Macam Mana BN Boleh Berjiwa Rakyat Dan Memastikan Kegunaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Mencapai Sasaran Harian 17,000 Hingga 25,000 Pengguna Tanpa Memberikan Kadar Diskaun Sebanyak 20% Kepada Penduduk Pulau Pinang Sebagaimana Yang Dinikmati Oleh Pengguna Jambatan Pertama Pulau Pinang?(en/cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Dan Ahli Parlimen Bagan di Komtar, George Town Pada 20.6.2014

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasa kecewa dengan jawapan Parlimen oleh Menteri Kerja Raya bahawa kerajaan persekutuan tidak berhasrat untuk mengecualikan bayaran kepada pengguna motosikal dan juga tidak memberikan kadar diskaun sebanyak 20% kepada pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagaimana yang dinikmati oleh penduduk Pulau Pinang yang menggunakan Kad “Touch ‘N Go” di Jambatan Pulau Pinang.

Kami turut kecewa dengan jawapan Menteri bahawa cadangan pengecualian tol kepada kenderaan kelas 0 (motosikal) di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah tidak dapat dilaksanakan. Alasan yang diberi adalah ia dikhuatiri akan menjadi “precedent case” bagi jambatan bertol yang lain, seperti di Jambatan Pulau Pinang dan LINKEDUA.

Macam Mana BN boleh berjiwa rakyat kalau tak mahu bantu golongan bawah dengan mengecualikan bayaran tol kepada pengguna motosikal? Pada masa yang sama, keengganan memberikan diskaun 20% ini telah mempunyai impak negatif dengan kegunaan hanya 13,000 kenderaan setiap hari di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ini. Macam mana sasaran harian 17,000 hingga 25,000 pengguna boleh tercapai tanpa memberikan kadar diskaun sebanyak 20% kepada penduduk Pulau Pinang sebagaimana yang dinikmati pengguna Jambatan Pertama Pulau Pinang?

Lagipun tol motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah lebih tinggi sebanyak RM1.70 berbanding dengan RM1.40 di Jambatan pertama. Pengguna Jambatan Pulau Pinang yang menggunakan Touch ‘N Go dapat menikmati 20% diskaun iaitu RM1.12 untuk motosikal dan RM 5.60 untuk kereta (tanpa Touch ‘N Go RM7.00). Kadar tol yang jauh berbeza di antara kedua-dua jambatan ini tidak akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sesak (choke point) di Jambatan Pertama Pulau Pinang.

Berikut merupakan soalan Dewan Rakyat dan Jawapan daripada Menteri Kerja Raya kepada saya pada 17 Jun 2014:-

YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta Menteri Kerja Raya menyatakan kadar tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mengapa Kerajaan Pusat enggan megurangkannya kepada tahap kadar Jambatan Pertama, khususnya motosikal, dan juga enggan memberikan diskaun tol 20% bagi penghuni Pulau Pinang yang menggunakannya. Berapa banyak bayaran balik hutang setiap tahun.

Jawapan:

“Tuan Yanb Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar tol bagi semua jenis kenderaan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang telah ditetapkan berdasarkan kepada perjanjian konsesi yang telah ditandatangani antara kerajaan dan syarikat konsesi, iaitu Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB).

Penetapan kadar ini dibuat berdasarkan kepada faktor-faktor seperti kos pembinaan, kos operasi, unjuran trafik, tempoh konsesi dan tempoh pembayaran balik pinjaman oleh syarikat konsesi JKSB. Sehubungan itu kadar tol yang dikenakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ini adalah berpatutan dengan mengambik kira kos keseluruhan projek ini, iaitu 24km berbanding jarak 13.5km sahaja di Jambatan Pulau Pinang.

Kadar tol yang dikenakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mengikut kelas kenderaan bagi tempoh 5 tahun pertama ( 1 April 2014 – 31 Mac 2019) ialah seperti berikut:

• Kelas 0 (motosikal ) – RM1.70;

• Kelas 1 (kenderaan 2 gandar 3 atau 4 tayar, kecuali bas dan teksi) – RM 8.50;

• Kelas 2 (kenderaan 2 gandar 6 tayar, kecuali bas) – RM30.50 ;

• Kelas 3 (kenderaan 3 gandar atau lebih, kecuali bas) – RM70.10

• Kelas 4 (teksi) – RM 8.50; dan

• Kelas 5 (bas) – RM26.20.

