Peguam Negara Mesti Tegas Dalam Menegakkan Undang-undang Dan Bertindak Ke atas Perbuatan Samseng Tanpa Kira Kedudukan Demi Menjaminkan Ketenteraman Awam, Harmoni Kaum Dan Agama Di Pulau Pinang.(bm/cn)

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 28.3.2014.

Peguam Negara Mesti Tegas Dalam Menegakkan Undang-undang Dan Bertindak Ke atas Perbuatan Samseng Tanpa Kira Kedudukan Demi Menjaminkan Ketenteraman Awam, Harmoni Kaum Dan Agama Di Pulau Pinang.

Peguam Negara mesti tegas dalam menegakkan undang-undang dan bertindak ke atas perbuatan samseng tanpa kira kedudukan demi menjaminkan ketenteraman awam, harmoni kaum dan agama di Pulau Pinang. Ini adalah berikutan jawapan bertulis pada 25 Mac 2014 oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen bahawa kertas siasatan polis berkaitan peristiwa ini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya.

Sekiranya mereka yang terlibat, termasuk pemimpin UMNO, dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan dijalankan maka ia akan menggalakkan lebih banyak peristiwa yang tidak diingini sedemikian oleh kumpulan samseng ini untuk terus menggugat keselamatan negara.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

SOALAN :

TUAN Lim Guan Eng (Bagan) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil siasatan polis terhadap peristiwa ganas yang mencetuskan ketegangan kaum dan agama pada bulan Januari 2014 dengan 2 demonstrasi yang melibatkan pemimpim UMNO di Seberang Jaya dan Machang Bubok, pengeboman sebuah gereja berikutan 3 sepanduk digantung di luar 3 buah gereja Katolik di George Town.

JAWAPAN :

Tuan Yang di Pertua,

Siasatan telah dibuat berhubung dengan bantahan yang dianjurkan oleh UMNO Pulau Pinang berkaitan dengan gambar dalam Twitter milik lelaki bernama Lee Khai Loon yang memasukkan kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri. Himpunan yang dihadiri lebin kurang 1,000 orang terdiri daripada ahli dan pemimpin UMNO, NGO, Perkasa dan penduduk setempat. Terdapat kain rentang yang tertulis “kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi.. mau lagi kaa”. Kertas siasatan telah dibuka berkait Seberang Jaya Repot 454/2014, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya pada 25 Februari 2014 untuk nasihat dan pandangan.

Bantahan kedua yang dibuat di Machang Bubok, Bukit Mertajam terdiri daripada ahli dan pemimpin UMNO, NGO Perkida dan penduduk setempat membantah perkara yang sama. Kertas sisatan telah dibuka berkait Bukit Mertajam Repot 734/2014, Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman. Kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya pada 17 Februari 2014 untuk nasihat dan pandangan.

Berhubung dengan kejadian serangan molotov cocktail terhadap The Church of the Assumption, Lebuh Farquhar Pulau Pinang, laporan polis telah dibuat berkait Central Repot 854/2014, disiasat di bawah Sejsyen 436 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan. Kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi semasa pengadu seorang pengawal keselamatan penyedari terdengar bunyi kaca pecah dan berlaku nyalaan api di pintu gereja. Siasatan telah dibuat oleh pihak forensic mendapati ianya merupakan sejenis molotov cocktail. Tidak ada saksi dan cctv yang berdekatan bagi membantu siasatan. Setakat ini tidak ada tangkapan dan petunjuk bagi membantu siasatan. Kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya pada 27 Februari 2014.

Terdapat tiga kertas siasatan telah dibuka berhubung dengan permasangan kain rentang mengenai penggunaan kelimah Allah di tiga buah gereja. Ketiga tiga kes berkenaan merupakan kes yang sama dan kain rentang yang sama iaitu bertulis “ALLAH IS GREAT. JESUS IS THE SON OF ALLAH” dan berlatarbelakangkan wajah Jesus dan Salib. Siasatan telah dijalankan di tempat kejadian mendapati tidak saksi dan juga petunjuk yang diperolehi memandangkan kejadian di awal pagi dan tidak ada rakaman CCTV yang dapat membantu siasatan. Kertas Sisatan telaj lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk nasihat dan pandangan selanjutnya.
==================================
槟城州首席部长林冠英于2014年3月28日在乔治市光大发表的文告

国家总检察司必须伸张司法及必须一视同仁对这些流氓所为采取行动,以维持槟城的公共秩序、种族与宗教和谐。

国家总检察司必须伸张司法及必须一视同仁对这些流氓所为采取行动,以维持槟城的公共秩序、种族与宗教和协。以下是2014年3月25日内政部长拿督斯里阿末扎希在国会的书面回答显示,警方的调查报告已经呈交副总检察司。

如果包括巫统领袖的涉案者在未采取行动之下就这样被放过的话,这将会推波助澜让这些流氓组织动摇国家安全,制造更多让人们不想看到的类似事件。

峇眼区国会议员林冠英于3月25日的国会口头问题的书面回答

问题:

峇眼区国会议员林冠英要求内政部长回答关于2014年1月间在诗布朗再也及马章武莫牵涉巫统领袖的2起示威、还有在乔治市3家教堂悬挂3张布条及轰炸一家教堂,所造成的种族及宗教紧张之暴力事件的调查结果。

答案:

警方已经调查槟州巫统所主办的抗议行动,是因为一名姓名为Lee Khai Loon(李凯伦)的男子在其推特中拥有喂食首相人像吃空心菜的照片有关。

该集会约有1000人出席,当中包括了巫统领袖、土全非政府组织及当地居民。集会当中有“因为民主行动党的嘴巴,513才会发生…还想再来吗?”的布条。针对该抗议行动,依据在诗布朗再也编号 454/2014的报案书,已经开案调查。该调查是依据和平集会法第9(1)条文及煽动法第4(1)条文之下进行。调查报告已经于2014年2月17日呈交给副总检察司,等候他的意见与看法。

第二次抗议行动是在大山脚的马章武莫,参与者包括巫统领袖、Pekida非政府组织及当地居民,针对同样一件事而展开抗议。针对该抗议行动,依据大山脚编号734/2014的报案书,已经开案调查。该调查是在和平集会法第9(1)条文下进行。调查报告已经于2014年2月17日呈交副总检察司,等候他的意见与看法。

关于华贵街天主教圣母升天堂遭到汽油弹攻击事件,已经接到有人报案,总部报案书编号是854/2014,在刑事法第436与第511条文下进行调查。该事件是在凌晨1时30分发生,当时指控的警卫称听见玻璃爆碎声及看见教堂门外着火。经法证调查是汽油弹,附近并没有目击者及闭路电视协助调查。调查报告已经于2014年2月27日呈交副总检察司。

关于将“阿拉”布条悬挂在3家基督天主教堂的案件已经分别开了3个调查档案。该三宗案件,其实是属于同一案件及同样内容的布条写着“伟大的阿拉,耶稣是阿拉的儿子”,背景图则是耶稣像及十字架。经在事发地点实地调查发现因为事发时在凌晨,并没有目击者,同时也没有闭路电视可供协助调查。调查报告已经完成,并将呈交副总检察司,等候其意见与看法。

0 Responses to “Peguam Negara Mesti Tegas Dalam Menegakkan Undang-undang Dan Bertindak Ke atas Perbuatan Samseng Tanpa Kira Kedudukan Demi Menjaminkan Ketenteraman Awam, Harmoni Kaum Dan Agama Di Pulau Pinang.(bm/cn)”


Comments are currently closed.