Bank Negara Should Reinstate Developer Interest Bearing Scheme(DIBS) To First-Time Buyers As Well As Increase And Extend Syarikat Jaminan Kredit Perumahan(SJKP) To Buyers Of Affordable Homes Costing From RM72,500 Up To RM 400,000.(en/bm/cn)

Press Statement By Penang Chief Minister Lim Guan Eng In Penang On 12.4.2014.

The Penang state government urges Bank Negara to reinstate Developer Interest Bearing Scheme(DIBS) for first-time buyers as well as increase and extend Syarikat Jaminan Kredit Perumahan(SJKP) to buyers of affordable homes costing from RM72,500 up to RM400,000. Ever since DIBS was abolished, many first-time buyers of affordable housing could not obtain bank loans to buy their own homes.

Up to 70% of the housing loan applications, including low-cost and low-medium cost(LC/LMC), have been rejected by private banks. Bank Negara should reinstate the Developer Interest Bearing Scheme(DIBS) for first-time buyers to enable them to realise their dream of owning their own homes. Legal fees should be part of the DIBS package and stamp duty should be waived to lower the initial entry cost for first time home buyers.

At the same time, the funding for Syarikat Jaminan Kredit Perumahan(SJKP) should be increased to RM3 billion to include not only guaranteeing LC/LMC loans by private banks but also for loans from first-time buyers of affordable housing costing up to RM400,000. With the present small sum of RM180 million of SJKP loan guarantees approved nation-wide only for LC/LMCs, there is not enough to go around nationally(see graph below).

Presently SJKP guarantees a maximum loan of RM 120,000, which is insufficient for affordable homes costing up to RM400,000. Interest rates for LC/LMC and first time buyers of affordable housing should be fixed at Base Lending Rate or BLR if the Bank Negara is sincere in helping them. It is sad that high-end loans for expensive luxury houses get lower interest rates than LC/LMC and affordable housing loans.

The latest Bank Negara Annual Report 2013 has revealed that Bank Negara is being short-sighted and uncaring at best or irresponsible and unprofessional at worst towards the problem of Malaysia having the second highest level of household debt in Asia. Bank Negara dismissed the rise in the level of household debt in Malaysia from 81.1% of Gross Domestic Product(GDP) in 2012 to 86.8% of GDP in 2013 as not posing any risk to financial stability.

Bank Negara should realise that the reason for is that our income levels are stuck in a “glacial trap” with inflation outpacing wage rises. This has forced many households to rely on credit loans to make ends meet and even resort to loan sharks when they are unable to get loans from financial institutions.

With total household borrowings at RM854.3 billion in 2013, the proportion of households having loans with those having monthly earnings of up to RM3,000, accounted for 27% of total household borrowings at RM 230.l7 billion. This only proves that for lower income groups, their incomes are unable to keep up with inflation, forcing many to borrow to survive to maintain their living standard, forget about getting housing loans to purchase their own homes.

How can first-time buyers from lower-income groups afford to buy their own homes when Bank Negara has reduced the maximum tenure for loans of property purchases from 45 years to 35 years? Such reduction in tenure will only increase the housing installment payments and make it more difficult for lower-income groups to qualify for loans.

The Penang state government is taking pro-active steps on its own initiative to assist low-income buyers unable to get loans by introducing the Shared Ownership Scheme(SOS) for low-cost houses, a first in the country. Many lower-income groups are able to qualify for loans if they need to borrow only 70% of the property price.

Under the SOS, the property is jointly owned by the state government with the state government giving out loans of up to 30% of the property price interest-free. With this 30% interest-free housing loan from the state government, the buyer of low-cost home needs to only borrow 70% of the property price, which most of them can qualify.

LIM GUAN ENG

Summary of Applications’ Status
since Tuesday, January 22, 2008 until today: Sunday, April 06, 2014 .

—–BM Version —-
Bank Negara wajar mengembalikan Skim Tanggungan Faedah Pemaju (Developer Interest Bearing Scheme, DIBS) serta memperluaskan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk pembeli kali pertama perumahan mampu milik dari RM72,500 sehingga RM400,000.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggesa Bank Negara untuk mengembalikan Skim Tanggungan Faedah Pemaju (Developer Interest Bearing Scheme, DIBS) serta memperluaskan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk pembeli kali pertama perumahan mampu milik dari RM72,500 sehingga RM400,000. Sejak DIBS dimansuhkan, ramai pembeli rumah mampu milik kali pertama tidak berjaya mendapat pinjaman untuk membeli rumah.

