Karpal Singh’s 1st Anniversary In Memoriam – Missing Karpal.(e/m/c)

missing karpal

As we mark the first year anniversary of the sudden departure of DAP National Chairman Karpal Singh, we mourn the party’s and the people’s loss. Whilst we can never replace the pain and sorrow felt by his family, Malaysia is clearly poorer without Karpal.

Karpal pushed the party’s profile as a Malaysian party and advanced our cause for justice, freedom and democracy. He did not just simply create history by becoming the first non-Chinese DAP National Chair but used his legal prowess to demonstrate the true meaning of Malaysian Malaysia, by defending the rights of everyone regardless of race, religion, background and even nationality. Indeed for Karpal, injustice anywhere is a threat to justice everywhere.

I wish to relive Karpal the person. Karpal Singh was one of the few DAP leaders who radiated an inner light that gave hope to many and remembered for his innate goodness. He was respected because he cared about other people, and was willing to be a good listener with the unique gift to make the individual feel valued.

Karpal fitted his life around the needs of others more than to his own. In the process, he had to endure some pain and loss. This pattern of defeat, recognition, redemption was repeated again and again. But he always told me that pain and suffering was part of the struggle and even useful to inject iron into the soul. His constant refrain was, “Look at Kit(Lim Kit Siang) and me. We both lost in elections and both went to prison but were never weaker because of it”. He believed defeat was not the end but a necessary test of our faith in principles.

Karpal was unfailingly loyal to his old and trusted comrades, especially Kit and Dr Chen Man Hin, and others who had stayed on with the party when we were nearly wiped out electorally. He shared in the joys, sorrows and pains of fighting an oppressive ruling regime.

I miss Karpal the leader, the mentor and the person who not only gave hope but inspired us with the optimism to hang on tightly to our principles. I miss his hearty genuine laughter filled with good cheer that would lift our spirits to just pick ourselves up again and again after being knocked down. Most of all I miss his indomitable spirit to simply carry on, no matter that the odds are never in your favour.

Rest In Peace, Karpal- you will always be remembered.

(Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 17.4.2015. )

—–BM–

Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 17 April 2015.

Memperingati ulangtahun pertama pemergian Karpal Singh – Merindui Karpal

Sambil kita memperingati ulangtahun pertama pemergian yang tidak diduga Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, kita meratapi kehilangan yang dirasakan oleh parti dan juga orang ramai. Sementara kita tidak mungkin memberi galang ganti buat perit dan sedih yang ditanggung ahli keluarganya, Malaysia turut jelas bertambah fakir tanpa Karpal di kalangan kita.

Karpal telah memajukan profil parti sebagai sebuah parti rakyat Malaysia, dan membawa perjuangan demi keadilan, kebebasan dan demokrasi ke tahap yang lebih tinggi. Beliau tidak sekadar mencipta sejarah dengan menjadi Pengerusi Kebangsaan DAP bukan-Cina yang pertama, tetapi juga menggunakan kemahiran undang-undangnya untuk memperlihatkan makna Malaysian Malaysia, dengan mempertahankan hak semua orang tanpa mengira kaum, agama, latar belakang mahupun kewarganegaraan. Ternyata bagi Karpal, kezaliman di mana-mana adalah ancaman bagi keadilan di serata dunia.

Saya ingin memperingati Karpal, sebagai seorang insan. Karpal Singh merupakan salah seorang daripada sebilangan kecil pemimpin DAP yang menyinarkan cahaya pengharapan kepada ramai orang, dan diingati atas sifat kebaikannya yang semulajadi. Beliau dihormati kerana kepeduliannya terhadap orang ramai, dan rela menjadi seorang pendengar yang baik dengan kemahiran untuk menjadikan seseorang merasa dihargai.

