA termasuk Singapura (no. 1 dari segi pasaran eksport), Amerika Syarikat (no. 3), Jepun (no. 4) dan Australia (no.9). Ada setengah negara yang tidak terlibat dalam TPPA seperti China (no. 2) dan India (no. 7) tetapi termasuk dalam perbincangan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP).

4. Kita juga tidak patut mengeluarkan kenyataan bahawa ada pihak yang sokong atau tolak TPPA atas kepentingan satu kaum atau satu puak sahaja. Ini adalah tuduhan fitnah jahat yang tidak berasas dan patut ditolak sama sekali.

5. Apa yang diperlukan sekarang ialah penilaian secara objektif tentang kos dan faedah penyertaan Malaysia dalam TPPA, RCEP dan perjanjian perdagangan bebas ataupun FTA yang sedang dirundingkan oleh Malaysia.

6. Dalam konteks sebegini, saya hendak membangkitkan beberapa isu penting mengenai TPPA yang belum ditangani dengan sewajarnya oleh pihak kerajan persekutuan.

7. Isu pertama yang saya hendak bangkitkan adalah impak TPPA terhadap industri kecil dan sederhana (IKS) ataupun small and medium enterprises (SMEs).

8. Walaupun analisis kos-faedah yang dijalankan oleh PwC menunjukkan potensi kesan positif kepada sektor SME akibat daripada pembukaan pasaran baru, kemungkinan besar kesan positif ini akan dinikmati oleh SME yang sudah berorientasikan mengeksport barangan keluaran mereka. Untuk SME yang lebih kecil, kebanyakan daripada mereka tidak akan menikmati potensi kesan positif daripada TPPA tetapi kemungkinan besar akan mengalami kemerosotan perniagaan akibat daripada persaingan luar yang lebih besar.

9. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Penang Institut, syarikat kecil di Malaysia secara umumnya lebih kecil, mempunyai ‘leverage’ yang lebih rendah, diberikan nilai yang lebih rendah di pasaran saham (untuk mereka yang disenaraikan dalam pasaran saham) dan terlibat dalam industri yang boleh dikatakan kurang berkeuntungan. Boleh dikatakan bahawa syarikat-syarikat SME kecil ini kemungkinan besar kurang dapat bersaing serta mendapat manfaat daripada TPPA berbanding dengan GLC dan juga syarikat bukan GLC yang lebih besar.

10. Menurut Michael Kang, Presiden Persatuan IKS Malaysia ataupun SME Association of Malaysia, 30 peratus daripada 195,000 perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia “akan hilang” selepas TPPA diimplementasikan. Setengah pihak pula sebut mungkin sampai 40% yang terjejas. Kebimbangan pengusaha SME adalah munasabah terutama di kalangan mereka yang tidak merupakan pengeksport terutamanya ke Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru, iaitu empat pasaran yang akan dibuka akibat daripada perjanjian TPPA. Kerajaan tidak boleh menafikan bahawa masih terdapat ‘kredibiliti gap’ di antara kerajaan dan SME yang kecil. Saya beri satu contoh. Sebelum GST diperkenalkan pada bulan April tahun lalu, kerajaan melalui Jabatan Kastam memberi jaminan kepada SME dan peniaga-peniaga lain bahawa bayaran balik ataupun ‘refund’ daripada GST yang dikutip oleh mereka akan dipulangkan dalam masa 2 minggu. Tetapi sampai sekarang, saya difahamkan bahawa SME masih lagi menunggu berbulan-bulan sebelum ‘refund’ ini dipulangkan kepada mereka. Kesan negatif dari segi sekatan tunai ataupun ‘cash flow’ akan dirasakan lebih oleh SME kecil yang tidak mempunyai simpanan tunai yang besar.

11. Isu pertama adalah kerajaan wajib memberikan bantuan kepada SME yang akan mengalami kesan yang buruk akibat daripada TPPA. Bantuan dari segi kewangan dan juga bantuan teknikal ataupun ‘technical assistance’ mesti diberikan kepada SME yang kecil untuk menyediakan mereka untuk persaingan akibat daripada TPPA. Tetapi buat masa sekarang, tidak ada apa-apa dasar yang konkrit seperti Tabung Mudah TPPA yang telah diumumkan oleh MITI ataupun mana-mana Kementerian lain untuk membantu SME menghadapi cabaran pesaingan akibat daripada TPPA. Jikalau kerajaan tidak ada sebarang langkah-langkah mitigasi ataupun ‘mitigation measures’ yang dirancang secara terperinci, khusus dan sistematik, bagaimana SME boleh mempercayai jaminan kerajaan bahawa TPPA ini akan membawa kesan positif kepada mereka?

