Mourn Karpal Singh, But Honour Him By Celebrating His Accomplishments And Realising His Aspirations Of Justice, Integrity and Freedom.(en/bm/cn)

UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENGHORMATAN NEGERI BAGI MENDIANG KARPAL SINGH A/L RAM SINGH PADA 20 APRIL 2014 (AHAD), DI DEWAN SRI PULAU PINANG

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang dengan penuh takzim menzahirkan rasa dukacita dan menyampaikan ucapan takziah kepada YBhg. Puan Gurmit Kaur dan keluarga atas pemergian mendiang YB Karpal Singh pada 17 April 2014 yang lalu.

Mendiang Karpal adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Jelutong selama lapan (8) penggal serta pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah dan Pulau Pinang untuk empat (4) penggal, bermula pada tahun 1974.

Karpal amat terkenal dengan ngaumannya yang garang dalam menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib golongan yang kurang berkemampuan sehingga ada kalanya sanggup mengorbankan dirinya untuk orang lain. Keunikan dan karismatik yang dimiliki oleh beliau, sukar dicari ganti dan kami akan menjadikannya sebagai inspirasi.

Pemergian beliau walaupun sukar untuk diterima dan meninggalkan titik pedih dalam hati kita semua, tetapi jasa dan bakti beliau akan kekal terpahat di sanubari kita semua.

Buat keluarga mendiang Karpal, takziah diucapkan. Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Pulau Pinang turut bersama-sama berkongsi kesedihan anda semua.

Saya ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran Tun dan Toh Puan pada pagi yang mulia ini. Penghargaan juga kepada Jawatankuasa Pengkebumian Jenazah di bawah pimpinan Ahli EXCO YB Chow Kon Yeow dan juga daripada pihak pentadbiran di bawah Pegawai Kewangan Negeri Dato Mokhtar bin Jait. Saya ingin minta keizinan Tuan Yang Terutama Tun untuk benarkan saya teruskan ucapan dalam Bahasa Inggeris.

Sekian.

State Eulogy By Penang Chief Minister Lim Guan Eng During The Public Funeral Conducted By The Penang State Government For Karpal Singh At Dewan Sri Pinang On 10.15 am 20.4.2017.

Mourn Karpal Singh, But Honour Him By Celebrating His Accomplishments And Realising His Aspirations Of Justice, Integrity and Freedom.

We mourn the untimely and unexpected passing of DAP National Chairman and Member of Parliament for Bukit Gelugor, Sdr Karpal Singh. Sdr Karpal is a 8-term Member of Parliament of Bukit Gelugor and Jelutong, as well as a 3 term state assemblyman in Penang, first elected in 1978.

For 40-years, Sdr Karpal dedicated his life to the legal profession, fighting for justice, upholding our constitutional rights of freedom and human rights. His landmark cases are textbook references for lawyers.

A devoted father and husband to his wife Gurmit, both of them brought up 5 children who are all successful practicing lawyers except for the youngest who is an accountant. The eldest Jagdeep is presently a Penang State EXCO member whilst the second eldest Gobind is a Member of Parliament for Puchong.

With his life suddenly cut short at 74 years following a tragic accident on 17 April 2014, Penang has lost an upstanding and outstanding leader and lawyer. The rakyat lost a fearless “tiger” with an indomitable spirit who stood up for the poor, weak, defenceless and dispossesed.

But it his fighting spirit that stands out. You can detain Karpal physically but you can never detain his spirit. I saw this myself whilst we were both detained without trial under the now repealed Internal Security Act (ISA) in 1988 in Kamunting Detention Camp. He suffered from severe spinal back pains but refused to yield.

This refusal to yield was evident after Karpal suffered an unfortunate accident in 2005 which paralysed him waist-down. Not only did he overcome this paralysis but he continued his brilliant legal and political career. Sdr Karpal became the first disabled person in Malaysia to be elected twice to Parliament, both times with huge majorities.

In seeking both rule of law and a better Malaysia, Sdr Karpal practiced what he preached – refusing to charge for cases of gross injustices whether the famous VIPs like Parliamentary Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and Sdr Lim Kit Siang or the poor Malay, Indian or Chinese.
His departure will leave an immense void not only in his family’s lives, but also in those of all Malaysians whose lives have been inspired by his principled cause.

To Sdr Karpal’s family, we share your grief in this time of bereavement with deepest sympathies and condolences. Thomas Jefferson said that when the government fears the people, there is liberty; when the people fear the government, there is tyranny. Throughout his life, Karpal showed us how not to fear the government.

Let us therefore mourn Karpal Singh, but at the same time honour him by celebrating his accomplishments and realising his aspirations of justice, integrity and freedom. Thank you Karpal – Rest In Peace.

LIM GUAN ENG

—–BM Version —-

Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa Pengebumian Awam yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk Karpal Singh di Dewan Sri Pinan pada 10.15 pagi 20.4.2014

Berkabunglah untuk Karpal Singh, tetapi berilah penghormatan kepada beliau dengan meraikan segala pencapaiannya serta merealisasikan aspirasinya untuk keadilan, integriti dan kebebasan.

Kita berkabung atas pemergian Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Sdr Karpal Singh, yang telah meninggalkan kita secara tidak dijangka dan sebelum masanya. Sdr Karpal adalah Ahli Parlimen 8 penggal bagi kawasan Bukit Gelugor dan Jelutong, serta Adun 3 penggal di Pulau Pinang, yang dipilih buat kali pertama pada tahun 1978.

Selama 40 tahun, Sdr Karpal mendedikasi hidupnya kepada profesion undang-undang, berjuang untuk keadilan, mendukung hak asasi dan kebebasan yang terkandung dalam Perlembagaan. Kes-kes penting beliau kini menjadi rujukan untuk para peguam.