Sehingga 70% permohonan pinjaman perumahan, termasuk bagi perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah (LC/LMC) yang bernilai kurang daripada RM72,500, telah ditolak oleh bank swasta. Bank Negara wajar mengembalikan Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) untuk pembeli kali pertama bagi membolehkan mereka mencapai impian memiliki rumah sendiri. Yuran undang-undang harus menjadi sebahagian daripada pakej DIBS dan pengecualian duti setem harus diberi bagi merendahkan kos bagi pembeli rumah kali pertama.

Pada masa yang sama, peruntukan untuk Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) harus ditingkatkan kepada RM3 bilion supaya dapat merangkumi bukan sahaja jaminan pinjaman LC/LMC oleh bank swasta, tetapi juga pinjaman untuk pembeli kali pertama rumah mampu milik kali yang bernilai sehingga RM400,000. Kini, jumlah jaminan pinjaman SJKP yang diluluskan di seluruh negara adalah RM180 juta dan tidak mencukupi untuk semua.

Pada masa kini, SJKP menjamin pinjaman maksimum RM120,000, iaitu tidak mencukupi untuk perumahan mampu milik yang bernilai sehingga RM400,000. Faedah pinjaman bagi LC/LMC serta pembeli kali pertama perumahan mampu milik harus ditetapkan pada Base Lending Rate atau BLR sekiranya Bank Negara benar-benar ikhlas untuk membantu mereka. Ia adalah sedih apabila pinjaman perumahan mewah mendapat faedah pinjaman yang kurang berbanding pinjaman LC/LMC dan perumahan mampu milik.

Laporan Tahunan Bank Negara 2013 yang terbaru mendedahkan bahawa Bank Negara tidak berpandangan jauh dan kurang peduli ataupun tidak bertanggungjawab dan tidak profesional terhadap masalah negara yang kini mempunyai jumlah hutang isi rumah kedua tertinggi di Asia. Bank Negara meremehkan kenaikan hutang isi rumah di Malaysia yang meningkat dari 81.1% daripada KDNK pada tahun 2012 ke 86.8% daripada KDNK pada 2013 sebagai sesuatu yang tidak mendatangkan risiko terhadap kestabilan kewangan negara.

Bank Negara mesti menyedari bahawa perkara ini terjadi kerana tahap pendapatan kita tersekat dalam kebekuan dengan keadaan kadar inflasi pantas melampaui kadar kenaikan gaji. Ini memaksa ramai orang untuk bergantung kepada hutang kredit bagi menampung kos sara hidup malah terpaksa berhutang dengan Ah Long apabila mereka gagal mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.

Sementara jumlah besar hutang isi rumah sudah mencecah RM854.3 bilion pada tahun 2013, peratusan isi rumah berhutang yang berpendapatan sehingga RM3,000 menyumbang kepada 27% jumlah pinjaman isi rumah, iaitu RM230.17 bilion. Ini hanya membuktikan bahawa pendapatan golongan berpendapatan rendah tidak dapat menyaingi kadar inflasi, lantas memaksa ramai untuk meminjam untuk mengekalkan standard kehidupan, apatah lagi untuk mendapat pinjaman untuk membeli rumah.

Bagaimanakah pembeli kali pertama daripada golongan berpendapatan rendah boleh mampu membeli rumah sendiri apabila Bank Negara mengurangkan tempoh maksima pinjaman hartanah daripada 45 tahun kepada 35 tahun sahaja? Pengurangan tempoh yang sedemikian hanya akan menambahkan bayaran bulanan pinjaman perumahan dan menjadikannya sukar untuk golongan berpendapatan rendah layak mendapat pinjaman.

Bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapat pinjaman, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Skim Milikan Bersama (Shared Ownership Scheme, SOS) untuk perumahan kos rendah – iaitu skim sedemikian rupa yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Ramai orang berpendapatan rendah akan layak sekiranya mereka hanya perlu meminjam 70% harga hartanah.