12. Isu kedua yang saya hendak bangkitkan ialah berkenaan dengan Investor State Dispute Settlement (ISDS) yang melibatkan kerajaan negeri. Walaupun pihak Kementerian telah memberi jaminan bahawa teks TPPA akan menghadkan tindakan undang-undang remeh ataupun ‘frivolous lawsuits’, tidak akan jaminan kukuh bahawa kes ISDS yang melibatkan kerajaan negeri tidak akan dibawakan ke tribunal antarabangsa.

13. Saya rujuk kepada beberapa kes yang melibatkan kerajaan negeri di Kanada yang telah dibawa kepada Tribunal Antarabangsa melalui ISDS yang termaktub dalam Perjanjian NAFTA ataupun North American Free Trade Agreement.

14. Dengan izin, contoh yang pertama: “Chemical giant Dow AgroSciences used NAFTA to force the province of Quebec, after it banned 2,4-D, a pesticide that the Natural Resources Defence Council says has been linked in many studies to cancer and cell damage, to publicly acknowledge that the chemical does not pose an “unacceptable risk” to human health, a position the government had previously held.”

15. Dengan izin, contoh yang kedua:“Mesa Power Group, an energy company owned by Texas billionaire T. Boone Pickens, is claiming $775 million (approximately €523 million) in a challenge to the province of Ontario’s Green Energy Act, which gives preferential access to local wind farm operators.”

16. Contoh-contoh seperti ini menunjukkan bahawa bukan sahaja kerajaan persekutuan yang boleh dibawakan ke Tribunal Antarabangsa tetapi kerajaan negeri pun boleh diheret ke Tribunal yang sama. Ini sangat membimbangkan kerana dana dan kepakaran kerajaan negeri memang terhad berbanding dengan kerajaan persekutuan. Dan kes-kes di Tribunal Antarabangsa memakan kos yang tinggi oleh kerana peguam yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini adalah daripada syarikat peguam antarabangsa yang kebanyakannya berpusat di Amerika Syarikat dan mengenakan fi yang mahal. Sebagai satu contoh, kes yang melibatkan undang-undang terhadap pembungkusan kotak rokok di Australia, walaupun telah dimenangi oleh kerajaan Australia, memakan kos sebanyak AUS$50 juta.

17. Sebagai satu contoh, bolehkah kerajaan persekutuan memberi jaminan kepada kerajaan negeri Pahang bahawa ia tidak akan diheret ke Tribunal Antarabangsa oleh Lynas jikalau kerajaan negeri, melalui Majlis Perbandaran Kuantan, menghentikan lesen operasi Lynas di Gebeng akibat daripada pencemaran alam sekitar? Bolehkah kerajaan pusat memberi jaminan bahawa bantuan kewangan kepada kerajaan negeri tersebut untuk melawan kes di Tribunal Antarabangsa?

18. Adakah benar Malaysia boleh menarik diri daripada TPPA tanpa membayar ganti rugi kepada syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang melabur kerana Malaysia adalah “signatory” kepada TPPA? Saya harap YB Menteri boleh jawab berapakah banyak gantirugi yang harus dibayar?

19. Isu ketiga ialah berkenaan dengan perolehan kerajaan dari segi ketelusan ataupun ‘transparency’. Salah satu kebaikan TPPA yang telah diumumkan oleh pihak Kementerian dan juga merupakan satu bab dalam Perjanjian TPPA ialah ketelusan dan anti-rasuah ataupun ‘anti-corruption’ terutamanya dalam perolehan kerajaan ataupun “Government Procurement” (GP).

