Harga Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang Ikut Garispanduan Tidak Melebihi RM400,000 Tidak Macam Harga Rumah Mampu Milik Agensi Kerajaan Pusat yang Hampir RM2 Juta!(BM/CN)

Harga Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang Ikut Garispanduan Tidak Melebihi RM400,000 Tidak Macam Harga Rumah Mampu Milik Agensi Kerajaan Pusat yang Hampir RM2 Juta!

Berikut adalah surat daripada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin pada tarikh 23 Oktober 2014

——————————————————————————————————
PSUKPP/21/0353/22(4038/2014)

23 Oktober 2014

YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Timbalan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Barat
Bangunan Perdana Putra
62502 Putrajaya
Malaysia

YAB Tan Sri Dato’,

PROJEK PERUMAHAN YANG DILAKSANAKAN OLEH LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA) DAN JKP SDN. BHD. YANG BELUM MENDAPAT KELULUSAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perbualan kami mengenai perkara di atas. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Bin Osman mendakwa bahawa kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak meluluskan projek-projek PERDA, UDA dan JKP Sdn. Bhd.

2. Dalam siri surat-menyurat di antara Datuk Zainal Abidin Bin Osman dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa, YB Tuan Jagdeep Singh Deo, jelas membuktikan bukan kesemua unit perumahan yang dilaksanakan oleh PERDA dan JKP Sdn. Bhd. sepertimana yang disenaraikan oleh Datuk Zainal Abidin Bin Osman adalah untuk perumahan mampu milik.

3. Malahan, adalah didapati bahawa ada unit-unit perumahan yang ingin dibina oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd terdiri daripada harga rumah mewah yang melebihi harga perumahan mampu milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Rumah mampu milik yang dibina oleh Kerajaan Negeri menerusi Penang Development Corporation (PDC) adalah berharga RM250,000.00 untuk bahagian Seberang dan RM400,000.00 untuk bahagian Pulau. Harga rumah mampu milik Kerajaan Negeri mematuhi garis panduan Kerajaan Persekutuan dengan tidak melebihi harga RM400,000.00. Manakala untuk rumah mampu milik yang ingin dibina oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd adalah termasuk rumah-rumah yang harganya mencecah RM575,000.00 di bahagian Seberang dan RM1.85 juta di bahagian Pulau.

4. Lagipun, daripada 15 projek PERDA dan JKP yang disenaraikan, 11 projek tersebut akan dibangunkan di atas tanah yang dimilikinya melalui pengambilan tanah untuk tujuan awam dan bukan dibeli daripada pihak swasta. Pengambilan tanah dijalankan untuk membina rumah awam dan mampu milik dengan kos pengambilan untuk tujuan begini adalah lebih rendah dan tidak sepatutnya menukarkan tujuan untuk membina rumah mewah.

5. Pada masa yang sama, terdapat masalah lain berhubung dengan projek JKP dan PERDA. Di antaranya ialah projek tersebut mempunyai isu-isu sosio-ekonomi seperti penempatan semula setinggan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kelulusan dapat diberikan.

6. Isu-isu harga unit perumahan yang tinggi, pemilikan tanah melalui pengambilan tanah untuk tujuan awam serta isu-isu setinggan perlu ditangani terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dapat dibuat berkenaan projek-projek PERDA dan JKP Sdn Bhd yang ingin dilaksanakan di Negeri Pulau Pinang.

7. Kerajaan Negeri tidak mempunyai masalah untuk meluluskan projek rumah kos rendah atau kos sederhana rendah tetapi perlu berhati-hati apabila ianya melibatkan pembinaan rumah mewah oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd. Kami berharap YAB Tan Sri Dato’, Timbalan Perdana Menteri boleh memahami tekanan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri sekiranya meluluskan projek bukan mampu milik tetapi merupakan rumah mewah di atas tanah yang diambil daripada rakyat atas janji membina rumah awam atau rumah mampu milik. Keadaan ini akan menjadi lebih rumit apabila masalah setinggan belum diselesaikan.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

