Letter from Y.A.B. Lim Guan Eng to PM Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Re: Penang International Airport (m/c)

KEPERLUAN MENAIK TARAF DAN MEMPERBESARKAN DENGAN SEGERA LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA
PULAU PINANG (LTAPP) YANG KINI SESAK DAN AKAN MELEBIHI HAD KAPASITI 6.5 JUTA PENUMPANG TAHUN INI

===================================
PSUKPP/21/0353/20 Klt.4 (18)
25Mac, 2015
YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
[No. Faks: 03 – 8888 3444]

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,

KEPERLUAN MENAIK TARAF DAN MEMPERBESARKAN DENGAN SEGERA LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA
PULAU PINANG (LTAPP) YANG KINI SESAK DAN AKAN MELEBIHI HAD KAPASITI 6.5 JUTA PENUMPANG TAHUN INI

Dengan hormatnya kami ingin menarik perhatian YAB Dato’ Sri berhubung surat permohonan awal kami berhubung perkara tersebut di atas bil. PSUKPP/21/0353/3 (2662/2014) bertarikh 30 Jun 2014.

2.Kedatangan pelancong asing dan tempatan kian berkembang pesat ke Negeri Pulau Pinang.Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) telah merekodkan pertumbuhan penumpang sebanyak 10% bagi tahun lepas iaitu daripada 5,485,756 penumpang pada 2013 kepada 6,034,593 pada tahun 2014.

3.Dengan melihat kepada pelbagai aktiviti serta program menarik yang sedang rancak berlangsung di negeri ini, dijangka pertambahan penumpang akan melepasi had kapasiti LTAPP sebanyak 6.5 juta penumpang pada tahun 2015. Kini LTAPP sesak dengan penumpang sehingga pada waktu puncak, keadaannya lebih kepada sebuah pasar malam berbanding sebuah lapangan terbang antarabangsa.Justeru itu,Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon sekali lagi agar LTAPP dinaik taraf dengan segera dan diperbesarkan, berikutanLTAPP hanya mampu menampung kapasiti pengguna seramai 6.5 juta orang sahaja.

4. Keperluan untuk memperbesarkan LTAPP amatlah terdesak dan perlu disegerakan demi mengelakkan kesesakan yang akan menjejaskan imej baik Malaysia kelak. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga ingin memohon agar pembesaran LTAPP ini merangkumi pembinaan landasan kapal terbang kedua, kemudahan kargo udara bersepadu dan hab ‘MRO’ Maintenance,Repair,Overhaul). Pada masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri telahpun membangkitkan permasalahan ini dan juga telah membuat permintaan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM600 juta.

5. Kerajaan Negeri telahpun membuat perancangan untuk menyediakan tanah bagi projek naik taraf dan pembesaran LTAPP ini, termasuklah kerja-kerja menambak laut ratusan ekar di bahagian selatan LTAPP.

6. Besarlah harapan kami agar pihak YAB Dato’ Sri dapat memberikan pertimbangan khas terhadap permohonan kami sekali lagi.Kelulusan YAB Dato’ Sri amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang
s.k. :
[1] Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Menteri Pengangkutan Malaysia
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Pejabat Menteri, Aras 10
No. 26, Jalan Tun Hussein
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
[No. Faks: 03 – 8888 0217]

致首相尊贵的拿督斯里纳吉

迫切需要提升及扩建日益拥挤及即将在今年超越650万人次客流量的槟城国际机场

我们谨此向尊贵的拿督斯里跟进于2014年6月30日曾致函申请的上述事项。

2.随着前来槟城的国内外游客剧增,槟城国际机场在去年创下了人次客流量的10%增长率,也即是从2013年的548万5756客流量,增至2014年的603万4593客流量。

3.加上州内各项精彩及具吸引力的活动随之上演,我们预料截至2015年,槟城国际机场的客流量将会超越其容量,也即是650万人次。目前,槟城国际机场已在颠峰期出现拥挤的现象,其处境像夜市场多过一个国际机场。因此,槟州政府再次提出申请,希望联邦政府可以即刻提升及扩大现有的槟城国际机场,因为我们估计,槟城国际机场只能容纳650万人次。

4.目前,扩建机场的需求是非常地迫切,并需加速进行,以避免出现足以影响马来西亚声誉的机场过度拥挤局面。槟州政府谨此提出申请,希望是次的机场提升计划,能够囊括第二跑道、综合货运枢纽,以及一个航空设施枢纽(即航空维修、修理及检查总站)。此外,州政府也已在提呈第11大马计划申请书时,将总值6亿令吉的机场扩建计划纳入其中。

5.州政府也准备了足够的土地面积,作为是次提升及扩建机场计划之用,包括在现有国机场南部,展开数百英亩的填海工程。

6.我们恳请尊贵的可以考虑我们的申请,并期待着您的正面回复。

槟州首席部长
林冠英
副本呈:
交通部长拿督斯里廖中莱