20. Tetapi kerajaan Malaysia berjaya untuk meletakkan satu ‘opt out’ clause dalam bab perolehan kerajaan di mana projek di bawah Kerjasama Awam Swasta ataupun Public Private Partnerships (PPP) dikecualikan daripada persaingan terbuka. Ini bermakna bahawa kontrak perundingan terus ataupun ‘direct negotiations’ di bawah PPP akan diteruskan selepas perjanjian TPPA dikuatkuasakan. Telah terbukti bahawa PPP di bawah kerajaan Barisan Nasional telah digunakan oleh memberi keuntungan kepada kroni-kroni dan meningkatkan beban kepada rakyat jelata. Kontrak lumayan untuk membekalkan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Penjana Kuasa Bebas ataupun Independent Power Plants (IPPs); kontrak konsesi untuk membina dan menjalankan operasi tol lebuh raya yang kian menaikkan harga tol; kontrak membina dan beroperasi asrama di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mengenakan kos yang tinggi ke atas mahasiswa; ini adalah sebahagian daripada PPP yang ditawarkan dengan kaedah yang tidak telus dan yang membawakan impak yang begitu negatif kepada ekonomi dan rakyat Malaysia. Kerajaan persekutuan telah melepaskan peluang emas untuk menggunakan Perjanjian TPPA sebagai proses memperbaiki sistem perolehan kerajaan dengan menghapuskan PPP. Ini adalah antara sebab utama kenapa kami di pihak pembangkang tidak boleh menyokong Perjanjian TPPA ini kerana membelakangkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

21. Isu penting yang lain seperti harga perubatan, harta intelek, alam sekitar dan hak buruh akan dibangkitkan oleh rakan-rakan saya sebelah sini dan saya harap, oleh kawan-kawan di pihak sebelah sana juga demi kepentingan rakyat Malaysia. Harga ubat adalah di antara isu kritikal DAP menolak TPPA kerana kebimbangan besar kenaikan harga bukan sahaja menyusahkan rakyat tetapi mungkin mengancam nyawa pesakit-pesakit. Apakah jaminan bahawa kes seperti Turing Pharmaceuticals yang menaikkan harga ubat Daraprim sebanyak 5000% daripada US13.50 ke US750 tidak berlaku bila Amerika Sayrikat sendiri tidak boleh menghalangnya.

22. Saya tidak nafikan TPPA ada baiknya untuk negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor. Tetapi saya berdiri sebagai pemimpin DAP untuk semua rakyat Malaysia. Macam mana kita boleh yakin bahawa langkah-langkah perlindungan untuk rakyat Malaysia dapat dilaksanakan bila janji GST tidak akan memudaratkan ekonomi dan menurunkan kos kehidupan rakyat merupakan omong-omong kosong. TPPA ada baik buruknya, tetapi selagi bn tidak dapat tunaikan janji bahawa GST akan bawa kebaikan dengan menurunkan kadar harga barangan, macam mana 30 juta rakyat malaysia boleh diyakinkan bahawa tppa menguntungkan mereka?Memandang bahawa isu-isu yang saya telah bangkitkan masih dijadi tanda tanya, kami di pihak DAP dan pihak Pakatan Harapan menolak Perjanjian TPPA dengan sebulat suara.

LIM GUAN ENG

—-English Version—-

Speech by Lim Guan Eng for the special parliamentary session on the TPPA 26January2016

1. Firstly, I would like thank and congratulate the Minister of International Trade and Industry, YB Jeli for arranging this special parliamentary session to debate the entry of Malaysia into the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA). Although this agreement does not require parliamentary approval, the Minister decided to arrange for today and tomorrow’s special session, fulfilling what was promised last year, so that the people can have an opportunity to listen to the viewpoints as well as criticisms of the TPPA from a variety of perspectives be it from this side of the bench among the opposition MPs or from the other side of the bench among the BN MPs.

2. At the same time, I welcome the Minister and the Ministry’s decision to organize a comprehensive briefing session for all MPs in order to provide a detailed explanation on the TPPA including and especially on the ‘hot button’ issues such as the price of medicines, intellectual property and government procurement. Although not all of the answers and explanations which were given by the Ministry were accepted by the MPs who attended the sessions, this is a good benchmark set by the Minister and should be followed by other Ministers and Ministries, especially when important policies and laws are being tabled.

3. In making any decision to support or reject any government policy, we as MPs, should evaluate the policy objectively and rationally. We should not reject any policy based on grounds which are unreasonable or reasoning which is baseless. For example, we should not reject the TPPA based on the reason that we do not want to be dominated by the United States. In reality, what is needed is for us to strengthen our trading relationship with all of our major trading partners. Some of these trading partners are involving in the TPPA negotiations including Singapore (our no.1 export market), the United States (no. 3), Japan (no.4) and Australia (no.9). Some of the countries are not involved in the TPPA negotiations such as China (no.3) and Indian (no.7) but are part of the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) discussions.

4. We should also not make any statements that some parties support or reject the TPPA due to the interests of only one race or one group. Such accusations are baseless and should be rejected in no uncertain terms.

