Surat kpd PM: GOODS AND SERVICES TAX (GST) TELAH MEMAKSA PENIAGA KECIL MENGHENTIKAN PERNIAGAAN (m/c)

PSUKPP/21/0353/26 Klt. 2 (3)
2 April, 2015

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Menteri Kewangan Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA

[No. Faksimili: 03 – 88823054]

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,

GOODS AND SERVICES TAX (GST) TELAH MEMAKSA PENIAGA KECIL MENGHENTIKAN PERNIAGAAN

Dengan hormatnya kami ingin memaklumkan kepada YAB Dato’ Sri kesan negatif daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax (GST) yang telah melandai pelbagai sektor perdagangan, khususnya industri perniagaan kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat tradisional di Negeri Pulau Pinang.

2. YAB Dato’ Sri sendiri telah memberi jaminan bahawa YAB Dato’ Sri sendiri akan mempertahankan hak rakyat daripada sebarang kesulitan ekoran pelaksanaan GST kerana ianya bukan untuk membebankan rakyat. Namun, senario peniaga industri perniagaan kecil yang terpaksa gulung tikar menunjukkan keadaan sebenar adalah sebaliknya.

3. Di Pulau Pinang sahaja, beberapa peniaga kecil yang beroperasi puluhan tahun terpaksa menghentikan perniagaan mereka, berikutan terhimpit dengan karenah birokrasi dan perbelanjaan tambahan daripada pelaksanaan GST. Senarai peniaga-peniaga tersebut dilampirkan untuk rujukan YAB Dato’ Sri.

4. Kami menjangkakan, ada lebih ramai lagi peniaga kecil yang terpaksa mengambil tindakan yang sama. Mungkin YAB boleh menggunakan peluang ini untuk menunaikan janji dengan menunjukkan jenis bantuan yang boleh diberikan kepada mereka.

5. GST bukanlah satu cukai yang mudah difahami dan kesulitan yang timbul memerlukan penggunaan komputer dan perisian (software) spesifik GST bagi menguruskan pembayaran GST. Oleh kerana kebanyakan peniaga kecil ini adalah buta huruf dan buta IT, kesukaran menguasai pengetahuan baru ini dan kos perbelanjaan tambahan telah memaksa mereka memilih untuk gulung tikar atau menghentikan perniagaan.

6. Kami juga ingin menarik perhatian YAB Dato’ Sri bahawa penutupan perniagaan kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat tradisional di Negeri Pulau Pinang akan menyebabkan kita kehilangan salah satu penyumbang ekonomi tradisi dan memberikan perkhidmatan penting kepada masyarakat tempatan, khususnya di kawasan luar bandar. Bukan itu sahaja, kesan jangka masa panjang yang merisaukan kami adalah peniaga-peniaga ini yang sebelum ini berdikari sendiri, sekarang menjadi penganggur. Secara tidak langsung, ini akan menyumbang kepada kenaikan kadar ketidaksaksamaan pendapatan.

7. Realitinya, peniaga-peniaga kecil ini yang memberikan khidmat kepada masyarakat tempatan di kawasan luar bandar khususnya, bukan sahaja penting untuk negara kita, tetapi mereka merupakan keperluan serta menjadi tulang belakang kepada penduduk luar bandar tersebut.

8. Bagi pihak Kerajaan Negeri, kami juga ingin meminta pengecualian pembayaran GST ke atas semua projek Kerajaan Negeri untuk tujuan awam seperti jalan raya, longkang, balai rakyat, taman hijau, pembinaan gelanggang futsal dan sukan, pembinaan rumah mampu milik dan perumahan awam serta penaiktarafan pasar yang mana adalah suatu ‘public good’ yang bukan laba (non-profit).

9. Sehubungan itu, kami sekali lagi mengulangi pendirian adalah wajar untuk GST ditangguhkan untuk suatu tempoh waktu kerana sememangnya GST membebankan dan mendatangkan pelbagai masalah serta implikasi buruk terhadap rakyat jelata.

10. Di samping itu, Kerajaan Persekutuan juga perlu mempertimbangkan semula agar had ‘threshold’ jumlah jualan dikenakan GST dinaikkan daripada RM500,000.00 kepada RM2 juta setahun, demi membantu peniaga-peniaga kecil ini. Penurunan nilai matawang ringgit Malaysia menjadikan ‘threshold’ RM500,000.00 nilai jualan setahun mudah dicapai oleh peniaga-peniaga kecil ini sungguhpun keuntungan adalah kecil kerana margin keuntungan begitu tipis sekali. Ianya sekaligus membebankan serta menjejaskan mereka.

