Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian 104 Unit Rumah Kos Rendah Di Taman Sungai Duri Permai(en/cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Bagi Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian 104 Unit Rumah Kos Rendah Di Taman Sungai Duri Permai, Sungai Duri, Daerah Seberang Perai Selatan Pada 29.4.2014

Pembelian 104 unit Rumah Kos Rendah di Taman Sungai Duri Permai, Sungai Duri, Daerah SPS merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang dengan menyediakan lebih banyak rumah kos rendah di bawah Skim Pemilikan Bersama (Shared Ownership Scheme – SOS) kepada golongan yang memerlukan. SOS adalah inisiatif baru yang pertama dilaksanakan di negara ini untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka sungguhpun menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank mengatasinya dengan bantuan pinjaman kerajaan negeri tanpa faedah.

Pelaksanaan inisiatif ini adalah selaras dengan Bajet 2014 yang telah dibentangkan oleh Kerajaan Negeri. Pembelian ini merupakan usahasama di antara Kerajaan Negeri dengan pemaju projek iaitu Syarikat Asas Dunia Berhad di atas dasar Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility-CSR) syarikat kepada Kerajaan Negeri dan rakyat di Negeri Pulau Pinang. Kesemua rumah ini akan dijual kepada mereka yang berdaftar dengan Bahagian Perumahan serta memenuhi kriteria yang melayakkan mereka membeli rumah kos rendah ini.

Projek perumahan ini juga dikenali sebagai Rumah Bandaran Mampu Milik Dua (2) Tingkat. Ianya telah dibina oleh Syarikat Asas Dunia Berhad dan telah menerima Borang F – Perakuan Siap dan Pematuhan pada 13 Ogos 2012. Jumlah keseluruhan rumah yang telah dibina adalah 224 unit. Sebanyak 104 unit rumah akan dibeli oleh Kerajaan Negeri manakala baki diuruskan sendiri oleh pihak syarikat. Projek perumahan ini dibina berdasarkan konsep ‘town house’ dua tingkat. Rumah di Tingkat Bawah berkeluasan 716 kaki persegi manakala Tingkat 1 berkeluasan 705 kaki persegi. Setiap rumah mempunyai satu ruang tamu dan ruang makan, tiga bilik tidur dan satu bilik air / tandas. Bagi kategori rumah kos rendah, Kerajaan Negeri mendapati bahawa rumah berkenaan berada di dalam keadaan baik. Disamping itu, ianya juga mempunyai suasana persekitaran yang selesa dan tenteram untuk didiami serta kini berhampiran dengan akses ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menghubungkan Daerah Seberang Perai Selatan dan kawasan pulau.

Skim SOS ini diperkenalkan atas dasar keperihatinan Kerajaan Negeri terhadap pembeli Rumah Kos Rendah yang gagal mendapat kelulusan pinjaman bank sebanyak 90% atau 100% di atas harga penjualan rumah. Antara alasan yang diberikan adalah tidak berupaya membuat bayaran balik dan mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik. Skim Jaminan Kredit Perumahan(SJKP) di bawah Kementerian Kewangan juga tidak dapat membantu dalam pembiayaan dan menjamin pinjaman bank komersial untuk membolehkan golongan miskin membeli rumah kos rendah. Banyak aduan diterima bahawa SJKP tidak berfungsi kerana banyak permohonan tidak dilayan atau diuruskan.

Oleh yang demikian, ini adalah merupakan salah satu usaha murni Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat Negeri Pulau Pinang untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa serta memiliki rumah sendiri. Harga jualan pasaran seunit rumah ini adalah RM38,000/-. Walau bagaimanapun, di bawah skim ini, pemohon hanya perlu mendapatkan pinjaman sebanyak 70% daripada harga tersebut manakala baki pinjaman 30% akan diperolehi daripada Kerajaan Negeri. Bayaran semula baki pinjaman (30%) Kerajaan Negeri adalah tanpa faedah. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan perkhidmatan skim SOS tersebut, pembeli tersebut perlu menunjukkan bukti bahawa beliau tidak berjaya untuk mendapatkan keseluruhan pinjaman tersebut daripada bank. Skim ini juga berfungsi seperti Skim Mikro-Kredit.