Mengenai cadangan pemberian diskaun tol, Kerajaan setakat ini tidak berhasrat untuk memberikan kadar diskaun sebanyak 20% kepada pengguna di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagaimana yang dinikmati oleh penduduk Pulau Pinang yang menggunakan Touch ‘N Go di Jambatan Pulau Pinang. Manakala cadangan pengecualian tol kepada kenderaan Kelas 0 (motosikal) juga tidak dapat dilaksanakan kerana ia dikhuatiri akan menjadi “precedent case” bagi jambatan bertol yang lain, seperti di Jambatan Pulau Pinang dan LINKEDUA.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah dan tempoh pembayaran semula pinjaman bagi melaksanakan projek Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.”

LIM GUAN ENG

—–Mandarin Version —-

槟州首席部长兼峇眼区国会议员林冠英于2014年6月20日在乔治市光大发表声明:

若苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥不像第一大桥般让槟城的“一触即通”卡持有人享有20%折扣优惠,国阵政府要如何声称他们是以民为本,并确保二桥能够达到每日1万7000至2万5000的车流量呢?

槟州政府对公共工程部部长在国会下议院指联邦政府不打算豁免电单车使用苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥的过路费,以及不打算让槟城的“一触即通”卡(Touch ‘N Go)持有人享有如第一大桥的20%折扣之回答,感到失望。

我们也对部长否决“豁免0级交通工具,也即是电单车在苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥的过路费”的建议感到失望。部长给予的理由是:担心这将成为其他收费大桥的先例,如第一大桥及第二通道。

在不愿意豁免低下阶层,也即电单车骑士过桥费的当儿,国阵怎配称为以民为本的政府呢?与此同时,拒绝让槟城的“一触即通”卡持有人在苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥享有20%折扣已经带来负面的效应。目前,苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥的使用率(或车流量)只有仅仅的1万3000辆。试问,若联邦政府不愿意给予槟城的“一触即通”卡持有人在像在第一大桥般享有20%折扣,他们要如何才能达到每日1万7000至2万5000使用者的车流量?

再说,在苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥,电单车的过桥费为1令吉70仙,较第一大桥的1令吉40仙还要高。在第一大桥,槟城的“一触即通”卡持有人还享有20%折扣,也即是电单车只需给1令吉12仙 ,汽车则是5令吉60仙(若没有槟城的“一触即通”卡则7令吉)。两座大桥之间差异太大的过桥费,将无助于减缓在槟城第一大桥的交通阻塞。

以下为公共工程部部长在国会下议院的口头回答:

林冠英的口头询问:

峇眼区国会议员林冠英要求公共工程部部长,说明苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥的过路费,为何联邦政府无意将有关的过桥费减至与第一大桥相同的收费率,特别是电单车。还有为何不愿意让槟城的“一触即通”(Touch and Go)使用者享有20%折扣?到底每年的还债率是多少?

答复:

苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥的各类交通工具过路费,是根据联邦政府与特许经营公司报签署的合约而定,也即使第二大桥有限公司。

过路费的定价,是基于各因素,如建筑成本、营运成本、交通流量的预测、特特经营的年份,以及特许经营公司即第二大桥有限公司的债务偿还年限等。因此,苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥的过路费是合理的,因为它考虑到整个工程的总成本,包括全长24公里而不是第一大桥的13.5公里。

苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥的过路费在首5个特许经营年(2014年4月1日至2019年3月30日)的收费率如下:

0 级 (电单车) – 1令吉70仙;

1级 (两车轴3或4轮,巴士及德士除外)- 8令吉50仙;

2级(两车轴6轮,巴士除外)- 30令吉50仙;

3 级(三车轴或以上,巴士除外)- 70令吉10仙;

4 级( 德士)- 8令吉50仙;及

5 级 (巴士)– 26令吉20仙。

至于过路费折扣的建议,截至目前为止,联邦政府不打算像第一大桥般,给予槟城的“一触即通”卡使用者享有苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥20%的过桥费折扣。至于建议豁免0级交通工具(摩托)的过桥费也无法执行,因为我们担心这将为其他收费大桥如第一大桥及第二通道开创了一个先例。

苏丹阿都哈林慕阿占沙大桥的贷款偿还期限,是在财政部的权限下。

谢谢!