Perbadanan Bekalan Air(PBA) Holdings akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk semua pemegang saham pada 28 Mei 2015 dan salah satu isu utama adalah tuntutan bahawa Pulau Pinang atau PBA Holdings membayar caj air kepada Kedah kerana mengambil air daripada Sungai Muda(m/c)

Kenyataan Akhbar oleh YAB TUAN LIM GUAN ENG Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd dan PBA Holdings Bhd di Komtar, George Town pada 21.05.2015

Perbadanan Bekalan Air(PBA) Holdings akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk semua pemegang saham pada 28 Mei 2015 dan salah satu isu utama adalah tuntutan bahawa Pulau Pinang atau PBA Holdings membayar caj air kepada Kedah kerana mengambil air daripada Sungai Muda. Tuntutan sedemikian adalah tidak berasas dan tidak bertanggungjawab kerana pengambilan air diambil di Sungai Muda yang terletakn dalam sempadan Pulau Pinang. Kerajaan negeri sedia membuat bayaran untuk pengambilan air yang jelas sekali bukan dalam kawasan sempadan Pulau Pinang, tetapi adalah tidak masuk akal bahawa Pulau Pinang dikenakan membuat bayaran untuk pengambilan air dalam kawasannya sendiri, Jawapan lanjut akan dibuat pada mesyuarat agung pemegang saham pada 28.5.2015, sekiranya perlu.

Kerajaan Negeri sentiasa prihatin untuk bekalan air yang lestari bagi rakyat Negeri Pulau Pinang. Bekalan air yang lestari atau mampan adalah perkara utama yang menimbulkan kebimbangan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Cabaran utama kita ialah kekurangan sumber air mentah kerana Pulau Pinang secara geografinya adalah sebuah negeri kecil dengan sumber air mentah yang agak terhad. Ketika ini, sumber air mentah utama Pulau Pinang ialah Sungai Muda di Seberang Prai. Sejak tahun 1973, Pulau Pinang mengekstrak air daripada Sungai Muda tanpa sebarang caj. Satu perkara status quo sejak lebih 40 tahun lalu.

Sungai Muda adalah ciri geografi semulajadi yang mentakrifkan sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang. Selaras dengan “hak riparian”, atau hak air, pemilik tanah berhampiran sumber air mentah semula jadi mempunyai hak ke atas aliran semulajadi, penggunaan yang munasabah dan kegunaan yang bermanfaat. Dengan itu, Pulau Pinang berhak untuk mengekstrak air dari Sungai Muda selaras dengan hak airnya. Kedah juga melakukan perkara yang sama. Oleh sebab itulah, tiada apa-apa caj selama 40 tahun. Demikian juga, tiada keperluan untuk apa-apa caj hari ini atau pada masa akan datang.

Pada tahun 1982, Kedah menandatangani memorandum persefahaman atau MOU, yang menjamin air mentah Pulau Pinang dari Sungai Muda sebagai pertukaran untuk tanah. Pulau Pinang menyerahkan 10,88 hektar tanah kepada Kedah dan bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada Kedah berhubung pengurusan Empangan Muda. Sebagai balasan, Kedah bersetuju untuk penjajaran semula sempadan negeri ke tengah Sungai Muda agar Pulau Pinang boleh mengekstrak air dari sungai di dalam sempadannya sendiri. Ini adalah dokumentasi “jaminan air” yang disediakan oleh Kedah. Ia adalah satu pra-syarat untuk pinjaman Bank Pembangunan Asia pada 1973 yang diatur oleh Kerajaan Persekutuan bagi Pulau Pinang melaksanakan projek-projek bekalan air.

Pulau Pinang memperolehi air mentah dari Sungai Muda tanpa sebarang kos kepada Kedah. Pulau Pinang menggunakan infrastruktur dan sumbernya sendiri. Perlu dinyatakan bahawa Kedah tidak mengepam air mentah ke Pulau Pinang setiap hari. Air mentah dari Sungai Muda mengalir secara semula jadi dengan graviti dari bukit-bukit ke laut. Oleh itu, jika tiada kos kepada Kedah, tiada alasan yang kukuh untuk mengenakan bayaran.

Yang nyata, ketika kemarau teruk yang berlaku pada masa lalu, Pulau Pinang membayar Kedah bagi air terawat. Walau bagaimanapun, kes-kes terpencil seperti itu hanya membabitkan jumlah air terawat yang agak kecil dan ia tidak dilakukan secara tetap. Namun, sejak beberapa tahun yang lalu, Pulau Pinang tidak lagi membeli air terawat daripada Kedah.

