Merdeka Membolehkan Rakyat Malaysia Dibebaskan Daripada Penjajah Dan Semangat Merdeka Hanya Boleh Terus Hidup Bila Kita Berani Berjuang Untuk Membebaskan Malaysia Daripada Fitnah, Rasuah dan Kemiskinan.(m/c)

Kenyataan DAP Sempena Hari Merdeka Ke-58 Oleh Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 30 Ogos 2015.

Merdeka membolehkan rakyat Malaysia dibebaskan daripada penjajah British dan semangat Merdeka hanya boleh terus hidup sekiranya kita berani berjuang untuk membebaskan Malaysia daripada gejala fitnah, rasuah dan kemiskinan. Sudah 58 tahun Malaysia menikmati Kemerdekaan, tetapi rakyat masih dibelenggu oleh taktik kotor penjajah “pecah dan perintah” beralaskan fitnah yang menjejaskan perpaduan rakyat.

Pada masa yang sama, amalan rasuah ini menyebabkan Malaysia berdepan dengan krisis politik dan ekonomi sehingga GST dan penurunan nilai matawang ringgit telah menyebabkan ramai keluarga tak cukup belanja dan kebanyakkannya kini tercicir dalam kemiskinan. Oleh itu, adalah tidak waras untuk menghina penganjur Bersih 4 dan 200,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang yang membanjiri Dataran Merdeka sebagai “cetek dan miskin” semangat patriotik, semata-mata kerana mereka berani membantah skendal kewangan dan rasuah yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak salah dan tidak bertanggungjawab semasa membuat tuduhan liar dan melulu semalam bahawa 200,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan aman Bersih 4, termasuk kononnya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai tidak cintakan tanahair. Membuat demonstrasi secara aman bukanlah kayu pengukur patriotisma atau kurang cintakan negara. Malah UMNO pun buat demonstrasi aman semasa menuntut Kemerdekaan daripada British.

Kini nilai matawang ringgit telah turun kepada RM4.30 untuk $1USD, RM3.10 untuk $1Sing dan 8.5 baht untuk RM1? Mana rakyat Malaysia boleh pergi lagi dengan krisis ekonomi masakini ekoran kombinasi pelaksanaan GST dan penurunan menjunam nilai matawang ringgit, sekiranya Amerika Syarikat, Singapura dan Thailand pun tak boleh pergi? Itulah sebabnya rakyat Malaysia terpaksa datang ke Dataran Merdeka untuk menuntut kebebasan daripada “derma/donation”, rasuah dan penyelewengan kewangan agar menyelamatkan ekonomi.

Sebenarnya 200,000 rakyat Malaysia ini harus dipuji kerana semangat Kemerdekaan dan nekad bulat mereka hendak bebaskan negara daripada amalan rasuah. Rakyat mahu tindakan keras ke atas skendal RM42 bilion 1MDB, derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan juga skendal Felda Global Ventures yang menyebabkan harga saham turun daripada harga terbitan RM4.55 kepada RM1.20 sekarang.

DAP percaya bahwa pejuang-pejuang Merdeka UMNO sendiri akan ikut langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai 200,000 rakyat Malaysia dalam perhimpunan Bersih 4, kerana nak pastikan kemerdekaan negara daripada penjajah British tidak digantikan dengan penjajahan baru yang mengganas demi rasuah, kekayaan dan penyalahgunaan kuasa.

LIM GUAN ENG

Merdeka Membolehkan Rakyat Malaysia Dibebaskan Daripada Penjajah Dan Semangat Merdeka Hanya Boleh Terus Hidup Bila Kita Berani Berjuang Untuk Membebaskan Malaysia Daripada Fitnah, Rasuah dan Kemiskinan.
==================================================
Kenyataan DAP Sempena Hari Merdeka Ke-58 Oleh Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 30 Ogos 2015.

Merdeka Membolehkan Rakyat Malaysia Dibebaskan Daripada Penjajah Dan Semangat Merdeka Hanya Boleh Terus Hidup Bila Kita Berani Berjuang Untuk Membebaskan Malaysia Daripada Fitnah, Rasuah dan Kemiskinan.
Merdeka membolehkan rakyat Malaysia dibebaskan daripada penjajah British dan semangat Merdeka hanya boleh terus hidup sekiranya kita berani berjuang untuk membebaskan Malaysia daripada gejala fitnah, rasuah dan kemiskinan. Sudah 58 tahun Malaysia menikmati Kemerdekaan, tetapi rakyat masih dibelenggu oleh taktik kotor penjajah “pecah dan perintah” beralaskan fitnah yang menjejaskan perpaduan rakyat.