Seorang ayah dan suami yang setia kepada isterinya Gurmit, mereka telah membesarkan 5 anak yang kesemuanya menjadi peguam yang berjaya kecuali anak bongsu yang menjadi akauntan. Anak sulung, Jagdeep, kini berkhidmat sebagai Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang sementara anak kedua Gobind merupakan Ahli Parlimen Puchong.

Dengan pemergian beliau sebelum waktunya pasa usia 74 tahun akibat kemalangan tragik pada 17 April 2014, Pulau Pinang telah kehilangan seorang pemimpin dan peguam yang terhormat dan terunggul. Rakyat telah kehilangan seorang “harimau” yang berani dan mempunyai semangat waja yang membela mereka yang miskin, lemah, tidak mampu mempertahankan diri dan ditindas.

Namun semangat perjuangannya paling menonjol. Meskipun Karpal ditahan secara fizikal, semangatnya tidak boleh ditahan. Saya telah menyaksikan ketabahannya dengan mata sendiri apabila kami ditahan tanpa bicara di bawah undang-undang yang sudah dimansuhkan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1988 di Kem Tahanan Kamunting. Beliau mengalami kesengsaraan akibat kesakitan perit di tulang belakang tetapi tidak pernah menyerah kalah.

Keengganan beliau untuk mengalah lebih jelas apabila Karpal mengalami kemalangan pada tahun 2005 yang menyebabkan beliau menjadi lumpuh di bawah pinggang. Beliau bukan sahaja mengatasi kelumpuhan ini tetapi beliau berjaya meneruskan kerjaya politik dan undang-undangnya. Sdr Karpal adalah OKU pertama di Malaysia untuk dipilih dua kali ke Parlimen, kedua-duanya dengan majoriti besar.

Dalam usahanya untuk mencapai kedaulatan undang-undang dan Malaysia yang lebih baik, Sdr Karpal mengamalkan apa yang dikatakan – dengan tidak mengambil bayaran untuk kes-kes ketidakadilan sama ada melibatkan VIP seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sdr Lim Kit Siang, ataupun Melayu, India dan Cina yang tua.

Pemergian beliau akan meninggalkan kekosongan bukan sahaja dalam kehidupan keluarganya, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia, khususnya mereka yang mendapat inspirasi daripada perjuangan yang berteraskan prinsip.

Kepada keluarga Sdr Karpal, kami berkongsi kesedihan pada waktu perkabungan ini dengan perasaan penuh simpati dan takziah. Thomas Jefferson pernah berkata bahawa apabila kerajaan takut kepada rakyat, namanya kebebasan; apabila rakyat takut kepada kerajaan, namanya kezaliman. Sepanjang hayatnya, Karpal mengajar kita supaya tidak takut kepada kerajaan.

Marilah kita berkabung untuk Karpal Singh, tetapi pada masa yang sama menghormatinya dengan meraikan semua pencapaiannya serta merealisasikan aspirasinya untuk keadilan, integriti dan kebebasan. Terima kasih Karpal – Moga disemadi dengan aman.

—–Mandarin Version —-

槟州首席部长林冠英于槟州政府假槟州大会堂为加巴星举办的槟州荣誉丧礼致悼词:

追悼加巴星,同时向他致意,赞颂他一生的成就及实践其对公义、廉正及自由的追求抱负。

我们为行动党全国主席兼及武吉牛汝莪国会议员加巴星同志的骤然逝世哀悼。他曾在武吉牛汝莪及日落洞国会选区担任8届的国会议员,自1978年以来,中担任过三届槟州议员。

过去40多年,加巴星毕生献身于法律专业、为公义而奋斗、为捍卫我们的宪赋自由权利及人权。他留下许多标志性的法律案件做为法律教科书的参考资料。

对妻子古密而言,他是称职的爸爸及钟情的丈夫,他们共同养育了五名孩子,四名成为律师、幼子为一名会计师。他们的长子佳日星是槟州行政议员、次子哥宾星是蒲种区国会议员。

卡巴生在2014年4月17日一场意外中,提早结束了他的生命。槟城失去了一名正直及杰出的领袖及律师。人民失去了一名无畏无惧、不屈不挠、为贫弱、无自辩能力及权利被剥夺的“老虎”。

但是他的斗争精神如此引人注目。你可以扣留卡巴的身体,但你不可能扣留他的精神。我们曾在1988年被当局援引内安法令无审讯扣留而在甘文丁扣留营中共处一室,我亲眼看到,当时他承受着脊椎的病痛,也不愿屈服。

这种拒绝屈服的性格从加巴星2005年不幸因车祸而下半身瘫痪得到证明。他不只克服了瘫痪,但是还继续其精彩的法律与政治事业。加巴星同志是马来西亚唯一一位两次中选国会议员的身障人士,两次都是以巨大的多数票取得胜利。

在追求法治及更好的马来西亚这两方面,加巴星同志讲到做到,他拒绝对极度不公义的案件收取费用,无论是贵宾如国会反对党领袖安华及林吉祥同志,或是贫苦的马来、印度及华裔。

他的离去不只让他家人的生活从此留下一个无法填补的空缺, 也让全体受他为原则斗争而启发的马来西亚人的心中留下一个缺口

我们对加巴星家人的丧亲的悲痛致以深切的同情与慰问。美国第三任总统及托马斯.杰佛逊说过“当政府惧怕人民,那是自由;当人民惧怕政府,那是暴政。”

加巴星一生就是不畏惧政府的表率。

就让我们悼念加巴星,但同时歌咏他一生实现正义、廉洁及自由的成就。感谢您,加巴。愿您安息。