Jika Kedah perlukan bantuan kewangan untuk melindungi kawasan tadahan sekitar Ulu Muda yang membekalkan air untuk Sungai Muda, Kedah perlu mendapatkan dana Persekutuan untuk melaksanakan inisiatif ini. Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015), Kerajaan Persekutuan telah menyatakan ia akan “mengambil inisiatif untuk menggalakkan negeri-negeri mewartakan hutan terutamanya kawasan tadahan air, sebagai kawasan perlindungan.”

Melindungi kawasan tadahan sekitar Ulu Muda bukan sahaja akan memberi manfaat kepada Pulau Pinang. Langkah ini turut memberi manfaat kepada 3.8 juta orang di Kedah, termasuk Pulau Langkawi, dan juga Pulau Pinang dan selatan Perlis. Ia juga akan memastikan air yang selamat bagi “Jelapang Padi Malaysia” dan memelihara kawasan warisan semula jadi penting di Wilayah Utara untuk semua rakyat Malaysia dan pelancong alam sekitar. Oleh itu, Pulau Pinang akan menyokong penuh permohonan Kedah untuk pembiayaan Persekutuan bagi melindungi kawasan tadahan sekitar Ulu Muda.

Dengan sumber sedia ada, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) boleh mengekalkan bekalan air yang baik di Pulau Pinang sehingga Tahun 2020. Setakat ini, tiada catuan di Pulau Pinang walaupun perubahan iklim telah menyebabkan musim kemarau yang lebih lama.

Pada tahun 2014 dan 2015, negeri-negeri lain seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor, dan juga Taiping di Perak yang merupakan “bandar paling basah” di negara ini, terpaksa melaksanakan catuan air. Tiada sebarang catuan di Pulau Pinang, dan Kerajaan Negeri telah mengarahkan PBAPP untuk mengelakkan catuan walau apa cara sekalipun. Pada tahun 2009, PBAPP menjalankan kajian bebas “Kajian Pelan Induk untuk Air Minum di Pulau Pinang sehingga 2050.” Laporan kajian mencadangkan pelaksanaan Skim Pemindahan Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS).

Ketika membuat perancangan bagi mengelakkan catuan di masa hadapan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah banyak kali menulis surat secara rasmi kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) iaitu sejak 2013, memohon pelaksanaan segera SPRWTS.

SPRWTS akan menjadi sumber air mentah kedua utama Pulau Pinang untuk menangani cabaran perubahan iklim. Ia juga akan menjamin air mentah yang mencukupi bagi Pulau Pinang sehingga tahun 2050. Walau bagaimanapun, Menteri KeTTHA memaklumkan kepada Pulau Pinang bahawa SPRWTS adalah “terlalu awal” dan Pulau Pinang dinasihatkan untuk mengurangkan penggunaan per kapita domestik.

Pada 1 April 2015, PBAPP melaksanakan Kajian Semula Tarif Air Pulau Pinang 2015, atau PWTR 2015. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan penggunaan per kapita domestik di Pulau Pinang daripada 293 liter/kapita/hari (l/k/h) kepada 260 l/k/h. Inilah kenaikan tarif air untuk pengguna domestik yang pertama sejak 2008 dan bukannya kali keempat sebagaimana fitnah yang didakwa oleh pihak pembangkang.

Lagipun Pulau Pinang harus mengurangkan penggunaan air kerana dari segi per kapita domestik adalah tertinggi di Malaysia berbanding dengan purata nasional 210 l/k/h.

Penggunaan tinggi tidak dapat dikurangkan kerana tarif air domestik yang terlalu rendah. Malah, penggunaan air yang tinggi telahpun dirujuk oleh Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili dalam surat beliau kepada saya pada 18 September 2013. Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pun telah berkali-kali meminta Pulau Pinang menaikkan tarif air sebelum membuat pengumuman secara umum meminta semua negeri menaikkan tarif air untuk pengguna domestik dalam suratkhabar pada 25 April 2015. Ini bagi memastikan Pulau Pinang mempunyai air yang mencukupi selepas Tahun 2020, bagi menampung kelewatan SPRWTS.

Untuk memastikan pengguna-pengguna domestik Pulau Pinang menjimatkan air, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengekalkan purata tarif terendah di Malaysia bagi penggunaan domestik sehingga 35,000 liter sebulan.

