MENAIK TARAF DAN MEMPERBESARKAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG (LTAPP) DENGAN KOS RM600 JUTA UNTUK DUA (2) LANDASAN KAPAL TERBANG (RUNWAY), KEMUDAHAN KARGO UDARA BERSEPADU DAN HAB ‘MRO’ (MAINTENANCE, REPAIR, OVERHAUL)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 6 Julai 2014

PSUKPP/21/0353/3(2662/2014)

30 Jun, 2014

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra SERAHAN TANGAN
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,

MENAIK TARAF DAN MEMPERBESARKAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG (LTAPP) DENGAN KOS RM600 JUTA UNTUK DUA (2) LANDASAN KAPAL TERBANG (RUNWAY), KEMUDAHAN KARGO UDARA BERSEPADU DAN HAB ‘MRO’ (MAINTENANCE, REPAIR, OVERHAUL)

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian YAB Dato’ Sri berhubung perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan bahawa kedatangan pelancong asing dan tempatan yang berkembang pesat ke Negeri Pulau Pinang amatlah memberangsangkan sehingga sukar untuk membuat tempahan bilik hotel baik di kawasan Pulau mahupun di Seberang Perai. Justeru itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon agar Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dinaik taraf dengan segera dan diperbesarkan berikutan pertambahan penumpang dalam tempoh enam (6) tahun lepas kepada 5.5 juta penumpang pada tahun 2013. LTAPP hanya mampu menampung kapasiti pengguna seramai 6.5 juta orang sahaja. Pertambahan penumpang dijangka melepasi had kapasiti penumpang pada tahun depan.

3. Sehubungan itu, keperluan untuk memperbesarkan LTAPP amatlah logik dan perlu disegerakan demi mengelakkan kesesakan dan ketidakselesaan kepada penumpang kelak. Kegagalan berbuat demikian akan mencemarkan imej antarabangsa negara dan Negeri Pulau Pinang. Pembesaran LTAPP ini termasuklah pembinaan dua (2) landasan, kemudahan kargo udara bersepadu dan hab ‘MRO’ (Maintenance, Repair, Overhaul) yang dijangka memakan perbelanjaan sebanyak RM600 juta.

4. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telahpun bersedia membuat perancangan awal dengan pengambilan tanah seluas 70 ekar berhampiran LTAPP serta tebus guna perairan laut di bahagian selatan LTAPP. Sekiranya perlu, Kerajaan Negeri bersedia memperuntukkan tambahan seluas 500 ekar tanah tebus guna di bahagian selatan LTAPP untuk projek penaiktarafan.

5. Memang benar LTAPP sangat memerlukan dua (2) landasan dan hab ‘MRO’. Projek pembesaran ini perlu kerana Pulau Pinang merupakan lokasi utama bagi Foreign Direct Investment (FDI) di Malaysia. Ini boleh dilihat dengan pelaburan oleh syarikat pembuatan elektronik terkemuka yang berjenama. Lagipun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menandatangani perjanjian usahasama RM11.3 bilion bagi membangunkan Taman Perindustrian Teknologi Tinggi di Batu Kawan di antara Temasek Holdings Singapura dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada tahun ini.

6. Di samping itu, sektor perkhidmatan semakin meningkat dan dipergiatkan susulan pelancaran hab Business Process Outsourcing (BPO) yang bernilai RM3.3 bilion pada 1 Mac 2014. Ini berikutan kejayaan membangunkan sektor perkhidmatan yang merangkumi syarikat utama seperti Air Asia, syarikat minyak masak gergasi Wilmar, syarikat Amerika Syarikat IHS serta SAP dari Jerman. Paling menarik adalah Citi Group yang menggaji 1,000 pekerja tempatan berpendapatan tinggi yang menguruskan 25 juta transaksi dengan nilai USD 5.8 trilion setahun. Menerusi fokus kepada sektor perkhidmatan, nescaya hab BPO yang menjanakan pekerjaan berpendapatan tinggi ini akan meningkatkan penggunaan LTAPP.

7. Aliran kargo juga dijangka meningkat dengan peningkatan pelaburan sebanyak RM40,049 juta pada tempoh 2008 hingga 2013 berbanding dengan jumlah pelaburan bagi tempoh enam (6) tahun sebelum ini iaitu 2002 hingga 2007 sebanyak RM21,095 juta. Ini boleh dilihat dengan volume kargo udara di LTAPP seperti jadual di bawah. Oleh itu, satu kemudahan kargo udara bersepadu adalah diwajibkan.

