Mendukung Kebenaran, Keadilan Dan Kedaulatan Undang-undang Tanpa Double-standard Dalam Bidang Ekonomi, Sosial, Rasuah Dan Politik Negara.(bm/cn)

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1435 DAP Oleh Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan Lim Guan Eng Di Kuala Lumpur Pada 27.7.2014.

Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada umat Islam di mana sahaja berada serta selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia. Kepada mereka yang bertugas pada 1 Syawal ini, khususnya anggota keselamatan negara kita, saya luahkan rasa syukur atas kegigihan dan pengorbanan mereka untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan kita semua.

Sesudah berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadan, inilah masanya umat Islam riang gembira menyambut ketibaan Hari Raya. Namun kemeriahan Aidilfitri kali ini sudah tentu diinsafi dengan tragedi yang menimpa Malaysia.

Saya bagi pihak DAP ingin sekali lagi merakamkan rasa kepiluan dan kesedihan serta doa kami kepada keluarga dan kenalan mangsa-mangsa tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine baru-baru ini. Dan juga MH370 yang masih kehilangan di Lautan Hindi.

DAP juga bersama rakyat Malaysia yang prihatin sentiasa berdoa demi keselamatan dan keamanan di bumi Palestin. Kami menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk bebaskan diri dari serangan dan keganasan Israel ke atas Gaza. Inilah juga harapan DAP yang saya yakin dikongsi bersama oleh majoriti rakyat Malaysia, termasuk umat Islam di negara ini yang sama-sama cintakan keamanan dan demokrasi.

Kita harus mendokong kebenaran, keadilan dan kedaulatan undang-undang tanpa double-standard dalam bidang ekonomi, sosial, rasuah dan politik negara. Tumpuan utama harus diberikan kepada ekonomi memandangkan negara kita menghadapi krisis hutang bukan sahaja hutang kerajaan persekutan sebanyak RM 541 bilion atau 54% GDP tetapi juga dengan hutang peribadi isi rumah yang kedua tinggi di Asia sebanyak 87% GDP atau RM 854.3 billion pada akhir 2013.

Selagi amalan rasuah tidak dapat diatasi dengan menerima pakai sistem tender terbuka secara kompetitif maka hutang kerajaan persekutuan tetap akan terus naik untuk membiayai projek-projek. Dengan inflasi, GST 6% dan harga barangan naik, kos hidup akan naik kepada 80% penduduk yang memperolehi Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah Purata kurang daripada RM4,573(pada akhir 2012).

Demi mengurangkan beban kewangan daripada membayar hutang mereka, kerajaan persekutuan harus mengkaji apakah jenis bantuan untuk golongan yang terpaksa mengambil hutang peribadi. Contoh Korea Selatan yang “mengampunkan” sampai 50% hutang peribadi untuk golongan miskin boleh dipertimbangkan.

Selain daripada masalah sosial seperti gejala dadah, isu gelandangan adalah berkontroversi dengan tindakan yang dijanjikan diambil selepas Hari Raya Aidilfitri oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan.

Isu politik yang paling besar selepas Hari Raya Aidilfitri ialah samada sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan PR mungkin pecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji kepada keputusan yang telahpun dicapai secara bersama.

Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PR boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival PR akan terus terguggat. Tanpa PR, Malaysia akan kembali balik kepada era monopoli kuasa yang rakus menindas rakyat dan hanya memihak kepada kroni tertentu.

Semoga semangat 1 Syawal yang bermula dengan saling bermaaf-maafan akan membuka hati kita untuk sama-sama berjuang ke arah Malaysia yang berjiwa rakyat.

LIM GUAN ENG

—– Mandarin Version —

民主行动党秘书长林冠英兼峇眼区国会议员于2014年7月27日在吉隆坡发表开斋节献词,重点如下:

在经济、社会、肃贪及国家政治方面,拥抱真理、公义、贯彻司法,勿持双重标准。

我仅代表行动党再次对于在乌克兰被击落的马航MH17客机、全体罹难者及家属表示哀悼,以及尚失联于印度洋的马航MH370客机。
行动党也与全体国人一样,经常为巴勒斯坦的安全及和平而祷告。我们支持巴勒斯坦人民的斗争,希望当地人民早日免于以色列对加沙的袭击和暴行。我也有信心与大多数马来西亚人民分享行动党的愿望,包括同样热爱和平及民主的穆斯林。

我们也应该在经济、社会、肃贪及国家政治方面,拥抱真理、公义、贯彻司法,勿持双重标准。我们应该把焦点放在经济上,我国面对严重债务危机,不只是联邦政府的债务达5410亿令吉(或国内生产总值的54%),我国个人家庭债务也是全亚洲第二高,截至2013年底,个人家庭债务达国内生产总值的87%或8543亿令吉。

只要贪污问题持续猖獗、不推行公开竞争招标,联邦政府的债务将会继续攀升,以支付各种项目的开销。2012年底,我国80%的家庭月入平均低于4573令吉,他们将受通膨、消费税6%及百物上涨的冲击。

为了减轻他们的债务负担,联邦政府应该研究要以何种形式帮助那些需要个人贷款的群体。例如,韩国曾经为贫穷人士“豁免”高达50%的个人债务,这是可以被考虑的。

除了毒品这类社会问题,直辖区部长拿督斯里东姑安南承诺在开斋节后对流浪者采取行动也是非常具争议的。

开斋节后最严重的政治问题是马来西亚的两线制是否还会继续存在,由于其中一个成员党不愿意尊重及遵守民联各成员党所达致的共识,导致民联可能分裂。

这是如果民联最高理事会共同做出的决定,可以被某个方面草率地否决,这等于威胁了民联的信望及生存。没有了民联,马来西亚继续沦回到政治权力垄断的局面,人民继续被欺压、朋党继续从中谋利。

我们希望这个开斋节,各方达致共同谅解、开放胸怀,共同迈向以民为本的马来西亚。

林冠英

0 Responses to “Mendukung Kebenaran, Keadilan Dan Kedaulatan Undang-undang Tanpa Double-standard Dalam Bidang Ekonomi, Sosial, Rasuah Dan Politik Negara.(bm/cn)”


Comments are currently closed.