Karpal menyesuaikan hidupnya dengan keperluan orang lain lebih daripada dirinya sendiri. Dalam proses ini, beliau telah terpaksa melalui beberapa kesengsaraan. Corak kekalahan, pengiktirafan, penebusan diulang berkali-kali. Namun beliau sentiasa memberitahu saya bahawa kesengsaraan adalah sebahagian daripada perjuangan malah berguna untuk menyuntik kekuatan ke dalam jati diri. Beliau selalu mengulang sebut, “Tengok Kit (Lim Kit Siang) dan saya. Kami berdua pernah kalah dan pilihanraya dan kedua-duanya pernah masuk penjara tetapi kami tidak dilemahkan kerananya”. Beliau percaya bahawa kekalahan bukanlah penghujungnya tetapi ujian wajib ke atas kepercayaan dan prinsip.

Karpal sentiasa setia dengan kawan-kawan dan teman seperjuangannya sejak dahulu, terutamanya Kit dan Dr Chen Man Hin, serta mereka yang kekal bersama parti ketika ia hampir lenyap dalam pilihanraya. Beliau berkongsi kegembiraan, kesedihan dan kesengsaraan berjuang melawan rejim pemerintah yang menindas.

Saya merindui Karpal sang pemimpin, mentor dan insan yang bukan sahaja memberi harapan tetapi memberi inspirasi kepada kami dengan optimisme untuk kekal berpegang kepada prinsip. Saya merindui gelak tawanya yang ikhlas yang akan membangkitkan semula semangat kami untuk bangkit lagi dan lagi setelah tewas. Paling penting sekali saya merindui semangat wajanya untuk terus berjuang, walaupun nasib tidak pernah menyebelahi.

Berehatlah dengan tenang, Karpal – saudara akan sentiasa dalam kenangan.

LIM GUAN ENG
—–BC—

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2015年4月17日在吉隆坡发表声明:

加巴星逝世一周年- 怀念加巴星

民主行动党全国主席加巴星逝世一周年之际,我们也对行动党与人民的损失表示缅怀。我们永远没有办法弥补他的家属心中的悲痛,马来西亚也因为加巴星逝世而显得更不幸。

加巴星在世时不余遗力地推动行动党成为马来西亚人的政党,他也一直推广我们的对公义、自由及民主的追求。他不只创造历史,成为行动党第一个非华裔全国主席,他也善用他在法律方面的本领,展现“马来西亚人的马来西亚”的本质,他捍卫每个人的权利,不论他们来自哪一个种族、宗教、背景甚至国藉。对加巴星而言,任何一个角落的不公义,就是对全体的不公义。

我回故加巴星的点点滴滴。加巴星是少数几个从内在发光、并照亮许多人的行动党领袖,大家都记得他的好。他备受尊敬,因为他关心别人,他愿意成为很好的聆听者,他有独特的能力让与他说话的人感觉被重视。

加巴星重视其他人的需要胜过自己。这个过程中,他承受了许多痛苦,也失去不少东西。他经历一次又一次的被打败、被认可、过后复原后站起来。但是他告诉我,痛苦和苦难是斗争的一部分,就算把烙铁注入灵魂也是有用的。他不只一次说:“看看我和吉祥。我们都在大选中输过,我们也坐过牢,但是我们都没有因此被击垮。”他相信失败只是一时的,也是考验对我们原则信仰坚持的磨练。

加巴星也忠诚于老同志 ,特别是林吉祥和曾敏兴医生,以及其他在行动党大败时期依然和我们站在一起的党同志。在对付强权打压的政权, 他共同进退,共患难。

我非常怀念加巴星,身为一个领袖 、导师,他不只给予希望,他也启发了我们要紧守原则,乐观以对。我怀念他发自内心的开怀大笑,足以鼓励我们,让我们在面对打击时,一次又一次的振作起来。最重要的是,我怀念他不屈不挠的精神,勇往直前,不论他所坚持的是不是讨好的局面。

安息吧,加巴星,我们会永远记得你。

林冠英