20140706 b

8. Sungguhpun volume kargo udara menurun di antara tahun 2006 ke 2012, peningkatan yang ketara berlaku pada tahun 2013 kerana pelaburan dalam sektor pembuatan memerlukan ‘gestation period’ untuk mulai siap dibina dan pengeluaran produk. Adalah dijangka pelaburan sebanyak RM40,049 juta dalam tempoh enam (6) tahun kebelakangan ini akan menambahkan permintaan kargo udara untuk tahun akan datang.

9. Kerancakan pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang secara langsung dan tidak langsung akan menjana peningkatan kedatangan pelabur serta pelancong tempatan dan asing ke negeri ini. Maka, LTAPP mempunyai keperluan mendesak untuk dinaik taraf dan juga diperbesarkan sesuai dengan status antarabangsanya.

10. Besarlah harapan kami agar pihak YAB Dato’ Sri memberikan pertimbangan khas terhadap permohonan ini dan sekaligus meluluskannya. Pihak saya juga bersedia untuk berjumpa dengan
YAB Dato’ Sri dan YB Menteri Pengangkutan bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut jika perlu. Kelulusan YAB Dato’ Sri amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang

s.k. :

[1] YB Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62616 PUTRAJAYA

——Mandarin Version —

槟州首席部长林冠英于2014年7月6日在乔治市发表给首相的信函:

PSUKPP/21/0353/3(2662/2014)

30 Jun, 2014

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra SERAHAN TANGAN
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri,

拨款6亿令吉提升及扩建槟州国际机场(LTAPP),增加两条机场跑道、拥有完整综合空运设施,以及一个航空维修、修理及检查(MRO)中心

2. 前来槟城的外国及本地游客人次逐年增加,现在不只很难在槟城订到酒店客房,威省也一样。因此,槟州政府促请贵部拨款提升及扩建槟城国际机场,机场游客人次从2013年自今六年期间增加了550万人次。槟国际机场的乘客承载量只是650万人次而已。我们预料到了明年机场将超出其原有的乘客承载量。

3. 此外,我们有必须立即扩建槟国际机场,这是符合逻辑的,因为这是为了阻止阻塞及让乘客更加舒服。如果不这么做,国家及槟州的形象将受损。机场扩建包括增加两条机场跑道、拥有完整综合空运设施,以及一个航空维修、修理及检查(MRO)中心,预料耗资6亿令吉。

4. 槟州政府也已经提早做好准备,收购了机场附近70英亩的土地,并且在机场附近的海域进行填海。若有需要,州政府准备额外拨款在机场南部进行填海500英亩,以进行提升工程。

5. 槟城国际机场非常需要两条跑道、拥有完整综合空运设施,以及一个航空维修、修理及检查(MRO)中心,槟城已是投资者的首选地,著名的电子电气投资者已经来到槟城,今年,新加坡淡马锡控股与槟州发展机构签署了价值13亿令吉的联营计划,在峇都加湾发展高科技工业园。

6. 此外,,槟州服务业日益成长,随着今年启用的33亿令吉业务流程外包中心而强化,入驻槟城的顶尖服务业包括亚航、食用油Wilmar, 美国公司IHS、德国公司SAP及花旗集团,后者每年全球信贷金融方面处理2500万单交易,价值高达6万亿美元,提供1000个就业机会。通过把焦点集中在服务业,业务流程外包中心将制造高收入就业机会,并提高槟州国际机场的使用。
7. 比起2002年到2007年同时期的投资额210亿9500万令吉,机场货物流量也预算增加,投资额在2008年至2013年期间增加400亿4900万令吉。这可以从槟州国际机场的货物吞吐量看出(见表),因此,综合性空运设施是有必要的。

20140706 a
8. 虽然空运货物吞吐量在2006年至2012年期间不断下跌,但是2013年出现明显的增加,因为制造业的投资从开始兴建到投入生产需要一段“孕育期”。预料最近六年价值400亿4900万令吉的投资,将增加接下来几年空运货物的需求。

9. 槟州经济成长也直接及间接地增加投资者及国内外游客的到来。因此,槟国际机场有必要提升及扩建,以符合它做为国际机场的地位。

10. 我们希望首相可以特别考虑并批准这项申请。我也准备为此与首相及交通部长会面进一步详谈。

林冠英
槟州首席部长

s.k. :

[1] YB Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62616 PUTRAJAYA