Purata tarif ini hanya RM0.32 bagi setiap 1,000 liter. Ia adalah kurang daripada 50% berbanding purata kebangsaan iaitu RM0.66 bagi setiap 1,000 liter atau RM1.05 setiap 1,000 liter untuk Negeri Johor. Ia adalah tarif yang paling “mesra rakyat” bagi penggunaan domestik di Malaysia untuk pengguna domestik yang menggunakan air dengan bijak.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat serius untuk mengekalkan bekalan air yang baik dan berterusan di Pulau Pinang, kini dan pada masa akan datang. Dalam soal bekalan air, Kerajaan Negeri Pulau Pinang benar-benar komited dalam memastikan bekalan air lestari atau mampan bagi rakyat Pulau Pinang.

LIM GUAN ENG

===================================
槟城州首席部长兼槟城供水机构有限公司及槟城供水机构控股公司主席林冠英于2015年5月21日在槟城乔治市光大发表的文告。

槟州供水控股公司将会于2015年5月28日举行股东大会,其中一项重要课题就是要求槟城或槟州供水控股公司缴付费用给吉打州,因为槟州从慕达河抽取生水。这项要求是毫无根据及不负责任的,因为我们抽取的生水源自流经位于槟城州内的慕达河部分。如果水源不位于本州,政府准备支付费用抽取生水,但是,要槟州针对自己抽取州内的河水,缴付费用是不合理的,若有必要,我们将在2015年5月28日股东大会上交待详情。

槟州政府经常关注槟州居民的水供永续问题。水供永续是州政府首要关注的问题。我们的挑战是槟城在地理位置上缺乏生水,我们是一个小小的州属,生水来源极为有限。目前, 生水供应来源主要是威省的慕达河。自1973年开始,槟州便开始从慕达河汲取水源,无需缴费,40年前开始到今天都是如此。

慕达河在地理上是吉打和槟城的天然分界线。根据水源权利,靠近生水水源的土地拥有者将也拥有对自然水源的权利、合理及有利地使用。因此,槟城也可以行使水源权利。吉打也一样。因此,长达40年以来,我们并没有缴付什么生水费。今天或未来也不需要缴付生水费。

槟州从慕达河汲取生水,也不需要吉打拿出成本。槟州使用的基础建设及水源都是自己的。我们也要强调,吉打并不是每天抽水给槟城,来自慕达河的生水自然而然地每天从山区流向大海,因此,如果吉打要向我们讨取成本费根本站不住脚。

之前,当发生严重旱灾时,槟城缴付处理水的费用给吉打。虽然如此,这项个别情况只是涉及少量的处理水,并不是永久如此。很多年以后,槟城不再向吉打购买已处理的水。

保护乌鲁慕达集水区不只将为槟城带来好处,这项措施也将为吉打380万人带来好处,包括浮罗交怡、槟城及玻璃市以南的人民受惠。它也能确保马来西亚“稻米之乡”的水源安全,同时为全马人民及生态旅游游客保住北马区重要的自然遗产。

现有的资源可以让槟州控股水务机构(PBAPP)为槟州提供良好水供至2020年。目前,尽管气候变化导致更长的旱季,槟城还没有面对制水及配水。为了避免以后发生制水配水情况,在规划方面,槟城自2013年起多次致函能源、绿色科技及水源部,要求即刻推行霹雳河生水输送计划(SPRWTS)

2015年4月1日,槟州控股水务机构于2015年调整水价。其目的是为了减少槟州用水量,每人每日平均使用293公升,减少至每人每日平均260公升。这是2008年以来我们第一次提高家庭用户的水费,而不是如在野党所说的第四次。由于家庭用水水费过低,我们没有办法减少用水量。而能源、绿色科技及水源部长拿督斯里马西慕斯在2013年9月18日回函中也提及槟州用水量过高。不仅如此,国家供水服务理事会(SPAN)也一次又一次地要求槟城提高水费,我们在2015年4月25日正式在报纸上宣布。

这是确保槟城在2020年后依然拥有足够水供,以应付霹雳河生水输送计划的展延。再说,槟城也应该减少用水量,因为我们的每日人均用水量是全马最高的,全国每日人均用水量为210公升。

目前槟州水价平均收费为每1000公升32仙,比起柔佛州每1000公升1令吉5仙或全国平均水价每1000公升66仙,还不到它们的一半。对我国家庭水用户而言,这是对精明用水乾最“亲民”的水费。

林冠英

0 Responses to “Perbadanan Bekalan Air(PBA) Holdings akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk semua pemegang saham pada 28 Mei 2015 dan salah satu isu utama adalah tuntutan bahawa Pulau Pinang atau PBA Holdings membayar caj air kepada Kedah kerana mengambil air daripada Sungai Muda(m/c)”


Comments are currently closed.