Dalam satu mesyuarat EXCO tergempar hari ini yang disokong oleh semua 30 ADUN PR daripada DAP, PAS dan PKR, 8 usul berikut telah dicapai.

Kenyataan Akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang Pada 1.9.2014.

1 Mengecam dengan sekeras-kerasnya arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan tangkapan besar-besaran 156 peserta Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang(PPS) yang tidak bersalah semasa mereka menghadiri perarakan tahunan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2014 di Padang Kota Lama, termasuk Ahli EXCO Kebajikan Masyarakat dan Alam Sekitar YB Phee Boon Poh, yang telah pun dipertanggungjawabkan oleh EXCO Pulau Pinang untuk menguruskan hal ehwal PPS.

2 Menganggap semua 156 peserta PPS yang ditahan adalah wira masyarakat Pulau Pinang kerana ditahan bukan kerana melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang tetapi melakukan kerja-kerja amal yang baik.

3 Menegaskan bahawa PPS adalah badan yang sah diluluskan oleh kerajaan negeri menerusi mesyuarat EXCO pada 8 April 2009. Cara PPS diluluskan adalah sama dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ataupun JKKK(P) yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum 2008. Matlamat PPS adalah untuk membantu kerja bantuan bencana dan kecemasan serta memberikan segala bantuan kepada pihak polis jika diperlukan. Semua rakyat Pulau Pinang dibenarkan

mengambil bahagian tanpa kira kaum, agama ataupun latarbelakang. Kini peserta-peserta PPS yang berbilang kaum merangkumi 9,002 orang yang terdiri daripada 2,970 orang Melayu(33%), 5,123 Cina(57%) dan 873 India(10%). Sejak kelulusan itu PPS telahpun menjalankan tugas mereka dengan baik dengan restu pihak polis. Selama 4 tahun ini, PPS tidak menghadapi sebarang masalah dengan pihak polis kecuali satu dua insiden yang telahpun diambil tindakan disiplin oleh kerajaan negeri dan hukuman oleh mahkamah. Perlu ditekankan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana perlakuan tidak berdisiplin atau yang bersifat jenayah oleh peserta PPS.

4 Mengecam kenyataan menghasut Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa PPS adalah pertubuhan haram dan fitnah jahat beliau bahawa peserta PPS adalah samseng. Menyokong penuh saranan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mencabar Ketua Polis Negara berbahas tentang perkara ini untuk menentukan kebenaran.

5 Menyediakan bantuan guaman dan kewangan untuk membantu 156 ahli PPS dan YB Phee yang ditahan polis, untuk menghadapi proses perundangan mahkamah. Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan. Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka serta membuktikan kesahihan PPS.

6 Memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS. Melahirkan harapan bahawa masyarakat setempat di Pulau Pinang boleh menggantikan peranan yang dimainkan oleh PPS selama ini dengan membantu pihak polis menjalankan kepolisan masyarakat untuk mencegah jenayah demi mengekalkan kedudukan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang paling selamat di Malaysia.

7 Mendesak bahawa kesemua 135 peserta PPS yang ditangkap oleh polis dibebaskan dengan segera dan tidak terus dianiayai dengan perintah reman, selepas 21 peserta PPS dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi 1 September 2014.

8 Mengutuk perbuatan khianat dan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang melontarkan “Molotov cocktail” ke dalam kediaman YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang jelas bertujuan untuk mencederakan dan mengugut beliau untuk niat jahat yang belum dikenalpasti. Meminta pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan keselamatan peribadi dan kediaman YAB Ketua Menteri serta menangkap penjenayah-penjenayah tersebut.

Diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi pihak EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan 30 ADUN PR Pulau Pinang

槟州行政议会于2014年9月1日发表的文告:

在今日举行的紧急行政议会中,以下的8项议案获得行政议会一致通过,并获得30名民联,即民主行动党、公正党及伊斯兰党的州议员支持。

1 强烈谴责全国总警长丹斯里立卡阿布巴卡滥用权力,指示槟警方趁着8月31日在旧关仔角举行国庆日游行时,大幅度逮捕没有犯下任何过错的156名志愿巡逻队(PPS)队员,这当中包括掌管社会福利及环境的槟州行政议员彭文宝,因他是受槟州行政议会委托,负责处理志愿巡逻队(PPS)事宜。

2 我们认为,被逮捕的156名志愿巡逻队队员是槟州社会的英雄,他们并不是因为触犯任何法律而被捕,反之,他们是执行良好的义务工作而遭警方逮捕。

3 我们谨此强调,志愿巡逻队(PPS)是一个合法,并在2009年4月8日槟州行政议会批准下成立的合法机构。志愿巡逻队PPS成立的方式,与州政府所成立的乡村发展暨治安委员会(JKKK),以及 2008年大选后,由联邦政府所成立的联邦乡委会JKKK(P) 是一样的。志愿巡逻队的宗旨是协助天灾及紧急情况的救援工作,并在需要时给予警方任何形式的协助。所有的槟城人,不管来自哪一个种族、宗教或背景,都被允许加入志愿巡逻队PPS。目前,志愿巡逻队PPS的9002名成员,囊括各种族人民,即 2,970马来人(33%)、 5,123名华人(57%)及873 名印度人(10%)。自获得批准成立以来,志愿巡逻队PPS经已在警方的祝福下,很好地执行他们的任务。在过去的4年内,志愿巡逻队 PPS 并没有面对来自警方的任何问题,除了一两宗州政府已经采取纪律行动,以及法庭已经裁决处分的个案。需要强调的是,州政府将对任何没有纪律或犯罪的PPS成员采取严厉的行动。

4 严厉谴责全国总警长的煽动性言论,指志愿巡逻队PPS是非法组织,以及他邪恶地指责志愿巡逻队队员是流氓(Samseng)。我们全力支持首长林冠英的建议,即挑战全国总警长就此事公开辩论。

5 为156名遭警方逮捕的志愿巡逻队队员及行政议员彭文宝提供法律及财务援助,以面对法庭诉讼程序。所有被逮捕的志愿巡逻队队员,每一个扣留天,将会获得200令吉援助,外加任何因遭到扣留而引致的合理损失。槟州政府将会委任律师,以协助他们辩护,并证明志愿巡逻队PPS的正当性。

6 行政议会议决,暂停全部志愿巡逻队队员在槟城的一切活动,直到法庭就志愿巡逻队的正当性作出裁决为止。我们也期望,州内各社区能够暂代志愿巡逻队一直以来所扮演的角色, 协助警方展开社区巡逻,防止罪案的发生,以保住槟城作为马来西亚最安全州属的地位。

7 在21名志愿巡逻队队员在2014年9月1日凌晨获保释外出后,我们促请警方尽早释放另135名尚被扣留的志愿巡逻队队员,以免他们在延长扣留令下,继续被冤枉。

8 谴责奸诈和邪恶的不负责任者,向槟州首席部长林冠英的私邸抛掷煤油弹的行为。此举明显地有意致伤或威胁首长,唯动机未确定。要求警方采取适当的行动,加强首长的个人及私邸之保安,并将相关的犯罪者逮捕归案。

由槟州首席部长林冠英代表槟州行政议员及30名槟州民联州议员发表的声明。