Bilakah Syarikat Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd. Akan Memulakan Kerja Pengorekan Utama Untuk Mendalamkan Laut (bm/cn)

Kenyataan Media oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang Pada 30 Jun 2014, Di Komtar, George Town, Pulau Pinang

Bilakah Syarikat Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd. Akan Memulakan Kerja Pengorekan Utama Untuk Mendalamkan Laut Daripada 11.5 Meter Kepada 14.5 Meter Sebanyak RM353 Juta Dan Berapa Banyak Wang Akan Disuntikkan Ke Dalam Pelabuhan Pulau Pinang

Inilah jawapan yang tidak diberikan oleh YAB Perdana Menteri dalam Parlimen semasa menjawab soalan berkaitan dengan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang. Kedua-dua perkara ini penting demi menjamin vialibiliti operasi kewangan, pengurusan profesional dan masa depan Pelabuhan Pulau Pinang yang mampu berdaya saing dengan pelabuhan lain.

Dengan kemasukan pelabuhan di antara yang terbesar di Malaysia, Pelabuhan Pulau Pinang memainkan peranan utama untuk menjana petumbuhan ekonomi. Oleh itu, demi prinsip akauntabiliti dan ketulusan, Kerajaan Persekutuan harus memberikan jawapan kepada rakyat Pulau Pinang atas kepentingan awam.

SOALAN NO: 88

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN LIM GUAN ENG
[BAGAN]
TARIKH : 17 JUN 2014 (SELASA)

SOALAN :

Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta PERDANA MENTERI menyatakan status penswastaan mega Pelabuhan Pulau Pinang dan Pangkalan Tentera Udara di Raja Malaysia di Butterworth yang melibatkan jumlah puluhan bilion ringgit. Mengapa tidak ada akauntabiliti rasmi daripada pihak Kerajaan Pusat kepada rakyat Pulau Pinang sehingga UMNO pun membantah.

JAWAPAN: YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID OMAR, METERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Syarikat Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd. (STSB) telah diperakukan sebagai pembida yang berjaya bagi cadangan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang melalui pemilikan ekuiti di dalam Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).

Rundingan mengenai terma-terma perjanjian telah dimuktamadkan dan Perjanjian Tambahan (Supplemental Agreement) penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang telah ditandatangani pada 23 November 2013.

Antara obligasi yang perlu dilaksanakan oleh syarikat STSB di Pelabuhan Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) menyediakan kemudahan pengangkutan feri untuk rakyat Pulau Pinang, khususnya yang berulang-alik pada setiap hari dari Butterworth ke Pulau Pinang (yang memerlukan kos yang besar, di mana Syarikat Seaport terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM16 juta pada setiap tahun);
(ii) mengambilalih kakitangan Pelabuhan Pulau Pinang;
(iii) mengambilalih beban hutang syarikat PPSB yang melebihi RM1.2 bilion;
(iv) menanggung kos pelaksanaan kerja-kerja pengerukan utama (capital dredging- dengan izin), dari 11.5 meter kepada 14.5 meter; dan
(v) membuat suntikan modal (cash injection – dengan izin) bagi menyokong pembangunan di pelabuhan berkenaan.

Pada dasarnya dalam penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang tidak timbul isu akauntabiliti memandangkan penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang telah dilaksanakan secara tender terhad (restricted tender – dengan izin) dan keputusan Kerajaan untuk menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang adalah berdasarkan pada pertimbangan komersial dan teknikal. Hasrat Kerajaan adalah untuk memastikan kesinambungan perniagaan dan pengoperasian Pelabuhan Pulau Pinang dapat diteruskan. Disamping itu, pihak Kerajaan juga memiliki (Special or Preference Share – dengan izin) di dalam syarikat yang mana ianya secara tidak langsung dapat memastikan kepentingan Kerajaan dipelihara.

Tuan Yang di-Pertua,

Mengenai status projek Pemindahan dan Pembangunan Semula Pengkalan Udara (PU) Butterworth pula, difahamkan ia masih di peringkat kajian cadangan Kementerian Pertahanan.

Sekian, terima kasih.

—————————————————————–

槟州首席部长林冠英于2014年6月30日在乔治市光大发表声明:
柔佛海港终站几时才开始耗资3亿5300万令吉,从现有11.5米挖到14.5米的挖深海床工程?又有多少资本将注入槟州港口?

首相没有在国会答复有关槟城港口私营化的问题,这对槟城港口的财务运营生存能力、专业管理,还有槟城港口未来是否能有能力和其他港口竞争都非常重要。
作为全国最大的港口之一,槟城港口在促进经济成长扮演主要角色,在问责和透明原则下,联邦政府应该以大众利益为前提,给槟州人民一个答案。

峇眼区国会议员林冠英于2014年6月17日在国会下议院口头提问:
请首相列出槟城港口和北海皇家空军基地私营化大型发展计划的状况和涉及款项,为什么联邦政府没向槟州人民公开问责,甚至连巫统都反对。

首相署部长斯里阿都华希奥马的答复:
柔佛海港终站(Seaport Terminal Johore)已经通过股权取得槟城槟州港口公司私有化计划的拥有权, 合约上的条款已经过会谈作出最后决定,于2013年11月23日签署槟州港口有限公司私有化附加协议合约。

柔佛海港终站必须执行的包括:提供槟城人民渡轮服务,尤其是每日往返槟威两地者(需要庞大成本,海港公司被迫每年承担1600万令吉亏损)、收纳槟城港口的员工、承担槟城港港口有限公司超过12亿令吉的债务、承担从11.5尺至14.5尺挖深海床工程的费用、注入资本支撑港口发展。

原则上槟城港口私营化并没有出现问责的问题,槟城港口私营化已经进行限制性招标(restricted tender),政府是基于商业和技术考量而私营化槟城港口,以确保槟城港口持续的运营和业务。同时,政府也在该公司拥有特别或优先股,间接确保政府利益获保证。

有关搬迁北海皇家空军基地搬迁和重建计划,国防部尚在探讨有关建议。