Pada masa yang sama, amalan rasuah ini menyebabkan Malaysia berdepan dengan krisis politik dan ekonomi sehingga GST dan penurunan nilai matawang ringgit telah menyebabkan ramai keluarga tak cukup belanja dan kebanyakannya kini tercicir dalam kemiskinan. Oleh itu, adalah tidak waras untuk menghina penganjur Bersih 4 dan 200,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang yang membanjiri Dataran Merdeka sebagai “cetek dan miskin” semangat patriotik, semata-mata kerana mereka berani membantah skendal kewangan dan rasuah yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak salah dan tidak bertanggungjawab semasa membuat tuduhan liar dan melulu semalam bahawa 200,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan aman Bersih 4, termasuk kononnya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai tidak cintakan tanahair. Membuat demonstrasi secara aman bukanlah kayu pengukur patriotisma atau kurang cintakan negara. Malah UMNO pun buat demonstrasi aman semasa menuntut Kemerdekaan daripada British.

Kini nilai matawang ringgit telah turun kepada RM4.30 untuk $1USD, RM3.10 untuk $1Sing dan 8.5 baht untuk RM1. Mana rakyat Malaysia boleh pergi lagi dengan krisis ekonomi masakini ekoran kombinasi pelaksanaan GST dan penurunan menjunam nilai matawang ringgit, sekiranya Amerika Syarikat, Singapura dan Thailand pun tak boleh pergi? Itulah sebabnya rakyat Malaysia terpaksa datang ke Dataran Merdeka untuk menuntut kebebasan daripada “derma/donation”, rasuah dan penyelewengan kewangan agar menyelamatkan ekonomi.

Sebenarnya 200,000 rakyat Malaysia ini harus dipuji kerana semangat Kemerdekaan dan nekad bulat mereka hendak bebaskan negara daripada amalan rasuah. Rakyat mahu tindakan keras ke atas skendal RM42 bilion 1MDB, derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan juga skendal Felda Global Ventures yang menyebabkan harga saham turun daripada harga terbitan RM4.55 kepada RM1.20 sekarang.

DAP percaya bahwa pejuang-pejuang Merdeka UMNO sendiri akan ikut langkah Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai 200,000 rakyat Malaysia dalam perhimpunan Bersih 4, kerana nak pastikan kemerdekaan negara daripada penjajah British tidak digantikan dengan penjajahan baru yang mengganas demi rasuah, kekayaan dan penyalahgunaan kuasa.

LIM GUAN ENG
===============================================
民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2015年8月30 日在吉隆坡发表国庆日献词:

“默迪卡”的意义在于让马来西亚人民自殖民者手中解放,今天,当我们义无反顾地站起来抗争,让马来西亚得以解放于猜忌、贪污腐败以及贫穷之际,这种独立的精神就能够获得长存。

我国独立至今已有58载,但,我们的人民至今仍活在殖民时期“分而治之”的桎梏之中,无止尽的猜忌,妨碍了国民的大团结。犹记得当年“默迪卡”赋予马来西亚人民的意义,在于自英国殖民者手中解放,今天,只有当我们义无反顾地站起来抗争,让马来西亚得以解放于猜忌、贪污腐败以及贫穷之际,这种“独立”的精神始能获得长存。

这一阵子,贪污腐败带来的乌烟瘴气,让我们的政治与经济面临巨大的危机,消费税还有不断贬值的马币已经导致许多家庭百上加斤,甚至来到了贫穷的阶段。因此,请不要再污蔑净选盟4以及来自全国各地、不同种族宗教背景的20万平民,他们淹没独立广场展现爱国精神,目的就是要站出来对抗危及我国经济与政治的金钱丑闻。

首相拿督斯里纳吉前天指责请愿的20万人民,包括出席集会的前首相敦马哈迪医生为不爱国,如此的指控,无疑是错误及不负责任的。以民主的方式进行和平集会不可作为爱国的测量标准,巫统难道已经忘记,当年他们也是这样向英国争取独立的。

今天,马币已跌至4令吉30仙兑1美元、1新元换3令吉10仙,8.5泰铢兑1令吉的窘境。在此情况之下,试问马来西亚人还能到哪里去?还有尾随而来的消费税,是要把人逼上梁山?既然美国、新加坡及泰国现在我们都去不得,也许民众就只能走上独立广场,向“捐款”、贪污及滥用公款说不,以便拯救我国的经济于水深火热之中。

事实上,我认为这走上街头的20万群众应该获得赞赏,因为他们展现了“独立”的精神意义——解放我国于贪污腐败的习气当中。人民对1MDB高达420亿令吉的丑闻、首相私人户头内的26亿令吉,以及导致每股4令吉55仙掉至1令吉20仙的Felda Global Ventures丑闻无不深感不忿,因此才会采取如此强硬的行动。

民主行动党相信,巫统内的斗士,有天也会追随敦马哈迪医生的脚步,加入20万群众构成的净选盟行列之中,以便能够确保我们虽然已经解放于英国殖民,但却被另外一个贪污腐败、富甲天下以及滥权的新殖民者所统治。

林冠英

0 Responses to “Merdeka Membolehkan Rakyat Malaysia Dibebaskan Daripada Penjajah Dan Semangat Merdeka Hanya Boleh Terus Hidup Bila Kita Berani Berjuang Untuk Membebaskan Malaysia Daripada Fitnah, Rasuah dan Kemiskinan.(m/c)”


Comments are currently closed.