5. What is needed is an objective evaluation of the costs and benefits for Malaysia in joining the TPPA, RCEP and other free trade agreements (FTAs) which are being negotiated by Malaysia.

6. In this context, I want to bring up a few important issues regarding the TPPA which have not been credibly handled by the Minister or his Minister, especially from the standpoint of concrete policy proposals.

7. The first issue which I want to raise is the impact of the TPPA towards small and medium enterprises (SMEs).

8. Even though the cost benefit analysis conducted by PwC shows the potential positive impact to the SME sector as a result of the opening of new markets, there is a high possibility that these positive impacts would be enjoyed mostly by SMEs which are already export oriented. These companies are mostly on the larger end of the SME spectrum. For the smaller scale SMEs, most of them would not benefit from the TPPA and in fact, there is a high possibility that they would experience a reduction in business as a result of greater international competition.

9. Based on a study done by the Penang Institute, small companies in Malaysia on the whole are smaller, have lower leverage levels, are valued lower in the stock market (for those which are listed) and are involved in sectors which are less profitable. One can say that these companies are not as likely to be able to compete and benefit from the TPPA compared to the GLCs and also the larger non-GLCs.

10. According to Michael Kang, the President of the Malaysian SME Association, 30 percent of the 195,000 SMEs in Malaysia “will disappear” after the implementation of the TPPA. The concerns of these SMEs are valid especially for those whose main exports are not the United States, Canada, Mexcio and Peru, four markets which will be opened as a result of the TPPA.

11. The government cannot deny that there still exists a large credibility gap between itself and the small scale SMEs. The implementation of the GST provides a good illustration. Before the implementation of the GST in April 2015, the government through the Customs Department gave the assurance to SMEs and other small businesses that their GST refunds would be returned to them within 2 months. But up to know, I’ve been told that these SMEs still have to wait for months before these refunds are returned to them. The negative impact from a cash flow restriction perspective will be more greatly felt by the smaller scale SMEs which don’t have as much cash reserves as the bigger SMEs.

12. The government needs to give assistance to SMEs which will be negatively affected by TPPA. Financial as well as technical assistance needs to be provided to the smaller scale SMEs to prepare them to face the competition which will be unleashed by the TPPA. But up to this day, we have not heard any concrete proposals announced by MITI or other ministries to help the affected SMEs to face the challenges associated with the TPPA. If the government does not have any mitigation measures which are well thought out, well targeted and systematic, how can the SMEs trust the promise given by the government that the TPPA will bring about positive benefits to them? This is the first issue which needs to be addressed by the Minister.

13. The second issue which I want to raise is in regards to the Investor State Dispute Settlement (ISDS) which may involve state governments. Even though the Ministry has given assurances that the TPPA text will limit frivolous lawsuits from being brought to the International Tribunal against countries, there is no guarantee that ISDS cases which involve state governments will not be brought to such tribunals.

14. I refer to the following cases in Canada involving state governments which are brought to international tribunals via the ISDS provisions that are found in the North American Free Trade Agreement (NAFTA).

15. The first example:
“Chemical giant Dow AgroSciences used NAFTA to force the province of Quebec, after it banned 2,4-D, a pesticide that the Natural Resources Defence Council says has been linked in many studies to cancer and cell damage, to publicly acknowledge that the chemical does not pose an “unacceptable risk” to human health, a position the government had previously held.”

16. The second example:
“Mesa Power Group, an energy company owned by Texas billionaire T. Boone Pickens, is claiming $775 million (approximately €523 million) in a challenge to the province of Ontario’s Green Energy Act, which gives preferential access to local wind farm operators.”

17. These examples show that not only can the national / federal governments be brought to international tribunals but so can state governments. This is very worrisome because of the limited funds and expertise on the part of the state governments especially compared to the federal government. The cases in the International Tribunals are very costly because the legal expertise for such cases comes from legal firms which are based in the United States and which charge high fees. As an example, the case involving plain cigarette packing in Australia, although was won by the Australian government, cost an estimated AUS$50 million.

18. To give another example, can the federal government guarantee that the Pahang state government won’t be dragged to an International Tribunal by Lynas if the state government, through the Kuantan Municipal Council, makes the decision not to renew the local operating license of Lynas as a result of pollution violations? In addition, if such cases involving the state governments of Penang, Selangor or Kelantan occur, which are all opposition controlled states, will the federal government provide the necessary financial and technical assistance to these state governments to fight these cases in international tribunals?

