Demi Prinsip Akauntabiliti dan Ketelusan, Indah Water Konsortium(IWK) dan Jabatan Alam Sekitar(JAS) Tidak Boleh Lari Daripada Menyatakan Punca Sebenar Pencemaran Air Berlaku Di Sungai Batu Ferringhi Dan Pantainya Serta Juga Langkah Pencegahan Yang Akan Dilaksanakan.(bm/cn)

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 24.2.2014.

IWK dan JAS tidak boleh lari daripada memaklumkan kepada rakyat Pulau Pinang demi prinisp akauntabiliti dan ketelusan tentang punca sebenarnya pencemaran air berlaku di Sungai Batu Ferringhi dan pantainya serta juga langkah pencegahan yang akan dilaksanakan. Ini berikutan jawapan oleh Pengurus Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang(PBAPP) kepada saya pada 18 Februari 2014, yang jelas menunjukkan ia tidak berkaitan dengan operasi loji rawatan PBAPP(lihat jawapan jelas di bawah).

Pencemaran secara besar-besaran ini hanya boleh datang daripada satu punca besar berbentuk institusi dan tidak mungkin daripada individu ataupun satu pengusaha. Sungguhpun keadaan air sungai sudah pulih dan pantai kini bersih, maka adalah perlu asal usul serta sebab musabab dikenalpasti agar keadaan pencemaran tidak berulang lagi. Lebih-lebih lagi bila ada video oleh Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) yang jelas membuktikan air paip IWK melepaskan air kotor hitam ke Sungai Batu Ferringhi. Oleh itu adalah perlu pihak yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas perundangan seperti IWK dan JAS, memelihara dan melindungi alam sekitar dengan menunaikan amanah yang diberikan.

Proses rawatan air di Loji Rawatan Air PBAPP di Batu Ferringhi adalah seperti berikut.

Sumber air mentah yang digunakan adalah dari Empangan Teluk Bahang yang perlu menjalani proses pengudaraan (aeration), flokulasi dan koagulasi, pemendapan dan penapisan sebelum dapat disalurkan kepada pengguna-pengguna kami dari tangki simpanan air terawat.

Tangki pemendapan kami akan dicuci setiap enam (6) bulan sementara tangki penapisan perlu dicuci setiap 72 jam. Air cucian dari kedua-dua tangki tersebut akan disalurkan ke tangki pengenapan (supernatant tank) dimana mendapan dari tangki ini akan disimpan di kolam simpanan sisa enapan (sludge lagoon). Apabila kolam simpanan sisa enapan ini sudah penuh pihak kami akan mengupah kontraktor yang bertauliah untuk mengambil sisa-sisa ini ke timbus tanah yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Lebihan air dari proses ini akan dipam semula masuk ke loji rawatan untuk dicampurkan bersama air dari Empangan Teluk Bahang untuk rawatan semula (recycle).

Oleh kerana Loji Batu Feringghi merupakan loji yang tertakluk di bawah pensijilan ISO 14001:2004 (piawaian ‘environmental management system’) yang diperolehi sejak 2005, maka proses rawatan air kami tidak boleh membuang air sisa buangan terus ke alam sekitar baik pun ke dalam sungai Batu Ferringhi sewenang-wenangnya. Oleh yang demikian, pihak kami mengamalkan dan mempraktikan ‘zero discharge’ daripada Loji Rawatan Air Batu Ferringhi kami.

Perkara ini telah disahkan oleh tiga (3) orang Pegawai Jabatan Alam Sekitar yang melakukan pemeriksaan di Loji Rawatan Air Batu Ferringhi pada 10.02.2014 baru-baru ini.

LIM GUAN ENG

**Proses rawatan air di Loji Rawatan Air PBAPP di Batu Ferringhi adalah seperti yang dilampirkan.

—–Mandarin Version —-

槟州首席部长林冠英于2014年2月24日在乔治市光大发表声明:

在透明和问责原则下,英达丽水和环境局不能置身事外于峇都丁宜河和海滩受到污染的主因,还有将采取的防范措施。

英达丽水和环境局不能从透明和问责制度下置身事外,他们必须告诉槟州人民峇都丁宜河和海滩受到污染的真相,还有将采取的防范措施。槟州供水机构有限公司总经理已在2014年2月18日给我报告,明显污染事件与槟州供水机构处理厂无关。(以下为明确答案)

只有大型机构是造成这起大量污染的唯一原因,个人或个别商业机构不可能造成如此污染,虽然河水已经恢复以往,海滩如今也干净了,但有必要鉴定污染源头和如何确保污染不再重演。水利灌溉局有录影片段证明英达丽水的水管排放黑色污水到峇都丁宜河,因此有法定责任的机构,如英达丽水和环境局有必要履行保护和维持环境之责。

以下为槟州供水机构(PBAPP)峇都丁宜污水处理厂的处理过程。

引自直落巴巷水坝的生水必须经过曝气(aeration)、絮凝(flokulasi)、混凝 (koagulasi)、沉淀和过滤后,才能从处理后的储水槽输送给用户。

我们定期每隔6个月清洗沉淀水槽,而过滤水槽则每隔72小时清理,洗涤水再流入沉淀水槽(supernatant tank) ,该水槽的沉淀物将储存在沉淀废物贮存池,当这个沉淀废物贮存池满时,我们将雇用合格的承包商进行废物填埋,这已获得环境局批准。从这个过程中多余的水将被泵送回污水处理厂,与直落巴巷水坝的水源再循环。

峇都丁宜的处理厂从2005年开始获得ISO 14001:2004标准认证(环境管理系统标准),所以在水源处理过程不能随意直接排放污水到天然环境,包括不能排放到峇都丁宜河。因此,峇都丁宜污水处理厂是以“零排放”的方式操作。

环境局已在2014年2月10日到派3名官员到峇都丁宜污水处理监察,并鉴定以上废水处理方式。

林冠英

0 Responses to “Demi Prinsip Akauntabiliti dan Ketelusan, Indah Water Konsortium(IWK) dan Jabatan Alam Sekitar(JAS) Tidak Boleh Lari Daripada Menyatakan Punca Sebenar Pencemaran Air Berlaku Di Sungai Batu Ferringhi Dan Pantainya Serta Juga Langkah Pencegahan Yang Akan Dilaksanakan.(bm/cn)”


Comments are currently closed.