Di bawah SOS, hartanah akan dimiliki secara bersama dengan kerajaan di mana pinjaman kerajaan akan diberi sehingga 30% harga hartanah tanpa riba kepada golongan berpendapatan rendah. Dengan pinjaman perumahan tanpa riba sebanyak 30% daripada kerajaan negeri, pembeli rumah kos rendah hanya perlu meminjam 70% nilai hartanah. Ini bermaksud bahawa ramai yang akan layak.

—–Mandarin Version —

槟州首席部长林冠英于2014年4月12日是在槟城发表声明:

国家银行理应恢复发展商利息承担配套(DIBS),以及将房屋贷款担保公司(SJKP)的贷款上限从7万2500令吉增加至40万令吉。

槟州政府促请国家银行恢复发展商利息承担配套(DIBS),以及将房屋贷款担保公司(SJKP)的贷款上限从7万2500令吉增加至40万令吉。自从发展商利息承担配套被取消后,很多首次购屋者都拿不到银行贷款来购买他们的房子。

超过70%的房屋贷款被拒,包括廉价及中价屋贷款,国家银行应该恢复发展商利息承担配套。以便让首次购屋者能够落实和拥有他们的梦想家园。。律师费也应该是利息承担配套(DIBS)的一部分,而财政部也应该豁免印花税,降低第一次购屋者的初始费用。

同时,房屋贷款担保公司的基金应该要提高到30亿令吉,不只担保向私立银行贷款的廉价屋及中廉价屋购屋者,也担保购买40万令吉可负担房屋的购屋者。目前这家担保公司的1亿8000万令吉只担保廉价屋及中廉屋,但是并不足以应付全国的需求。(见表)

目前,担保公司保证最高贷款额12万令吉,不足以担保40万令吉的可负担房屋。如果国家银行有诚意帮忙,廉价及中廉价的利息以及可负担房屋的第一次购屋者应该固定在基本贷利率(BLR)。令人难过的是,高额贷款反而能够获得比廉价屋、中廉价屋及可负担房屋贷款更低的利率。

最新的2013年国家银行报告揭示国家银行极其糟糕地短视、不闻不问、不负责任及不专业的去面对马来西亚当前家庭债务高居亚洲第2的问题。国家银行完全不顾虑2012年马来西亚家庭债务占据了国民生产总值(GDP)的81.1%及2013年占据了国民生产总值的86.8%的问题,就好像这问题并不会为马来西亚带来任何风险,影响金融稳定。

国家银行应该清楚我们国人的收入有如被冰封在冰川陷阱无法动弹,原因是因为百物皆长所导致的通货膨胀。这导致很多家庭必须举债解燃眉之急,甚至在无法获得正规金融公司的借贷之下,向“大耳窿”借高利贷。

大马2013年的家庭债务是8543亿令吉,而每月收入3000令吉以下家庭的借贷占据了27%共2301亿7000万令吉。这只能证实低收入群的收入根本追不上通货膨胀,迫使很多人必须举债度日,以维持他们的生活水平。

当国家银行把购置房产的最高贷款期限从45年调整至35年之际,试问,来自低收入群体的首购人士有能力去承担吗?这种调整方式,只会让每一期的房贷缴款额增加,使低收入族群更难符合贷款资格。

槟州政府针对低收入群体推介了“共享拥有权配套“,让他们也能拥有属于自己的廉价屋。在此配套之下,州政府将提供30%免息贷款给那些购屋者,剩下的70%由他们向银行贷款,双方共享房屋拥有权。

在共享拥有权配套下,上述产业由提供30%免息贷款的州政府及购屋者共同拥有。有了上述30%的免息贷款,他们只需要贷款房价的70%,这是大多数人都符合资格的。

林冠英

0 Responses to “Bank Negara Should Reinstate Developer Interest Bearing Scheme(DIBS) To First-Time Buyers As Well As Increase And Extend Syarikat Jaminan Kredit Perumahan(SJKP) To Buyers Of Affordable Homes Costing From RM72,500 Up To RM 400,000.(en/bm/cn)”


Comments are currently closed.