19. For now, I have not obtained any assurances or guarantees from the federal government.

20. The third issue involves government procurement from the perspective of transparency. One of the supposed benefits of the TPPA which has been announced by the Ministry and which is one of the chapters in the TPPA text is transparency and anti-corruption especially in dealing with government procurement (GP).

21. But sadly and tragically, the Malaysian government successfully negotiated for an ‘opt out’ clause in the government procurement chapter for Public Private Partnerships (PPP). This means that the practice of direct negotiations under the PPP will continue even after the TPPA has been implemented. It has been proven that under the BN government, PPPs have been used and abused in order to provide supernormal profits to cronies and have put financial burdens on the people of Malaysia. The attractive contracts to provide electicity to Tenaga (TNB) via Independent Power Plants (IPPs); the concession contracts to build and operate toll highways which allow the concession holder to unreasonably increase the toll rates; the contracts to build and operate hostels in the public institutions of higher learning which charge high rates to students; these are all examples of how PPP contracts are awarded in ways which are not transparent and which brings about huge negative impacts on the economy of as well as on the people in the country. The federal government has lost a golden opportunity to use the TPPA as part of the process to improve the transparency of government procurement by getting rid of PPPs. This is one of the main reasons why we in the opposition cannot support the TPPA.

22. Other issues such as the cost of medicines, intellectual property, environment issues and labour rights will be raised by my colleagues on the opposition bench and hopefully by some of those in the government bench as well.

23. Given that the issues which have brought up have not been adequately explained and handled by the government, we in the DAP and also in Pakatan Harapan reject the TPPA with one voice.

—-Mandarin Version —
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2016年1月26日在国会特别会议辩论跨太协定内容摘要:

跨太平洋伙伴合作协定有利也有弊,但是,只要国阵一朝没有兑现承诺,即实行消费税之后物价将会下降,3千万人民将如何取信于政府跨太协定将会给人民带来好处?
1.我要感谢贸工部部长特别安排这项国会特别会议让朝野议员就跨太协定一事进行辩论,即便通过这项协议根本无需获得国会的批准,但部长还是履行去年的承诺,让人民在国会上聆听朝野双方不同的意见。

2.尽管贸工部对于跨太协定中相关药物价格、智慧财产权、政府采购事项的答复令人不甚满意,不过,我还是要予以对方赞赏,并呼吁其他部长多加学习,尤其在推行一些影响层面巨大的政策时,更应公开辩论,透明处理。我也期许国阵也在吉打州召开特别州议会,就州务大臣不信任案进行公开辩论,让当地的议员选出自己的领导人,而不是将这件事沦为巫统的内部纷争。

3.身为国会议员,我们在面对跨太协定时必须以客观及理性的态度进行思考分析,绝不能意气用事。例如,我们不能因为担心美国伸手进来大马,而全面拒绝跨太协定,事实上,我们现在需要的是和我们主要的贸易国巩固关系,这些国家大半都有在跨太协定的名单之中,分别是新加坡(出口市场第一名)、美国(第三)、日本(第四)及澳洲(第九)。至于不在跨太协定名单中的国家则包括中国(第二)及印度,惟,他们亦是东南亚区域全面经济伙伴协定的一员。

4.我们不能冠种族之名来指责别人支持或拒绝跨太协定,是因为在捍卫某个族群的利益,这样的诬蔑是必须被否定的。

5.我们现在需要的,是用成本效益的概念来进行分析,看看加入跨太协定、RCEP或一些自由贸易协定是否对我们有利。

6.在此脉络之下,我欲在未签署跨太协定前,提出几项重要议题。

7.第一,跨太协定对于中小型工业及企业的冲击。

8.即便PwC进行成本效益分析后指出,中小型企业在加入跨太协定后将能开拓新的市场,享有更多的利益,不过,这些利益很大可能将只是让固有出口导向的中小型企业受惠而已,对于较小型的企业,恐怕不止没有帮助,而且还会因为来自外在的竞争加剧,导致他们蒙受损伤。

9.根据槟城研究院做出的研究指出,国内的小型企业具有较低的优势,在证劵市场上亦然。他们通常在获利较低的领域出现,因此,在跨太协定下他们必然难以和较大型的企业或是跨国企业竞争。

10.马来西亚中小型企业公会主席江华强指出,国内现有19万5千家中小型企业,当中的30%将会在签署跨太协定后“消失”。也有人认为,受影响者可能高达40%。他们的忧虑其来有自,因为他们并非以美国、加拿大、墨西哥和秘鲁为出口导向的企业,就算签署跨太协定后会打开上述四国的市场,对他们来说根本没有意义。

11.政府首要的任务应该是提供那些在跨太协定下遭到冲击的中小企业。这些援助包括财援、技术补助等,好让他们能够在跨太协定下,拥有足够的能力面对竞争。可惜的是,截至目前为止,我们并没有看到任何相关单位伸出援手,这要叫那些中小企业如何取信政府,跨太协定终究会让他们受惠?