Sk: (1) YB Dato’ Seri Haji Farizan Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Aras 25, KOMTAR
10000 Georgetown
Pulau Pinang

(2) En Mohd Ridhuan Bin Ismail
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Aras Bawah & 1
Prima Avenue 7, Blok 3510
Jalan Teknokrat 6
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

(3) YBhg. Dato’ Ahmad Faizal Abdul Rahman
Ketua Pegawai Eksekutif
Pengurusan Aset Air Berhad
Tingkat 24, Menara Multi-Purpose
Capital Square
No. 8, Jalan Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur

(4) YBhg. Dato’ Redza Rafiq
Ketua Eksekutif
Northern Corridor Implementation Authority (NCIA)
Aras 20 & 21, Menara KWSP
No. 38, Jalan Sultan Ahmad Shah
10050 Georgetown
Pulau Pinang

(5) YBhg. Datuk Dr Rahamat Bivi Bt Yusoff
Ketua Pengarah
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Blok B5 & B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

(6) YB Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Bangunan Perak Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh
Perak
Sk: (7) Ir Jaseni Maidinsa
Pengurus Besar
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd
Aras 32, Menara KOMTAR
10000 Georgetown
Pulau Pinang

(8) En. Safie Bin Hamzah
Ketua Jurutera
Badan Kawal Selia Air
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Level 45, KOMTAR
10000 Georgetown
Pulau Pinang

— CN Version —

槟州政府可负担房屋的价格依据条例,顶价不超过40万令吉,不如中央政府属下机构所兴建可负担房屋的价格近乎200万 令吉!

槟州首席部长林冠英于2014年10 月23日致函予副首相拿督斯里慕尤丁,内容如下:

致最尊贵的副首相丹斯里拿督斯里慕尤丁,

槟州区域发展机构(PERDA)和房屋发展局(JKP)的房屋计划仍未取得槟州政府的批准。

谨以此信,我曾在交谈中向您提起上述相关事宜。

槟州联邦政府行动理事会主席拿督再纳阿比丁控诉槟州政府不批准槟州区域发展机构、城市发展局和房屋发展局的各项计划。

2. 在拿督再纳阿比丁和槟州政府房屋及城乡规划行政议员佳日星的书信来往中,清楚说明并非所有由槟州区域发展机构和房屋发展局所进行的房屋单位,如拿督再纳阿比丁所列出的是兴建可负担房屋单位。

3. 同时,槟州政府发现槟州区域发展机构和房屋发展局有意兴建的一些房屋单位的列价是豪华房屋的价格,超过槟州政府可负担房屋的价格。槟州政府通过槟州发展机构所兴建的可负担房屋,在威省为25万令吉,槟岛则是40万令吉。而槟州区域发展机构和房屋发展局所要兴建的可负担房屋,其价格为在威省高达57万5000令吉,槟岛则是185万令吉。

4. 再说,槟州区域发展机构和房屋发展局的15项计划中,其中11项计划将兴建在徴用公共用途土地上,而非向私人界所购买。由于用于兴建公共房屋和可负担房屋的土地征用费用会比较便宜,因此不应该转建豪华房屋。

5. 与此用时,还有其他关于房屋发展局和槟州区域发展机构的问题。其中包括涉及社会经济的问题,比如木屋区住户安顿需在给予批准前解决。

6. 这些种种的问题,包括房屋单位价位高、徴用公共用途土地和木屋区问题,都必须在槟州政府未针对槟州发展区域机构和房屋发展局各项房屋计划作出任何决定前解决。

7. 槟州政府在批准兴建中低廉价屋上没有存在任何的问题,但是如果槟州发展区域机构和房屋发展局所推出的房屋计划涉及豪华房屋兴建时,州政府必须小心翼翼地处理。我们希望副首相丹斯里拿督斯里慕尤丁能够理解槟州政府所面对的压力。一旦给予计划的批准不是兴建可负担房屋而是豪华房屋,同时兴建在向人民徴用并已转为公共用途的土地上,没有兌现兴建公共房屋或可负担房屋的承诺。加上木屋区的问 题尚未解决,情况将会更复杂。

谨此,向您致谢

林冠英
槟州首席部长