Macam Mana Perdana Menteri Boleh Memperjuangkan Wasatiyah(Kesederhanaan) Tanpa Mengambil Tindakan Ke Atas NGO Ekstremis ISMA Yang Menghasut Rakyat Dengan Kebencian Dan Keganasan Bahawa “Politik Islam Adalah Melawan Kafir” Dan Menggunakan Fitnah Jahat Bahawa “DAP Tanamkan Kepercayaan Melayu Adalah Pendatang” Bila Wakil Gerakan Yang Sebutkannya? (BM/CN)

Kenyataan Akhbar Setiausaha-Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 26.10.2014.

Macam Mana Perdana Menteri Boleh Memperjuangkan Wasatiyah(Kesederhanaan) Tanpa Mengambil Tindakan Ke Atas NGO Ekstremis ISMA Yang Menghasut Rakyat Dengan Kebencian Dan Keganasan Bahawa “Politik Islam Adalah Melawan Kafir” Dan Menggunakan Fitnah Jahat Bahawa “DAP Tanamkan Kepercayaan Melayu Adalah Pendatang” Bila Wakil Gerakan Yang Sebutkannya?

DAP mengalu-alukan kenyataan Presiden sebuah NGO Islam Pertubuhan Ikram Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, yang menyeru masyarakat Malaysia supaya menghentikan tabiat gelar-menggelar seperti memanggil ‘pendatang’ dan ‘penceroboh’ kepada rakyat Malaysia yang bukan Melayu atau bukan Islam. Adalah betul orang ramai patut memberi fokus kepada usaha mencetuskan suasana saling hormat-menghormati dan memupuk persefahaman antara kaum dan agama di negara ini.

Dr Mohd Parid menyentuh hati rakyat Malaysia bila menyatakan “Apakah mungkin kaum bukan Melayu dan bukan Islam yang membangunkan negara ini dengan jiwa raga mereka terus digelar pendatang dan penceroboh sedangkan negara ini adalah tanah tumpah darah mereka? Imej Islam sebagai agama damai dan agama dialog harus dikekalkan dan unsur-unsur ugutan, amalan, dan hasutan yang semakin berleluasa pada hari ini mesti dibanteras.”

Macam mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memperjuangkan wasatiyyah(kesederhanaan) tanpa mengambil tindakan ke atas NGO ekstremis Ikatan Islam Malaysia (Isma) yang menghasut rakyat dengan kebencian dan keganasan bahawa “Politik Islam Adalah Melawan Kafir” dan menggunakan fitnah jahat bahawa “DAP Tanamkan Kepercayaan Melayu Adalah Pendatang” bila wakil Gerakan yang sebutkannya?

Ia jelas menunjukkan agenda politik kotor ISMA pro-BN dan anti-DAP dengan menyalahkan DAP untuk sesuatu yang dilakukan oleh Gerakan. Apakah jenis manusia atau organisasi ISMA ini yang bersedia untuk menggunakan fitnah jahat sedangkan dalam Islam, fitnah adalah satu dosa besar yang lebih berat daripada membunuh orang?

Kenyataan oleh Presiden ISMA Abdullah Zaik, membuktikan agendanya yang benci golongan anti-bukan Islam dengan kenyataan secara terus terang untuk melawan kafir, yang merupakan satu perkembangan baru yang amat bahaya. Kalau tindakan tidak diambil oleh Najib, negara Malaysia mungkin porak-peranda dan huru-hara kalau dibenarkan ISMA teruskan usaha mereka melawan kafir di atas nama Politik Islam.

Prinsip dan nilai yang tidak bermoral dan tidak beretika ISMA terserlah bila mereka bohong bahawa DAPlah yang menyebut orang Melayu pendatang bila ia disebutkan oleh seorang wakil parti komponen BN, Gerakan. Oleh itu kemungkinan besar, ISMA yang pakar menukarkan hitam jadi putih dan putih jadi hitam, akan terlepas daripada sebarang tindakan tegas sungguhpun telah mengeluarkan ucapan ekstremis yang mahu menggugat ketenteraman awam dan menanam kebencian terhadap golongan bukan Islam, yang harus dilawan kerana mereka kafir.

