Satu mesyuarat telah diadakan pada petang 17 Jun 2015 di Komtar dengan semua 30 ADUN penyokong kerajaan negeri Pulau Pinang berikutan keputusan EXCO Negeri Pulau Pinang(bm)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 18.6.2015.

Satu mesyuarat telah diadakan pada petang 17 Jun 2015 di Komtar dengan semua 30 ADUN penyokong kerajaan negeri Pulau Pinang berikutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang(EXCO) pada pagi 17 Jun 2015.

Kesemua 30 ADUN dimaklumkan tentang ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(EXCO) Pulau Pinang pada pagi 17 Jun 2015, yang dibuat secara sebulat suara seperti berikut:-

menentang dan tidak bersetuju dengan usul Muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP;
menerima bahawa PR sudah tidak wujud lagi berikutan usul Muktamar PAS tersebut; serta
meneruskan dan mengekalkan urus tadbir kerajaan negeri Pulau Pinang seperti biasa berdasarkan Dasar Bersama PR yang digubal pada 2009 dan Manifesto Pulau Pinang Pilihanraya Besar 2013 yang memperolehi mandat terbesar dalam sejarah pilihanraya Pulau Pinang sebanyak 68% .

Kesemua 30 ADUN penyokong kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju dengan ketetapan EXCO kerajaan negeri ini dan bertekad untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat sebagai ahli kerajaan negeri Pulau Pinang. Ini bermakna sokongan 30 ADUN kepada kerajaan negeri Pulau Pinang tidak kurang dan tetap berkekalan seperti biasa.

Oleh demikian, kerajaan negeri Pulau Pinang akan berfungsi seperti biasa demi memberikan tumpuan dan komtimen untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan, urus tadbir cekap akauntable dan telus(CAT), menjana pembangunan ekonomi yang dinikmati semua tanpa kira kaum dan agama serta menjalankan transformasi ke arah negeri bertaraf antarabangsa dan pintar yang bersih, hijau, sihat dan selamat.

LIM GUAN ENG

0 Responses to “Satu mesyuarat telah diadakan pada petang 17 Jun 2015 di Komtar dengan semua 30 ADUN penyokong kerajaan negeri Pulau Pinang berikutan keputusan EXCO Negeri Pulau Pinang(bm)”


Comments are currently closed.