12 我想提的第二项课题是与州政府有关的“投资者-国家争端解决机制(ISDS)”。虽然部长保证跨太协定会限制无关紧要的诉讼案,但是他们没有保证涉及州政府的“投资者-国家争端解决机制(ISDS)”不会被带上国际法庭。

13 我要举例几宗涉及加拿大省政府的案件,如何因北美自由贸易协议中阐明“投资者-国家争端机制(ISDS)”而被带上国际法庭。

14 第一个例子:“由于天然资源国防理事会指出2,4-D这种杀虫剂与许多癌症及细胞损坏有关,魁北克省禁止使用2,4-D这种杀虫剂之后,化学钜子Dow AgroSciences 利用北美自由贸易协议强逼魁北克省,公开说明上述化学没有造成对人体‘不可接受’的风险,这是该政府原本的立场。”

15 第二个例子是:“安大利奥省的绿色能源法令给予当地风能发电业者优惠,结果遭到美国德萨斯亿万富翁T.Boone Pickens 所拥有的能源公司Mesa Power Group起诉索赔7亿7500万美元。”

16 这些例子说明不只是联邦政府也可能被告到国际法庭,州政府也被牵连到国际法庭。这些事件令人担忧,因为州政府的资金及专才比起联邦政府实在有限。国际法庭的案件费用高昂,因为律师都是这个领域专才,他们来自国际律师楼,大多数总部在美国,收费很多。举例说,澳洲政府虽然赢了一场关于香烟盒包装的法律诉讼案,却花了澳币5000万元。

17 举例说,如果彭亨州政府通过关丹市政局,停止发出营运执照给造成环境污染的莱纳斯?联邦政府能否保证,彭亨州政府不会莱纳斯被告到国际法庭?联邦政府能够保证提供财务援助给州政府,以面对国际法庭的诉讼案?

18 如果马来西亚要退出跨太协定,我们真的不需要因为马来西亚是“签署国”而赔偿美国投资公司?我希望部长可以回答我们需要赔偿多少钱。
19 第三个课题是政府采购的透明度。部长所宣布的跨太协定的其中一好处是透明度及反贪,特别是针对政府采购。

20 可是,马来西亚政府成功地在政府采购条款中“选择退出”,在公共领域或公私合作领域可豁免公开招标。这意味着公私合作领域的“直接洽谈”在跨太协定生效后还是会继续。这证明了国阵政府底下的公私合作领域已经被用来为朋党谋利、增加人民负担。利润丰厚的独立发电厂电供合约;兴建不断提高过路费的收费大道的特许经营;在国立大专兴建及经营宿舍、结果增加大学生负担的合约;以上种种都是公私合作领域不透明、为全国经济及人民带来负面影响的直接洽谈。联邦政府放弃了利用跨太协定修补政府采购机制的机会。这也是我们在野党不支持跨太协定的原则,因为它违背公信及透明原则。

21 其它重要的议题包括药物、知识产权、环保、劳工权利。药物价格是行动党拒绝跨太协定的关键原因之一。因为药物价格上涨不只将拖累人民也会危害病人的性命。政府要如何保证像Turing Pharmeceuticals公司那样将Daraprim提高5000%,将售价从13.40美元提高至750美元的事件不会发生?就连美国自己也阻止不了。

22 我不否认跨太协定对于像槟城及雪兰莪这些州属有一些好处。但是我做为民主行动党及全民的领袖,我们怎会相信联邦政府会采取措施维护人民的利益?就连他们答应过消费税不会拖累经济、能够降低人民的生活水平都是空谈。跨太平洋伙伴合作协定有利也有弊,但是,只要国阵一朝没有兑现承诺,即实行消费税之后物价将会下降,3000万人民将如何取信于政府跨太协定将会给人民带来好处?

林冠英