Adakah Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara akan bertindak terhadap ISMA? Kegagalan mereka akan menjadi Najib sunyi keseorangan dengan ayat-ayat manis wasatiyyah yang hanya merupakan omong-omong kosong. DAP percaya bahawa majoriti besar rakyat Malaysia mahu hidup dangan aman dan damai dan tidak berminat dalam usaha lawan-melawan di antara Islam dan bukan Islam menerusi sentimen dan perjuangan melawan kafir. Oleh itu rakyat Malaysia mesti bersatu berpegang teguh menentang sebarang keganasan dan kebencian yang dicanangkan oleh NGO ekstremis ISMA.

LIM GUAN ENG

— CN version —

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英於2014年10月26日在吉隆坡发表文告:
___________________________________________________________
如果首相不对极端组织穆斯林连线采取对付行动,那还谈何中庸之道?穆斯林连线以“伊斯兰政治就是对抗异教徒”为名,散播仇恨暴戾,更诬蔑民主行动党称呼马来人为外来者,而这明明是民政党所说。
___________________________________________________________
民主行动党欢迎伊斯兰非政府组织马来西亚关怀协会主席莫哈默巴利医生的言论,即呼籲马来西亚社会停止称呼任何一个非马来人或非穆斯林为外来者、入侵者。这是一个正确的观点,人们应该关注於塑造一个相互尊重、了解的社会氛围,让国内不同的族群与宗教平和相处。

莫哈默巴利医生道出令人触动的话:“非马来人及非穆斯林用他们的全部生命为这个国家做出建设与贡献,他们生於斯、长于斯,但却不断被人否定,並指为外来者或入侵者,该情何以堪?伊斯兰给人的印象是和平的宗教,所以宗教对话必须张开,任何恐吓、嚣张跋扈的行为都应该被禁止。”
但,如果首相不对穆斯林连线组织采取对付行动,那还谈何中庸之道?穆斯林连线以“伊斯兰政治就是对抗异教徒”为名,散播仇恨暴戾,更诬蔑民主行动党称呼马来人为外来者,而这明明是民政党所说。

这已清楚显示穆斯林连线的龌龊政治伎俩,他们挺国阵、反火箭,把民政党做的归咎予行动党。像穆斯林连线这样意图不轨诬蔑别人的的组织究竟是个怎样的团体?在伊斯兰里,诬蔑的罪行可是重于杀人者。
穆斯林连线主席阿都拉再益的言论,在在证明了他的议程,即把非穆斯林塑型为异教徒,並鼓动穆斯林仇恨及对抗非我族类。这个趋势,是十分危险的。如果纳吉不准备对穆斯林连线采取行动,任由后者假伊斯兰政治之名来对抗异教徒,那将导致整个国家人心惶惶,动乱不堪。

当穆斯林连线谎称民主行动党把马来人较为“外来者”时,已经揭露了他们是一个没有原则与道德伦理可言的组织,事缘这明明是国阵成员党民政党党员的作为,但有关组织却诬赖行动党。穆斯林组织擅长颠倒是非黑白,即便是发表如此极端言论,意图威胁社会和谐及散播对非穆斯林的仇恨,但最终仍能相安无事。

内政府部长或者总警长会对穆斯林连线采取行动吗?若无,他们将陷首相於不义,使后者成为一个只会炒作美丽诗句,空谈中庸之道的人。民主行动党相信,大部分的马来西亚人希望彼此之间能够和睦共处,並不希望看到穆斯林与非穆斯林之间情绪性的敌对厮杀。有鉴于此,马来西亚人应该团结一致,将矛头指向散播仇恨暴戾的非政府极端组织——穆斯林连线。

林冠英