EXCO memutuskan untuk memanggil diri sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang dan bukan lagi kerajaan negeri PR Pulau Pinang.(e/c)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 2.7.2015.

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(EXCO) Pulau Pinang pada 1 Julai 2015, yang juga dihadiri oleh YB Dr Afif Bahardin, secara sebulat suara mengulangi 3 ketetapan berikut:-
· menentang dan tidak bersetuju dengan usul Muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP;
· menerima bahawa PR sudah tidak wujud lagi berikutan usul Muktamar PAS tersebut; serta
· meneruskan dan mengekalkan urus tadbir kerajaan negeri Pulau Pinang seperti biasa berdasarkan Dasar Bersama PR yang digubal pada 2009 dan Manifesto Pulau Pinang Pilihanraya Besar 2013 yang memperolehi mandat terbesar dalam sejarah pilihanraya Pulau Pinang sebanyak 68% .

Oleh itu, EXCO juga memutuskan untuk memanggil diri sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang dan bukan lagi kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

Dalam satu mesyuarat di kalangan kesemua 30 Ahli Dewan Undangan negeri(ADUN) yang menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang dengan YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 18.6.2015, termasuk ADUN Permatang Pasir, kesemua 30 penyokong kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju dan menyokong ketiga-tiga ketetapan EXCO ini. 30 ADUN yang dipilih dalam pilihanraya besar 2013 juga bertekad untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat sebagai ahli kerajaan negeri Pulau Pinang. Ini bermakna sokongan 30 ADUN kepada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berubah dan tidak kurang serta tetap berkekalan seperti biasa. Pihak pembangkang UMNO menguasai baki 10 kerusi DUN.

Oleh demikian, kerajaan negeri Pulau Pinang akan berfungsi seperti biasa demi memberikan tumpuan dan komitmen untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan, urus tadbir cekap akauntable dan telus(CAT), menjana pembangunan ekonomi yang dinikmati semua tanpa kira kaum dan agama serta menjalankan transformasi ke arah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar yang bersih, hijau, sihat dan selamat.

EXCO juga memutuskan untuk melarang penggunaan bahan kimia berwarna-warni(Colour Run), yang digunakan oleh satu konsert di Taiwan yang mengakibatkan kemalangan api sehingga seorang terbunuh dan ratusan orang cedera. Bahan berwarna-warni tersebut biasa digunakan dalam program larian dan kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab ke atas segala insiden malang, sekiranya ia digunakan secara sembunyi-sembunyi oleh pihak penganjur tanpa pengetahuan MBPP atau MPSP.

LIM GUAN ENG
===================================================
槟城州首席部长林冠英于2015年7月2日在乔治市光大发表的文告

在行政议员阿菲夫也出席之下,槟州政府行政议会于2015年7月1日一致议决,重申以下三项决定:
-反对及不同意伊斯兰党大会与行动党的断交动议。
-随着伊斯兰党大会的动议,接受民联已经不复存在。
-继续以2009年民联修改的共同纲领及史无前例获得68%选民委托的2013年大选槟州政纲,维持槟城州政府的施政。

因此,槟行政议会议决,自称为槟城州政府,而不再称呼槟城州民联政府。

2015年6月18日,在30名支持槟城州政府的州议员及首席部长林冠英,招开的一项会议,当中包括柏玛当巴锡州议员。全体30名支持州政府的议员,同意及支持槟城州政府在行政议会的上述三项决定。 在2013年获得上阵的30名州议员,也将紧守履行作为州政府一员的责任。这也表示支持槟城州政府的30名州议员将维持不变,不减少,并跟往常一样。反对党依旧是巫统所掌控的剩余10个州议席。

有鉴于此,槟城州政府将如往常般操作,致力及承诺提升所提供的服务,施行能干、公信、透明的CAT施政方针,发展经济并不分种族及宗教的分享经济果实,同时转型成为清洁、绿化、健康及安全的国际智慧型城市。

另外,槟城州行政议会也议决禁止使用含有化学成分的彩色粉末活动(如彩色路跑),该化学粉末导致台湾一项演唱会活动发生一死数百人伤的严重火患。之前,此化学彩色粉末通常用以路跑活动,如今若仍有任何主办当局在没通知槟岛市政厅及威省市政局之下,擅自偷偷使用彩色粉末而发生任何不幸事件,州政府将恕不负责。

林冠英

0 Responses to “EXCO memutuskan untuk memanggil diri sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang dan bukan lagi kerajaan negeri PR Pulau Pinang.(e/c)”


Comments are currently closed.