Pembayaran balik bayaran yang telah dikutip untuk LPS(b/c)

Kenyataan Media Oleh YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang Pada 9 September 2015 (Rabu), Di Komtar, George Town, Pulau Pinang

PEMBAYARAN BALIK BAYARAN YANG TELAH DIKUTIP UNTUK LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS) BAGI
SEMUA RUMAH IBADAT DI NEGERI PULAU PINANG

Kerajaan Negeri akan membuat pembayaran balik bagi bayaran yang telah lebih dikutip untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang telah diluluskan kepada rumah-rumah ibadat di seluruh Negeri Pulau Pinang. Pembayaran balik ini adalah selaras dengan pindaan semula kepada Kaedah-Kaedah Tanah Negeri Pulau Pinang (Penang Land Rules) yang telah diluluskan pada tahun 2013 dan mula berkuatkuasa mulai bulan Mac 2014. Pindaan semula tersebut berkuatkuasa pada Mei 2015.

Pindaan semula ini dibuat kerana Kerajaan Negeri mendapati kadar bayaran LPS yang dikenakan berdasarkan Penang Land Rules Pindaan 2013 adalah terlalu tinggi. Kaedah pengiraan yang digunapakai ialah RM500.00 bagi setiap 100 meter persegi untuk kawasan bandar, manakala RM150.00 bagi setiap 100 meter persegi untuk kawasan mukim. Kadar ini adalah tiga (3) kali ganda daripada kadar yang ditetapkan di bawah Penang Land Rules 2005 di mana kadar bagi kawasan bandar ialah RM150.00 bagi setiap 100 meter persegi dan RM50.00 bagi setiap 100 meter persegi di kawasan mukim.

Sebagai Kerajaan yang prihatin, Kerajaan Negeri telah membuat pindaan semula kepada kadar bayaran LPS atas asas ianya bukanlah sebuah organisasi berorientasikan keuntungan atau laba, tetapi merupakan tempat beribadat atau menjalankan upacara keagamaan bagi tujuan awam. Selaras dengan itu, suatu kadar baru yang lebih rendah ditetapkan berkuatkuasa Mei 2015. Kadar LPS baru yang ditetapkan bagi rumah ibadat di kawasan bandar ialah RM110.00 untuk 100 meter persegi pertama dan RM20.00 untuk setiap 100 meter persegi berikutnya. Untuk kawasan mukim pula, kadar baru yang ditetapkan ialah RM45.00 untuk 100 meter persegi pertama dan RM10.00 untuk setiap 100 meter persegi berikutnya.

Berikutan daripada pindaan semula yang dibuat, Kerajaan Negeri bersetuju membuat pembayaran balik perbezaan kutipan bayaran LPS yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,955.00 bagi 12 buah rumah ibadat di Daerah Timur Laut. Perincian pembayaran balik kepada 12 rumah ibadat berkenaan adalah seperti di Lampiran A.

Senarai 12 rumah ibadat yang akan menerima bayaran balik adalah seperti berikut:

1) Ketua Sami Kek Lok Si

2) Persatuan Penganut Dewi Sree Maha Mariaman

3) Synod Diocese Malaysia Barat

4) Persatuan Penganut Dewi Sri Arulmigu Naga Kaliswary Amman

5) Pertubuhan Swamimalai Sri Muniswarar

6) Jawatankuasa Kariah Masjid At-Taqwa

7) Pemegang Amanah Kuil Sakti Vinayagar

8) Pengerusi Chip Hock Tong Sam

9) Penganut Tokong Sun Hai Yim Yeong

10) Persatuan Penganut Dewa Hean Thean Seoang Tay ‘Khay Thean Keong’
Pulau Pinang

11) Lim Kah Soo

12) Yeoh Ah Tai

—-Mandarin Version —

槟州首席部长林冠英于2015年9月9日在光大发表声明:

槟州所有宗教场所的临时租赁准证的退款

_州政府将会退还额外征收的临时租赁准证费用给全槟的宗教场所。这项退款也符合2013年获批准、2014年3月生效的槟城土地条例修正案的要求。上述修正案开始于2015年5日执法。

州政府进行这项修正,是因为根据2013年槟城土地条例修正案,临时租赁准证的费用太高。城区的计算法为每100平方公尺500令吉,郊区为每100平方公尺150令吉。这项收费比2005年槟城土地条例高出3倍,当时的收费为城区每100平方公尺150令吉,郊区为每100平方公尺50令吉。

做为关注民生的政府,州政府决定修改临时租赁准证的费用,是基于相关组织属于非盈利组织,而是宗教场所、为公众进行宗教仪式的地方。同时,我们在2015年5月推行新的收费。新的城区临时租赁准证费用为首100平方公尺为110令吉,接下来每100平方公尺20令吉。至于郊区,首100平方公尺为45令吉,接下来每100平方公尺达10令吉。

根据重新修正的费用计算法,州政府同意退还向东北区12个宗教场所多征收的1万955令吉。下列为获得退款的12个宗教场所:

1) 极乐寺住持

2) 斯里马力亚曼兴都庙

3) 西马教区教会(Synod Diocese Malaysia Barat)

4) 斯里阿鲁米古兴都庙

5) 斯里穆尼斯瓦拉兴都庙

6) Masjid At-Taqwa清真寺

7) 萨迪维纳亚加兴都庙

8) Chip Hock Tong Sam神庙主席

9) 姓林桥阴阳殿

10) 槟城玄天上帝 ‘Khay Thean Keong’

11) Lim Kah Soo

12) Yeoh Ah Tai

0 Responses to “Pembayaran balik bayaran yang telah dikutip untuk LPS(b/c)”


Comments are currently closed.