Sejurus selepas perjanjian pembelian 104 unit rumah ini ditandatangani, pengurusan dan penawaran 104 unit rumah ini akan diserahkan kepada Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pengagihan dan penawaran akan dibuat oleh Jawatankuasa Pembersihan dan Peningkatan Mutu Proses Pemilihan Perumahan (Selection Process Enhancement Committee – SPEC) yang dipengerusikan oleh Ahli EXCO Kerajaan Negeri untuk Perumahan YB Jagdeep Singh Deo untuk memastikan pengagihan dibuat secara adil dan telus kepada golongan yang memerlukan dengan diaudit bersama oleh syarikat perakaunan. Pemohon yang layak akan menandatangani perjanjian bersama Kerajaan Negeri di bawah Skim SOS.

LIM GUAN ENG

—–Mandarin Version —-

槟州首席部长林冠英于2014年4月29日在槟城乔治市光大为购买威南Taman Sungai Duri Permai, Sungai Duri104廉价屋单位签署仪式上发表的声明:

槟州政府购买威南Taman Sungai Duri Permai104间廉价屋单位,是在共享拥屋计划(Shared Ownership Scheme)下,其中一项为所需的州民,提供更多环境舒适的廉价屋单位的努力。共享拥屋计划是我国为协助低收入群拥首间房屋的新措施。虽然他们或面对向银行贷款的困难,但槟州政府会以免利息贷款方式协助。

这项措施,是按照槟州政府在2014年所提呈的财政预算案来执行。发展商Syarikat Asas Dunia Berhad和槟州政府合作完成这项计划,以履行社会企业责任。这些廉价房屋单位,将卖给已经向州房屋部登记、并附合购买廉价屋条件的廉价屋申请者。

这项房屋计划,也被称为可负担双层连排屋(Rumah Bandaran Mampu Milik Dua (2) Tingkat.)。它是由Syarikat Asas Dunia所承建,并经在2012年8月13日取得F表格(完工及落成准证)。此计划共有224个房屋单位,其中104个单位将由槟州政府买下,其馀由交由有关公司自行处理。这项房屋计划以“双层连排屋”的概念兴建,底层面积716平方尺;一楼面积为705平方尺,每个房屋单位都有客厅丶饭厅丶3间睡房和一间厕所/浴室。以廉价屋种类来看,槟州政府发现有关房屋的状况良好。另外,其周边环境舒适和安宁,加上与衔接威南和槟岛的槟城第二大桥邻近,交通非常便利。

基于许多廉价屋购屋者,无法向银行申请90%或100%的房屋贷款,槟州政府才因此推出这项共享拥屋计划。申请者被银行拒绝的理由,包括没有能力尝还贷款,及拥有不良的贷款记录。财政部属下的房屋金融保障基金(SJKP),却无法协助贫穷的购屋者偿还,或获得融资以购买廉价屋。我们接获许多这方面的投诉,指房屋金融保障基金并无功能,因为许多申请皆不受理或不被处理。

因此,这是槟州政府为协助州民,让人民能够拥有更佳素质和舒适生活,并拥有自己的房屋所做出的努力。每个单位的市价为3万8000令吉。无论如何,在这项计划下,申请者只需得到屋价的70%贷款,另外30%贷款,将由州政府提供。这30%的州政府贷款是免利息的。虽然如此,要获得这项“共享拥屋计划”的购屋者,需出示证据,以证明他们无法获得银行100%的贷款。这项计划的功能如同微型贷款计划。

随着104间房屋购买合约签署后,这104单位的管理将交给州秘书署旗下的房屋部负责。房屋分配工作,将由掌管房屋的槟州行政议员佳日星所领导的遴选程序委员会(SPEC)处理,确保在公平和透明下分配给有需要的一群,遴选过程也将由会计公司进行审核工作。附合资格的申请者,将在“共享拥屋计划”下,与州政府签署合约。

林冠英

0 Responses to “Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian 104 Unit Rumah Kos Rendah Di Taman Sungai Duri Permai(en/cn)”


Comments are currently closed.