Jawab Lisan Soalan mengenai prestasi Pelabuhan Pulau Pinang (m/c)

Kenyataan media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Komtar pada 10 Jun 2015:

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat
Jawab Lisan Soalan 26

Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta Menteri Pengangkutan menyatakan prestasi Pelabuhan Pulau Pinang selepas penjualan ekuiti kepada Syarikat Seaport Terminal (Johore) Sdn Bhd. Nyatakan pembaikan, penurunan dan rumusan audit yang dijalankan dan tindakan pembetulan. Mengapakah tambang feri perlu dinaikkan bila prestasi perkhidmatan tidak meningkat dan feri baru tidak dibeli.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Seaport Terminal(Johore) Sdn Bhd telah mengambil alih pengurusan Penang Port Sdn Bhd pada Januari 2014. Dalam tahun 2014, PPSB telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi tujuan meningkatkan kecekapan operasi dan antaranya adalah seperti berikut:
i. Pengenalan petunjuk prestasi utama;
ii. Meningkatkan pengawasan;
iii. Mengoptimumkan kawasan operasi;
iv. Memperkemaskan prosidur dengan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia;
v. Mempertingkat kerjasama dengan KTMB dalam operasi dan perkhidmatan rel di pelabuhan; dan
vi. Memberi focus kepada penyelenggaraan pencegahan

Hasil daripada inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan, PPSB telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam perkhidmatan pelabuhan terutamanya dalam operasi kontena. Jumlah pergerakkan kontena bagi setiap kren dermaga kni telah meningkat kepada 27 kontena sejam berbanding dengan 18 kontena sejam sebelumnya.

Peningkatan produktiviti ini telah menambah keyakinan syarikat-syarikat perkapalan utama seperti Yang Ming Lines, Wan Hai Lines, CMA CGM dan COSCO untuk meningkatkan jumlah frekuensi khidmat mingguan mereka ke Pelabuhan Pulau Pinang. Secara keseluruhannya jumlah frekuensi perkhidmatan kapal kontena mingguan di Pelabuhan Pulau Pinang telah meningkat sebanyak 25%. Selain dari itu, syarikat-syarikat perkapalan baru seperti Pacific International Lines dan sebuah consortium perkapalan yang diwakili oleh Mitsui OSK Line, NYK Line, Regional Container Line Shipping dan X-Press Feeders juga telah memulakan perkhidmatan baru ke Pelabuhan Pulau Pinang.

Dengan peningkatan jumlah singgahan kapal pula, para pengilang dan pengeksport di Pulau Pinang pada hari ini mempunyai pilihan untuk menggunakan khidmat dari lebih dari 45 syarikat perkapalanm yang mana 20 dari syarikat perkapalan tersebut menawarkan perkhidmatan terus (direct calls) dengan frekuensi perkhidmatan pekapalan mingguan sebanyak 35 perkhidmatan terus ke 60 destinasi yang majoritinya merupakan destinasi pelabuhan eksport utama di sekitar ASEAN dan Asia Timur.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian baru-baru ini menerima permohonan dari PPSB untuk menyemak semula tariff feri Pulau Pinang dan kini ianya sedang diteliti oleh pihak Kementerian Pengangkutan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menulis kepada Kementerian Pengangkutan menyampaikan hasrat untuk mengambilalih perkhidmatan feri Pulau Pinang tanpa mengenakan sebarang kenaikan tambang terhadap perkhidmatan feri.

Kementerian Pengangkutan telahpun membalas surat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya mengemukakan kertas cadangan terperinci untuk penelitian Kementerian Pengangkutan selanjutnya. Sehingga hari ini Kementerian Pengangkutan masih belum menerima sebarang kertas cadangan.

—– Mandarin —

槟州首席部长兼峇眼区国会议员林冠英于2015年6月10日在槟城发表国会书面答复如下:

问题26:

林冠英要求交通部长说明槟城港口在出售股权给Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd过后,槟城港口的表现如何?并说明维修、吞吐量及稽查简报以及改善的措施。为什么渡轮服务表现没有提升,也没有添购渡轮,却还要提高渡轮收费?

国会答复:
Seaport Terminal(Johore) Sdn Bhd 已经在2014年1月收购槟城港口有限公司。上述公司为了提高营运效率已经采取了数项措施,如下:
i. 推介关键表现指标;
ii. 提升监督;
iii. 极大化营运范围;
iv. 重新整顿各部门如:关税局的作业流程
v. 加强与马来西亚铁路公司的合作及港口道路运输的服务
vi. 着重预防工作

槟城港口有限公司所采取的措施都显示了港口服务素质的提升特别是在货柜服务方面。目前每一台货柜起重机可以处理27个货柜,之前,每小时只能处理18个货柜。

生产力的提高也让主要物流公司例如:Yang Ming Lines, Wan Hai Lines, CMA CGM 及 COSCO增加了信心,他们也增加了使用槟城港口公司的服务次数。总得来说,槟城港口每周的货柜服务次数增加了25%。除此之外,新的物流公司如:Pacific International Lines 及一家由Mitsui OSK Line, NYK Line, Regional Container Line Shipping 及X-Press Feeders组成的船务联营公司也已经开始使用槟城港口的新服务。

至于停靠的船只,目前所有槟城的工厂或出口商可以选择超过45家物流公司所提供的船运服务,其中20家还提供整箱海运(direct calls)服务,每周35个服务班次出发到60个地点,大多数目的地都是东南亚或东亚的主要港口。

交通部最近也接获槟城港口的申请,以重新检讨槟城渡轮的收费,目前交通部还在探讨这个事项。同时,槟州政府也已经致函交通部,转达了槟州政府有意在不增加渡轮收费的情况下,收购槟城渡轮服务。

交通部也已经致函槟城政府,要求一份详细的计划书供交通部审核考虑。然而我们还没有接获任何计划书。