11. Semoga YAB Dato’ Sri boleh mempertimbangkan permintaan ini, bukan sahaja untuk peniaga-peniaga kecil dan rakyat Pulau Pinang, tetapi juga bagi meringankan beban golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Ini adalah kerana ekonomi Negara Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) tahun untuk “menyesuaikan” diri dengan GST 6% yang akan memudaratkan masa depan keluarga-keluarga golongan bawahan, lebih-lebih lagi apabila hutang peribadi isi rumah adalah tertinggi di benua Asia iaitu sebanyak 88% Gross Domestic Product (GDP) atau hampir RM1 trilion.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,
(LIM GUAN ENG) Ketua Menteri Pulau Pinang

Lampiran:
Nama Kedai
1. Kedai Ubat Cina Ban Swee Choon
No. 2, Danby Street, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Mulai 1941
2. Kedai Ubat Cina Juru
106-B, Jalan Tengah, Juru, Pulau Pinang
mulai 2004
3. Kedai Runcit Chop Hoe Aik
94, Jalan CY Choy, George Town, Pulau Pinang
mulai 1955
4. Kedai Runcit Tatt Ming
Jalan Air Itam, Pulau Pinang
mulai 1967

***Kesemua peniaga-peniaga ini menghentikan perniagaan pada akhir Mac 2015

—–Mandarin —

槟州首席部长林冠英于2015年4月2日致函给首相拿督斯里纳吉,内容如下:

拿督斯里,

消费税导致小商家关门大吉

我们谨此向您反应消费税实施后的负面影响,它影响了各行各业,特别是小商家如:槟城的杂货店、传统药行。

2. 拿督斯里本人也已经给予保障那就是拿督斯里本身会捍卫人民的权利,不会让消费税引起民生不便,因为消费税不是为了增加人民负担。但是,随着小商家被迫关门大吉,证明了首相的言论适得其反。

3. 单单在槟城,就有很多经营了几十年的小商家被迫结束营业,因为他们无法应付GST所涉及的官僚制度和额外开销。有关商家的名单请见附件。

4. 我们预期还有更多小商家将被迫结束营业。你可能可以利用这个机会,给予这些小商家协助,以实践你的承诺。

5. 消费税不是一种容易让人明白的税务,它所产生的问题需要运用电脑及特别软件来解决,以处理消费税的支出。由于许多小商家是不识字或者是科技盲,在无法掌握这种最新知识及支付额外开销的情况下,他们只好选择停止营业。

6. 我们也希望首相关注,类似发生在槟城的杂货店或传统药店结束营业的情况,将导致我们失去其中一个传统及服务本地社区特别是郊外的经济贡献者。不只如此,长远来说我们所担心的是这些原本自立自主的小商家如今面临失业。如此一来将间接加剧收入贫富不均的情况。

7. 事实上,这些小商家,尤其是在郊外服务地方社区的小商家不只对我国非常重要,他们也是有关地区居民的主要商品供应来源。

8. 至于州政府本身,我们也要求在州政府诸如道路、水沟、民众会堂、公园、五人足球场及体育场、建可负担房屋、公屋及提升巴杀等所有的公共计划能够豁免消费税,因为这些计划都是非营利的“公有物”(public good)。

9. 有鉴于此,我们在此重申我们的立场,那就是有必要暂时展延消费税,因为消费税确实加重人民负担,带来不少问题及为人民带来不良后果。

10. 同时,联邦政府也必须重新考虑征收消费税的门槛能从每年营业额50万令吉提高到200万令吉,以协助小商家。马币贬值已经让小商家的营业额轻易就达到每年50万令吉的征收门槛,而且小商家们只能从微薄的价差中赚取微薄的利润。消费税影响及加重了小商家的负担 。

11. 希望首相慎重考虑这项请求,这不只是为了小商家及槟城人民,但也减轻了中低收入族群的重担。因为马来西亚的国家经济得耗时2年来适应6%的消费税,这将荼害底层人民的未来,尤其是当我国的家庭债务占据88%的国民生产总值或高达1兆令吉,冠绝全亚洲。

谨此,致谢。

林冠英
槟城州首席部长

附件
店名
1.
万瑞春中药店
No. 2, Danby Street, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
始于1941
2.
柔鲁药行企业
106-B, Jalan Tengah, Juru, Pulau Pinang
始于2004
3.
和益号杂货店
94, Jalan CY Choy, George Town, Pulau Pinang
始于1955
4.
达明杂货店
Jalan Air Itam, Pulau Pinang
始于1967
***上述商家已经在2015年3月杪结束营业。

0 Responses to “Surat kpd PM: GOODS AND SERVICES TAX (GST) TELAH MEMAKSA PENIAGA KECIL MENGHENTIKAN PERNIAGAAN (m/c)”


Comments are currently closed.